gregs-shadow-and-the-shadow

Pernah Berkawan Dengan Orang Bunian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca pembaca fs. Kisah yang aku nak cerita ni berdasarkan dari pengalaman aku sendiri. Kisah aku ni berlaku masa aku berumur 9 or 8 tahun. Tak berapa ingat sangat sebab kisah ni mak aku cerita balik.

Ayah aku bekas tentera laut dan biasalah kalau tentera laut ni berlayar saja. Tinggal lah mak, abang, adik dua orang dan aku. Kami duduk rumah flat 10 tingkat. Kami tinggal di tingkat 4. Ada satu malam tu kawan mak aku ada panggil orang datang berubat rumah dia di tingkat 8 dan dia pun ajak mak aku sekali. Mak aku bukan pergi sorang, mak aku angkut sekali dengan kami pi rumah tu. Dipendekkan cerita ketika berubat tu kami yang budak budak disuruh duduk di dalam bilik sementara menunggu ustaz tu berubatkan yang dewasa.

Kemudian tiba lah giliran kami yang budak-budak ni. Kami disuruh duduk melunjur kaki sebelum isteri ustaz ni memejam mata memandang ke arah kami ( mungkin itu cara ustazah tu nak tengok benda benda yang tak sepatutnya ada dalam badan orang). Tiba tiba ustazah tu cakap “alahai comelnya” sambil memandang ke arah aku (sambil tu dia buka mata).

Aku yang ketika itu duduk yang paling hujung hanya mampu senyum. Masa tu aku pakai tudung, bila budak kecik pakai tudung kan comel ( puji diri sendiri pulak). Kemudian ustazah tu cakap ” kat sebelah anak ni ada budak lelaki kecil, comel”. Hangpa bayang kan la dia cakap macam tu sedang kan aku duduk paling hujung. Mana ada orang sebelah aku.

Aku yang tak tahu apa apa masa tu toleh ke sebelah. Memang tak nampak sesiapa pun. Lepas tu ustazah tu cakap budak ni orang bunian, (mungkin lah) mungkin masa kami keluar berjalan budak ni nampak aku comel jugak kot tu yang budak ni berkenan ikut balik sekali.

Kemudian suami dia a.k.a ustaz ni panggil mak ayah orang bunian ni. Masa diorang datang memang tak nampak tapi boleh rasa dan nampak angin tiba tiba datang masuk dalam rumah. Lepas tu aku tak ingat dah kisah dia. Tapi sebelum aku tahu aku ‘ berkawan’ dengan orang bunian ni, aku tak suka tidur tengah hari walaupun kena paksa dengan mak aku suruh tidur. Masa tu laa aku suka mengajar sebab cita-cita nak jadi cikgu.

Dulu selalu curi kapur kat sekolah sebab nak mengajar cara real sikit. Aku suka cakap sorang-sorang masa mengajar tu. Mak aku cakap mungkin masa tu aku tengah ‘ mengajar’ budak kecil tu kot. Aku memang tak sedar dan tahu pun masa itu aku tengah berkawan dengan orang bunian ni. Memang ada hikmah lah juga mak aku bawak pergi berubat, kalau tak sampai sekarang aku tak tahu yang aku tengah ‘ berkawan’ dengan dia.

Bila dah abis ustaz tu berubat kan kami, kami balik rumah. Masa tu laa semua rasa takut seram semua ada. Yelah, masa tu tengah malam baru habis berubat. Sampai je rumah kami tak tidur lagi, duduk dekat ruang tamu bermesyuarat dulu sebab masing masing takut. Lepas dari kejadian tu takda perkara pelik pun berlaku cuma rasa takut tu masih ada lagi. Tambah tambah bila dapat tahu aku ‘ berkawan’ dengan orang bunian tu.

Sampai situ saja lah cerita aku yang tak seram sangat pun. Aku yang merasa ni lah tahu perasaan takut tu. Jadi korang jaga jaga lah ye, mana tau sekarang ada ‘ sesuatu’ yang berkenan dengan korang, yang selalu ada dengan korang tapi tak tahu sampai sekarang kewujudan ‘dia’.

Sekian, assalamualaikum.

One comment

  1. Navy, “Kami duduk rumah flat 10 tingkat. Kami tinggal di tingkat 4”. Keme mcm tau je ni kat Pengkalan TLDM, Lumut. Teringat pulak masa kecik2, tinggey kat Blok A17. Jengah bawah nampak jalan nak ke Teluk Batik. Pandang depan nampak laut. Cerita mengkeme ni, tetiba mengimbau kenangan tinggal di navy base, Pesta Lumut, terperangkap dalam lip Blok A24, budak jual karipap, anjing menyalak sakan malam-malam, shopping kat PERNAMA, kuih-muih kat pasor dalam navy base, sick bay, naik bas ekspress malam-malam kalau balik kampung, naik kapal KD Mahawangsa. Perghhhhhh!!!!!!!! Kenangan yang tak boleh dijual beli. Dah ikat ketat-ketat dalam hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *