Penunggu Rumah Flat.

Assalamualaikum. Admin, hide profile aku ya. Sebelum ni, aku merupakan pembaca setia FS. Ni kira first time la aku nak citer kisah seram yg jadi kat diri aku sendiri. Kalau bosan, aku minta maaf la ye and kalau admin publish citer aku. Mekasih. Hehe.

Citer ni berlaku tahun lepas. Dua bulan sebelum aku ambik exam spm 2016. Time tu memang aku sibuk study untuk spm. Dan masa yang sama jugak, ayah aku kene transfer kerja kat tempat lain. Jauh dari tempat yg kitorang tinggal sekarang ni. Dipendekkan citer, mak ayah aku tumpangkan aku dekat umah mak sedara aku. Rumah mak sedara aku tu rumah flat. Tingkat 4. Setiap aras tu ade 4 buah rumah. Kalau ikut pintu rumah mak sedara aku ni. Sebuah rumah kat depan*ada orang duduk*. Pastu 2 buah lagi belah kanan*xde orang duduk*. Belah kiri tangga.

Bilik aku paling hujung. Tepi tandas. Dan sedihnya bilik aku xkedap bunyi. Kira aku boleh dengar la bunyi dari luar. Dan untuk pengetahuan semua, kawasan perumahan flat ni pada asalnya kawasan hutan. Ada la pig, monyet, ular seblum kerajaan tubuhkan rumah flat ni.

Mula2 tu biasalah nak biasakan diri ngan suasana baru. Tapi down sebab kene tinggal. Memang aku x study. Lepas isyak terus tidur. Lama kelamaan aku dah biasa. Mak sedara aku ngan ayah sedara aku ni kerja. Kire jarang masak. Makanan harian aku maggi. Burger macam tu la. Pastu ade satu malam tu aku lapar. Gi dapur xde makanan. Time tu awal lagi, baru pukul 9.30 malam. Gi kedai. Aku tetibe nak ikut jalan dekat.

Okey, blok mak sedara aku tu blok A. Sebelah tu blok b pastu ade lorong yg pisahkan ngan blok c. Aku lalu ikut lorong tu ke blok c. Biase aku ikut jalan raya cerah sikit. Lorong tu gelap. Aku time tu xfikir ape dah. Lapar kan. Sampai situ, aku seram sejuk. Memang aku jenis yang kalau ada benda pelik tu aku cepat rasa. Tapi alhamdulillah, time ni tak nampak bende pelik2. Hehe.

Sampai kat kedai, pak cik kedai tu pesan. Lorong tu jangan lalu dik malam2. Keras. Banyak orang nampak bende halus kat situ. Tapi aku buat donno je la. Sebab aku tak nampak. Hehehe.

Pastu satu hari tu, member lama aku contact aku balik. Syok la sembang sampai pukul 2 pagi. Pukul 10 tu aku dgr bunyi orang bawah duk tarik katil. Bunyi besi kene tarik gitu. Krek kreeeekkk. Dalam hati, rajin bebebor jiran bawah ni adjust katil nak tidur malam2. Sebab aku slalu stay up nak study sebab mood study aku dah kenal direction nak mari kat aku. Ade bunyi kucing mengiau kuat. Aku membebel la time tu. Kucing sapa bising malam2 ni. Kawan aku cakap jangan tegur. Tengok jam pukul brape? Kita xtahu tu kucing ke bende lain.Heheh. Aku gelak je tau time tu. Pastu sembang punya sembang pukul 2 pagi.

Aku pun ngantuk nak tidur. Aku off call. Lampu memang aku dah tutup dari awal lagi. Sebab aku xde mood nak study. Baru je nak terlelap bunyi guli kene baling kat tingkap aku. Terkejut beruk aku time tu. Kuat la bunyinya. Aku bangun. Pelik aku. Macam mana orang boleh baling guli? Ni kan tingkat 4. Kalau dri dapur rumah sebelah, mungkin la. Tapi… rumah sebelah pun xde orang weh. Cuak dah time tu.

Dan disebabkan bilik aku x kedap bunyi. Aku boleh dengar bunyi guli tu start dri bawah naik ke tingkat umah mak sdare aku. Tingkat 4 paling atas la. Pastu turun balik. Naik balik. Turun balik. Bunyi keting keting keting naik tangga. Time tu jantung aku berdebar bukan main dah. Dah la mak sedara aku, anak lelaki die, suami die dah tidur. Bilik diorang takpe kedap bunyi. Pastu bunyi tu kan turun bawah. Tibe2 bunyi tu kuat kat depan pintu rumah. Bende tu macam gegarkan pintu rumah nak masuk. Aku nangis terus time tu. Doa aku baca semua lintang pukang. Bunyi tu kuat. Dalam 5 minit jugak. Pastu xde. Ade balik. Macam die nak bergurau.

Aku pun gagahkan diri aku ni bukak suis lampu. Aku pulas tombol pintu terus aku redah masuk bilik anak lelaki mak sedara aku tu. Die x tidur lagi duk main game coc. Aku ngan kain selimut duk kelubung muke pucat ni die gelak je. And yang aku pelik, die x dengar pun bunyi pintu tu. Padahal die x tutup pintu bilik dia. Aku je yang dengar. Stress siot!Start tu, aku x tidur lambat. Tapi slalu kene kacau.

Pernah sekali aku nampak ada budak duduk atas almari aku. Muke pucat mulut berdarah. Duk tenung aku. Mata hitam penuh. Xde mata putih tu. Pastu budak2 berlari dri tingkat atas. Padahal atap. Mane ade manusia duk kat atas atap tengah malam. Nak tidur bunyi anak2 kecik berlari dri rumah bawah. Padahal rumah die xde budak2. Macam mana aku tahu? Sebab pernah satu hari tu jiran bawah ni mai ketuk pintu rumah aku cakap. Die xleh nak tidur sbb rumah mak sedara aku ni slalu bunyi budak2 berlari. Gila ke? Sepupu aku yg lelaki tu dah umur 15 tahun. Nak berlari apenye.

Tiap2 malam n aku citer yg aku dgr bende sama dri umah die. Die pun cuak. Mana ada budak kecik umah dia. Hurm, aku tau dah ape die. And aku citer pasal bunyi besi duk tarik dalam rumah diri. Kira kedudukan macam bilik aku lam rumah dia. Dia cakap bilik tu kosong. Mana ada orang duduk. Huhuhuhu. Seriau aku bak ang. Aku duk menbebel malam tu ke “dia”.

And yang paling aku xleh lupa. Pernah malam tu aku drive kereta abang aku dari rumah family aku. Sampai lam kul 3 pagi. Aku ngan abang aku. Tapi abang aku tidur time tu. Baru je aku nak masuk parking. Bende pertama yang aku nampak. Ade satu keluarga duk berjalan atas atap umah flat blok B. Elok je atas atap weh. Rambut panjang mengurai. Perempuan and ade 2 budak. Sorang lelaki n sorang perempuan. Budak prmpuan tu yg aku nampak ats almari . Aku pengsan time tu. Abang aku yang angkat aku bawak naik kat bilik. Takut weh. Aku citer kat family aku gangguan yang aku kene. Tapi diorang suruh bersabar je. Selalu aku nmpak. Family mak sdare aku pun. Tapi diorang x kene macam aku.

Ada jugak aku duduk sorang kat umah tengok tv. Pintu dapur terbuka dngan sendirinya padahal aku dah kunci. Pastu tutup bukak balik. Tutup bukak balik. Tapi bile dah slalu kene. Aku buat bodoh je. Habis paper last spm, aku terus suruh abg aku ambik kat skolah. Aku balik terus rumah aku . Baju aku dah pack awl2. Buku aku tinggal semua. Hahahahaa.

Mak sedara aku pun dah pindah umah. Dia baru menetap kat umah tu. Tak smpai setahun. Sebab anak kecik die selalu menangis. And dah xtahan kene kacau malam2. Ayah sedara aku cakap. Disebabkan aku la baru diorang tahu tempat tu keras. Sebenarnya, bila tanya orang yang mula2 duduk kawasan tu. Pada asal die. Ada satu family ni kene bunuh. Lepas tu mayat diorang kene buang dalam hutan tapak rumah flat ni. And disebabkan tu roh mereka x tenang. Duk merayau2 kat kawasan tu. Tapi antara blok2. Blok C paling keras.

And kat blok mak sedara aku tu. Ada sorang buruh india yang mati sebab jatuh masa nak dirikan umah flat tu. Dah cuba “bersihkan” flat tu tapi tetap xde perubahan. Alhamdulillah, sekarang aku dah x kene kacau dah. Aku rasa family yang kene bunuh tu yang aku nampak berjalan berjemaah atas atap tu. Sorry kalau jalan citer ku ni x best. Mohon maa

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.