Pertapa Jawa

26 september 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Sarah. Masa dalam perjalanan turun kerja pagi tadi scroll2 carik lagu terkeluar la lagu Es Lilin nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza. then laki aku buka cerita pasal minat.

Dulu masa belum kawen pernah laki aku cakap lagu Es Lilin ni seram. Alah macam lagu Cindai sampai heboh satu Malaysia pasal kisah ‘Maya Karim’ ni. Cuma beza dia Es Lilin ni tak popular pun. Aku pun kalau cik abang tak mainkan lagu ni aku sampai bila-bila pun tak tahu. So bila dia cakap lagu ni seram aku pun search la dekat youtube ajak kawan aku Siti, dengar sekali. Udah ler dengar dalam stor. Aku dengan Siti pun layan lagu tu sampai habis.

Aku tengok muka Siti, Siti tengok muka aku. Maka berguling-guling la kita dua orang ketawa. Lagu seram tapi ketawa guling-guling..kau gila ke? Cuba korang semua cari dan dengar lagu tu. Part mana yang seram nye, Lagu pasal kueh je pun. Kueh tu pula namanya Es Lilin. Ok mungkin ada sedikit yang boleh dikaitkan dengan kisah seram iaitu muzik lagu tu. Dia guna alat muzik tradisional, gong. Ala yang dalam cerita PHSM tu..

Siti kata bila dengar lagu tu dia rasa… lapar kahkahkah mana tak lapar nya kalau sepanjang lagu dia dok cerita pasal kueh. Lagi-lagi dah dekat nak masuk waktu makan tengah hari. Sengal betul.

Kita berhenti cerita pasal lagu Es Lilin ni sebelum aku merepek lagi jauh. Berbalik kepada cerita minat laki aku. Aku nama kan dia Along je ye senang. Katanya dah ada minat baru atau baru perasan yang dia minat lagu tu. eh maaf bukan lagu tu je ye tapi hampir semua yang ada kaitan dengan unsur jawa gitu. Contohnya seperti muzik, pakaian, budaya dan apa-apa jelah yang berkaitan dengan Jawa ni. Nasib baik dia tak cakap minat minah muka jawa ha! yang ni aku nak marah sebab muka aku ala-ala cina. Jawa nya tak ade. Kau paham tak kat situ? mau nya meletus perang nanti huahaha

ok balik ke minat laki aku tadi. Apa pula kaitan minat dengan fiksyen shasha ni. Salah channel ke? Jangan risau. Anda sekarang berada di saluran yang betul. Nak dijadikan cerita bila dia kata dia minat barang jawa aku terus meremang. Dah kenapa kan. Maka dengan ini kisah seram nya pun bermula..

Depan rumah aku ada pokok mangga (mangga epal, sedap!). Ada satu hari, pada hujung minggu Along mencantas dahan pokok mangga tu dan meracun rumput2 liar sekitar rumah. ralit Along ni bekerja tetiba cuaca berubah mendung, angin pula kuat serta guruh. Masa tu aku tengah melayan si kecik anak aku, Aisyah. aku pun sound la Along sebijik

“Abang dah le tu, nk ribut tu. esok2 sambung lagi”
“Dah nak siap ni kejap lagi la. tolong hulur mancis jap nk bakar rumput kering ni sebelum hujan”

Tanpa memperdulikan bebelan aku. Along meneruskan kerja-kerjanya. selesai kerja, Along pun kemas barang-barang dan masuk ke rumah. bersihkan diri. yang peliknya langit pun cerah balik tak jadi nak hujan. Padahal tadi bukan main lagi rancak guruh dilangit.

Malamnya pula tengah menyenyak tidur, aku terjaga. Nak terkucil. Dengan malasnya aku bangun keluar bilik. Jejak je kaki ke luar terasa bahang panas dan terbau asap. Dalam hati aku,

“eh tak patut tengah malam pun nak bakar sampah” masa tu dah jam 1-2 pagi entah dah lupa. Lepas selesai hajat semua dengan mata mengantuk lagi aku sambung tidur balik. Tanpa was-was.

Keesokan harinya pula, tak ada yang luar biasa melainkan yang biasa-biasa sahaja. Pagi pergi kerja, petang balik rumah. Tapi bila berada di rumah aku semacam tak sedap hati. bingung tak tentu pasal. Selalu nya kalau hujan lebat ditambah dengan ribut memang aku akan berperasaan bingung dan berdebar. Tapi hari ni tak. Cuaca elok je, malah panas dan rimas. Selesai makan malam, aku bersihkan dapur dan nak kosongkan singki. Si Aisyah pula, bapak dia yang jaga. Bermain sambil gurau-gurau dalam bilik. Aku sorang-sorang kat dapur. Masa tengah khusyuk cuci pinggan boleh pulak aku melompat terperanjat padahal takde apa2 pun yang sergah dan kacau aku.

Dengan pantasnya aku habiskan kerja dan masuk bilik tidurkan anak dan tidurkan diri sendiri. Itu jelah caranya nak mengelak sebelum macam-macam yang keluar dalam otak aku ni ha.. tapi selalunya kalau aku tidurkan anak memang aku akan tertidur sekali hihi. Pernah juga kejadian aku dah tertidur, anak pula masih bergolek-golek bermain. Kesudahannya bapak dia la yang teman dia bermain sampai tidur.

jam 1-2 pagi pun aku tak ingat ketepatannya aku terjaga kerana pergerakan Along keluar bilik, mungkin ke tandas. Sebelum tu aku nak bagitahu. Rumah aku ni takde la besa mana pun. Rumah satu tingkat teres hujung sekali. Ada dua bilik tidur. Bilik tidur depan aku letak tv dan ruang rehat. Kita guna bilik tidur yang kedua. Bersebelah dengan dapur dan bilik air.

Selepas 5 minit berlalu, Along masuk bilik semula. Sebelum masuk bilik aku sempat terdengar Along menutup tingkap nako. Dulu masa zaman masih dara, kau main Meriam buluh sebelah teliga aku pun, aku perduli apa. Tidur m**i orang kata. Teruk benar perangai. Tapi lepas kawen dan lagi-lagi dah ada anak ni aku jadi sensitif. Kau gerak sikit pun aku dah terjaga. Sekali lagi aku terbau asap dan haba sebaik sahaja Along melangkah masuk.

“Abang merokok ke?” dalam mamai aku bertanya.

“Takdelah, buang air je tadi” hidung aku dah sakit sebab bau asap memang kuat. aku sengaja tanya Along padahal aku tau itu bukan bau rokok pun. Aku pun tertidur balik lepas tu. Mudah je kan nak tidur haha tapi nak terjaga pun mudah juga. Pelikkan aku ni.

Keesokan pagi nya lepas hantar anak aku gi nursery. Along pun buka cerita.

“malam tadi abang mimpi seramm..tapi mimpi tu macam real je. tengok bulu roma pun masih meremang ni dari bangun tidur lagi”

“mimpi macam mane tu?”

Patut la subuh tadi payah nak bangun. Rupanya tak tidur semalaman. Berikut adalah cerita dari Along pula ye. ‘Aku’ dekat bawah ni adalah Along

*************

aku baru je selesai berhajat nak sambung tidur balik. Sudah tiga malam rumah berbau asap. Nak kata jiran bakar sampah, sekarang dah jam 2 pagi. Mungkin sisa-sisa pembakaran tidak dipadam dengan sempurna. Untuk pengetahuan, jiran aku ni memang rajin bakar sampah malam hari. Aku sempat menjengah tingkap nako untuk meninjau keluar rumah.

Sangkaan ku meleset. Tidak ada pun sebarang kepulan asap dari sisa pembakaran. Aku masuk bilik semula. Sarah terbangun dan menegurku sama ada aku merokok atau tidak. Ku lihat muka sarah berkerut-kerut. Mungkin dia juga terhidu bau asap tersebut. Aku mengunci pintu dan baring semula ke atas katil. Dan tertidur.

Aku tidak pasti berapa lama sudah aku tertidur dan bila aku terjaga, aku berasa berat. Aku cuba membuka mata tetapi tidak dapat. Aku tahu aku dah sedar dari tidur sebab aku otak aku dah boleh mencerna apa yang berlaku dan nak dilakukan tetapi aku tidak mampu untuk bergerak. Sleep paralysis! Ya aku berasa ditindih sesuatu yang berat. Aku tidak pasti dan aku sendiri keliru tetapi aku terlihat suatu bayang hitam dengan mata tertutup! Ya tidak syak bayang hitam itulah yang menindih aku. Cuma bayang hitam. Tidak ada muka tidak ada mata.

Aku masih terbaring kaku. Bergerakan terkunci sebelum bayang hitam bersuara.

“buka!”
“keluar kau, aku nak masuk!”
“buang benda tu aku nak masuk!” itulah kata-kata yang jelas dari bayang hitam.

“benda apa?” tanya ku hairan.”Kau siapa?”

“barang yang kau pakai tu. Buang! Aku nak masuk!”

Aku bertambah hairan. Siapa bayang hitam tu. Dia nak masuk ke mana sedangkan dia dah masuk ke dalam rumah aku. Dan barang apa pula yang aku pakai? Persoalan demi persoalan tanpa jawapan. Aku menjadi panas hati dengan kaki dan tangan seolah terikat. Itu bukan manusia. Bayang nya sahaja seperti manusia. Kalau benar manusia mana jasadnya. Kalau lelaki, bertarunglah dengan cara lelaki. Tapi ini bayang! Kau nak tumbuk pun menyakitkan diri sendiri. Nak bersilat apatah lagi, bukannya aku pandai bersilat pun. Aku mencuba melepas diri dengan bacaan ayat kursi. Malah diketawakan lagi. aku semakin lemah, tidak berdaya. Lepaskan aku!

Aku penat. Sudah berapa kali ayat kursi aku ulang. Langsung tidak terkesan. Terasa aku terduduk kepenatan. Aku pun tidak tahu nak terangkan macam mana. Aku sedar aku sedang bermimpi. Tapi aku tidak mampu untuk menbangunkan diri sendiri. Aku juga sedar aku terbaring kaku di atas katil. Tetapi kepenatan melawan diri sendiri membuatkan aku terasa seperti terduduk akibat tolakan.

Sedang aku bergelut dengan diri sendiri. Bayang hitam hampir berjaya memasuki tubuhku. Tiba-tiba muncul seseorang, membantu aku menghalau bayang hitam tersebut. Seorang lelaki yang agak berumur. Berpakaian seperti orang jawa, bertongkat kayu. Seakan bersilat dengan bayang hitam.

Aku? Masih terduduk kaku, mungkin sedikit terkejut dengan kehadiran Pertapa Jawa tersebut. Sempat dia berpesan,

“Ayat kursi hendaklah dibaca dengan pemahaman ayatnya sekali lebih afdal. Kalau dibaca tanpa memahami isi kandungan ayat tersebut memang tidak bermakna apa-apa. hanya mendapat pahala semata-mata tidak ada keberkatan”

Seperti dijentik telinga sakitnya apabila ditegur oleh Pertapa Jawa. Ya aku baru teringat. Arwah Atok pernah berpesan sama seperti pesanan Pertapa Jawa. Segera aku fahamkan isi kandungan ayat kursi itu semula.

“Anak muda, kau harus membantu dirimu sendiri. Aku dah tidak mampu melawan dia. Dia terlampau kuat. Sesungguhnya aku sudah terlalu tua.” Kelihatan Pertapa Jawa tercungap-cungap kelelahan.

“Aku akan menurunkan sedikit ilmu untuk kau melawan dia, tundukkan kepalamu dan ikut ayat yang aku bacakan” tanpa sempat aku membalas kata-katanya, Pertapa Jawa terus menekan kepalaku dengan kuat. (aku minta maaf. Aku tak ingat langsung ayat yang dibacakan oleh Pertapa Jawa semasa dia menekan kepala ku)

Sebaik sahaja selesai menurunkan ilmu, Pertapa Jawa terus menghilang dan aku tidak lagi sedarkan diri. Terasa seperti terjatuh dari tempat yang tinggi, aku terus terjaga. Ya aku sudah mampu menggerakkan badan, kaki serta tanganku. Dan aku sudah mampu membuka mata dan melihat ke alam realiti. Alam nyata.

Dalam keadaan terpinga-pinga, aku masih keliru dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Penat! Berpeluh-peluh di dalam bilik berhawa dingin. Tercungap-cungap seperti baru selesai berlari 100 meter. Masih terasa telapak tangan si Pertapa Jawa yang menekan kepala aku. Bulu roma meremang seluruh badan.

Perkara pertama yang aku fikirkan adalah anak dan isteri. Di tengah-tengah katil dan dihujung sebelah kanan aku, Aisyah dan Sarah masih nyenyak tidur. Seperti tidak ada apa-apa yang mengganggu tidur mereka.

Aku takut. Aku takut aku kerasukan. Aku sudah mencapai telefon bimbit yang aku simpan di meja sisi katil. Ura-ura hendak menghubungi ibu ku untuk menjemput isteri dan anakku. Terasa mengeletar seluruh badan. Aku beristighfar, mengucap dua kalimah syahadah. Ayat kursi ku ulangi buat sekian kali

Setelah mendapat ketenangan, Aisyah yang sedang enak tidur ku sentuh tangannya. Dahinya ku kucup. Aku baring semula. Nak tidur semula memang taklah. Terkebil-kebil mata menanti subuh.

Kalau difikirkan logik memang macam drama tv3 je kan. Tapi itulah yang telah aku alami. Pernah aku ajukan mengenai saka dengan ibu. Ibu menolak kenyataan itu. Keluarga ibu tidak ada yang membela saka tetapi keluarga kami ada ‘penjaga’ yang berketurunan jawa. Yang diamanahkan oleh arwah Atok. Sifat dan penampilan penjaga yang digambarkan ibu saling tak tumpah dengan Pertapa Jawa yang ‘menolong’ aku.

Ibu kata dia juga pernah bermimpikan Pertapa Jawa tersebut beberapa kali. Selalu menyampaikan pesanan atau amaran. Ada kalanya datang hanya sekadar menjengok bertanya khabar anak cucu. Aku tak nak tanya lebih lanjut dengan ibu. Cukuplah sekadar tahu siapa yang muncul menolong aku masa tu. Aku takut kalau-kalau apa yang akan terbungkar nanti akan memakan diri. Jadi biarlah menjadi rahsia sampai bila-bila. Asalkan tidak menyekutukan Allah s.w.t dan menyimpang dari ajaran islam itu sendiri.

*************

“Benda ni betul-betul jadi, abang tak tipu. Tengok ni” sambil tunjuk lengannya.”asal abang buka cerita pasal Pertapa Jawa tu mesti rasa meremang. Benda dah setahun pun berlalu..”

“Allahu.. Sarah pun dah macam-macam perasan yang bercampur buar dah masa tu bang. Macam ada sense.. cumanya Allah tak mengizinkan untuk melihat alam satu lagi tu je. Dan Sarah pun tak mintak nak lihat, sampai bila-bila.”

Apa yang aku dapat kupas kat sini adalah masa Along mencabut rumput dan mencantas dahan pokok mangga depan rumah aku tu. Rupa-rupanya makhluk Allah yang tak nampak ni iaitu bayang hitam yang kacau Along dalam mimpi tu dah membina rumah di bawah pokok mangga tu. Kemungkinan keluarganya terkena langgar ke atau rumah nya terpijak, atau mungkin terbakar sekali bersama rumput-rumput kering tu wallahualam.. untuk pengetahuan pembaca, pokok mangga tu dah hampir-hampir m**i. Dah setahun tak berbuah. Tapi sekarang dah nak mula berputik balik. Dan ada bahagian pokok tu seperti hidup semula. Aku masih rasa ‘something’ dengan pokok mangga ni sampai sekarang. Kalau balik rumah malam-malam memang aku takut nak tenung pokok tu lama-lama. Seram…

Sungguh aku katakan. Ini bukan kali pertama aku mendapat ‘sense’ macam ni. Aku pernah kongsikan 1 cerita di sini (fs). Kalau tak silap aku tajuk dia Bawa Balik. Berkisarkan tentang mimpi. Walaupun hanya sekadar mimpi, ia banyak memberi pengajaran tentang kehidupan di bumi Allah ni. Apa-apa pun masih banyak yang kecam dari yang menyokong, menasihat dan sebagainya. Tapi itu bukan masalah aku. Aku dah kongsi kisah seram aku untuk hiburan kau orang semua. Terpulang sama ada kau nak terima atau tolak. Fiksyen atau non-fiksyen. Sekurang-kurangnya aku rasa lega sebab aku dapat kongsi kisah dekat fs ni. So jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri nusantara.. sehingga berjumpa lagi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

SARAH

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

33 thoughts on “Pertapa Jawa”

  1. lagu cindai tu kalau tak silap sebenarnya tak adalah seram.. .cuma digembar gemburkan seperti itu sebab lagu tu menggila popularitinya… lgpun rasanya lagu tu rakaman awal pagi time2 hening camtu… so itu yang ditokok tambah jadi seram. nak tahu maksud di sebalik lagu tu, orang paling sesuai dirujuk adalah penyanyi to’ki.

    Reply
  2. Aku mcm pernah dengar lagu tu tapi dah lama. And ya cindai tu tak seram pun. Cuma pernah baca ada pempuan nyanyi sambil mandi tgh malam dan dia dengar ada org nyanyi sama dengan dia malam tu. Hm lagu es lilin tu kejap lagi aku nak try dengar. Huhu

    Reply
  3. Aku baca suku je. Merepek bukan xboleh, tapi over sgt merepek ko ni. Apa kata lain kali kurangkan bab merepek dn bende2 yg tak payah cite sbb bukan jadi rencah pon. Pembaca boleh jadi annoyed dgn penulisan mcm ni.

    Reply
  4. Lagu tu mungkin bukan Es Lilin sebab es lilin tu aiskrim. Kat malaysia aiskrim malaysia, kalau kat sana es lilin. Tapi boleh cuba dengar lagu Lingsir Wengi.
    Berkenaan ‘Penjaga’, ada betulnya. Arwah Bapak (arwah atuk sebelah abah. kami sekeluarga panggil Bapak), selalu berpesan separa berbisik dalam bahasa jawa bila kereta mula bergerak setiap kali nak keluar rumah lebih dari sehari. Maksudnya lebih kurang begini, “Aku nak pergi jauh, sahabat. Tolong tengokkan & tolong bantu yang mana boleh selama aku tak ada. InsyaAllah, nanti aku balik. Assalamualaikum.” Wallahu’alam. Tak sempat tanya arwah lebih lanjut sebab masa tu kecik2 (umur 5 ke 6 tahun). Dapat dengar pun sebab duduk atas riba arwah dalam kereta.

    Reply
  5. Cerita macam burit.buang masa aku je baca.ko ni berangan Kurt.lancau.admin pon Sama bodo.filter dulu la woi.nnt da xde org nk baca fiksen ko ni.bru ko mengelabah.

    Reply
    • Agreed ! Tapi aku gelak guling2 baca cite ni. Lawak. Kejap baring. Pastu duduk. Dtg Pertapa Jawa, ingat kuat, alih2 tercungap cungap ? Hahaha. Pastu Bayang nak masuk, masuk mana ? Kn dh kt dlm rumah . HAHAHAHA. ke esokkanya tiada yang luar Biasa, melaikan yang biasa biasa . KAHKAHKAH

      Reply
  6. Cerita ok straight forward… cuma something aku musykil why si suami tu ganti nama dirinya Along… why not my hubby ka or something like ‘abang’, ‘laki aku’… but this is your story… good job…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.