Permainan Dunia

Assalammualikum, cerita aku ni takde la seram nau. Aku nak cerita pasal kejadian yang terjadi sekarang ni dekat aku dengan keluarga aku. Kalau nk cerita sebelum sebelum ni punya cita panjang sangat, kes kena buatan org,terkena tempias org buat dekat keluarga aku, macam macam la, kira boleh terbit buku walaupun sendu kisahnya(takde perli sesiapa ?) pokoknya aku dh habis bertahun2, beribu2 (aku syak dh boleh bayar downpaymet kereta agaknya) duk berubat diri aku sampai ke harini sebenarnya masih ada gangguan. Tapi aku nk cerita yang tengah terjadi sekarang. Aku ni takde la tua, umur tu tengah2 20-an, tapi muka awet muda macam 18tahun. Hahaha.

Sekarang aku tengah belajar dekat Selangor, aku ni macam adik penulis cerita tajuk “syirik ke?”, boleh ramal orang, boleh tngk kisah silam, aku angggap anugerah la dari Allah. Hmm. Takde la sebarang je nak ramal. Tapi betul, kalau baru kenal orang dan kita tahu orang tu macam mana niat atau perangai dia yang kau tak berkenan,automatik akan malas layan atau menyampah. Haha. Susah sebenarnya. Dulu waktu aku asyik pergi berubat, rata rata yang ubatkan aku cakap, insyallah satu hari nanti aku sendiri boleh ubat diri aku sendiri. Mungkin hikmah aku sakit bertahun Allah nk buka hijab aku. Memang dah terbuka pun. Cuma nampak tu tak selalu, rasa tu selalu la. Tambah tambah kalau pergi kedai makan. Kuat berul pelaris diorang. Haha. Panjang pula sembang intro je hah. (sorry la kalau cerita ni berbelit atau susah nak paham, aku pun masih berbelit dan takpaham dengan apa yang terjadi dekat aku)

Okay, cerita ni terjadi 3 minggu lepas, aku masih cuti semester time tu, so aku kat kampung la, nun di utara. aku ada la terjumpa ex aku. Kitaorang mmng bad ending, so dia bdendam dengan aku. Hmm patutnya aku yang bdendam dengan dia, ni terbalik. Haih whatever la.
Kebetulan aku dengan kawan lelaki aku tngh lepak makan kat kedai.

Lepas je aku jumpa dia, hah ambik kau, sakit dia Allah je tahu. Cakar sana cakar sini, rasa benda bergerak bawah kulit. Sis redho, buka je la ayat ruqyah. Kepala dah macam nak pecah. ? sebelum ni aku fikir tinggal sisa sisa je. Yela dah bertahun kan, kadang tu sehari sekali je dia cakar. (Fyi, aku bukan sesuka tuduh dia buat kat aku, aku pun sebenarnya tak percaya dia buat. Kemon gais weolls muda lagi kut, tapi dia TERmengaku sendiri, so aku kena terima kenyataan)

Elok lepas tu aku jumpa ustazah, dia bagi air yassin suruh buat minum dan mandi maka berkurang lah kembali, bila benda benda kotor keluar dalam badan kita, letih dia, Allah mcm aku baru buat rumah sebiji siang tu(metafora).
Elok seminggu berkurang tetiba aku rasa tak sedap hati, tak tentu arah, time tu aku tengah drive bawa keluarga aku pergi makan. Lepastu aku asyik berangin je, asyik nak marah je. Dengan mak aku pun aku tengking (berdosanya) hmm. Kemudian, tengah lepak makan, kakak aku call cakap anak saudara aku menangis lepas bangun tidur, asyik sebut hantu dan dia tunjuk depan rumah sambil menangis. Time ni kitaorang takde la fikir apa apa. Sebab aku ingat macam anak saudara aku tu mamai kut. Gitu la.

So balik je rumah, lagi setengah jam nak maghrib. Hah time ni la setan start kerja dia. Aku dah memang asyik marah marah dari tadi, sampai je rumah, marah aku takhabis lagi even benda sekecil alam je, dah berjangkit dekat orang lain. Kiranya semua rasa panas. Semua nak marah.

