Penunggu Sekolah Tak Suka Muzik / Tangisan Malam #kakrun’sstory

Salam. My name is Mar, tapi orang panggil kak Run je. Nama timangan. Aku ada satu kisah yang sampai sekarang tidak dapat aku rungkaikan misterinya. Aku berumur 28 tahun, pernah menjadi guru kelas tambahan di SMK Pendang. Pendang adalah sebuah pekan kecil yang terletak di utara tanah air. Tempatnya aman damai dan penuh kehijauan. Kalau korang pernah dengar pasal jalan Titi Hj. Idris, korang akan tahu jalan2 yang aku lalui untuk sampai ke sekolah tersebut dari Alor Setar.

Kisahnya bermula begini. Aku dan seorang sahabat (orang Pendang) telah bersetuju untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah tersebut sebagai guru kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Aku asal dari Sungai Petani. Tapi disebabkan cuti semester yang panjang (selama sebulan) ketika itu, aku mengambil keputusan untuk bekerja mencari sesuap nasi. Begitu juga dengan sahabatku ini. Kami sama2 memerlukan wang sambil2 meneruskan pengajian sebagai graduan master di UUM. Bezanya aku dengan sahabatku (Pikah), dia tinggal di Pendang, manakala aku terpaksa menumpang di rumah kakakku di Alor Setar, Kedah. Disebabkan kelas tambahan hanya berjalan pada waktu malam, aku selalu bertolak petang dari Alor Setar, bersolat magrib di rumah Pikah, dan kami akan bergerak bersama-sama ke SMK Pendang.

Hari-hari ku berlalu seperti biasa, di mana aku akan melalui jalan Titi Hj Idris untuk sampai ke rumah Pikah. Boleh tahan cerita2 yang aku dengar berkaitan dengan jalan itu. Orang-orang di sini panggil jalan maut. Begitu banyak kemalangan maut berlaku di situ. Yang mengalami kecelakaan pasti maut atau parah. Penah masuk paper kot. Ada juga kes yang aku dengar / baca, jika tidak maut di situ, ada saja yang menumpang balik sehingga dirawat dan dilepaskan semula di situ.

Fuhh. begitu misteri jalan Titi Idris tu. Cuba pembaca bayangkan rutin petang malamku berulang alik dari Alor Setar ke Pendang melalui jalan tu tapi aku seorang yang sentiasa beringat. Naik kereta, bacalah doa serta ayat kursi sebagai perlindungan.

Segalanya bermula pada satu malam ni. Seperti biasa, aku dan Pikah pun bergerak ke SMK Pendang. Kami masuk ke kelas masing-masing dan memulakan pengajaran. Kelas yang kami ajar berada di tingkat 1. Mengajar remaja2 tingkatan 1 hingga 3 pada malam itu. Aku dengar music dan lagu dari kelas Pikah mengajar. Itu cara kami, guru bahasa Inggeris menarik perhatian pelajar untuk minat mempelajari bahasa Inggeris. Selain menggunakan lagu-lagu popular dan catchy, kami juga suka menggunakan language games supaya pelajar tak boring di dalam kelas. Malam itu, Pikah gunakan lagu Inggeris manakala aku pula mengajar cara tradisional diselang seli dengan games.

Selepas selesai sesi mengajar, aku ke kelas Pikah, menunggu dia mengemas alat bantu mengajar. Selalunya, hanya tinggal kami berdua di bangunan sekolah, selepas pelajar2 semua berlari tak sabar mahu pulang ke dewan makan asrama untuk ‘supper’. Biasalah, duduk asrama kan. Semua yang duduk di asrama pasti teringat moment-moment ‘manis’ di sana..hehe..

Aku pun seraya berkata kepada Pikah “Jom Pikah..” sambil memerhati gerak geri dia memadam papan hitam. Pikah ini kecil dan comel orangnya.. tapi agak tegas. Dalam masa yang sama juga sangat senang bergurau dengannya. Tiba-tiba Pikah bersuara “Kak Mar, Pikah rasa tak sedap badan la.. tak tahulah.. rasa macam mana ntah..” Aku tergamam seketika.. ‘rasa tak sedap badan’ yang macam mana? Tanya ku di dalam hati.

Keesokkannya, aku mengetahui, Pikah demam teruk. Ok, tak apa. Aku tidak mengesyaki apa-apa waktu itu. Malam keesokkannya, tiba giliran aku mengajar pelajar tingatan 4. Aku juga menggunakan teknik lagu bahasa Inggeris. Lagu yang aku pilih adalah by One Republic – I live. Tujuannya untuk pelajar-pelajar mendalami maksud lirik lagu serta diselitkan elemen grammar di dalam pengajaran aku. Pelajar-pelajar nampaknya sangat bersemangat, bersama-sama menyanyikan lagu serta memberi kerjasama yang bagus di dalam kelas pada ketika itu. Malam itu lain dari yang biasa.

Mungkin disebabkan aku datang seorang, kerana Pikah masih lagi belum sihat. Setelah selesai kelas tambahan, aku pun memulakan perjalanan balik ke Alor Setar.

Sesampainya aku di persimpangan Titi Hj Idris, ada dua jalan. Satu jalan belok ke kiri yang boleh terus tembus ke Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar (jalan yang aku guna untuk ke rumah Pikah). Satu lagi jalan adalah terus melalui sawah padi, jauh dan nanti akan keluar ke simpang nak ke Hospital Sultanah Bahiyah. Dua2 jalan pun gelap dan sunyi. Jaraknya sama sahaja. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Aku membuat keputusan mengambil jalan yang lurus. bak pepatah “Ihdinas siraatal mustaqeem”.. hehe..

Sepanjang perjalanan itu, aku rasa tak sedap hati. Selalu aku lalu situ okay saja, tapi dah nak terkena malam tu, rasa tak berapa best. Sesampai simpang ke hospital, aku belok ke kiri dan terus lagi untuk sampai ke Taman Nuri, berdekatan rumah kakak ku. Kereta ku meluncur laju menuju ke taman nuri.

Ketika itu, di sebalik ekor mata aku, terlihat sekujur lembaga perempuan berbaju putih, seakan melayang-layang di tiang letrik berdekatan tempat parking kereta. Aku terus buat tak endah. Tak akan ku pandang buat kedua kali. Mulut sambil2 membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Aku keluar dari kereta. Jam menunjukkan hampir pukul 12 malam. Aku terus berjalan laju menuju ke pintu pagar rumah. Sewaktu hendak mengunci mangga pagar, kedengaran suara tangisan gemersik seperti boleh didengari seluruh taman. Aku sekali lagi kaget dan mula berasa meremang. Cepat-cepat aku kunci dan menuju ke pintu utama. Ketika mahu menutup pintu utama, tangisan gemersik itu masih kedengaran.. seperti tangisan seorang perempuan. Mendayu-dayu. Mataku tidak ku liarkan menerawang ke luar. Sewaktu hendak menutup pintu, aku sekali lagi mengulang baca “A’uzubillahi minasshytaanirrojiim..” dan terus masuk menutup pintu. Berasa lega sedikit.

Semua lampu di tingkat bawah aku buka. Takut punya pasal. Kemudian aku menuju ke tingkat atas untuk ke bilik. Rumah kakakku rumah setingkat. Ketika aku melangkah menaiki tangga untuk ke bilik tidur pink, kedengaran lagi bunyi tangisan itu. Kuat. Aku pelik. Macam mana boleh didengari lagi sedangkan tadi di tingkat bawah sudah berhenti setelah aku menutup pintu? “Ahh.. sudahhh!” jerit hatiku yang berdebar-debar.

