Percutian Di Port Dickson

Assalamualaikum. Terima kasih kepada Fiksyen Shasha sebab publish cerita ini. Mungkin bagi korang cerita ni tak seram dah hambar tapi bagi aku hanya Tuhan yang tahu perasaan aku masa tu.

Aku paling suka dengan cerita hantu. Kalau cikgu tak ada dalam kelas pun, aku akan tanya kat deskmates kalau diorang ada cerita hantu baru. Tapi aku ni memang lemah semangat bila orang takutkan aku.

So, masa benda ni happened aku baru Form 1 (13 tahun). Masa ni nak pergi bercuti kat Port Dickson. Actually masa ni abang ipar aku ada urusan kerja kat situ so kakak aku ajak mak and aku join sekali.

Dalam pukul 4 petang dah sampai dah kat Port Dickson tu. So kitorang stay dalam kereta dulu sementara abang ipar aku check in bilik. Dalam 5-8 minit abang ipar aku sampai.

Dia cakap bilik penuh. Kitorang pun peliklah since dia cakap pekerja-pekerja yg terlibat memang stay kat sini. Dia pun pergi bincang semula dengan pihak hotel.

Dia datang balik dalam 30 minit. Dia cakap ada satu bilik kosong. So, kitorang ambil semua barang lepas tu angkat naik atas. Tak silap, bilik tu kat tingkat 6. Masa sampai kat tingkat tu, memang rasa dah sebab sunyi je padahal pukul 5 pun belum.

Aku pun tak layanlah feeling tu. Sebab aku jenis bila takut, memang aku akan ingatkan benda lain macam harry styles ke hehe. Finally dah sampai bilik. Aku yang buka pintu bilik tu and the first one yang masuk dengan assalammualaikum.

Honestly, masa masuk tu tak rasa apa-apa. Dah letak barang, biasalah, mestilah nak check bilik-bilik yang ada. Masa tu ada 2 bilik. Buka bilik pertama, nice. Tapi bila buka bilik kedua, cuba teka apa jadi?

Pintu tu tak boleh buka. Terkunci. Aku pun apa lagi, terkeluar lah feeling tak sedap hati. So, aku buat bodoh je lah lepastu bagitau mak ngan kakak.

Lepas tu pergilah buka bilik air pulak. So biasalah lepas buang tu, nak basuh tangan lah pulak. Bila buka air kat singki tu, terkejut betul bila tengok air tu warna coklat. Eh asal pulak air ni keruh?

Dah malam. Since bilik ada 2 tapi 1 je yang boleh guna, kakak aku dengan family dia guna bilik tu. Aku dengan mak tidur kat ruang tamu. Aku ni jenis senang terlelap lagi lagi bila tengah membaca. So, dalam pukul 9 dah lelap dah.

Dalam pukul 3 tu tiba- tiba terjaga. Memang rasa lain macam lah. Seram, takut. So dalam 5 minit yg awal tu tak ada apa-apa lagi. Tiba tiba dengar bunyi orang buka tutup pintu dari bilik sebelah/setingkat. Tapi buat rilek je lah. Sebab bunyi tu memang selalu dengar kat hotel. Lagi-lagi masa tu cuti sekolah so orang memang ramai lah.

Tib-tiba dengar kerusi meja makan macam ditarik oleh seseorang. Masa tu memang rasa menggigil lah. Sebab memang dari petang tadi rasa tak sedap hati dengan bilik yg terkunci tu.

Lepas tu dengar bunyi tangisan. Tapi tak kuat sangat. Perlahan. Aku pun baca lah semua ayat al Quran yang aku tahu. Lepas tu siap pasang ayat kursi dekat handphone. Memang masa tu ingat tuhan je.

Tapi Alhamdulillah sangat aku tak nampak apa-apa. Dalam setengah jam lepas tu, aku pun tertidur balik. Setengah jam rasa macam setengah tahun.

Aku pun ceritalah kat mak ngan kakak aku. Rupanya kawan kakak aku kena jugak. Dia nampak benda tu kat penjuru katil. Bila dah sampai rumah, aku pun search kat internet ‘Hotel berhantu di Malaysia’. Aku pun jumpa nama hotel tu. Yang first sekali.

So, kalau bila orang dah cakap tak ada bilik tu, korang tak payah lah tunggu ya. Takut ada benda lain pula yang menunggu.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

  1. selalunya klu hotel penuh dan tetiba dia ckp ada blik kosong, mmg akan ada la sbb kadang2 phak hotel akan tutup bilik2 yg tertentu dgn sbb tertentu tp klu pelanggan mendesak kemungkinan mereka akan memberikan bilik tersebut

  2. Yessszaaaa…
    Klu hotel kate penuh maka beredarlah…
    Jgn ditanye atau dirayu dh sbb kang diorg kenakan bg blk yg haunted/problem…
    Satu lg jgn tunjuk hebat/lagak bagus mse nk check in…
    InsyaaAllah extra pakej kang korg dapat…
    Heheheheheh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *