Pertemuan di Tandas Dan Balkoni Asrama

Assalamualaikum, terima kasih admin jika sudi publish cerita saya. Nama saya Ija dan saya salah seorang pelajar di sebuah IPT. Cerita ni sebenarnya berlaku 3 tahun lepas. Ketika saya baru mendaftarkan diri di kolej dan semestinya wajib duduk asrama. Dan itu juga pertama kali saya merasa hidup tinggal di asrama. Dalam bilik saya ada 8 orang (termasuk saya), salah seorang dari ahli bilik kami ni saya gelarkan dengan panggilan Kak Tiha. Kak Tiha ni ada belajar perubatan Islam, jadi saya memang rasa selamat lah kalau ada Kak Tiha ni.

Masa awal2 berkenalan lagi, Kak Tiha ni dah pernah pesan, “kalau korang nak ke tandas lewat malam, tolong ajak sesiapa teman. Tak kisah siapa pun ahli bilik ni.” Saya yang juga orang paling muda dalam bilik dan satu2nya orang yang tak pernah merasa hidup di asrama hanya sekadar mengangguk. Oh, untuk pengetahuan, asrama di kolej saya hanya ada 3 buah dan semuanya berjauhan. 2 asrama perempuan dan 1 asrama lelaki. 1 asrama perempuan terletak di luar kawasan kolej. Saya menginap di asrama dalam kolej. Bangunan asrama saya hanya dua tingkat dan setiap satu tingkat ada 16 bilik dan 2 tandas setiap tingkat. Bentuk bangunan asrama saya 4 segi dan saling menghadap semestinya.

Ok sambung. Ada satu hari tu kakak2 sebilik saya yang selalu stay up malam untuk menghafal tu, malam tu diorang tak stay up. Tapi saya tetap stay up sebab nak siapkan assignment yang belum sempurna sepenuhnya. Dalam pukul 3 pagi, saya dah habis menaip, saya berasa nak ke tandas. Tengok kakak2 yang sedang khusyuk tido, saya pun putuskan untuk ke tandas seorang diri. Memang tak fikir apa2 yang pelik sebab time tu sangka baik saya tahap maksima. Tak fikir hantu2 ni walaupun Kak Tiha dah pesan, “malam2 ni la waktu dia lagi aktif tambah2 di tandas macamtu.”

Saya tak peduli dah apa pun, yang saya tahu saya nak pergi buang hajat dan cepat2 naik katil dan tido.

Sampai saya di tandas yang berselangkan sebuah bilik je, saya terus menunaikan hajat. Habis je, saya keluar dan saya terdengar bunyi tandas mandi tu bunyi keluar air hujan tu (taktau nak describe apa), hati ni sedikit lega, at least saya tak seorang di tandas. Saya ke singki dan gosok gigi, lama tu baru saya perasan, air hujan yang keluar tu seolah2 keluar kene lantai je, takde bunyi kene badan (kita bole tahu air terbuka kena badan atau tak). Saya dengan tak fikir apa2 terus tegur, “wei laa, rajinnya mandi malam buta macamni.” Saya diam dan cuba mengamati bunyi, takda bunyi apa2 kecuali air hujan yang terbuka tu. Hati dah mula rasa tak sedap. Tetiba teringat segala pesan Kak Tiha.

Tanpa fikir panjang saya terus lari keluar tandas, “ok selamat mandi! Babai” sempat saya mintak undur diri, diam2 saya bercakap sorang, “aku tak kacau kau, kau tolong jangan kacau aku”

Saya berlari anak menuju ke bilik, setibanya di depan pintu bilik, saya terlihat salah seorang penghuni bilik sebelah sedang elok berdiri menghadap balkoni seolah2 berbual telifon tapi dia hanya diam je. Saya pelik, setahu saya geng bilik sebelah ni baik2 belaka. Bukan jenis bergayut waktu malam, lepak luar bilik apatah lagi. Selalunya bilik mereka dalam jam 10.30 dah gelap. Semua jenis tido awal.

“Haiii awak tu, gayut dengan sape tu?” Saya cuba menegur mesra. Budak tu diam je, rambut tutup muka, tapi saya tak syak apa2 sebab saya tengok dia pun dari tepi je. Tanpa menunggu balasan dia, saya pun melangkah masuk bilik, baca doa apa2 yg patut dan terus tido.

Keesok pagi tu saya cite peristiwa di tandas ke kakak2 bilik, Kak Tiha antara orang yang paling terkejut sekali. “Kan kakak dah cakap, nak ke tandas, jangan pegi sorang2! Gerak salah sorang dari kami. Kalu dorang taknak, kakak mesti akan teman.” Saya diam tunduk je, “huhu ala kak ni, Ija segan la nak gerak akak khusyuk je tido. Tak sanggup la nak kacau mimpi kakak2.” Kak Tiha hanya menggelengkan kepala, kesal nampaknya dengan kedegilan saya. “Mujur dia tak munculkan diri je depan kamu je Ija.” Saya tersengih2.

Pagi tu sebelum saya siap2 ke kelas, sempat saya menegur ahli2 bilik sebelah, “weh sape yang gayut telifon tengah2 malam semalam.. haha aku tegur je tapi tak jawab langsung.” Ahli bilik sebelah semua tercengang. “Manada kitorang berjaga lewat malam apatah lagi nak bergayut telifon. Kau ni biar betul Ija?” Saya hanya diam. Jantung terus berdebar2 macam nak pecah. “Takpe ah, salah tengok kot. Hehe ok bye.” Terus saya blah masuk bilik saya.

Ok tu je pengalaman saya masa awal masuk asrama. Maaf kalau tak seram, tapi bagi saya memang mendebarkan, mujur ‘sidia’ tak cuba tunjuk wajah ke saya. Pengajaran yang saya dapat, takyah terlebih berani la nak ke tandas sorang2 tengah malam. And kalu nampak seseorang yang pada pengamatan kita tu memang dah aneh, takyah tegur, dibuatnya dia tunjuk diri dia sepenuhnya ke kau, haaa demam kau 3hari 3malam. Huhu.

Ok tamat. Terima kasih sudi membaca. 🙂

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *