Assalammualaikum. Kisah ni kira first time lah jugak aku lalui. Kisah ni aku lalui baru-baru ni je.
Kisah ni bermula masa aku kat kelas. Dalam kelas tu tak ramai dalam 20 lebih macam tu. Kebanyakannya pelajar perempuan lah termasuk aku. Lelaki sikit je setakat 5 orang. Okay masa tu aku tengah dok khusyuk menghafal apa yang disuruh oleh cikgu. Kalau tak hafal kang nanti kena rotan. Haha. Kelas aku tu walaupun ramai pelajar perempuan, fuuhhhh dia punya bising nak meletop kelas tu nanti. Sebab dah terlampau bising, aku pergi duduk dekat tempat duduk yang hujung sekali berhampiran dengan tingkap. Aman sikit nak menghafal sebab tempat tu memang kosong and takde orang.
Masa tengah dok khusyuk menghafal, tiba-tiba ada lah sorang kawan aku dok sebelah aku. Dia ni dari tadi asyik menyanyi. Tapi aku biarkan aje, nasib baik merdu. Nyanyi lagu orang putih. Tapi tengah dia menyanyi tu, aku tengah baring atas meja menghadap sebelah kanan. Kawan aku tu dok sebelah kiri. So aku just boleh dengar je dia ni nyanyi.
Dah lama lepastu, aku bangun and tengok2 dia dah takde. Tapi yang peliknya, aku still lagi dengar suara dia menyanyi. Then aku fikir positif maybe dia nyanyi2 dekat luar kelas sambil buang sampah or apa kan. Sebab memang dengar dia menyanyi kat luar. Aku hairan lah juga sebab masa tu aku rasa aku sorang je yang dengar. Kawan aku semua sebok dok menghafal macam biasa.
Tiba-tiba aku ternampak kawan aku tadi tu baru je balik dari tandas. Dengan tak semena-menanya suara tu pon berhenti. Then aku tanya dia.
“weh, tadi ko pegi mana?”
“aku pergi tandaslah”
“ohh… bape lama ko pegi tandas tu?”
“Dah lama dah”. Memang masa tu nak tercabut jantung aku. Sebab memang dlm seumur hidup aku tak penah lalui benda2 macam ni. Aku masih tak puas hati lagi. Aku tanya dia lagi..
“tadi ko nyanyi lagu org putih kan sebelom pegi tandas?”
“haah mmg ada. Tp sampai aku pergi tandas je lah aku nyanyi. Asal?”
“eh, bukan ke ko dok menyanyi kat luar kelas?”.
“mana ada weh.. weh aku dah takut dah ni. Ko jangan main2kan aku”
” habis tu, siapa yang nyanyi2 tadi?”
“ish ko ni, manalah aku tau!”. Masa ni memang kawan aku pon dok meremang bulu roma. Lepas tu dia terus pegi balik kat tempat duduk dia. Memang pelik gila time tu tambah takut. Dah lah aku sorang je yang dengar.
Kat rumah plak aku dok terfikir je pasal tadi. Aku cerita kat family aku tapi semuanya cakap “khayalan je tu kot”. Tapi aku memang rasa tu bukan khayalan. Sebab first time beb aku dengar benda2 mcm tu. Tak penah hadir pon dalam hidup aku. Tapi tak berakhir macam tu je, dalam pukul 2-3 pagi macam tu, aku terjaga sebab aku dapat rasa macam ada something yang berbulu sapu2 muka aku.
Aku buka mata and aku check takde apa pun.
Sampailah aku pegi dekat ruang tamu, aku ternampak macam seorang perempuan, dia berdiri je dekat depan bilik abang aku. Tapi aku tak nampak sangat muka dia sebab gelap. Just nampak tubuh badan perempuan je. Rambutnya paras bahu, and tengah aku dok pandang dia, dia tiba-tiba alihkan kan pandangan dekat aku and apa lagi aku pun teros zooommmm masuk bilik kunci bilik. Aku baca apa yang patut time tu. Takut punya pasal kan.
Aku sambong tido dengan pejam mata rapat2. Tapi masa aku dah nak lelap tido, aku rasa macam ada someone yang dok usap2 wajah aku ni. Dok usap2 pipi aku and macam ada benda sikat kan rambut aku. Okay time tu memang rasa macam nak nangis gila. Nak je jerit tapi takut nanti benda tu marah plak kan. So aku diam je and beristighfar bynk2. Minta tolong dengan Allah. Time tu dah lemah semangat dah….
Tak lama lepastu, korang tau apa yang aku dengar ?
Aku dengar nyanyian yang sama macam kat sekolah tadi. Cuma suara yang ni lebih merdu lagi lah dari suara kawan aku tu. Memang masa tu dh takut sangat sampai sedar yang aku dah tido lena. Bangun2 je aku sedar yang aku dah ada kat ruang tamu tu.
Mak aku cakap masa mak aku nak kejutkan aku, mak aku tengok aku ni macam tak bermaya. Tu yang aku terus demam panas tu. Tapi tak lama lepastu dah takde dah kejadian2 pelik dalam hidup aku. Aku hanya mampu berdoa untuk dapatkan lindungan daripada Allah.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
lagu ape ye dia nyanyi tu..
shes gone
shes gone ke..hahahaa
pengalaman sikit je…hurmm tp xpe..janji sampai