dangerous-eyes

Pertama kali bertemu Kak Langsuir part II

Assalamualaikum semua peminat Fiksyen Shasha. Ingat lagi tak aku Rina? (bukan nama sebenar) Ala, yang cerita pasal first time bertemu dengan kak langsuir tu? Kalau dah
ingat, tak perlu la aku ulang lagi. First impression aku bila post cerita nie, aku fikir mungkin tak seberapa hangat la kan. cerita biasa-biasa je kot. Tapi sekali
aku scroll fb tengok 16 orang komen suruh sambung cerita. Wahh, serious tak sangka ada jugak yang minat dengan cerita aku. Tak nak merepek panjang-panjang so, aku
akan terus sambung cerita start dari perbualan aku dengan pakcik kawan ayah aku.

Pakcik : apa yang dah jadi sebenarnya?
Aku : saya tak tahu pakcik, yang saya tahu saya buat kerja sampai lewat malam. then masa nak tidur, benda tu datang depan saya.
Pakcik : benda tu rupanya macam mana? (saja nak tengok sama ada aku nie tipu ke apa, kurang asam pakcik tu)
Aku : saya tengok time tu ‘benda’ tu pakai baju putih and rambut dia panjang sampai muka dia saya tak nampak.
Pakcik : (mengeluh) apa yang kamu nampak tu sebenarnya langsuir. Biasalah, kalau dah duduk asrama kalau tak jumpa dengan benda-benda nie memang tak sah. Pakcik cuma
nak tanya. Kamu nie memang boleh nampak ke apa.

Pakcik nie memang buat aku tergelak. kalau aku dah biasa nampak, tak ada la aku pucat bila berdepan dengan kak langsir tu.

Aku: tak adalah pakcik. nie first time saya nampak, sebelum ni tak pernah pula saya nampak. saya pun pelik juga, macam mana saya boleh nampak.

Pakcik : kalau pakcik bagi tahu ni, kamu jangan terkejut pula ye. Sebenarnya bilik (dorm) yang kamu duduk tu memang tempat lalu lalang dia. cuma pakcik nasihatkan kuatkan semangat, jangan tinggal solat, banyakkan berzikir.

Sejak dari hari tu, aku selalu rasa tak tenang. hati ni rasa macam ada orang follow dari belakang, rasa macam diperhatikan. aku tak boleh nak cerita kan sekaligus sebab banyak yang aku lupa. tapi insyaAllah, aku sedaya upaya untuk menceritakan semula pengalaman aku diganggu penghuni lama di asrama ini.

CERITA 1
———-

Serious talk, sejak aku masuk persatuan silat tu ramai kawan-kawan sebilik aku kata perangai aku lain macam. padahal aku rasa diri aku ni biasa je, tak adalah pelik mana. tapi adakalanya aku rasa diri aku nie lain juga. tapi tak tahu tang mana yang pelik. Yang peliknya tentang aku nie, aku tak tahu sejak bila aku suka bersendirian. pergi mana-mana semua bersendirian. sampaikan ada senior marah dekat aku kenapa aku suka bersendirian. Mungkin bagi kita, bila kita bersendirian benda biasa bukan? Tapi bersendirian yang aku cuba sampaikan nie, bukan bersendirian nak tenang kan diri. tapi bersendirian sehingga tak nak bergaul dengan budak bilik, bersendirian sampai rasa menyampah dengan orang sekeliling, bersendirian sampai bercakap sorang-sorang. Itu je la yang aku perasan pasal diri aku.

Then, sampai satu tahap tu senior aku suruh satu bilik aku berkumpul and buat rollcall. benda biasa yang ada dekat setiap asrama. First-first tu macam biasa la senior ajak berborak sikit and ada gurau senda sikit. then, tetibe ditukarkan topik. topiknya pasal aku. ok, PASAL AKU. sepanjang permulaan rollcall tadi, aku hanya diam. bagi aku tak ada benda yang kelakar yang boleh buat aku ketawa. bila ditanya aku kenapa, aku jawab “tak ada apa la, kak. saya ok je.”

lepas tu disoal pasal kenapa suka bersendirian. part nie aku cakap macam nie, “entah. saya rasa selesa bila sorang-sorang. and saya menyampah nak tengok muka budak bilik.” Ayat menyampah tu aku ingat sampai bila-bila. and aku tak tahu sejak bila aku pandai menyampah nak tengok muka orang. Macam biasa, budak bilik semua terkejut dengan jawapan aku nie. ada yang tanya, apa salah dorang dekat aku sampai aku naik menyampah. Seriously, aku tak ada jawapan untuk soalan yang diajukan.

sejak daripada situ, bermulanya kisah aku di ‘pulaukan’ oleh budak bilik. Asalnya, aku bukannya di ‘pulaukan’ oleh budak bilik. tapi mungkin perangai aku makin menjadi-jadi suka bersendirian. suka termenung, suka layan perasaan sorang-sorang. mungkin dari situ aku letakkan title ‘dipulaukan dengan budak bilik’. aku sendiri yang meletakkan had. sampai ada masa, aku rasa fedup nak hidup. and satu lagi perangai pelik aku muncul ialah startnya aku suka menangis tanpa sebab. menangis secara tiba-tiba. lagi-lagi waktu malam. aku rasa macam aku terkapai-kapai nak jadi diri aku yang dulu balik tapi tak boleh. semuanya disebabkan satu perasaan yang menghalang aku untuk teruskan hidup.

CERITA 2
———-

cerita satu tadi, aku terangkan pasal perangai aku yang berubah. cerita kedua ini pula, aku akan start bercerita bermulanya hijab aku terbuka sikit demi sedikit. Ok, ceritanya pada waktu malam sebelum nak tidur. dorm aku bersebelahan dengan tandas. so, nak dijadikan cerita bilik aku nie pula satu2nya bilik junior dekat aras 2. bilik senior tak jauh dari bilik aku dalam 4 5 langkah.

Macam biasa, tabiat aku sebelum tidur ambik wuduk. aku pergi tandas masa tu sorang-sorang, masa tu tak takut sangat sebab budak bilik tak tidur lagi. so aku pun ambiklah wuduh macam biasa dah habis aku baca doa lepas wuduk. masa aku nak keluar dari tandas, mata ni pula terpandangkan bilik mandi no. satu. Ah kau, time nie jugak la aku terkejut sebab aku ternampak ‘budak kecik’ duduk mencangkung dekat sudut bilik mandi no. satu tu. aku terkejut sampai tak bercakap. nak menjerit pun tak boleh. perlahan-lahan aku berjalan keluar dari tandas terus masuk bilik. nasib ‘budak kecik’ tu pandai duduk diam.

aku rasa masa tu, muka aku macam tak ada darah sebab terkejut melampau sangat. aku pula asyik terbayang-bayang gaya ‘budak kecik’ tu duduk. masuk bilik je, aku terus tidur. aku dah tak pandang budak bilik aku tengah buat apa. sampai pukul berapa masa tu, aku boleh terjaga. aku tak tahu masa tu dah pukul berapa, nak tengok fone. fone tak ada, ye la junior mana boleh bawak fone. so aku terjaga tengah malam tu, mungkin dalam jam 2 pagi atau lebih. ada juga aku try nak tidur balik, tapi tak boleh. so aku decide tutup mata je la. acah-acah tidur.

masa aku acah-acah tidur tu, aku terdengar bunyi tapak kaki berjalan. dalam fikiran masa tu, aku bersangka baik mungkin senior keluar dorm pergi tandas kot. tapi aku pelik, kenapa aku dengar bunyi tapak kaki berjalan ke hulu ke hilir. gaya macam orang tak tentu arah. aku tak tau nak buat masa tu, diam je la. lepas tu aku terpandang pintu dorm aku yang besar, aku ternampak kaki yang berjalan depan dorm aku. yang buat aku tertidur balik, tapak kaki yang berjalan tu tiba-tiba berhenti dan berjalan tembus pintu dorm aku. lepas tu aku tak tahu apa terjadi sebab aku dah tertidur.

CERITA 3
———-

dulu, aku dan pengsan memang tiada pisahnya. pergi mana-mana, kalau aku tak pengsan secara tiba-tiba memang tak sah. bukan pengsan saja-saja tau. nie semua sebab akibat terkejut ternampak ‘kelibat’ yang tak sepatutnya. bukan malam je taw, siang pun boleh jadi. kadang-kadang boleh terjadi, elok-elok tengah jalan aku boleh terlanding pengsan dekat penjalan kaki. depan dorm pun boleh terlanding macam tu je. luar laundry pun ada masa aku terlanding. sepanjang aku asyik pengsang, tiada sorang percaya yang aku nie pengsan. ada yang kata aku saja-saja pengsan sebab nak dapatkan perhatian. ada pula mulut senior kata, aku sengaja nak menyusahkan dorang nak angkut aku bawak masuk dorm. ok, aku mengaku yang aku nie bukanlah gemuk tapi agak berisi.

memang aku tak boleh nak buat apa, setiap kali aku ternampak kelibat tu dekat mana-mana. aku senang je nak pengsan. tapi aku mengaku, sepanjang orang asyik dok bertanya kenapa aku selalu pengsan. setiap kali tu aku bagi jawapan yang aku sakit kepala. tapi kemungkinannya betul, ada yang tidak. masa aku form 4, aku disahkan ada maigrain yang agak teruk. dah la selalu sakit kepala, kalau sakitnya boleh tahan. aku boleh terima lagi, kalau sampai masa sakitnya rasa nak hantuk kepala kau dekat dinding kasi pecah.

so, masa aku form4 hidup aku asyik tidur. sakit yang datang bukan selang sebulan atau minggu, kalau boleh tiap-tiap hari nak datang. bawak ke klinik, klinik suruh refer dekat kpj. smpai kpj, buat test macam2. masuk terowong nak scan otak tu, kena xray. hasilnya, doktor kata tak ada apa-apa. agak terkilan bila dapat tahu, yang aku ni tak sakit. kalau tak sakit, takkan hari-hari aku boleh pengsan kan? sejak dari itu, aku dah pasrah. aku tak tahu nak refer dekat siapa lagi time tu. time tu tak terfikir nak pergi rawatan secara islam.

dah la tak ada kawan, lepas tu dengan perangai aku suka bersendirian lagi la buat aku rasa tertekan. dengan gangguan yang datang, sengaja nak menambah beban yang aku tanggung. akhirnya aku buat keputusan mendiamkan diri, tutup telinga sebab dah tak nak dengar mulut-mulut jahat kata aku sengaja menyusahkan satu blok.

CERITA 4
———-

histeria. bab histeria nie, aku tak boleh nak cerita panjang-panjang. sebab aku tak tahu, macam mana aku boleh terkena. tak ada orang cerita dekat aku macam mana aku kena. tapi ada satu part yang aku ingat sampai bila-bila. aku tak tahu hari apa, pukul berapa time tu. yang aku ingat, masa tu tengah prep. biasanya prep lepas maghrib sampai la isyak. tak silap, masa tu tengah rehat. so ramai la keluar dari prep turun pergi dewan makan. jadi tinggallah aku sorang dekat prep. kebetulan pula, prep yang aku duduk tu menghadap public phone. sliding door cermin besar, so boleh nampak orang lalu lalang depan tu.

tengah elok aku study, aku terpandang cermin sliding door depan aku. kali ni, dah tak boleh panggil kelibat. kali ni memang betul-betul makhluk Allah muncul depan mata aku. berbaju putih ada tompok merah penuh dengan berambut panjang. aku terdiam sambil ralit perhatikan makhluk depan aku. tangan makhluk tu tak berhenti lambai dekat aku. kemudian aku rebah then aku dah tak tahu apa jadi dekat aku.

memang tak ada siapa yang sudi nak cerita dekat aku. aku tak ingat apa-apa sampai sekarang. esok pagi je bangun, yang aku tahu badan aku letih dan penat. sorry, tak dapat nak cerita panjang pasal aku kena histeria. sebab aku tak ingat apa-apa sampai la aku dah habis spm, aku memang tak ingat apa-apa.

CERITA 5
———-

kali nie, aku nak cerita jalan penyelesaian dari setiap dugaan yang aku terima. masa cuti sekolah akhir tahun, ayah aku bawak aku pergi berubat dekat darul syifa. dekat situ aku tak berani nak buka cerita dengan lebih terperinci takut terbuka aib sendiri. so, dari situ aku dapat tahu hijab aku terbuka. semua nie gara-gara doa yang aku amin kan. kan aku ada cerita awal-awal yang aku ada masuk persatuan silat, semuanya bermula dari situ. sejak aku amin kan doa yang dibaca oleh orang luar, sejak situ aku kena gangguan.

ustaz dekat situ bagi tahu, lepas ni jangan pandai-pandai nak baca doa bukan-bukan. masalahnya, bukan aku yang baca doa tu. tapi sejak aku tahu pasal benda ni, aku dah tak berani nak masuk silat. takut cerita lama berulang lagi. kalau boleh dah tak nak rasa kecewa lagi. kalau boleh dah tak nak rasa kena ganggu lagi. penat. gangguan yang kau terima bukan gangguna biasa orang lain kena. gangguan dari segi mental dan perasaan. sebab tu, ada masa aku rasa nak bunuh diri sebab dah tak tahan nak hidup.
nasib iman aku masih ada di dada ni. lagi satu sebab aku selalu kena gangguan macam nie sebab aku nie lemah semangat. that’s why selalu pengsan, selalu histeria tak bertempat.

terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi baca cerita nie. cerita aku bukanlah seram, tapi lebih kepada pengajaran kepada diri sendiri. jangan terlalu ikut perasaan sangat, kalau boleh cari kawan yang boleh bagi sokongan dekat kau. jangan sesekali, pergi mana-mana sorang-sorang. sentiasa berteman, takut makhluk yang ada sekeliling kau ‘terjatuh hati’ dekat kau. lagi satu, jangan la suka-suka meng’amin’ kan doa yang kau sendiri tak tau apa maksudnya. lagi-lagi orang yang membaca doa tu kau tak kenal.

buat kedua kalinya, aku minta maaf sangat-sangat cerita nie tak seram dan tak berapa menarik. apa yang aku ceritakan semuanya benar, tapi tu la memory ni tak berapa nak ingat sangat. so, aku pendekkan cerita macam ni. terima kasih lagi sekali aku ucapkan dekat pembaca setia fiksyen shasha ni, maaf sebb banyak cerita tersangkut sebenarnya. semua nie gara-gara memori aku dah tak ingat sangat. terima kasih kpd fs sbb siarkan cerita aku ni. hahhaaa, dah macam cakap atas pentas pulak.

terima kasih semua 🙂
-rina(bukan nama sebenar)

4 comments

  1. Dulu sekolah asrama saya akak pun macam tu. Sebab silat,diorg ad amalkan mandi apa ntah. satu malam tu, boleh kata ramai yang kena histeria. esok pagi ustaz yg mengajar agama (us ni ada ilmu perubatan juga) jumpa budak2 silat. Marah depa dn suruh mengucap balik. suruh diorang semua buat solat taubat.

    .
    rupenya apa yang diorang lakukan, tu perkara syirik. Impaknya, benda2(syaitan) tu suka. dan ganggu budak2 y lemah jiwanya..

    .

    eh dah macam akak pulak buat cerita. hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *