Assalammualaikum admin FS . Terima kasih dari saya kerana sudi menyiarkan cerita mistik saya ni kepada pembaca setia FS Yang lain . Ini kali pertama saya berkongsi pengalaman mistik di laman sosial kerana sebelum ini sya banyak menyendiri dan menutup mulut dri bercerita kerana beranggapan orang tidak akan percaya kerana tidak mengalaminya sendiri . Tetapi ternyata anggapan saya meleset sama sekali selepas Kali pertama saya menemui FS baru baru ini dan membaca pengalaman pembaca yang lain .
Cerita ini bermula semenjak umur saya berganjak 18tahun . Sebelum itu mmg sya pernah mengalami beberapa gangguan mistik namun tidak seagresif setelah umur saya genap 18 tahun. Ketika itu saya baru menuntut disebuah kolej di Borneo. Saya mmg berasal salah sebuah bandar kecil di situ. Maaf saya tidak boleh nyatakan dimana. Berbalik kepada cerita, memandangkan kampung saya jauh dari kolej. Saya mengambil keputusan untuk tinggal dirumah sewa yang berdekatan dgn kolej. Hari pertama saya tinggal dirumah tersebut saya sudah merasa janggal. Saya seperti merasakan kehadiran sesuatu yang sentiasa mengikuti gerak geri saya. Walaupun saya tinggal dengan housemate yang lain seramai 11 org dalam satu rumah. Namun saya tetap dapat merasakan ada makhluk lain tinggal bersama-sama kmi dlm rumah tersebut. Suatu malam kami hanya tiggal bertiga dirumah tersebut kerana rakan yang lain cuti sem. Mereka dari kolej lain namun tinggal berdekatan dengan rumah sewa.
Malam itu agak sunyi kerana selalunya suara mereka yang memeriahkan rumah dengan lagu dangdut dan gelagat mereka menari sakan. Alasannya untuk hilangkan stress belajar. Maklumlah penat belajar. Malam itu saya kusyuk dengan assignment sehingga x sedar jam sudah menunjukkan angka 12 malam sedangkan yang 2 org lg housemate sya sdh hanyut dibuai mimpi .sya gigihkan jua habiskan dgn segera supaya esok di kolej sya x perlu lagi skip sarapan pagi kerana assignment. Sedang sya kusyuk menulis tiba tiba seperti ada jari jemari yang menyentuh kaki saya .
Pada mulanya saya malas nak layan, tapi sekali lagi terasa disentuh menggunakan kuku. Saya dah mulai cuak. Sesekali saya tercium bau wangi entah dari mana datangnya. Saya mulai menyedari kehadirannya. Tanpa berfikir panjang saya segera mengemas semua peralatan dan kertas assignment saya dan masuk tidur. Malam itu juga saya bermimpi melihat seorang budak perempuan berbaju gaun merah, rambut diikat dua sedang berlari lari riang didalam rumah sewa saya. Dia sempat berkenalan dengan saya. Dia sempat mengatakan dia orang yang telah tiggal lama disitu. Mimpi saya terhenti disitu selepas dikejutkan oleh alarm yg menunjukkan jam sudah dekat maghrib. Malam itu sebelum tidur saya bercerita kepda roomate tentang mimpi sya. Roomate cerita mmg dirumah itu dahulu pernah didiami oleh tuan rumah sekeluarga. Tetapi selepas tuan rumah tersebut kematian isteri dan anaknya dia mengambil keputusan berpindah.
Saya bertanya lagi mengapakah anak nya meninggal. Dia menceritakan bahawa anaknya meninggal kerana keguguran, yang mungkin berlaku dirumah tersebut. Dan isteri tuan rumah pula meninggal kerana sakit. Saya beranggapan kemungkinan anaknya dikuburkan berhampiran rumah ini. Oleh itu , ada sedikit gangguan yang berlaku di rumah tersebut. Lebih lebih lagi orang seperti saya yang sering didekati dan merasai kehadirannya. Selepas diceritakan saya sudah paham dan x mengendahkan lagi sebarang gangguan dan menganggap ianya hanya ingin berkenalan dgn tetamu baru dirumah itu . Housemate yang lain x pernah pula menceritakan apa2. Mugkin hanya saya yang merasakan kehadirannya .