Sekali aku buka lampu bilik “TAP!” mak aih!! Tingkap tidak bertutup, langsir masih terikat! Ini mesti kakak aku lupa. Maklumlah, dia tidur di bilik lain. Aku terus meluru laju menutup tingkap dan langsir. Fuhh!! Baru bunyi tersebut reda dan tidak kedengaran lagi.

Setelah membersihkan diri serta menunaikan solat Isya, aku pun terlena dalam keadaan lampu terang benderang. Malam itu aku bermimpi suatu muka yang sangat bengis dan berang. Seperti marahkan aku atas sesuatu. Keesokkannya, aku demam panas dan dimarahi kakak kerana membiarkan lampu menyala dari tingkat bawah ke atas. Hehe.. dah takut.. nak buat macam mana kan?

Pengajaran yang aku dapat dari pengalaman malam tu :
1. Mungkin penunggu sekolah tu tak suka kami guna atau mainkan lagu kot time ngajar. tak friendly betul..huhu.. orang nak ngajar je kot.

2. Kawasan taman nuri tu mungkin ada sesuatu bila malam menjelang. Dah nasib nak terkena kat aku malam tu.. huhu.

Terima kasih kerana sudi membaca. Ini semua daripada pengalaman real sendiri. Banyak lagi yang ingin kak run sampaikan tetapi buat permulaan, yang ni dulu la kot. Thanks FS sudi publishkan cerita ni. 

#KakMar#KakRun

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

10 Comments on "Penunggu Sekolah Tak Suka Muzik / Tangisan Malam #kakrun’sstory"

avatar
kak lang

‘Semua lampu di tingkat bawah aku buka. Takut punya pasal. Kemudian aku menuju ke tingkat atas untuk ke bilik. Rumah kakakku rumah setingkat. Ketika aku melangkah menaiki tangga untuk ke bilik tidur pink, kedengaran lagi bunyi tangisan itu. ‘
ermm..rumah setingkat tp ada bilik tingkat atas?ni kes takut sampai salah taip ea.. 🙂

Rumorsss

Maybe dia kira tingkat atas ada 1 tingkat kot. Which means 2 tingkat kalo dikira ground floor. Kalo 3 tingkat plak dia kira jadi 2 tingkat sebab ground floor dia tak kira..kahkahkah

Apa2 pun, takde feel nak baca story ni.

Penmerah

tu yang tengah pening ni ..

cik effy

nak tunggu jawapan dari soalan kak lang tu je …

z

Aduh seram deh…balik sengsorang. Kira tabah gak tu. Lepas kejadian mlm tu…kak Run still guna jalan tu? Klu ya…berani gak tu.

Jalan tu seram nya..siap berubat lepas balik kat situ…hmmm smpai bila² pun jalan tu angker…

Denasor

Tajuk cerita kurang menarik. Tp abis gak aku baca. Cerita ok..

MeNaNtI kEkAsIh

Tmn nuri….hahhahahaha…..malam2 waktu sekolah dlu kami rajin lepak kat ujung tmn….agak angker gak la sbb 2 dlu kawasan sawah padi.,,,,,aku skolah kat area si…aku rasa penulis taw skolah aku….hahahahaha……..

aiman

Saya skolah smk tajar hahahhahahs

Aisha

Aq penah kne tindih dlu tapi sblum aq kne tindih tu mlm tu jugak aq asyik mimpi benda yg sama smpai aq x pasti tu mimpi ke ap and then lpas aq sedar dari mimpi otak aq asyik terngiang ngiang lagu yg one rebuplic – counting stars jadi mulut aq pun terikut nyanyi skali last last masa aq nyanyi tu aq terpandang dkt atas kepala aq nampak la lembaga hitama badan besar mcm org gemuk, perut buncit, kepala botak die tgh duduk mencangkung atas kepala aq masa tu lah aq kne tindih…hbis crita huhu

Cik Anne

rumah berape tingkat pun nk persoalkan….

wpDiscuz