Perjalanan Yang Terganggu

Assalamualaikum & selamat sejahtera bagi pembaca non-muslim. Baru2 ni aku ada post kisah ‘ayah’. Ada yang tanya kenapa minta tolong ayah, kenapa minta tolong bomoh. Pertama, aku tak kenal siapa ‘ayah’ pada mulanya. Tapi disebabkan Shah tu member baik aku, & ayah tu pakcik dia, jadi aku turutkan ajer. Lagipun dia dah tua, aku fikir dia tu dah pangkat ayah, perangai pun elok lah. Tapi aku tak sangka dia menggatal macam tu sekali.

Shah sendiri pun terkejut dengan perubahan pakcik dia. Katanya pakcik dia tu seorang yang pendiam. Memang tak pernah melayan mana2 perempuan. Bila kenal dengan aku, tiba2 pakcik dia berubah. Aku tak berubat banyak pun dengan ayah. Cuma dia tengok dari jauh je apa yang ada dalam rumah aku. Kan aku ada cakap itu belaan janda ayah tiri aku. So, ayah tiri aku just deal aje dengan janda dia untuk tarik balik benda tu dari rumah kami.

Keduanya, kenapa bomoh juga? Member aku jugak yang rekemen. Memang aku tak berubat banyak pun. Dengan bomoh ni aku just tanya dia apa yang ‘ayah’ tu nak sebenarnya sampai aku bergaduh dengan tunang aku. Bila dia cakap ‘ayah’ memang nak putuskan hubungan aku dengan tunang, aku just, Ok. Aku buat cara aku. Lepas dari tu aku buang simkad, tukar no. baru, aku resign balik kampung duduk dengan mak aku.

Aku jauhkan diri dari ‘ayah’ sebab aku tahu ‘ayah’ tak akan apa-apakan aku. So, cerita aku dengan ayah habis macam tu je walaupun aku tahu ayah masih boleh hantar khadam dia skodeng aku, ayah boleh tahu aku berada kat mana. Aku lantakkan ajer dia. Aku tahu ‘ayah’ masih mengharapkan aku tinggalkan tunang aku. Tapi harapan tinggal harapan bila aku tetap berkahwin dengan tunang aku.

Oklah, cukup sampai situ cerita aku & ayah. Harini aku nak cerita tentang perjalanan aku yang terganggu. Terima kasih lagi sekali pada admin kerana sudi siarkan cerita aku. Aku dengan suami aku masih lagi pjj. Bukan pendidikan jarak jauh, tapi perkahwinan jarak jauh. Suami aku di Kuala Lumpur, aku di Kuantan. InsyaAllah, tahun depan aku akan pindah ke Kuala Lumpur. Aku & suami berjumpa sebulan sekali. Biasalah, bila berjumpa mulalah nak pergi bercuti, jalan2. Dua bulan lepas kami ke Cameron Highland.

Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan pulang ke Kuantan. Tak tahulah kenapa suami aku ni gatal sangat nak ikut jalan kampung. Adventure katanya. Memang adventure sesangat. Kami bertolak dari Cameron ke Gua Musang lebih kurang pukul 2 selepas solat zohor. Perjalanan kami menempuh Gua Musang – Kuala Lipis – Raub – Jerantut – Maran – Kuantan. Jadi, kami sampai Maran dah maghrib. Dalam perjalanan kiri kanan hanya ada hutan. Sekali-sekala kelihatan orang asli di bahu jalan.

Disebabkan kami tak jumpa masjid dan surau di sepanjang jalan, kami mengambil keputusan untuk solat jamak setibanya di bandar Maran nanti. Masa ni lah kejadian tu berlaku. Pada mulanya aku tak perasan lagi. Punyalah syok berborak, sampai leka. Kemudian aku baru perasan. Eh, apesal x sampai2 lagi ni? Dah pukul berapa? Sampai mana hutan ni? Tak ada penghujung ke? Apesal tak nampak kereta lain? Soalan bertubi2 menghentam benakku. Aku pandang jam di dashboard, menunjukkan 9 malam.

3 jam berlalu masih tak sedar. Tiba2 aku terpandang orang asli yang berjalan di bahu jalan. “Eh, abang. Tu bukan ke orang asli petang tadi ke?”, tanya aku. “Hish, takkanlah. Cuba tengok betul2. Orang lain kot. Takkanlah dia sorang je orang asli kat sini?”, jawab suamiku. “Ok, macam ni. Kita jalan dulu, nanti kita tengok, jumpa lagi tak orang asli ni”, aku memberi cadangan. Suami aku angguk tanda setuju.

Setengah jam berlalu, kami terjumpa semula orang asli yang sama. Hahahaaa. Kami dah cuak. Sape tak cuak wehhh kalau dok pusing jalan tu je? Sampai esok pun tak jumpa jalan keluar!! Orang dulu2 kata, kena sorok cik lang. Wallahualam. Aku pun cuba nak call mak aku. Sekali line hand phone pun tarak. So, aku recall balik apa petua orang dulu2 untuk keluar dari situasi macam ni. Tapi yang paling cepat singgah kat benak fikiran aku, “kalau kena sorok, kau buka semua baju kau, jalan bogel. Nanti cik lang tu takut lah”. Hurmmmm. Tak logik & tak mungkin aku akan buat macam tu hahahaaa. Korang nak ke buat macam tu??

Jadi, aku decide untuk kembali ke jalan Allah. Aku suruh suami aku berhenti kat tepi jalan & pastikan orang asli tu jauh dari pandangan. He he, penakut ropenyee. Dengan berbekalkan air mineral yang ada dalam kereta, aku ambil air sembahyang, kemudian aku buat solat hajat kat tepi jalan tu jugak! Suami aku tolong cover aku sepanjang aku solat hajat. Selesai solat hajat, aku berdoa minta petunjuk & perlindungan dari Allah, sebelum masuk dalam kereta kami baca surah kursi & 4 qul. Kami buka je pintu kereta, tiba2 terdengar hilaian yang agak ‘merdu’. Kami tercari2 dari mana datangnya hilaian tu. Hah, amik kau. Dia main terbang2 lak atas kepala. Berjubah putih, berambut panjang mengurai. Salam perkenalan katanya hahaha.

Penakut tu memang la penakut. Tapi disebabkan nak marah cik lang tu punya pasal, ye lah, 3 jam kot dari maghrib lagi, aku tersound lak dia, “weh! Kot ye pun jangan kacau aku! Pergi kacau orang lain laa!! Begok betul laaaaa. Dah, berambus aku nak balik Kuantan! Jangan kau ikut aku, nescaya nahas kau aku kerjakan”. Sebenarnya aku pun tak tau nak kerjakan cik lang tu macam mana. Tapi apa pun, cik lang tu lari bila aku cakap macam tu. Terdengar jugak seakan2 dia menangis. Agaknya kecik hati kot aku cakap macam tu. Naahhhhh.

Kami pun memulakan perjalanan kami dengan bismillah. Tiba2 kami ternampak orang asli yang sama di bahu jalan. Bila kami melintas sebelah orang asli tu, aku memberanikan diri memandang. Korang tau, orang asli tu tak bermuka pun. “Haishhhhh. Tak der muka rupanya dia nih”. Ngomel aku dalam hati. Tapi yang peliknya, dia boleh lambai tangan kat aku?! Seolah2 dia tahu aku tengah perhatikan dia. Tiba je di satu selekoh, barulah kami nampak rumah kiri kanan, ada sekolah cina, ada kuil, ada kereta lalu lalang. Masa tu aku tahu kami dah lepas daripada usikan cik lang. Alhamdulillah. Setibanya kami di bandar Maran, terus kami singgah di masjid dan meneruskan perjalanan hingga Kuantan.

P/s: Sahabat saya dari Pattani ada ajarkan, kalau nak keluar dari rumah @ ingin memulakan perjalanan jauh @ inginkan keselamatan, selain dari surah2 yang kita ketahui dalam al-quran, boleh juga kita baca (salamu’ala nuhhin fil’ala min..assalamualaikum) dikatakan malaikat yang menjawab Salam kita itu akan menjaga kita sepanjang perjalanan. Wallahualam. Tapi terbukti keberkesanannya bila pejuang Islam di Pattani mengamalkan ayat ini. Apa pun, bertawakkallah kepada Allah..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]

7 thoughts on “Perjalanan Yang Terganggu”

  1. hurm…..cerita yang sungguh “real”…sampai boleh g sound langsuir…….real sungguh .berani betul penulis…. *tangan kat bahu

    Reply
    • Abis tangan kau kt mne plak.kat jubo??kritik org je tau menatang ni.suruh cite xnk.puihh.dasar perangai melayu sakai.ni r jenis yg x le tgk org len sng.puihh ats muka ko.

      Reply
      • haha,kau dah kenapa…asyik2 taip jubo..jubo kau berkurap ke apa..bodoh,kau kat cerita lain bukan main kritik maki hamun..kurang2 aku tulis sopan…mana kau tahu aku tak hantar cerita? kalau aku hantar kau bukan tahu..kah kah kah, kau boleh g meninggal la

        Reply
  2. Kalau dh marah, dh geram, cik lang pon kena sound…
    Mesti lepas dh sound tu br terpikir rase takot, rase bersalah kan…
    Heheheheh…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.