Perjalanan Berkabus

Assalamuailaikum. Apa pun sebelum memulakan cerita aku ingin ucapkan terima kasih pada Fiksyen Shasha sebab sudi publishkan cerita aku ni. Cerita ini adalah cerita benar yang berlaku. Maaf jika ada salah atau silap sepanjang cerita aku ini.

Kejadian ini berlaku lebih kurang 4-5 tahun yang lepas. Ketika itu nenek (nenek sebelah bapa) aku baru saja meninggal dunia di Hospital Pusrawi Kualu Lumpur akibat masalah penafasan. Jadi untuk urusan pengebumian nenek aku, keluarga dan sana- saudara yang lain membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah nenek aku di Pasir Mas, Kelantan. Yes aku ore kelate ye..  Jenazah nenek aku dibawa ke masjid di Gombak berdekatan dengan rumah mak saudara aku.

Setelah segala urusan hospital, mencari van jenazah selesai, lebih kurang tepat jam 1200 tengah malam kami sekeluarga dan jugak beberapa buah kereta bergerak ke Kelantan. Ketika itu aku menjadi drebar memandangkan keadaan bapa aku yang sedih dan tak bermaya untuk memandu. Van jenazah pula dibawa oleh kawan bapa aku yang sudi membantu kami ketika itu dan jugak ditemani oleh abang angah aku.

Bermulalah kisah yang agak seram bagi aku di mana selepas sahaja kami melepasi jalan Genting Sempah, kami menerima call dari pakcik dan makcik aku mengatakan dioanrg ingin berhenti makan di kawasan Bentong. Pada ketika itu, keluarga aku tidak bersetuju dengan cadangan pakcik dan makcik aku. Korang bayangkan ketika itu waktu sudah hampir jam 0200 pagi dengan jenazah di dalam van, mana mungkin kami boleh berhenti makan dan berehat. Jadi ibu dan abah aku membuat keputusan meneruskan perjalanan kami bersama van jenazah tanpa kereta2 yang lain. Ibu aku mula merasakan sesuatu yang tidak elok akan berlaku tapi kami tetap meneruskan perjalanan.

Perjalanan balik ke Kelantan agak scary sikit lagi-lagi bila waktu malam dengan jalan yang gelap dan kiri kanan hutan. Sampai di suatu kawasan (aku xboleh nak ingat nama kawasan itu), van jenazah yang berada di belakang kereta aku dengan tetiba ‘HILANG’ walhalnya aku pasti van jenazah tu berada tepat dibelakang kereta kami sebab xda kereta lain dah yang ada waktu itu. Dengan tiba-tiba kabus tebal menyelubungi jalan yang kami lalui. Aku segera kejutkan ibu aku yang berada di sebelah. Dalam kereta aku hanya ada ibu, abah, nenek angkat dan kawan ibu aku. Namun ketika itu, yang sedar hanyalah ibu aku. Dalam keadaan jalan yang berkabus tetiba aku merasakan ada sesuatu yang menumpang di belakang kereta aku.

Yang peliknya bau yang ada sangat la wangi. Dan aku perasan ibu aku memberi isyarat untuk diam sambil ibu aku mula membaca ayat-ayat suci al-quran. Van jenazah masih lagi tidak kelihatan, kami cuba menelefon abang ngah aku namun tiada jawapan. Jadi kami beranggapan mungkin tiada line telefon. Kabus yang menebal semakin menyukarkan aku untuk fokus. Ibu memberitahu ada sesuatu di belakang kereta kami tepat di cermin belakang kereta. Apakah ia aku tidak pasti sebab aku takut untuk tahu. Lama kelamaan kabus mula menghilang. Tapi kami dikejutkan dengan orang asli yang tidak berkepala sambil membawa buluh panjang di seberang jalan. Orang asli itu berjalan menghadap kami dengan tidak berbaju hanya memakai kain paras peha dan ada kain dibajunya.

ALLAHUAKBAR.. Aku punya lah takut hanya ALLAH yang mengetahui. Dan ibu aku hanya menyuruh aku meneruskan perjalanan tanpa terus melihat ke arahnya. Akhirnya kami berhenti bila sampai di situ kawasan sunyi namun terdapat petronas disitu. Kami berhenti lebih kurang 30 min dengan harapan van jenazah akn tiba. Alhamdulillah van jenazah tiba dengan selamat & baik. Tanpa memikirkan apa yang terjadi, Kami meneruskan penjalanan dan akhirnya sampai ke Pasir Mas lebih kurang kul 6 pagi. Dan jenazah terus dikebumikan selepas itu.

Bila segala penat hilang, tengahari itu, ibu aku mula membuka cerita tentang kejadian yang berlaku. Katanya ada orang (Kak Lang) yang mahu mencuri jenazah itu, jadi dipisahkan kami dengan van jenazah tersebut. Namun disebabkan bacaan ayat-ayat suci yang dibaca dan juga pengalaman kawan bapa aku kami selamat menyempurnakan jenazah tersebut. Kes Van jenazah yang hilang tu di katakan van mereka seakan bergerak slow walaupun ketika itu mereka bawa 120Km. Dan mereka tengok kereta kami hilang disebalik kabus.

Mereka merasakan van jenazah seperti membawa sesuatu yang berat, bau semakin wangi, angin semakin sejuk dan kabus semakin menebal. Benda itu sememangnya berada dekat dengan van jenazah. Hanya menunggu masa. Kalau diikutkan berkemungkinan jenazah nenek aku hilang. Namun ayat-ayat suci al-quran mengatasi segalanya. Dan orang asli yang kami jumpa itu adalah jelmaan untuk menakutkan kami. Yang pasti pengalaman ini tak mungkin dilupakan.
ALHAMDULILLAH SEGALANYA DIPERMUDAHAKAN.

Miss S

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

8 thoughts on “Perjalanan Berkabus”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.