PERCUTIAN DI PULAU PANGKOR

Hai assalammualaikum pembaca setia FS. Aku ni selalu juga baca cerita-cerita dekat FS ni hihi harini aku nak cerita pengalaman aku. Sorry la kalau merapu, aku cerita pengalaman aku je.

Masa umur aku 15 tahun, sekarang umur aku dah 20 dah. Aku dengan family bercuti kt Pulau Pangkor. Masa musim perayaan, iyela masa tu semua hotel or chalet full. Survey punya survey, dapat la satu bilik ni (ada 2 katil, single & king) ok la. Terus checkin, btw bilik kitorang ni paling hujung la & jalan dia seram gila. (tak fikir la ada benda2 halus ni) lepas checkin semua rehat la. Petang mcm biasa, kami sekeluarga nk jalan2. Aku sure sangat yang aku sendiri tutup siling door & aircond.
Masa maghrib, balik tu terkejut la sbb siling door terbuka dgn aircond huh! Dah penat, malas fikir. Malam tu dah balik makan & jalan jalan. Siap siap nak tidur, aku tidur bawah sbb atas katil full. Aku tidur berhadapan siling door & depan table tv. Before tidur, terdetik hati dgr surah ruqyah pakai earphone. Then mcm dah setengah jam (aku bermonolog, tknk dgr sakit telinga pakai earphone) & tidur. Jam 3 mcm tu aku tersedar sebab nak pergi toilet, haaaa aku Nampak seorang perempuan pimpin tgn seorang budak laki. I thougth anak dia & aku tegur.

Time ni tk terdetik tu hantu ke pe. Aku tegur ‘’buat apa kat luar bawa anak, nanti anak sakit kena embun’’ perempuan tu diam je, taknak jawab. Haaaaa time ni aku dah rasa lain macam, terus amik selimut tutup muka, around 5 minit aku pandang siling door tu aku tgok perempuan tu tinggi gila! Dgn rambut panjang (masa aku tegur, rambut dia mcm ikat sanggul) aku terus baca surah 3 Qul la, alfatihah la then baca ayat qursi mmg tergagap, mcm berat je mulut ni nak baca.

Masa baca alfatihah, huh sebelah telinga kiri aku, hantu tu ikut weh apa aku baca. Lepastu baca ayat qursi (yela dah takut, bole lupa nak baca) hahah tang ni jilake, hantu tu ikut aku baca pastu gelak gelak sebelah telinga kiri. Lama lama benda tu takde, aku dah lega. Tiba tiba, benda tu mcm nak merangkak atas badan aku, aku kaku. Nak buka mulut, tk boleh. Aku azan dlm hati, slow slow benda tu pergi…

Pagi tu jam 7, aku bangun. Selimut aku bau wangi. Nak kata pakai minyak wangi or losyen. Tak sama bau. Hmm lepas tu aku demam, tiga hari melepet dlm bilik dah takde apa berlaku (maybe sebab aku pasang surah surah alquran)

Sekian, maafla tak seram or panjang sangat jalan cerita. Cuma nak pesan, kalau dah Nampak benda benda pelik. Takpayah tegur hihi

Lepas ni aku share lg pengalaman aku bercuti lg di Pangkor Island tp homestay lain la 😉

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *