Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warga FS. Aku, Hani merupakan adik kepada RIZ, (27). Ada 5 nukilan daripada Riz : Jaga Dia Untukku 1, JDU2, JDU akhir, Mariam & SuRina. Maaf jika penggunaan ‘aku’ dibaca kasar dan maaf juga jika penulisanku tidak sebaik abanglong Riz. Setelah lama Abanglong Riz menghadap Illahi, baru aku ada kekuatan untuk menulis cerita di FS dan itupun setelah aku meminta izin daripada mak dan abah. Harap pembaca tidak tertanya lagi akan kehilangan abanglong Riz selepas ini.
Abanglong tiba-tiba beria nak menunaikan umrah. Katanya cuti panjang lebih baik diisi dengan kebaikan. Aku setuju 100% dengan cadangan abanglong dan aku berharap yang penderitaan abanglong berakhir setelah menunaikan umrah namun perancangan Allah itu hebat, beberapa hari selepas abanglong balik dari umrah merupakan permulaan untuk penderitaan abanglong.
1 May 2017, 11.00 AM.
“Mak, abanglong pi mana? Awal-awal lagi dah keluar ke? Tak boleh duduk diam la abanglong tu, kan baru balik dari umrah. Adik banyak benda nak story mory dengan abanglong. Dia boleh pula keluar.” Aku mencebik bibir sambil tanganku lincah memotong sayur sawi untuk dibuat sup.
Mak : “Mak tak perasan la pula yang abanglong pi keluar. Ada kot kat dalam bilik tu.”
Aku : “Yeke mak? Adik nak pi tengok la kat bilik dia. Tak sabar nak bercerita ni.”
Mak: “Abanglong kamu kan baru balik, biarkan dia berehat dulu. Adik stori mori dengan mak jela. Bior mak jadi teman kamu menyembang.”
Aku: “Uishh.. nahi~ nahi~ nahi~ (tidak-tidak-tidak). Ni secret between Adik dengan abanglong je. Adik pi dulu naa. Esok giliran Adik masak pula. Mak masak untuk hari ni, esok mak nak makan apa, semua Adik masak. Pinky promise!”
Aku berkata sambil terus melangkah laju menuju kearah bilik abanglong Riz. Perasaanku berbunga riang. Aku hanya ada abanglong sebagai adik beradik memandangkan kami cuma dua beradik jadi sebab itulah aku terlalu rapat dengan abanglong plus sifat abanglong yang memang penyayang terlebih dan suka melayan karenah aku tapi kadang-kadang mai sifat annoying seorang abang kat adik dia, jangan kata apa la, rasa macam nak hempuk je kepala abanglong tu dengan kuali sebab biul terlebih.
Aku tolak pintu bilik abanglong perlahan. Aku dekati abanglong yang masih terbaring diatas katil. Mungkin abanglong penat sangat sampai dah nak masuk tengahari tapi tak bangun-bangun.
“YA ALLAH!!
MAKKKKK!!! ABAHHHH!! ASTARGHFIRULLAHALAZIM!!!
MAKKKK!! ABAH!!!”
Air mata aku dah berjujuran seperti air pancut. Seluruh badanku menggeletar. Mak dan abah berlari dapatkan aku yang menjerit seperti orang histeria. Dalam keadaan lemah,aku tundingkan jariku kearah abanglong yang masih terbaring diatas katil. Mata abah terbeliak, mak pula terjelepok disebelah aku.
Abah: “Ya Allah! Anak aku! Maknya tolong telefon ambulance. Cepat!”.
Abah memberi arahan dan dalam keadaan masih tergamam mak gelabah capai fon abanglong yang ada dimeja disisi katil.
Aku istighfar berulang kali. Mak ikut abanglong naik ambulance, aku dan abah follow dengan kereta. Sepanjang perjalanan ke hospital, aku hanya mendiamkan diri sambil mindaku masih terbayang-bayang keadaan abanglong yang seperti mayat hidup. Matanya terbutang seperti mahu terkeluar, urat-urat mata abanglong tertonjol berwarna unggu kebiruan, mulut berbuih dan mengeluarkan bau busuk dan hanyir seakan-akan bau nanah, kedua-dua tangan dan kaki abanglong keras mengejang.
“Tabahlah abanglong Riz, semoga kesakitan yang abanglong hadapi menjadi penghapus dosa abanglong yang lampau” ~Dari Hani untuk abanglong~
#Stroke
Doktor : “Setelah melakukan segala ujian, kami dapati anak tuan dan puan positive stroke tapi stroke ni jarang berlaku sebab dia hanya menyerang sesetengah bahagian otak. Riz masih boleh bercakap dan bergerak tetapi terhad. Kes seperti ini dianggap baru disebabkan jarang berlaku tetapi kami cuba yang terbaik selebihnya kita sama-sama bertawakal kepada Dia”
Abah mengangguk perlahan sambil mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut. Aku menangis dipelukkan mak. Esakan aku makin kuat bila mak turut menangis dan memelukku dengan erat.
Dua hari aku, mak dan abah ulang alik bergilir-gilir menjaga abanglong. Aku take turn jaga waktu malam, mak jaga waktu siang suap makanan & etc manakala abah pagi-pagi lagi dah tukar turn jaga abanglong untuk mandikan abanglong. Mak dan abah tak nak nurse yang uruskan bukan tidak percaya dengan perkhidmatan pihak hospital tapi aku percaya semua tu mak dan abah lakukan atas sebab tanggungjawab dan kasih sayang kedua-dua orang tua kepada anak mereka dan mungkin mereka tahu ini peluang terakhir untuk memupuk memori bersama abanglong.
~ Tak pernah terlintas untuk mengeluh kerna hati ini sentiasa bersyukur diberi peluang bersama abanglong untuk saat-saat terakhirnya~ Hani.
#Amaran
Entah kenapa perasaan aku terasa tidak sedap hati dan gundah gulana. Waktu kian menghampiri maghrib. Mak dan abah baru sahaja balik ke rumah. Gangguan ini aku alami semasa malam pertama aku menjaga abanglong.
Setelah menghantar mak dan abah ke pintu keluar hospital, aku berehat sebentar disisi katil abanglong. Badan terasa penat. Aku bercadang mahu pergi mandi setelah seminit dua berehat. Kepala aku tundukkan dikatil abanglong memandangke lantai sambil mata aku pejamkan.
~Hani!!!
Tiga kali namaku diseru lembut. Aku cuba buka mataku. Kepalaku terasa berat sangat secara tiba-tiba. Sebaik buka sahaja mata, kelihatan sepasang tangan yang buruk, berkedut, cengkung dan seakan-akan terbakar mahu mencapai kaki aku dari arah bawah katil. Akibat terkejut, aku menolak kasar katil abanglong sehingga bergerak beberapa inci dari tempat asalnya. Abanglong masih terbaring tidak sedarkan diri. Aku mengurut dada sambil beristighfar. Tidak tahu bila masa aku terlelap dibucu katil abanglong. Aku terus capai tuala dan menuju ke bilik mandi. Untuk sedapkan hati aku fikir mungkin apa yang aku lihat tadi hanya imaginasi aku memandangkan aku penat.
Selesai membersihkan badan dan bersolat maghrib, aku lapkan air keserata tubuh abanglong (tubuh badan yang berwuduk) dengan kain tuala bersih. Ustaz ada beritahu aku bahawa ketika sakit pun kita diwajibkan untuk menjaga solat. Biarpun koma, sapu air dibahagian wuduk keatas pesakit kerana pesakit sebenarnya boleh melihat kita. Maaf jika Hani tersilap dalam soal agama ini. Tegurlah jika Hani tersilap tetapi jangan sampai menghina kerana Hani insan biasa yang banyak perlu dipelajari dan dibaiki.
Setelah selesai, aku p****g kek yang mak belikan sebagai bekalan makanan ketika menjaga abanglong. Selebihnya aku simpan didalam peti ais kecil yang tersedia ada. Perut berkerocak agak kuat kerana aku tidak sempat menjamah sedikit pun makanan atau minuman sedari pagi tadi.
Sedang asyik aku menjamah kek pecan butterscotch, aku terlihat kelibat yang membongkok lalu dihadapan cermin wad bilik. Aku kenal sangat kelibat membongkok itu, tak lain tak bukan si ‘opah’ pendamping kak SuRina. Hati aku berdegup kencang biarpun aku kerap juga terjumpa dan terlihat si opah ni tapi tak bermakna aku boleh bertepuk tampar dan bergurau senda dengan ‘opah’ bila berjumpa dengannya.
Opah mundar mandir beberapa kali dihadapan cermin wad bilik. Tiap kali opah bergerak kekanan, mataku akan turut melirik kekanan, tiap kali opah bergerak kekiri, mataku akan turut melirik kekiri dan tiba-tiba kelibat opah menghilang begitu sahaja. Puas mata aku lilaukan kesekeliling kawasan namun kelibat opah masih tidak kelihatan. Aku letak kek yang baru aku sentuh beberapa suap sambil mataku tidak lengkang dari memandang kearah tingkap.
“Krung~ krung~ krung~!!!”
Tombol pintu wad bilik dipulas kasar beberapa kali. Tak fikir banyak, aku pecut kekatil abanglong biarpun jarak meja rehat dengan katil abanglong tidak jauh mana. Gelabah aku cari telefon dalam handbag aku. Waktu ni lah aku rasa macam aku dah terbawa satu almari dalam handbag aku sebab fon aku tetap tak jumpa.
“Krikkk~” Pintu wad terbuka perlahan. Nafas aku betul-betul terasa seakan terhenti. 1st time aku rasa takut yang tak terkata. Opah masuk kedalam bilik dalam keadaan membongkok. Setapak nan setapak opah berjalan menghampiri aku dan abanglong sambil ketawa kecil.
“Hihihi…. hihihi…hihihi…”
Aku pejamkan mata seerat yang mungkin, biarpun opah berjalan lambat tapi at least dia berjalan juga, aku pula yang boleh berjalan malah boleh masuk larian pecut 4x100m ni tiba-tiba jadi kejang, tidak mampu bergerak walaupun seinci. Hati aku jangan nak cakap la bunyi gong~ gong~ gong~ macam bunyi meriam jepun.
Tiba-tiba aku terdengar alunan ayat kursi. Perlahan-lahan aku buka mata dan lihat abanglong sedang mengalunkan ayat kursi sambil jarinya memegang erat tanganku. Bibirku secara tidak langsung turut mengalunkan ayat kursi. Aku dan abanglong membaca ayat kursi berulang kali. Mungkin berasa kepanasan, opah menjerit nyaring sambil memberi amaran…
“Aku akan pastikan kau m**i, Riz! Itu janji aku selagi aku tak dapat kau sepenuhnya. Kau lemah dan selamanya akan lemah.”
Opah hilang tanpa bayangan. Aku memandang kearah abanglong dengan beribu reaksi dan abanglong hanya membalas dengan senyuman. Senyuman yang akan aku rindukan nanti.
# Amaran kedua
Peristiwa malam tu aku tak ceritakan pada mak dan abah atas permintaan abanglong sendiri. Katanya tidak mahu meresahkan mak dan abah. Berkali-kali bibir abanglong menuturkan kata maaf kerana berasa menyusahkan aku, mak dan abah.
Aku: ” Sekali lagi abanglong kata maaf, adik tak nak jaga abanglong. Gedik je selama ni tak ada pula nak bermaaf bagai. Dengar kat mak dan abah confirm diorang kecil hati. Because..its an honour for us to take care of u. We’re a Big Happy Family afterall and will always do.”
Abanglong : “Then.. thank you so much, my little big gegurl bambam.” Aku memberikan jelingan maut kearah abanglong yang sudah mengekek ketawa. Pantang aku bila digelar bambam.
Abanglong nampak sihat sedikit cuma kadang-kala abanglong akan mengalami kesukaran untuk bertutur dan bergerak tapi bagi aku semua tu sudah cukup berbanding dengan keadaan abanglong masa mula-mula kena warded.
Setelah pastikan abanglong makan dan berwuduk, aku pergi ke bilik mandi sementara abanglong menunaikan solat maghrib. Paip air aku buka dan aku bersihkan diri seperti biasa. Semasa aku mengelap badan dengan tuala, sekali lagi aku dengar namaku diseru dengan perlahan. Seolah-olah dia sedang berbisik dicuping telingaku. Aku toleh kekanan dan kekiri. Tiada sesiapa. Bilik air private, jadi agak mustahil untuk ada orang lain selain aku dan abanglong.
~HANIIIIIII !!!
Sekali lagi namaku diseru. Aku cuba untuk bertenang. Al-fatihah, ayat kursi dan 3 Qul aku baca sebanyak tiga kali dan aku lurutkan dari kepala hingga ke kaki. Hatiku berasa agak tenang untuk seketika.
Aku capai baju dan sarungkan kebadan siap bersama shawl berwarna merah hati. Tombol pintu bilik air aku pulas dan kaki aku aturkan untuk melangkah keluar. Keluar sahaja aku dari bilik air (posisi bilik air menghadap cermin baru jumpa pintu keluar) Opah terus menerkam aku dengan matanya yang terjegil berwarna merah seperti mahu mencekik aku.
“AKU BENCI KAUUUU!!!”
PAP! Aku pengsan tidak sedarkan diri.
Buka sahaja mata, aku sudah berada dibilikku dirumah. Abanglong menyengih disebelahku. Banyak persoalan yang bermain difikiranku tapi aku hanya diamkan sahaja.
Esoknya, selepas bersarapan aku, mak, abah dan abanglong lepak-lepak diruang tamu. Mereka bertiga bersembang dan bergurau seperti biasa, seperti apa yang aku lalui dua hari yang lepas hanya sebuah mimpi. Aku mahu bertanya tetapi aku sendiri tak tahu soalan apa yang perlu aku ajukan, maka aku ambil keputusan untuk berdiam diri.
Mak: “Mak dah ambil cuti 3 bulan tanpa gaji, abah kamu pun dah bersetuju. Boleh mak pantau along dirumah, tak perlu along kena tahan kat wad.”
Abanglong : “Mak, tak perlulah buat macam tu. Along rasa macam menyusahkan mak dan abah sahaja. Along rasa bersalah sangat dekat mak, abah dan adik.”
Mak : “Selagi mak masih mampu, mak akan buat yang terbaik untuk anak-anak mak. Kalau Hani sakit, macam mana mak jaga kamu, macam tu jugak mak akan jaga Hani. Along sikit-sikit nak minta maaf, macam mak ni langsung tak ada nilai kat mata Along. Mak tahu mak dah tua tapi tanggungjawab sebagai seorang ibu, mak akan pikul sampai m**i.”
Mak tiba-tiba marah dan menuju kedalam bilik.
Abah: “Selepas kamu sakit sampai kena tahan ward, mak kamu jadi cukup sensitif. Biasalah, sifat seorang ibu. Kamu pergilah minta maaf kepada mak kamu tu. Marah dia tak lama. Kata maaf biarpun sekali sudah cukup untuk lembutkan hati mak kamu tu.” Aku mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata abah.
# 4-sekawan
Angah: “Kenapa tak call atau mesej atau WhatsApp abangah pasal abanglong Riz?”
Man : “Riz dah teruk macam ni sampai masuk emergency room, adik buat senyap je?”
Din : ” Adik panik sangatlah tu. Dia budak-budak lagi, lagipun ni pertama kali terjadi.”
Man : ” Tu aku tahu Din, tapi sampai dah check out pun tak ada bagitahu apa-apa.”
Angah : “Abangah dapat tahu masa call mak. Kalau tak, sampai sudah tak tahu.”
Bertubi-tubi soalan keluar dari abangah, abg Din dan abg Man. Mata mereka tepat memandang kearahku. Entah kenapa, aku mula menangis. (Maaf, Hani memang jenis apa-apa sikit nak menangis. Hani tahu sifat tu annoying tapi Hani tak boleh kawal.)
Aku :”Abanglong yang tak bagi adik beritahu kat abang 3-sekawan. Abanglong kata kalau adik bagitahu kat abang 3-sekawan, abanglong nak pi hospital oversea tak nak bawa adik. Abanglong nak m**i sorang-sorang kat sana.”
Aku : “kalau kat oversea, adik takut adik akan cepat lupakan abanglong, kalau kat Malaysia, sekurang-kurangnya adik boleh melawat abanglong.”
~Mungkin suatu hari nanti, 10 mahupun 20 mahupun 30 tahun akan datang, Adik tak lagi mampu untuk berjalan melawati pusara abanglong namun memori abanglong sentiasa berjalan melawati hati adik setiap detik~ Hani
# Kampung
Abanglong request untuk tinggal dengan atok dan opah. Aku setuju sebab rindu sangat dengan My Baby Hamid. Mak pun setuju untuk tinggal dikampung dan abah janji yang abah akan rajin-rajin jenguk kami 3-beranak kat kampung. Mak mula-mula tersepit antara nak jaga abah dan abanglong tapi abah beria cakap abah okay. Abah cakap yang abah pasti sangat mak akan jadi seperti cacing kepanasan kalau mak tak ikut balik kampung.
Apa yang buatkan aku rasa bersyukur sangat bila geng abang 3-sekawan bergilir-gilir jaga abanglong. Diorang yang mandikan abanglong, uruskan pakaian abanglong. Sweet sangat persahabatan diorang dan aku pasti abanglong bangga dapat kawan sebaik abang 3-sekawan tu. Cuma tak best bila bertambah jumlah abang, bertambahlah sifat nakal mereka. Asyik kena buli je. Buli berjemaah pula tu..
Memang niat dihati nak duduk kat Kampung, hati tenang, suasana tak hiruk pikuk. Tapi student tetap student, jadi aku ulang alik duduk rumah bersama abah. Sepanjang hampir 2 bulan lebih abanglong stay kat kampung dan aku masih ulang alik kampung ke rumah. Sepanjang tempoh tu, aku cuma tahu ramai yang datang melawat abanglong. Kawan-kawan sekolah abanglong sampaikan kawan sekolah tadika pun datang melawat. Kawan masa abanglong pi umrah turut tak terkecuali. Kawan universiti dan kawan pejabat turut datang. Bos abanglong berbangsa cina tetapi sangat petah bercakap bahasa melayu pun dua atau tiga kali datang melawat abanglong. Rezeki abanglong mempunyai kenalan yang sangat prihatin.
# 7.00 pagi.
Abanglong ajak aku cari sarapan kat warung kampung. Abanglong beria sangat ajak aku, nak tak nak kena juga lah temankan abanglong.
Masa dalam perjalanan, kat depan lagi beberapa meter ada kawasan tanah perkuburan. Sekali lagi aku rasa tak sedap hati je tapi aku cuba kuatkan semangat baca ayat kursi berulang kali dalam hati sambil yakin yang Allah ada bersama hamba-hambaNya. Abanglong hanya menumpukan pemanduannya.
Sampai betul-betul didepan kubur, abanglong tiba-tiba hentikan kereta. Aku laju berkalih memandang kearah abanglong yang berada disebelahku untuk bertanyakan kenapa abanglong berhenti didepan kawasan kubur tu.
Bukan abanglong yang berada disebelahku tapi opah yang sudah mengekek halus disebelahku. Air mataku laju mengalir sambil mulut hanya mampu menyebut perkataan Allah. Opah makin galak mengekek dan seterusnya mengilai. Hilaiannya makin lama makin kuat kedengaran.
“AKU BENCI SEMUA AHLI KELUARGA RIZ**** H****”. Opah memandang dan menjerit kearahku dengan kuat. Dunia aku rasa menjadi gelap secara tiba-tiba.
Atok, abang Din dan beberapa ustaz kampung cuba mengubatiku dengan izin ALLAH. Berdasarkan cerita atok, aku seolah-olah dipukau sesuatu. Nyaris abang Man perasan akan tindak tanduk pelik aku jadi Abang Man ikut aku dari belakang. Sebelum tu, abang Man baru lepas bagi abanglong makan ubat, bila keluar tengok aku tengah ikut ‘abanglong’ yang kedua. Syak semua ni permainan Kak SuRina, abang Man tekad ikut aku. Abang Man cakap selepas aku pengsan dalam kereta, kelibat opah terus hilang.
Aku tanya pasal suara mengekek dan hilaiaan opah kat abang Man. Dia cakap dia turut dengar sebab tu dia tak berani nak datang dekat kereta waktu tu. Abang Man tunggu dalam kereta sampai keadaan menjadi redha.
Man: “Abang bukan taknak tolong waktu dengar bunyi mengilai tu. Abang Man baru nak keluar dari kereta abang Man tengok adik dah pengsan dan opah dah tak ada. Bunyi mengilai pun hilang macam tu je. Abang tunggu juga dua atau tiga minit kot-kot opah pi pinjam mikrofon masjid pi sambung mengilai tapi tak adalah pula.”
Abang Man tengah buat lawak ke? Anyone?
Nyaris sebab aku pengsan je, kalau tak, dah lama korek kubur kasi tanam terus. Alang-alang dah ada depan kubur.
Sebaik aku pulih terus abanglong muntah d***h hitam dengan banyak. Suhu badan abanglong naik mendadak. Aku menangis tengok keadaan abanglong. Mesti perit.
Malam tu kami tak tidur sebab abanglong muntah tak berhenti. Semua yang ada dalam rumah tekad nak bawa abanglong ke hospital tapi abanglong menolak.
Abanglong terbaring lemah. Sekali sekala abanglong bangkit hanya untuk muntah. Aku tak sanggup lihat keadaan abanglong, aku peluk mak kuat-kuat.
Seminggu keadaan abanglong berlarutan begitu. Abanglong tak lalu untuk makan dan minum. Walaupun aku hulurkan kerepek simpul kasih favorite abanglong, abanglong kunyah sebijik tapi memuntahkan kembali. Abah dah ambil cuti dan stay dikampung. Abah, Atok dan 3sekawan tak pernah mengeluh walaupun sekali untuk memapah abanglong solat dimasjid. Abanglong kata dia tahu permintaannya keterlaluan tapi abanglong rindu untuk kemasjid tiap kali solat fardhu.
Abanglong: “silap Riz, waktu sihat jarang nak jenguk rumah Dia, dah sakit menyusahkan orang pula.” Abanglong berkata sambil ketawa. Aku tahu abanglong rasa betul-betul serba salah.
# August, 10 pagi.
Setiap yang hidup akan merasakan m**i. Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan m**i. Cintailah Allah kerna Dia kekal abadi.
Abah keluar dari bilik abanglong dengan wajah suram. Perlahan-lahan abah peluk mak dan bisikkan sesuatu. Mak lantas meraung dan abah hanya menggelengkan kepala kearah atok dan opah. Tahulah aku yang kini tiada lagi panggilan adik dari seorang abangnya. Tiada lagi usikan nakal yang membuatku menangis. Tiada lagi usapan lembut dikepalaku tiap kali aku bersedih dan kecewa. Tiada lagi kedengaran kata-kata semangat bila aku jatuh terduduk. Yang tinggal hanya kenangan.
Pengebumian abanglong dilakukan selepas zohor. Subhanallah, walaupun prosesnya cepat namun kawan-kawan abanglong dari serata tempat sempat menziarahi abanglong buat kali terakhir. Kehadiran kawan-kawan abanglong benar-benar menyentuh hati kami sekeluarga. Alhamdulillah!
Abah, Atok, Abang Din, Abang Man dan Abangah yang uruskan jenazah abanglong dari sesi memandikan, mengkafankan, solat dan kebumikan. Tangan mereka berlima yang memegang tubuh abanglong untuk kali terakhir dan meletakkan diliang lahad. Beberapa kali Abang Man dan Abangah terhenti kerja cuba menahan air mata. Abah menjadi imam untuk solat jenazah. Solat kali terakhir bersama anaknya.
Selesai segala urusan dan tetamu pun beransur pulang. Mataku menangkap dua kelibat insan yang sangat aku kenali. Mak ton dan kak SuRina. Aku peluk kak SuRina dan Mak ton. Kami menangis bersama.
Pesanan abanglong Riz untuk kak SuRina dan Mak Ton :
“Riz bukan yang terbaik untuk Su mahupun Rina malah bukan untuk mana-mana wanita didunia ini. Mungkin takdir Riz, Riz keseorangan dibumiNya tanpa bertemankan insan bergelar isteri dan anak. Maafkan Riz atas kesalahan yang Riz dah buat pada SuRina dan Mak Ton. Maafkan Riz untuk segalanya. Kembalilah pada Dia Yang Esa. Sesungguhnya Dia Maha Penyayang.”
Kak SuRina berkali-kali meminta maaf kat aku, mak dan abah, begitu juga dengan Mak Ton. Nukilan ni aku tulis atas permintaan arwah abanglong. Aku sudah cuba meminta abang 3sekawan yang tolong tuliskan tetapi masing-masing menolak. Mak dan abah hanya memberikan persetujuaan untuk aku menulis nukilan ini.
Abanglong kata silapnya menulis cerita di FS. Abanglong fikir tiada siapa yang tahu selain keluarga dan 3sekawan dan setelah diubah nama-nama watak. Namun, disebabkan abanglong menulis 100% berdasarkan pengalamannya tanpa ada unsur tokok tambah maka kawan-kawan universiti mula mengesaki siapa sebenar abanglong dan kak SuRina. Kak SuRina dikecam, dicaci dan dihina. Abanglong tak pernah rasa bahagia walaupun niatnya ingin memberikan pengajaran untuk kak SuRina malah abanglong mula menyesali tindakannya berkongsi cerita di FS. Walaupun semua kawan-kawan menyebelahi pihak abanglong tetapi abanglong tetap rasa serba salah kerana membuka aib kak SuRina. Abanglong tak salahkan FS (tolong jangan salah faham ye). Abanglong yang rasa sendiri hina bila aib kak SuRina terbuka kerana tindakan abanglong.
Kak SuRina sudah lama bertaubat. Hani tak tahu dengan detail pasal ni sebab Hani hanya ulang alik sekali sekala ke kampung. Sebab tu abanglong rasa serba salah, walaupun abanglong sendiri yang jelaskan dalam WhatsApp group yang kak SuRina sudah bertaubat namun rata-rata masih memandang hina dan mencaci kak SuRina. Sebab itulah abanglong minta Hani tuliskan nukilan ini untuk perjelaskan semua. Kematian abanglong tiada kaitan dengan kak SuRina. Sudah tiba panggilanNya dan kami sekeluarga redha menerima.
-Maafkan abanglong Riz, kak SuRina dan Mak Ton-
Banyak kisah yang terjadi sepanjang abanglong sakit tapi Hani pendekkan untuk pemahaman semua. Maaf atas segala kekurangan. Untuk scene lawak hambar, mohon maafkan Hani. Hani sudah berapa kali nak padam tapi si minah peah (bestie Hani) tak bagi padam sampai berambat kami berdua lari satu rumah semata-mata untuk sesi memadam lawak hambar. Hani ucapkan ribuan terima kasih untuk pembaca setia abanglong. Sekian dari Hani.
Tenanglah abanglong disana. Al-Fatihah.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Patutlah dah lama tak dengar cerita dari abang awak. Salam takziah untuk awak sekeluarga. Cuma curious, setelah SuRina tu bertaubat dan Riz pun dah kembali kepada Sang Pencipta Yang Esa, Hani dan keluarga dah tak kena apa-apa gangguan ke?
Akk tunggu jugak nukilan abanglong Riz awak janji nak post pasal makton dan SuRina masa kecil tapi tak sangka pula abanglong awak dah tak ada. Banyakkan bersabar, yang hidup kena teruskan.
Terima kasih banyak2 akk. InshaaAllah Hani sekeluarga akan tabah hadapi ujianNya.
Ada juga gangguan2 kecil tapi tak seteruk masa Hani jaga abanglong dulu.
assalam hani,
blh x share judul cerita yg arwah abang awak pernah share dlm ni? sbb sy search yg ni JDU2, JDU akhir xjumpa.
Waalaikummussalam anne..
1) Jaga Dia Untukku
2) Jaga Dia Untukku2
3) Jaga Dia Untukku (akhir)
4) #riz : mariam
5) SuRina
terima kasih..
kenapa tak dapat cari JDU2 dan yg sterusnya ya?
semoga arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman
Amiinn.. terima kasih sbb mendoakan.
al fatihah buat Riz.. baru smlm je review balik cter Riz smlm, rindu nk baca, tertante2 ape jadi kt Riz, hari ni, terjawab juga.. sgt terasa dgn pemergian Riz.
Terima kasih. Abanglong Riz yang amanahkan Hani untuk tulis pengakhiran ni. Mungkin Hani tak patut ambil serius permintaan abanglong tapi entah la, selagi tak tulis selagi tu Hani rasa macam berhutang dengan abanglong.
Terima kasih Hani. mgkin arwah xnak kami tertanye2 mane perginye dy slama ni.. mcm sy, sy masih tertunggu2 jgak khbar arwah.. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Semoga keluarga hani terus tabah lalui ujian dr Allah.
Dan mungkin juga sebab arwah abanglong tak nak orang mengata / mencaci/ menghina kak SuRina dan Makton. Mereka berdua dah bertaubat dan kami sekeluarga pun dah memaafkan. Bukan hak kami untuk menghukum sebab disetiap kesalahan, kemaafan yang dituntut agar hati jauh dari dendam. Alhamdulillah! Kami sekeluarga tak berdendam dan pasrah dengan pemergian abanglong. Terima kasih krna memberi semangat. Semangat dari sahabat FS sedikit sebanyak mengubat rindu Hani kat abanglong.
Bagusnya mak dan abah.. Didik anak2 mereka dengan sgt sempurna.. Moga arwah tenang di sana.. Sy pun ada abg long..tp dah meninggal..sakit tumor otak. Tahu sgt rindu tu mcm mana..
Moga family hani tabah…
Innalillahiwainnalillahirajiun
Innalillahiwainnalillahirajiun. Salam takziah sis.. Semoga sis sekeluarga sentiasa dlm perlindungan allah. Moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman
Amiinn..terima ksih sbb mndoakan. Sekarang Hani, mak dan abah dah betul2 boleh terima pemergian abanglong. Hani ambil masa yang cukup lama untuk kumpul semangat tulis nukilan terakhir ni. Semoga abanglong tenang disana.
Hani sabar ye Allah tw keluarga awak kuat. Begitu juga dengan keluarga saya.. Thn ni sahaja sy kehilangan 4 org yg saya syg.. Tp sy tw Allah sygkan mereka. Allah nk didik kita jd manusia yang kuat dan taatPdNya.. 23/1/2017 abah sy pergi.. 27/3/2017 pak teh saya.. 3/4/2017 atuk saya sebelah ayah.. 23/6/2017 25 Ramadan mak teh sy pula pergi bt selamanya..
Sarah Kusnin. Allahu… semoga awak juga tabah. Pemergian abanglong pun dah cuku perit untuk ditelan apatah lagi kalau berlaku kematian yang banyak dalam masa terdekat. Apa2 pun Allah Yang Kekal, sekebal mana pun kita, kita akan kembali padaNya. Harap sis tabah. Salam takziah dari Hani untuk awak sekeluarga.
Innalillahiwainnalillahirajiun.. Al Fatiha buat arwah dan takziah buat keluarga.Aku mmg da tertanya psl penulis ni since last week.. terfikir mcm mna keadaan terkini dia lepas baca cerita dia yg paling last.. Sedih bila tau kesudahan yg macam ini..
Setiap cerita inginkan jalan pengakhiran yang baik dan indah. Begitu juga dengan kisah abanglong Riz. Tiap2 hari malah tiap2 saat Hani & keluarga harap dapat tengok abanglong sihat kembali. Gembira macam orang2 lain. Sampai satu tahap kami sekeluarga tak mampu lagi untuk menangis.. Tambah2 bils Hani baca kisah kat FS ramai yang berjaya sembuh tapi kata-kata abah buat Hani kuat. Mungkin abanglong dapat pengakhiran yang baik disana, abanglong Riz mungkin tersiksa hidup didunia InshaaAllah jika ada rahmatNya untuk abanglong, abanglong akan berbahagia disana. Amiinn..
Dengan izinNya dan berkat doa orang2 yg mendoakan kesejahteraan roh arwah InsyaAllah Kehidupan yg lebih baik untuk dia menanti di alam sana..cukup lama hidup dia tersiksa da cukup dia melawan..Dunia ni terlalu kejam untuk dia.. Harap adik hani dan keluarga tabah ye.
Terima kasih. Amiinn.. smga setiap doa diperkenankanNya. Rasa terharu sangat dengan keprihatinan pembaca FS.
sedihnya. al fatihah untuk arwah riz.
Innalillahiwainnalillahirajiun. Salam takziah dik..moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..:'(.. sedihnya sbb mmg follow cerita dia.. moga adik & keluarga tabah.. al-fatihah..
Salam takziah, sedihh.. semoga roh abg riz dicucuri rahmat.. Al-fatihah
Al Fatihah buat arwah.
Innalillahiwainnalillahirajiun takziah ke atas keluarga kamu
Terima kasih adik Riz… Takziah atas kehilangan abanglong Riz… Teringin nak tahu kisah yang Riz cakap nak cerita tu…. Tak sangka tu nukilan terakhir arwah Riz… Semoga Riz tenang dan bahagia di sana… Amin
salam takziah saya ucapkan kepada awak sekeluarga….
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam takziah Hani & keluarga. Semoga riz diempatkan dikalangan yang beriman dan beramal soleh. kuatkan semangat. tak sangka jugak sebab menunggu sambungan cerita riz. tapi perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangkan. Semoga urusan hani sekeluarga sentiasa dipermudahkan ALLAH S.W.T. In Sy Allah Amin.
Sedihnyaaa ??? , tabah ye hani , Allah lebih sayangkan arwah abg hani ??? huuu nagis baca sedihhh ??????
semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman, biar Allah membalas perbuatan manusia tu,
Hani, salam takziah & alfatihah buat arwah abg long hani. Maaf, tapi boleh tau arwah meninggal sebab sakit sendiri atau buatan org. Maaaf hani.
habis aku marathon kisah riz hari ni. baru abes baca. walaupun kenal kat fs aje, tapi tulisan arwah memang menarik dan catchy. tak sangka begini akhirnya kisah riz. semoga Allah mengampuni dosa orang yang buat riz tu. tak sempat arwah nak cerita siapa surina sebenarnya. apa pun, semoga Hani dan keluarga tabah. InShaAllah, semoga kita semua berjumpa di syurga Firdaus. Ameen.
Semoga riz tenang kat sana….buat hani n family semoga senantiasa dirahmati dan dilindungi oleh Nya selalu.
Baru tadi baca citer arwah riz semuanye..sgt2 sedih bile tahu akhirnya macam ni..moga roh arwah dicucuri rahmat..salam takziah utk awk sekeluarga..???
innalillahiwainnalillahirojiun.. Allahu sedihnya..salam takziah & semoga keluarga arwah tabah menghadapi semua ini. Baru 2-3 hari ne tercari2 cerita dari arwah tapi tak sangka pula arwah dah takde.semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-ii yang beriman & beramal soleh,aamiinn
Allahuakbar…
Innalillahiwainnailaijirajiun…
Salam takziah Hani sekeluarga…
Semoga arwah diberikan perhitungan yang terbaik di sisiNya…
Beruntung Riz sentiasa dikelilingi insan2 yang menyayanginya tanpa syarat…
Mengalir2 airmata baca nukilan ni…
Di saat kami para pembaca mengharapkan sambungan kisah dr Riz, rupenye Riz tengah menghabisi sisa2 hidupnya dalam kepayahan…
Di saat kami merasa terhibur dgn karya2nya, rupenye Riz dan keluarga sedang diuji dengan kesedihan…
Maafkan kami…
Damailah kamu di sana…
Betul tu kak yulie.. Tak sangka kita kehilangan saudara kita di FS ni.. Arwah pergi dengan seribu ceritanya sendiri.. Damailah dia disana disisi Penciptanya..
Tiada kata dpt Saya ucapkan .. Hanya mampu menahan sebak didada .. Salam takziah Dari saya saudara sesama ISLAM
Takziah syg..semoga roh abglong aman di sana..sy gembira keluarga kamu maafkan SuRina..xsemua org blh menerima atau lebih teruk menuduh lg
Takziah untuk Hani sekeluarga,semoga arwah Riz tenang di sana.
innalillahiwainailaihirojiun… semoga abg awak di tempatkan di kalangan org2 beriman..
x sangka jugak saudara kita dlm fs ni dah pergi…
i love u hani
kali ni je aku komen yg elok2. sebab tersentuh hati aku..
Al-Fatihah utk arwah riz..
Innalillahiwainnalillahirajiun.. Semoga Hani sekeluarga kuat dan tabah menerima ujian ini. Semoga arwah Riz ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman..
Inalillahiwainalilahirajiun, Takziah hani & family, semoga RIZ tenang disana, Allah swt lebih sygkan dia. Serious mengalir air mata tatkala membaca nulikan Hani. Hani dan keluarga dah bt yang terbaik sepanjang menjaga Riz sakit. Al-fatihah.
Innalillahiwainnailaihirojiun..
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Semoga roh arwah d tempatkan bersama para mukmin….Al fatihah
Innalillahiwainnalillahirajiun, al-fatihah untuk arwah, masa last cerita riz post nulan mei tu,setiap hari aku search cerita dia kat FS ni. sampai hari ni terdetik nk search, walaupon setiap kali aku search result dia menghampakan. tapi hari ni carian aku berjaya. tapi sambuangan cerita yang sangat mendukacitakan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Terima Kasih Hani sudi sambung cerita ni.
innalillahi wainna ilaihirojiun.. Al-fatihah buat arwah..semoga roh nye dicucuri rahmat dan ditempat dgn orang2 yang beriman..
repeat blk bace smue kisah2 dr arwah harini..last story arwah nk bercerita psl Mak Ton dan SuRina..biarlah cerita itu berkubur bersama nya..tp masih ade yang mngetahui cerita tu..harap Din pula muncul menceritakn nya..
Ya Allah. Salam takziah buat family arwah Riz. Lama tunggu sambungan. Setiap kali bukak fs mesti cari #riz. Rupanya ?? Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
innalillahi wainna ilaihirojiun……Al-Fatihah utk ARwah RIZ….Semoga tenang disana…Aamiin…
Ya Allah..
Allahuakhbar..
selama ni akak tertunggu2 karya dri riz.. selalu tercari2.. tpi xsangka, di saat akak ternanti2 kan karya dri riz rupanya riz sakit…
tenanglaa riz di sana..
Al fatihah utk arwah…
Mula2 bce x ingt spe nama penulis riz nie,lps hani ckp psl kerepek simpul kasih baru t’ingt storynye…?
Allahuakbar…
Innalillahi wainna ilaihirojiun.. Al-fatihah buat arwah Riz.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..
Allah lebih menyayangi dia… Tiba masa kita semua akan kembali kepadaNya..
Sedih bila baca sampai perenggan yg terkahir…
Terima kasih Hani sbb sudi berkongsi pengakhiran kisah arwah Riz..
Semoga keluarga Hani bertabah dgn ketentuanNya..
Innalillahi wainna ilaihirojiun… Takziah….
Cuma ada sedikit rasa ralat, sebab tulisan terakhir arwah pada bulan 5, 2017, 4 bulan lepas
dan masih ada gangguan aktif masa tu. Maknanya perempuan SuRina ni masih meneruskan aktiviti sihir
kejamnya. Tapi dalam posting ni, ada cakap empunya angkara dah bertaubat (pantasnya, setelah bertahun-tahun menyeksa orang);
dan juga masa majlis pengebumian, awak pegi peluk dia!!! Mulia sungguh hati awak, sangat pemaaf. Saya kagum. Kalau saya lah,
bukan pelukan tapi tamparan atau sepakan.
Sekali lagi takziah. Sapa-sapa yang kawen dengan Surina lepas ni malanglah dia!
Allahu terasa kehilangan penulis..dulu selalu tertunggu2 crita dr arwah..
Moga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan hamba2 yg soleh..
Salam takziah buat keluarga k.hani..moga sentiasa dalam lindungan kasih Allah
Yela tuu… mana ada orang nak burukkan keluarga sendiri. Acah-acah nak jadi macam Ijam Kachak plak, entah-entah abanglong kesayangan ko tu yang sihirkan si surina tu. Hensem sangat ke abanglong ko tu? Ada macam song jong ki ke? Lee min ho? Ntah-ntah muka macam apek senario? Haha.. kalau ko baik n abanglong ko tu baik, dia takkan update stori pasal surina tu. Dia pasrah je. Ni nampak sangat dia nak orang blame kan surina tu. Smga abanglong ko tu tenang la kat sana selepas burukkan surina tu.
#nantiadalayangkecamtu
#jilatlapunggungsiarwahtuu
#menyampahspesisbelagakbagus
Hang Surina ka?
Kalau aku ni surina pun kenapa? Ko nk rasa kna sihir dgn aku ke? Hahaha.
Arwah dah m**i pun orang duk ckp surina tu jahat, bawa la dosa tu sampai sudah. Even ko pun duk pk surina tu jahat walaupun terang2 adik dia bgtaw yg surina tu dah bertaubat.
#sudah2lajadikakijilat
Dh cukup hebat ke? Dh power sgt ke sihir ko? Org biasa bolehlah ko ayam2kan. Nak merasa sgt ke sihir kekekekek
MOGA NANTI KAU MENINGGAL ORANG KATA BUKAN BUKAN GAK. TAKDA ORANG NAK BURUKKAN KELUARGA SENDIRI?? KAU NI DUDUK DALAM GUA KE? KALAU DAH BUSUK HATI SELAMANYA BUSUK HATI.
Takziah atas kehilangan awak hani. kuatkan semangat dan biarkan je apa orang nak kata. awak yang lalui bukan diorang.
Hebat ko boleh bau kebusukkan hati aku.. haha
Aku duk dlm gua pun boleh ber fb bagai, kira modern la drpda korg yg duk dunia modern tapi otak sempit. Nampak kbaikan dpn mata yg pura2 je. Org yg xbrslah yg jdi mgsa.
Confuse sama Ada nk caye atau tak. Kau kenal dia ke. Kalau kenal cbe explainkan apa yg jadi senanya
Seramnya…. baru baca hbis semua kisah… apa kes ni senanya?
kak nas dah baca semua ke siri ni???
1) jaga dia untukku 1 & 2 & akhir
2) Mariam
3) Surina
nanti kak nas faham sebab yg setori ni adik arwah yg tamatkan
Menitis air mata bca. . .Salam takziah buat sekeluarga. .
Salam takziah bt Hani sekeluarga.
Allah lebih sayangkan arwah
Abaikan comment2 negative..
Manusia tak pernah lari daripada dosa
Walaupun tak mengenali arwah tetapi berdasarkan cerita arwah, terasa juga seksa yang ditanggung arwah.
Harap Hani sekeluarga dan 3 sekawan jaga diri baik2
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Innalillahiwainnailaihirojiun..Air mata saya mengalir smbil membaca Walaupun sy x berada dtmpat awak dn keluarga rasa kehilangan Riz tetap saya rasa..Ya Allah dh lama Sebenarnya sy tunggu kisah abg long awak tak sangka ini pengakhirannya..Salam takziah drpada saya semoga abg long awak tergolong dlm golongan yg beriman…semoga awak dan keluarga awak tabah menghadapi Kehilangan insan yg tersyg.
Innalillahiwainnailaihiroijun. Tetiba mata jadi kelabu huhuhu.
Semoga Hani dan keluarga tabah atas kehilangan org tersayang. Semoga arwah abanglong Riz diampunkan segala dosa2nya dan ditempatkan di kalangan org beriman..aamiin.
Baguslah Hani, bukan senang nak memafkan orang yang dah buat macam2 pada keluarga kita kan, tapi Hani dan keluarga memilih untuk memaafkan. Semoga Hani dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah.
Salam takziah dik.. Moga Allah ampunkan segala dosa AbangLong Riz & tempatkan die bersama orang2 yang soleh, insyaAllah.. Pertama kali baca cerita seram tapi menangis.. Allahu Allah.. Sedangkan orang yang meninggal disebabkan penyakit pun terasa perit bagi kita menanggung rindu, inikan pula yang meninggal disebabkan angkara manusia.. Moga Allah memberikan hidayah buat mereka supaya berubah.. Moga terus kuat, dik ! Awak penguat semangat mak dan ayah.. Lemah awak, lemahlah mereka.. Banyakkan bersedekah bagi pihak AbangLong Riz ya, moga dia tenang di sana..
Innalillahi wainnalillahirroji’un….
Saya ingtkan selama ni arwah dah x nak sambung menulis sbb lama sangat mghilang…
Salam takziah dr sy, hani… Semoga arwah abg long awk dtempatkan dikalangan org2 beriman dan rohnya dicicuri rahmat… Aamiinn..
Semoga kluarga hani akan terus kuat.. Dan jgn lupa bahawa apa yg Allah duga tu akan menguatkan kita,, mjadikan kita lbih btaqwa pd Allah…
Salam talziah dik..abg awk sebaya dgn akk rupenye..dulu slalu tercari2 kisah arwah..xsangka pulak yg dia dah kembali pada sang pencipta..akk doakan arwah ditempatkan dikalangan org soleh..
ya Allah sedihnyaa , semoga awak dan keluarga tabah ? salam takziah dari saya , semoga roh abg awak ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman . Al Fatihah
Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah utk hani dan keluarga, dan semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman, aminn
Br dpt tau ni kisah sambungan JDU.
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ…
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَ قِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ…
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
takziah..
sy blm baca part ape dari awal, nt sy baca ape yg terjadi di awal2 sana.
Salam takziah.. Insaf sgt baca cerita ni. terima kasih sebab sudi share cerita ni.. Saya ikut cerita riz ni dari mula sampai yg ni,, banyak pengajaran yg saya dapat & saya sure ramai yg lain pun sama jugak.
Moga Allah terima semua amalan arwah, ampunkan dosanya, angkat darjatnya, muliakannya & tempatkannya dalam kalangan org2 yg beriman.. Amin…
Allahurobbi..bru tbaca kisah ni harini..salam takziah buat hani skeluarga..sebak saya bila mmbaca nukilan2 dri arwah riz dan hani..smoga arwah tergolong d kalangan orang beriman..amiin..
ada tak link semua cerita arwah?nak baca tp tak jumpa cari
Salam takziah buat arwah riz..al fatihah,semoga ditempatkn dalam golongan yg beriman.. Amin.
Semoga hani sentiasa bertabah,setiap tahun akak Pasti akan baca cerita abg riz walaupun akak sndri x knal Siapa riz..
Bagi akak yg minat mmbca ni,akak pling tersentuh dgn cerita/kisah kehidupan abg riz ni..sangat terkesan..
Akak juga suka dgn sikap abg riz yg Sgt penyayang trhdp hani (adik) Dan dia mnghormati golongan yg chubby especially mcm akak nii,hee😂😂..yg tu paling akak suka..akak hrap suatu hari nanti dapat jumpa seorng lelaki yg berperwatakan mcm abg riz,penyayang,kuat Dan hormat,x malu dgn org chubby mcm akak ni..
Allah lebih syangkn abg riz..
Hani jga diri baik8..
Nanti balas komen akak jika free ya..
Akak nk berbual dgn hani..
Al fatihah..
Assalamualaikum..