Terima kasih fiksyen shasha kerana sudi menyiarkan kisah aku. Selalu dah baca cerita dekat page nie. Memang best. Terutama Bunian & Terbongkar sebuah Pengkhianatan (tak tau betul ke tak tajuk haha). Kali nie, aku nak share pulak cerita yang aku alami masa di alam persekolahan menengah. Nama sekolah tu dirahsiakan & tempat pun aku tak nak cakap. Maaf cerita aku nie agak panjang cikit.
Time tu, aku Form 2. Masih hingusan budak-budak junior haha. Hari apa aku dah tak ingat sebab dah bertahun aku tinggalkan alam persekolahan. Sekarang umur aku dah 22 tahun. Aha.. Pandai-pandailah korang kira yerk. Kisahnya start dalam tengah hari kot. Ke lepas rehat luper dah. Haha. Tengah syok-syok study dengar ajaran cikgu dekat depan tak semena-mena ada student tengah teriak entah apa-apa. Mana taknya sekolah tu kalau time belajar memang sunyi satu sekolah jawabnya. Dengar jer orang melolong macam apa then senyap ok ignore. Tak lama lepas tu dengar lagi student teriak sama kali ni lama sikit. Then senyap. Ok ignore lagi. Kali ketiga, kali ni lain pulak.
“Hoi! Tolong aku !! Dia nak terjun!!” Kali ni suara lelaki pulak teriak. Entah siapa pulak nak b***h diri tanya hati aku nie. Aku ignore jer. Sambung menulis nota. Student sama kelas aku start dah tanya tu tanya nie. Lepas tu, kat luar kelas tengok cikgu dengan senior tengah serabut berlari pecut macam orang tengah marathon. Heran tambah pelik. Sejak bila pulak ada kelas marathon dalam sekolah. Lagi-lagi pakai baju kurung pulak tu haha.
Tak lama lepas tu suara melolong ntah apa-apa sekali lagi kedengaran. Kali ni, memang jelas teriakan. Belakang kelas aku?! “Woi! Tolong aku. M**i perempuan ni kalau dia terjun!” sekali lagi masih suara sama menengking berkata. Aku pulak start tertanya-tanya. Belum lagi aku sempat angkat dari kerusi dah pulak satu lagi suara teriakan berkumandang. Dari jauh makin dekat dan dekat lalu melintas kelas kami. Ya Allah!
Seorang perempuan kelihatan sedang diangkat beberapa student lain. Tenaga perempuan tu memang aku boleh cop lelaki pun boleh terbang. Mana taknya, yang angkat dia dah 5 org lelaki dan perempuan. Boleh-boleh lepas macam tu jer? Then lari tanpa hala tuju. Aku hanya memerhati dari dalam kelas. Dalam otak dah set, Dia gila ke apa? Haha. Al maklum masih tak tau apa dah jadi.
Suara teriakan semakin banyak. Aku keluar dari kelas. Aku pergi belakang kelas. Tengok-tengok senior tengah sibuk menahan seorang perempuan yang juga senior sama kelas daripada terjun. Weii walau tingkat 3 jer. Nyawa boleh melayang beb! Perempuan tu macam cakap sesuatu. Menangis, ketawa, marah dalam satu masa dia melakukan semua perasaan. Pabila dapat ditangkap mereka senior perempuan tu meronta-ronta. Meronta minta lepas. Ya Allah, apa sedang berlaku? Tanya hati kecil aku.
Dekat tingkat bawah tengok-tengok student lelaki pulak tengah meracau sambil dipegang para guru. Lelaki lain tau kalau kena rasuk. Memang kena sado badan sebab tenaga diaorang memang kuat dari normal.
Tak cukup tingkat dua, tingkat satu sudah kelihatan beberapa pelajar diangkat beramai-ramai. Seberang kelas pulak melalak. Kelas sebelah melalak. Boleh dikatakan hari tu hari yang sangat hitam buat sekolah tu. Sebab yang terkena benda tu lebih dari kiraan. Half studet sekolah tu terkena rasukan.
Tiba-tiba satu announcement berbunyi. Pengetua sekolah mengumumkan balik awal. Apa lagi terus memecut balik kelas dan berkemas. Aku masih selamba macam biasa. Entah kenapa aku berperasaan macam tu. Kawan aku yang lain dah bergegar lutut. Ada yang nak menangis. Nasib yang sama kelas dengan aku tak terkena benda tu.
Tapi, aku boleh tengok dari riak antara kawan-kawan aku ada antara mereka bakal dirasuki. Mana taknya. Mendiam diri dari tadi. Slow motion langkah. Ah, sudah! Aku malas nak amek tau. Aku nak balik. Kawan aku dah memecut lari meninggalkan aku. Aku malas nak lari sebab pakai baju kurung. Kut-kut tersadung malu beb, haha! Nak angkat kain aurat nampak tu. Then, aku ambik jalan front sekolah. Pulak jalan aku amek salah. Front sekolah tu lerr diaorang yang kena rasuk tuk dikumpulkan. Bayangkan lah korang apa rasa lalu area gitu.
Aku tengok dengan mata aku sendiri, mereka-mereka yang kena rasuk. Ada yang menangis. Ada yang ketawa. Ada yang menghentakkan kepalanya. Ada yang marah-marah sehinggakan para ustaz terpaksa buat cara kasar bagi diorang sedar. Ada yang meronta kepanasan dan macam-macam lagi. Kalau nak list memang banyaklah wei. Entah apa kudrat aku tiba-tiba datang mendekati salah satu mangsa. Seorang ustaz sedang mengubatinya. Sambil pelajar menahan mangsa sekuatnya. Orang tengah fokus ubat mangsa, aku pulak panjang leher tengok muka mangsa.
Hairan! Kenapa aku boleh buat macam tu? Kalau student lain memang dah lari dah tu. Aku panjangkan leher tengok mangsa lain . Dekat tu wei. Iman tak kuat memang jadi mangsa gak. Dah puas aku perhati, aku blah dari situ. Masa nak blah tu, aku tertanya diri sendiri. Macam mana pulak aku boleh keberanian macam tu. Padahal aku nie penakut nauzubillah.
Esok harinya, memang kecoh satu pekan pasal sekolah tu. Aku datang sekolah macam biasa. Kawan-kawan aku hangat bercerita pasal semalam. Aku apa lagi menyampuk sekaki hahaha. Tapi hari tu, berlaku perkara sama. Bilangan pelajar yang kena rasukan semakin bertambah. Dalam hati dah bertanya, kenapa mesti hari ni? Kenapa mesti masa tu? Soalan aku tu pun terjawab.
Datang beberapa orang yang memang mahir bab-bab nie, datang melawat sekolah. Salah seorang mengatakan ada beberapa orang lelaki dan perempuan berbaju merah mengelilingi sekolah. Salah seorang pulak berkata, perjanjian sudah habis. Harus dibuat perjanjian baharu. Ah, sudah. Perjanjian apa pulak? Apa sebenarnya kisah disebalik sekolah di atas bukit ini? Apa yang membuatkan tarikh keramat hitam itu menyebabkan puluhan pelajar terkena rasukan? Dan siapa mereka yang berbaju merah itu?
Hari tu, halfday lagi sekolah. Esok cuti mengejut diberi satu sekolah. Lusa sekolah balik. Aku masuk kelas macam biasa. Yang terkena rasukan tu banyak yang belum datang. Sedikit sahaja student pada hari tu. Yang tak kena rasukan pun boleh pulak amek kesempatan untuk ponteng haha. Dari apa yang aku dengar, sekolah tu memang punyai perjanjian. Dengan siapa? Paham-paham jerlah. Ikut sejarah, ada kisah hitam berlaku sebelum sekolah ini dibina. Tambah-tambah lagi, belakang sekolah punya sebuah bukit yang amat tinggi. Kalau naik memang nampak satu pekan.
Orang kata, bukit tu memang scary. Sebab bukit tu merupakan tempat ‘si dia’ tinggal. Satu saat dulu, ada satu perjanjian dibuat. Perjanjian apa masih misteri sampai sekarang kerana banyak olahan tokok tambah. Perjanjian yang menjanjikan d***h segar. Akibat melupakan perjanjian itu, maka student sekolah menjadi mangsa. Mereka mengganggu kerana tuannya melupakan perjanjian yang telah dibuat. Masya-Allah! Siapakah dia? Mengapa dan kenapa perjanjian itu dibuat? Soalan yang masih buatkan aku tertanya sampai sekarang.
Setahun kemudian, aku form 3. Aku dipindahkan kelas sebab pandai kot hahaha. Masa tu aku tengah study pasal agama. Time tu, aku belum biasa lagi dengan bebudak class atasan haha (Student otak pandai giler). Aku termenung menghadap pintu. Tengah syok aku termenung. Entah bayangan atau khayalan aku jer aku pun tak tau, aku nampak seorang perempuan berbaju putih berambut panjang kemas aturnya dok datang bawak dulang emas nak masuk kelas aku. Tp cun masa tu ustazah tengah baca ayat-ayat Al-Quran dia tak jadi masuk.
Lama dia memerhatikan aku sebentar sebelum beredar dari situ dengan senyuman. Ah, sudah! Siapa dia? Aku tertanya sampai sekarang. Tak sampai beberapa saat lepas tu, pulak ada lagi kes meracau. Aku pun cuak dengar. Baru aku toleh ke kiri, aku tengok seorang gadis datang bersama seorang lelaki. Dengar cerita perempuan tu lah yang menjadi permulaan histeria berlaku tahun lepas. Entah betul atau tak, aku tak tau. Apa jadi lepas tu lain hari aku cerita. Aku tak janji pun kisah aku nie seram.
Ni pengalaman aku bersekolah di sekolah tu selama 5 tahun. Apa yang aku tau pasal sekolah tu, bangunan yang berhampiran dengan hutan dan tepi bukit tu memang seram. Aku pernah jalan sorang-sorang. Naik bulu roma beb! Macam-macam aku dengar. Tapi haram jadah tolong jangan tegur! Hal tu pun aku cerita lain kali.
P/s: Apa yang berlaku Allah yang tahu. Kita hanya mampu mentafsir dari apa yang berlaku. Kisah lalu pasal sekolah dan bukit tu masih misteri sehingga kini.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Salam admin FS, saya suka baca posts kat sini dan tentu sekali saya pun dah liked Fanpage FS dari awal lagi.
Cuma satu aje yg kurang best, bila buka link mesti akan ada pop up utk like FS fan page tu. Tak kira dari mana sama ada saya buka web FS secara direct mahupun buka dari post fb. Letih la nak buang pop up tu on every post sedangkan saya mmg dah liked awal2 lagi Fanpage FS ni.
Harap admin pantau hal ini ya. Kasi pop up utk org yg belum like Fanpage FS sahaja.. gitu. Thank you.
Panjang meleret2..
banyak drag pasal awak tak takut & “haha” dalam kebanyakan ayat membuatkan cerita awak hambar
Sambung pls..
Sorry, cerita ni bosan lah..
Best la. Tlg sambung