Assalamualaikum. Hai Fiksyen Shasha dan semua pembaca. Nama aku Fansuri (bukan nama sebenar). Aku nak kongsi kisah seram aku dengan korang semua. Terima kasih pada yang sudi baca. Sebelum aku cerita, aku nak bagitahu aku duduk kampung dan tinggal dengan mak ayah aku. Aku ada banyak kisah seram, tapi setakat ni aku kongsi yang ni dulu.
Perempuan Menjerit
Kisah ni berlaku tahun ni. Dalam dua tiga bulan lepas. Aku bagi gambaran rumah aku dulu lah yer. Rumah aku ni berdekatan hutan. Depan rumah aku pokok buah buahan. Start daripada belakang rumah sampai nak ke hujung kampung sana banyak hutan. Rumah tak banyak dekat kawasan rumah aku ni. Rumah orang kampung tu mestilah ada. Takkan takde pulak kan. Hehehe. Kampung aku ni bukan cam kampung yang rumah jiran dekat dekat tu. Rumah berjarak jarak.Rumah aku kalau malam memang sunyilah.
So, ada satu malam tu hujan lebat mencurah-curah. Bilik aku dekat ruang tamu. Bilik mak ayah aku kat sebelah dapur. Mak aku ni dia tak bagi aku tidur sorang kalau time hujan lebat. Nak pula kalau ada guruh bersambung sambung tu. Lagi satu sebab aku ni ada gangguan jin. So dia tak galakkan aku tidur sorang. Tapi malam tu aku degil. Aku dengar mak aku panggil ajak tidur bilik dia tapi aku nak tidur bilik sendiri. Aku kalau tidur bilik sendiri, aku pasang lampu luar sebelah bilik. Sebab aku dalam terang pun boleh kena ganggu, apatah lagi kalau dalam gelap.
Hujan masih lagi menggila kat luar. Aku pulak main fon. Waktu ni lampu bilik aku dah tutup. Cahaya lampu luar samar-samar dalam bilik. Aku pun letak fon. Masa tu pukul 11.30 malam. Lepas aku letak fon, aku berbaring sambil pandang syiling. Konon nak tenang, ambik nafas. Masa tu lah aku dengar perempuan menjerit. Dan jeritan tu datang dari hutan dibelakang sana. Masa tu aku dah mula takut campur cuak. Mana tak nya, amat mustahil bagi manusia menjerit tengah-tengah hutan dalam keadaan hujan lebat mencurah. Perempuan tu menjerit ibarat takutkan sesuatu. Kalau manusia yang jerit, tentu takde orang dengar. Tapi ini sudahlah jauh, kuat pula tu dalam suasana hujan. Tak lain tak bukan, tu kerja pontianak.
Lepas dia jerit tu, aku cuba dengar lagi. Rupanya sekali tu je. Macamana dia jerit? Macam perempuan nampak benda ngeri. Tapi gangguan pada aku tak setakat malam tu je. Aku beranikan jugak tidur sorang. Tak tau kenapa aku beranikan jugak walaupun dah kena ganggu sebab aku degil cakap mak. Aku lena sampai ke pagi. Mesti korang nak tahu gangguan seterusnya kan?
Hari esoknya, aku check galeri fon. Saje nak tengok gambar dalam tu. Tapi ada dua “gambar” yang menarik perhatian aku. Gambar ni BUKAN aku yang ambik. Masa aku tengok gambar tu aku dah lain macam. Aku perati gambar tu diambik kat mana. Mula-mula aku ingat sebelah almari bilik. Ternyata bukan. Gambar tu dekat tepi dinding bilik aku dan atas tu syiling. Dalam gelap dan nampak sikit cahaya lampu dekat syiling tu. Tapi cahaya tu suram. Masa tu macam-macam soalan yang timbul dalam kepala aku. Terutamanya masa bila aku ambik.
Bila aku tengok masa gambar tu diambik, pukul 6:03 dan 6:04 pagi. Okey, keadaan gambar tu dalam keadaan selfie. Ya, selfie. Bayangkan orang selfie berlatar belakang kan syiling dan dinding. Kalau admin siarkan cerita ni nanti aku tunjuk gambar syiling dan dinding tu kat komen. Gambar asal aku terpaksa padam. Memang bukan aku yang ambik gambar tu. Lagi pula kenapa pula aku nak pergi selfie dekat situ? Haha. So, korang agak-agak benda apa? Sayang pula terdelete. Kalau tak, korang boleh tengok hantu berselfie.
Okeylah, takat tu je aku boleh kongsi. Nanti kalau rajin, aku update cerita lain pulak. Minta maaf kalau tak seram. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Pastu ade kena ganggu lagi ke???
hantu pun tringin selfie. ingt ko sja kah..
halamakk
tue jer….
hemmm
1/5