Perempuan Misteri

Assalamualaikum semua yang sedang baca FS. Aku dekat sini nak share satu kisah seram aku yang dialami oleh aku dan juga keluarga aku. Aku mempunyai 7 orang adik-beradik dan aku lah yang paling bongsu dan juga perempuan. Dan aku ada 6 orang abang. Nak jadikan cerita, aku dah ada 2 orang kak ipar iaitu isteri abang aku yang pertama dan kedua. Isteri abang pertama aku nama dia Kak Ila dan isteri abang kedua aku nama dia Kak Anis. Tapi aku nak cerita ni tentang kisah abang kedua aku dengan isteri dia. Benda ni jadi lepas Abang Isy (abang kedua) dengan Kak Anis kahwin.

Pada mulanya hubungan rumah tangga mereka elok je sampai lah satu harini tiba-tiba je Kak Anis mengamuk dekat Abang Isy kata yang Abang Isy ada perempuan lain. Kak Anis kata dia selalu nampak Abang Isy keluar dengan seorang perempuan yang cantik. Aku pada mulanya tak percaya sebab aku kenal dengan perangai abang aku tu macam mana tapi sampai satu harini aku sendiri yang nampak ada Abang Isy bawa seorang perempuan dalam kereta dia tapi yang peliknya perempuan tu aku selalu nampak.

Jadi aku ambil keputusan untuk diamkan diri sehingga satu masa ni Kak Anis minta cerai dengan Abang Isy. Mereka gaduh besar sehingga, ibu dengan ayah aku pun sendiri tak faham kenapa Kak Anis macam tu. Aku mengadu dekat Kak Ila dan Abang Khai (abang pertama) yang aku pernah nampak perempuan tu sendiri. Aku masa tu rasa bodoh sangat sebab tak beritahu perkara ni awal-awal. Jadi bila dah jadi teruk macam ni aku rasa serba salah pula. Abang Khai pula beritahu ibu dan ayah tentang ni tapi mula-mula ibu dan ayah tak percaya sebab mereka tak pernah nampak tapi bila Abang Khai kata aku pun nampak juga, ibu dan ayah jadi pelik. Jadi ibu dan ayah suruh Kak Anis balik rumah keluarga dia supaya benda ni tak melarat.

Hampir seminggu Kak Anis dekat rumah keluarga dia tapi Abang Isy tetap sama. Masih ada seorang perempuan dia bawa balik tapi kalini perempuan tu sehingga masuk dalam rumah. Aku tak tahu sama ada masa tu aku seorang je yang nampak atau abang-abang aku yang lain nampak juga ke tak tapi yang pasti perempuan tu adalah perempuan yang sama. Aku pula tengok muka Abang Isy macam tak bermaya je. Pada tengah malam tu aku dengan Abang Syaf (abang ketiga) dan Abang Adam (abang kelima) pergi ke bilik Abang Isy sebab kami nak berterus terang dengan dia, aku pun ketuk pintu bilik tapi takda sahutan. Aku ketuk lagi pintu bilik tapi tetap sama, jadi aku ambil keputusan untuk terus terjah masuk dalam bilik Abang Isy.

Alangkah terkejutnya kami bertiga selepas buka pintu bilik Abang Isy kerana ada seekor makhluk sedang baring disebelah Abang Isy yang sedang tidur. Muka dia kami tak nampak tapi apa yang kami nampak dia sedang membelai Abang Isy. Abang Syaf terus azan manakala Abang Adam pula baca ayat-ayat suci alquran. Aku pula berlari untuk dapatkan ibu dan ayah, nasib ibu dan ayah tak tidur lagi.

Malam tu memang agak kecoh dengan bunyi jeritan dan ngilaian makhluk halus tu. Tapi yang peliknya Abang Isy tak sedar pula masa kejadian tu. Ayah terus menghalau makhluk halus tu daripada rumah tapi kejadian tu tak berhenti di situ. Abang Isy semakin lama semakin berubah perangai dia, dia selalu nak marah, selalu lambat-lambatkan solat. Kadang kala bila aku ajak dia solat berjemaah, dia boleh marah aku balik. Dan aku juga selalu nampak yang perempuan tu selalu ada dalam bilik Abang Isy. Ada satu harini ayah jemput Pak Lang sekeluarga tidur di rumah aku. Ni sebab nak merawat Abang Isy mana tahu kalau dia ada apa-apa gangguan ke.

Selama tiga hari Pak Lang dekat rumah aku, Abang Isy jadi semakin liar. Abang Isy jadi cepat marah bila Pak Lang atau siapa-siapa je yang baca ayat-ayat suci alquran dengan kuat. Pak Lang aku ni pandai berubat orang, aku pun cerita semua kejadian aneh yang berlaku dekat keluarga kami ni dekat Pak Lang. Pak Lang pun terus berjumpa Abang Isy dekat bilik dia. Bila dia masuk dalam bilik Abang Isy, dia rasa lain. Dia minta Abang Isy duduk bersila di hadapan dia. Dia pun ubatkan Abang Isy dalam tempoh masa yang lama juga, berminggu-minggu.

Akhirnya kami semua baru tahu yang sebenarnya perempuan yang aku dan Kak Anis selalu nampak tu adalah jin betina yang sukakan Abang Isy sebelum Kak Anis dan Abang Isy berkahwin lagi. Dia tak suka dengan Kak Anis sebab dia anggap yang Kak Anis ‘merampas’ hak dia iaitu Abang Isy. Jadi Abang Isy slow-slow berubat supaya dia kembali sihat seperti sediakala.

Tapi Alhamdulillah Abang Isy makin sembuh dengan bantuan-Nya. jadi sampai situ je lah cerita aku, aku tahu mungkin ada sesetengah orang tak percaya sebab benda ni mungkin dorang dah pernah dengar tapi bagi aku tak. Ni cerita aku yang memang terjadi dekat keluarga aku. Semoga kita semua mendapat iktibar apa yang berlaku. Okay bye assalamualaikum. Salam jumpa lagi …

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Perempuan Misteri”

  1. Siapa perempuan tu? Cerita la bg habis..cara cerita awal tu macam awk kenal perempuan tu..kak anis awak pulak xkena gangguan ke, yela da benda tu anggap musuh kan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.