Selepas setahun tiggal disitu, saya mengambil keputusan berpindah kerumah lain atas alasan inginkan privasi kerana dirumah lama sya perlu berkongsi bilik namun dirumah baru ini saya akan mendapat bilik sendri dan hanya tiggal 4 orang dalam 1 rumah. Malah housemate saya adalah rakan classmate sya. Sudah pasti senang untuk saya mengadakan study group dengan mereka hari-hari dirumah tanpa perlu jumpa diluar. Namun alasan sebenarnya saya berpindah adalah kerana x tahan diganggu kehadiran budak perempuan tersebut dan berharap dirumah baru ini kelak tiada sebarang gangguan serta kehadiran makhluk yang tidak diingini.
Bulan pertama tggal dirumah tersebut sepertinya tiada sesuatu yang ganjil dan peristiwa aneh yang berlaku. Saya sedikit lega kerana akhirnya saya dapat belajar dengan tenang. Selepas bulan berganti bulan, saya mulai merasakan kembali kehadirannya. Malam itu malam jumaat, saya tiggal seorang dirumah kerana yang lain keluar lepak. Saya agak liat jika diajak kerana salah satu faktornya kewangan. Berbalik kepada cerita. Saya cuba lelapkan mata dengan harapan tiada yang cuba menganggu. Jangkaan saya kembali meleset selepas saya terlelap beberapa jam, namun saya terbangun kembali kerana kepanasan. Tiba-tiba saya melihat seperti ada asap atau kabus di dalam bilik saya.
Dalam samar samar itu saya terpandang akan susuk tubuh seseorang sedang duduk di penjuru katil saya. Wajah nya tidak kelihatan kerana dia menunduk. Saya cuba menjerit namun tekak saya seakan disekat dan suara saya tidak keluar. Saya seakan diikat. Saya meronta ronta sambil memandang tepat ke arah susuk tubuh tersebut. Dia masih disitu tanpa sedikit pun berganjak. Selepas hampir beberapa jam saya minta dilepaskan. Akhirnya saya mulai merasakan ikatan longgar lalu prgi. Beberapa minit kemudian alarm subuh pun berbunyi serentak dengan azan subuh mulai berkumandang. Saya mulai merasa lega kerana masih bernafas pagi itu. Namun saya masih tidak dapat mengesan makhluk apakah itu? Adakah sekadar mimpi ataupun nyata.
Rasa penat dan sakit badan pagi itu masih terasa. Pagi itu saya hendak menceritakan peristiwa semalam kepada housemate namun say batalkan niat sya kerana x mahu mgganggu fikiran mereka memandangkan mereka memang terkenal dengan pengecutnya. Selepas beberapa miggu kemudian saya tidak lagi mengalami sebarang gangguan. Mugkin kerana masa saya banyak dihabiskan dengan lepak diluar selepas berlakunya peristiwa tersebut.
Malam seterusnya kami balik agak lewat dari pantai acah acah nak menenangkan jiwa lah konon sambil mendengar deru ombak malam2. Tanpa kmi sedari, salah seorang dari kmi uzur dan dia masih ingin turut serta malam itu. Sy merasakan ada makhluk lain yang turut menyertai kmi. Saya ambik tindakan untuk berdiam diri dahulu kerana takut yang lain mulai x keruan jika saya memberitahu terlalu awal. Belum lama saya berdiam diri saya tercium sesuatu wangian seperti bau bunga kemboja . Diiringi hilaian tawa selepas itu. Suara itu semakin nyaring dan kami masing masing memandang antara satu sama lain. Wajah takut dan cuak mereka mulai kelihatan. Saya mulai mengarahkan mereka untuk segera beredar dari situ. Saya memandang ke tigkap bilik persalinan yang berdekatan . Saya terpadang akan kelibat sesuatu makhluk yang berbaju putih dan lusuh berambut panjang mengurai sedang berdiri dan memandang ke arah kami.
Saya sekali lagi mengarahkan rakan yang lain beredar dahulu dan saya akan menyusul dengan harapan saya dapat menghalang makhluk tersebut dari mendekati mereka. Ayat kursi x lekang dari bibir saya. Saya terus membaca sehingga di hadapan pintu rumah .
Setibanya dirumah sya merasakan ada sesuatu yg x kena .Salah seorang housemate saya yang uzur itu mulai berdiam diri dgn muka pucat lesi. Saya memanggilnya Kak. Saya bertanya adakah kak okey atau masih ketakutan. Dia memandang saya dan terus masuk bilik. Saya dapat merasakan makhluk itu sudah mulai menguasainya. Kedua dua housemate yang lain saling berpelukan dan ketakutan melihat sikap kak yang berbeza dari selalunya. Kak mula menjerit jerit dan menunding jari ke arah siling. Saya terhidu sesuatu bau yang agak busuk dalam bilik tersebut. Sudah pasti makhluk itu mengikuti kami balik ke rumah tadi. Malam itu selepas saya membaca sedikit surah yang saya tahu saya kembali tenang selepas kak mulai lelap. Pagi itu dia kembali ceria alhamdulillah . Saya meminta rakan yg lain untuk berdiam diri dan jangan lagi menceritakan peristiwa semalam kepadanya .
Beberapa bulan selepas itu saya kembali didatangi oleh kelibat makhluk di bilik tidur. Malam itu seperti malam sebelumnya dia hanya duduk di penjuru katil dan akan hilang saat bekemundangnya azan subuh. Kali ini saya melihat jelas kelibatnya. Dia memakai jubah hitam dan bertudung labuh sehingga tidak menampakkan wajahnya. Badannya agak sedikit gempal. Yang saya pelik dia tidak pula menganggu namun saya cuma merasa kehangatan saat dia mendekati. Selepas 2 tahun setengah, akhirnya tamatlah pengajian sya dikolej tersebut dan saya terus berkahwin. Mgkin jodoh itu datang awal. Masa tu umur saya dah berganjak 20 tahun.
Namun masuk sahaja ke alam perkahwinan pelbagai peristiwa yang berlaku. Ditahun pertama berkahwin saya tiggal dengan keluarga mertua memandangkan kewangan masih kurang stabil dan mertua saya mahu kmi dekat dengnanya. Dirumah itulah saya sentiasa merasakan pelbagai jenis makhluk yang bergentayangan . Setiap malam saya akan menjerit jerit dan menangis tiba2 ketika tidur. Ada masanya saya melihat seperti ada satu makhluk hitam yang besar tinggi sedang mencangkung memandang saya dalam bilik kami.
Suami saya sentiasa membangunkan dan menenangkan saya semasa menangis dan menjerit. Saban hari semakin teruk dan ianya berterusan sehingga 2 tahun usia perkahwinan kami. Terkadang saya mendengar seperti ada yang mencuci kain didalam bilik mandi malam hari namun bila dibuka tiada pula kelibat orang. Terkadang saya melihat ada bebola hitam dan merah berlegar2 di sudut bilik dan dibelakang pintu namun bila suami saya buka lampu tiada apa pula yang kelihatan. Kelibat wanita berjubah hitam tersebut hampir setiap bulan menemani tidur saya. Saya mulai rimas dengan kehadirannya tambah pula suami mulai berjauhan kerana dia dipanggil untuk memasuki training polis di Johor.
Walaupun dia keberatan namun kerana inginkan kehidupan yang lebih stabil terpaksa jua pergi meninggalkan saya dalam keadaan seperti itu yang tidak diketahui sesiapa kerana saya memintanya untuk berdiam diri .
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memberitahu ibu mertua saya setelah saya kerap didatangi makhluk tersebut. Makhluk tersebut semakin berani untuk mendekati saya setiap malam selepas ketiadaan suami sya. Keesokkan harinya juga ibu mertua dan bapa mertua saya membawa saya berjumpa dgn seorang wanita indonesia yang pakar dalam hal mistik ini untuk mengetahui jawapan tentang smua yang berlaku. Setibanya kami dirumah yang dimaksudkan. Wanita tersebut terus ligat melihat sekeliling saya dan meminta saya untuk masuk segera. Dia mengatakan banyak makhluk yang meminati saya diluar sana. Namun sya mempunyai “Pendamping” yang mendampingi. Oleh itu mereka yang lain tidak dapat mendekati saya. Saya terpinga pinga dan terus meluru masuk. Ibu dan bapa mertua saya mulai risau. Lalu sya bertanya siapakah ” pendamping” tersebut? Wanita tersebut menceritakan bahawa “pendamping” tersebut adalah “penunggu@saka” dari sebuah barangan lama turun temurun yang dimiliki oleh salah seorang ahli keluarga saya. Katanya kemungkinan telah 5 tahun penunggu tersebut mendampingi saya.
Saya mulai bercerita padanya bahawa saya mengalami pelbagai peristiwa sebelum ini dan melihat pelbagai jenis makhluk. Wanita tersebut menjawab lagi saya mempunyai sixthsense dan dpt melihat pelbagai jenis makhluk yang orang lain x dapat lihat. Katanya itu adalah kebolehan dan kelebihan . Jika saya kuat semangat mungkin boleh membantu orang lain mengubati penyakit ganjil atau mistik .
Saya kembali bertanya mengapakah “penunggu@saka” tersebut mengganggu saya. Katanya barang tersebut telah bertukar hak milik dan pemiliknya kini bukanlah pewaris keturunan keluarga saya . Kemungkinan “Penunggu@saka” tersebut kembali mencari pewaris sebenar keturunan kami untuk didampingi kerana selama ini dia sesat di tangan org lain. Wanita tersebut bertanya lagi adakah dalam keluarga saya ada yang juga pakar dalam perubatan mistik. Saya teringat atuk adalah seorang yang pandai mengubati segala penyakit. Malah atuk ada sebilah keris lama yang diberikan oleh nenek moyangnya untuk dijaga.
Dan keris itu lah dijadikan hantaran untuk meminang nenek pada ketika itu. Keris itu hilang selepas atuk meninggal dunia. Aku masih ingat nenek menangis diatas kehilangan keris tersebut kerana ianya adalah satu satunya hantaran kesayangan nenek dari atuk .Nenek pernah bercerita dia bermimpi ada seorang perempuan merayu untuk kembali kerana dia telah sesat jauh dalam hutan .
Kini terungkaplah sudah kelibat wanita berjubah yang setiap malam menemani saya itu adalah jelmaan “penunggu@saka” keris tersebut .
Selain itu , apa yang saya alami selama ini adalah kerana sixth sense sejak kecil lagi. Mungkin saya dipilih untuk mewarisi kepakaran datuk untuk membantu org mengubati sebarang penyakit. Namun rasanya saya tidak bersedia untuk itu dan tidak mahu mengambil sebarang risiko jika mengamalkannya. Wanita indonesia tersebut mengatakan dia hanya dapat membantu saya menutup hijab saya sahaja. Namun katanya lagi untuk menghalau “penunggu@saka” tersebut perlukan yg lebih pakar seperti ustaz.
Sedikit sebanyak katanya “penunggu@saka” itu boleh memudaratkan jika mendampingi terlalu lama. Lebih lebih lagi berkenaan dgn zuriat. Kebetulan dua tahun sudah usia perkahwinan namun masih belum diberikan zuriat. Namun Alhamdulillah selepas ditutup hijab dan dipagarkan sekeliling rumah saya x lagi melihat makhluk tersebut . Sejauh mana kesahihan yang diperkatakan oleh wanita indonesia tersebut saya pun x tahu . Tapi yg pasti apa yg saya ceritakan 100% dri pengalaman saya sendiri. Masih ada atau tidak sekarang allahualam. Wanita itu cuma menasihatkan saya berdoa banyak kepada Allah. Sedikt sebanyak peristiwa tahun lepas mengajar saya untuk terus beribadat kepada Allah. Dan tidak terus terpedaya oleh jin jin yang boleh menyesatkan.
Pendamping kita adalah Allah yang satu. Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak . Sedikit pun cerita ini tiada tokok tambah. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya saya berhadapan dengan pelbagai jenis makhluk ketika itu. Salah langkah boleh jadi gila agaknya. Jika hendak dicerita terlalu terperinci mmg agak sarat ruangan FS ini. Saya hanya mampu menceritakan ringkas sahaja . Sekian terima kasih kerana sudi menghabiskan masa membaca pengalaman saya.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
alarm terbangun sampai maghrib?lame gila tido sampai maghrib
Hijab dh tertutup tp pendamping masih ada…so cpt2 la jumpa pakar perubatan islam /ustaz yer..