Ohh terskip sikit, patutnya cerita ni awal tadi, tapi takpa. Harap korang tak berbelit dan pening la. Alkisahnya sebelum kejadian aku bawa mak aku dgn yang lain keluar makan, aku pergi pejabat ayah aku, ambil barang. Then aku ternampak mak saudara aku dengan ayah aku. Diorang ni adik beradik seibu sebapa. So rapat la.

Mak saudara aku ni bidan kampung, lepas tu ada la dia menuntut kat Gunung jerai sana. Lepas dia menuntut tu kononnya dia bomoh besar la. Sebenarnya ketika ni, ayah aku dah lain sikit perangai dia, asyik beratkan kak dia tu. Tapi aku takde la amik port, sukahati dia la. Bila aku ternampak je diorang dua, terus dalam kepala aku ni mesti nak pergi jumpa bomoh.

Mesti korang pelikkan,kenapa aku fikir macam tu? And kata bomoh besar pun nak pergi jumpa bomoh lagi? Sebab aku pun taktahu, dia macam gerak hati kuat mengatakan. Ha gituuu and pasal pergi jumpa bomoh tu, Eh haruslah, sebab mak saudara aku ni tengah hasut ayah aku. Kononnya ada benda yang tak kena dekat tapak rumah, konon dia takboleh nampak siapa yang buat. Fyi, rumah mak saudara aku ni sebelah je dengan rumah aku. Tapi disebabkan aku ni mengamalkan sikap pergi mampus, so aku abaikan je la.

Okay back to situation. Lepas mahgrib tu, kakak aku dgn abang ipar aku gaduh kecil je,kecil je kes dia. Time tu macam nak backhand dua dua orang. terus abang ipar aku hadiahkan talak kat kakak aku. Time ni la orang cakap terlajak perahu boleh undur, terlajak kata see you in court la. Sebenarnya takde niat, tapi alhamdulillah diorang rujuk balik. Ini permulaan setan ni buka langkah. Lepas tu Anak saudara aku pula asyik demam lepas maghrib. Demam panas sampai cecah 40’c.

Tak kebah2. Benda2 ni semua jadi dalam masa sehari je hah. Tapi demam panas dia dari maghrib smpai azan subuh je, lepas tu badan dia sejuk mcm biasa. Active macam biasa. (kitaorang dah bawa pergi hospital, kena tahan wad tapi bila balik rumah jadi macam tu juga). So time ni la sel sel otak aku yang tengah bercuti tu berhubung.

Aku dah memang syak mak saudara aku ada hantar benda tapi tu la mungkin ramalan, atau mungkin sebab memang aku taksuka dia sebab dia ni jahat nak rosakkan rumahtangga mak ayah dan keluarga aku. Aku taknak la tuduh melulu, berdosa kalau tetiba aku tuduh dia. Selepas sel sel otak aku berhubung aku jumpa balik aku ustazah yang ubatkan aku, aku minta dia tengokkan apa yang tak kena dalam rumah aku.

Tak syak lagi, orang tua kutuk tu hantar jin bertenggek kat tapak rumah aku.(pastu ajak ayah aku pergi menengok, konon ada benda dekat tapak rumah. Licik permainan dia) abah aku ni memang dah asyik dengar cakap kakak dia sepanjang masa, sekarang ni mak aku pula. ?. Dia nak buat kitaorang tak harmoni, asyik nak bergaduh. Kiranya bagi rasa panas dalam rumah tu. Sebabnya, anak anak dia dah tak ambil peduli pasal dia, dulu kitaorang selalu lepak rumah dia, tapi sejak aku dah pandai tengok niat orang ni, aku jadi menyampah.

So automatik bila aku balik kakak2 aku semua pun malas nak melayan dia lepak chill dengan aku je la. Dan satu lagi kata orang yang berubat aku, ada yang jaga aku, so bila cuti aku balik, benda yang dia hantar kat keluarga aku semua tu tak jadi la. Sebab tu dia buat bagi aku taknak balik rumah sangat. Tapi yang kali ni, dia hantar jin dia yang paling kuat.

Mak saudara aku ni memang hati perut busuk, aku bukan la nak aibkan dia ke atau nak acah2 aku ni baik tapi at least aku takde la jahat nk kacau hidup orang lain sampai sampai dah taktahu yang mana betul yang mana salah. Yang dia tahu nak duit, nak cantik, nak berjalan serta menyusahkan orang. Padahal umur dia tu dah taklayak dah untuk semua tu.

So satu pagi, aku bangun la, nampak mak saudara aku tengah berdiri dekat depan lapangan rumah aku, sambil mulut terkumut kamit. Aku perati je orang tua. Tengah sembang dengan setan dia la tu, aku cakap dalam hati. Tetiba dia pusing tengok aku, tengok aku betul2 sambil mulut terkumat kamit. Terus meremang bulu roma aku. Yang peliknya, rumah aku ni pintu sliding door yang bila siang orang luar taknampak. Tapi time dia pusing tengok aku tu seolah olah dia dengar apa yang aku cakap dalam hati dan nampak aku.

2 ke 3 hari keadaan masih panas, aku dah start takleh tidur malam sampai azan subuh, kena tindih, rasa benda pedih mengigit kat mana mana setan tu suka kemudian dia tinggalkan macam bekas gigi, tapi ada dua je. Mcm taring mungkin. kemudian bila bangun tengahari,(yela tidur pun lepas subuh) tengok ada lebam kat leher aku, depan dan belakang. Abah aku totally percaya semua cakap kakak dia, dah jadi macam lembu kena tarik hidung sekarang.

Lepas 3 hari aku kena balik selangor, semester baru dah nak start. So berat hati la nak tinggal keluarga aku macam tu. Start aku balik memang lepas subuh la baru bleh tidur. Barai weh pergi kelas. Aku ingat dia kacau kat rumah je, bila datang sini takde la. Rupanya tak, dia memang sebenarnya nak lawan dengan aku. Atau lebih tepat pendamping aku. Pendamping aku ni sebenarnya adalah dari arwah tokwan aku. Tapi benda ni sebenarnya dia taknak kat mak saudara aku, dengan ayah aku dan adik beradik diorang yang lain ibu. So dia pilih datang kat aku. bukan offically lagi gais.

Cuma aku rasa selamat je, dan apa yang aku boleh ramal ni pun mungkin dari dia. Wallahualam. Ini apa yang orang ubatkan aku cerita la. Kalau diorang2 yang ubat aku tu tipu aku, means aku tipu korang la. Hahaha.

Dia nak lawan sebab dia rasa macam pendamping ni penghalang dia. Sebab tu dia asyik attack aku je setiap malam. Sempit gila dada aku setiap malam. Sampai aku rasa mungkin ajal aku pun dah dekat. Serius.
Ada satu malam tu, teruk punya dia hantar, aku buka ruqyah sambil, makin menjadi jadi lah sampai la aku tertido. Esok pagi bila aku bangun, kebetulan aku pakai baju putih. Habis baju aku dengan benda warna kuning. Bila aku hantar gambar tu kat ustazah yang ubatkan aku, katanya tu beras kunyit. Wallahualam.

Oh lupa nak cakap, aku amalkan pdinding yang ustazah tu bagi beserta dengan 3 qul dan ayat qursi. Sampai ke harini aku masih sakit digigit, sakit tulang belakang. Panas satu badan, macam macam lagi la. Nak describes kat korang pun taktahu macam mana sebenarnya. Dan aku sentiasa pantau keadaan keluarga aku. Setiap malam aku akan baca ayat qursi dan yassin dari jauh untuk lindungi keluarga aku.

Aku harap mak saudara aku tu m**i. Ni emosi weh, kalau kena kat keluarga kau takkan kau nak senyum kan. Hmm Aku pun manusia yang lemah. Tapi macam jahat pula aku harap gitu. Tkde beza pula aku dengan org tua tu. So aku harap dia dapat hidayah dan bertaubat sebelum sampai masanya. Kang tak pasal nak merangkak cari kitaorang sekeluarga kat padang mahsyar nanti. Dan aku harap keluarga aku akan pulih seperti sedia kala. Insyallah. Amin.

Mungkin ada hikmah dari segala apa yang terjadi ni. Terima kasih la baca kisah aku ni. Tak seram. Sebab ni bukan kisah hantu. Mungkin ada yang pening sebab cerita ni berbelit. Aku ni tak pandai bercerita so minta maaf la gais. Doakan yang terbaik untuk keluarga aku dan aku. Amin amin amin…

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Permainan Dunia”

  1. try bawak ayah awak berubat. pelik sangat bila dia terlalu ikutkan cakap mak saudara awak tu. mungkin selepas ayah awak ‘sedar’ sepenuhnya, dia boleh bantu2 family dia

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.