Penunggu Sebelah

Assalamuaalaikum w.b.t dan selamat malam buat pembaca ruangan Fs.Nama aku Ash aku antara penggemar cerita² seram/thriller semua before this gua follow creepyposta je kat wattpad.Ruangan Fs ni aku baru follow je sebab baru tau.Baca punya baca cerita smua² best.Memang setiap hari aku tunggu la cerita baru kat Fs ni kan.Dah best baca terasa nak share jugak la kan pengalaman sendiri even tak seram mana

Okay okay jom mula cerita , (sambil type sambil kunyah jigs haha)

Aku dengan family aku ni kalau balik kampung memang jarang menginap rumah tok kat kulim bukannya apa almaklum adik beradik ayah aku ramai bilik tak banyak so setiap kali balik memang akan sewa homestay selalunya kitorang sewa homestay berdekatan je.Jadi dah kenal pun dengan pemiliknya.Aku panggil dia Pak Haji je sebabnya memang dia perkenalkan diri dia gitu

Makanya nak dijadikan cerita aku pun contact la pak haji ni nak book homestay nak balik kulim sembang² sikit tanya kabo aku suarakan hasrat nak sewa homestay dia macam selalu kali ni nak yang beso sikit pasalnya datang ramai kali ni.Dah pulak Pak Haji ni cakap homestay area kitorang selalu sewa dah penuh pastu dia rekomenkan homestay dia satu lagi jauh sikit dari area rumah tok maka sebab dah terbiasa berurusan homestay dengan dia kitorang pun setuju je la

Bermula kisahnya di sini, Lebih kurang 10 minit tunggu Pak Haji kat kawasan ptronas dia pun sampai.Selesai penyerahan kunci dan pembayaran kitorang pun mintak jasa baik Pak Haji tunjukkan jalannya pasal tak tahu kat mana.

Lama jugak perjalanan ke sana 20 minit dalam keta aku dengan ayah aku dah rasa pelik asal la anak Pak Haji bawak macam nak pergi drift makin lama makin laju.Ayah pun dah jadi terkocoh-kocoh nak kejar keta si anak Pak Haji ni.Dekat satu persimpangan kawasan yang nampaknya macam hutan gua dah rasa semacam tatau apahal kan sejuk pun dah rasa sampai ke tulang aku rasa kawasan tuwh macam ‘something’ sangat aku dah perasan ada ‘benda’ tenggek atas pokok belah kanan aku aku diam je dalam hati recite ayat kursi akhirnya sampailah ke homestay yang dituju.

Sebabkan dah jauh malam kitorang sampai aku tak berapa nak perasan sebenarnya kawasan persekitaran.Sampai dekat homestay aku usya lawa je tempatnya elok semua penghuni macam ramai rumah sebelah banglo nampak tersergam indah.Masuk ja rumah basuh kaki semua semua pakat pilih bilik.Since ramai aku dengan adik aku decide tido sekali kitorang pilih bilik hujung sebab ada aircond haha.

Selesai kemas apa patut and solat duduk sembang dengan adik aku.Aku perasan ada sejadah jatuh dari penyidai aku bangun sidai semula kat tempat dia.Sambung sembang aku perasan jatuh lagi.Aku bangun g angkat aku mulanya fikir sejadah lincin sebab tuwh jatuh je.Kali keberapa jatuh aku g angkat gak tapi pegang sejadah tak lincin pong kat situ gua dah pelik gua bia je.(kononnya buat cam takde pape padahal dah berkocak jugak la kan jantung gua) Dalam berani tu takut ada la sikit tempat tak biasa kan haha.Tetiba datang otak nakal kitorang nak g kacau adik kitorang yang bongsu kononnya nak takutkan dia pagi² buta hahahaha(gelak jahat pasal tatau nak kena japgi)Planning la idea jahat kitorang.

Lewat 12 semua dah rasa lapa lak ayah aku kua beli makan.Masa ayah aku otw balik tu ada aku nampak ada ‘penyambut tetamu’ tak diundang kat lua pagar tu.Elok lampu moto ayah kelihatan terus lesap ‘benda’ tu

Around pukul 3 macamtuwh aku ngan adik aku tak tido g pasal tengah syiok dengar lagu best, online share cite bagai semua kat sini mula alkisahnya, tengah syiok sembang² kitorang dah dengar bunyi aneh kat luar tingkap bilik aku tau itu ‘sesuatu’ muka adik aku pun lain dah aku tak fikir apa aku terus bukak surah ruqyah memang aku ada simpan surah ni.Makin lama bunyinya makin deras aku pun dah naik seriau haha tapi gatal g bukak jugak tingkap tuwh sikit aku nampak ‘sesuatu’ tuwh betul² kat penjuru luar mencangkung pandang aku pulak tuwh haa ambik kau ketar dah aku.Adik aku dah lari g buat marathon ke ruang tamu.Aku boleyh pulak freeze kat situ tercengang beb.

Berapa saat pastu baru aku buat marathon jugak g ruang tamu hahaha bengong betul rasa nak tampo je muka sendiri laju² masa tuwh.Boleyh pulak kau buat freeze kat situ kalau dia terkam gua tak ke naya( masa tengah type ni pong ada je ‘pengacau’ bunyi pinggan la bagai nak kata kucing stor tuwh dah tutup habis dah haha berdiri bulu roma sat…aku kat rumah macam tau aku dok tulis genre macam kena nak buat kacau la tuwh tak guna betoi)

Sampai kat hall adik aku dah nak nangis cakap nak balik penang terus (hahahahaha memang aku gelak dalam takut tuwh habis dah lawak siot muka dia cakap nak balik penang) aku je tercungap-cungap yang lain tanya apehal aku malas cite karang yang lain takut sama susah aku cite kat mama.Mama pong terkedu(pangkat tok sebenanya sebabkan vogue aku panggil la mama haha)Dah okay sikit aku beranikan diri masuk bilik tu balik sebab nak amik fon aku(aduii geram boleh pulak dah tertinggal) Aku masuk dengan tak rela meremang bhai rasa nak taknak kena gak amik aku cepat² amik lari keluar.Terus tido lua bhahahaha

Cerita kitorang tak abis kat situ je dah elok nak lelap mata kat lua tu dya g main ‘cakar’² pulak dah dengan bunyinya aku daripada nak terlelap terus celik mata yang lain dah kalut dah mama suruh go on bukak ayat ruqyah aku bia je la..Aku bukak volume kuat sebab kat hall ramai aku tak seram sangatKesudahnya semua tido² ayam takut punya pasal.Taktau bila ‘Dia’ berhenti tau² je dah pagi.

Selesai mandi semua awal pagi kitorang bertolak g rumah tok.Masa kitorang kua rumah tu alangkah terkejutnya kitorang persekitarannya tak seperti yang semalam aku cakap ramai penghuni ada keta semua ni nampak lenggang kosong terus seolah tak ada sapa² hanya kitorang dan yang lagi terkejut banglo yang aku katakan tersergam indah tuwh jauh beno pandangan dengan semalam weyh nampak usang dan menyeramkan lampu lip lap yang aku nampak semalam pong seolah takde tergantung kat situ weyh berderau dah darah aku bhai.

Petang tuwh masa tengah sedap hirup kopi o kaw dengan cucur aku cite la kat ayah aku pasal semalam (ayah n ibu tatau pasal diorang tido master bedroom) rupanya ayah aku pong nampak ‘penyambut tetamu’ tu n ‘sesuatu’ yang atas pokok tu.Baru ayah gitau sebenanya banglo dan kawasan tu memang sunyi n banglo tuwh sebenanya ada penuggu guess what?bilik yang gua tido dengan adik gua tu bilik DIA weyh patut la dia marah nau haduiii(ayah aku memang tau sikit bab ni) sebab masa kitorang sampai semalam ayah pong kepenatan jadi agak tak perasan sebelahnya.Paginya ayah kua baru ayah perasan suasana lain.Tu yang ayah tau.

Okay dah ngantuk habis dah cite gua sampai sini maaf kalau tak best mana tq pada yang baca

-Ash-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *