PIKA

Assalamualaikum dan Hi semua, pertama sekali terima kasih aku ucapkankepada pihak FS kerana sudi mempamerkan cerita aku ni. Kejadian ini berlaku pada tahun 2013 di mana waktu tu aku belajar di sebuah kolej ditengah bandar KL. Kejadian berlaku di hostel dan aku sebilik dengan dua lagi roommate yang aku namakan sebagai Nor dan Rina. Dan sampai sekarang pun masih berkawan baik! Walaupun lain course, aku dengan Nor dan Rina memang selalu bersama. Pergi makan, shopping dan macam macam lagi. Ada sorang hostelmate ni (aku namakan sebagai Pika ), dia duduk bilik yang paling hujung sekali bertentang dengan toilet. Toilet memang share untuk satu floor. Aku, Nor dan Rina memang selalu balik lambat sebab melepak dekat mamak depan hostel ni, tak pun melepak dekat tengah bandar KL.

Nak jadi cerita, satu malam ni memang kami ( aku, Nor dan Rina ) tanpa sengaja terbalik lewat around 3 am macam tu.Baru balik karaoke berdekatan dengan hostel, haha by the way hostel aku memang takda limit hg kena balik pukui sekian sekian. Jadi disebabkan boleh balik waktu bila pun nak balik, kami melepak lebih lama dan balik hostel around 3 am. Memang biasa dah balik lambat nak dekat subuh pun ada! Balik bilik terus hanyut. Dua tiga hari lepastu setiap kali balik malam, mesti kiteorang selisih dengan Pika duduk bertenggek dekat tangga hujung bilik aku dengan alasan tengah on the phone.

Aku assume dia bergayut dengan pakwe dia. Aku, Nor dan Rina jarang bersembang dengan Pika ni tapi kalau bertegur sapa tu memang takda hal pun. Mana taknya bila selisih je mesti selisih masa dia dekat tangga tengah on the phone. Takkan nak ajak dia berborak sekali kan! Bilik Pika ni memang sebaris dengan bilik aku dan tangga untuk ke bawah bertentang dengan bilik aku.

Aku nak siap-siap pergi class. Nor dengan Rina class awal dari aku so dorang dah selamat lah ke class. Keluar je dari toilet, aku tengok pintu bilik Pika terbukak dan ada lah beberapa orang dalam bilik tu. Aku selambe jalan masuk bilik, tiba-tiba kak Mira datang dari belakang dan tarik aku masuk bilik. Kak Mira ni satu floor dengan aku jugak dan jenis alim sikit. Kak Mira suruh aku duduk diam dalam bilik dan jangan pergi mana-mana. Sebabnya? Sebab Pika kena rasuk dan berpunca dari aku, Nor dan Rina!

Aku call Nor dan Rina suruh balik secepat mungkin dan aku decide aku tak mau pi class duduk je diam dalam bilik tu tunggu Nor dan Rina balik. Tiba-tiba menggeletar satu badan. Mana lah Nor dan Rina ni tak sampai sampai. Elok aku seru, haa panjang umur dorang balik. Semua tercengang antara tak percaya dan kenapa benda ni berpunca dari kami. Kak Mira masuk bilik dan tanya ada ke kiteorang pergi mana-mana dua tiga hari lepas dan balik malam buta. Kiteorang bagitahu ada lah haritu
balik lambat sebab pergi karaoke berdekatan. Kak Mira bagitahu benda yang rasuk Pika tu ikut kami balik pada malam kami balik dari karaoke tu.

Kak Mira tanya dekat Pika yang masa tu masih lagi dirasuk sesuatu tu, “dari mana datang kau ni?”.

Benda tu jawab, “Syasya ikut kakak 3 orang yang dekat bilik sana tu”. Untuk pengetahuan semua, benda ni nama Syasya dan dia budak kecil yang entah dari mana datangnya. Itupun setelah disoal siasat terlebih dahulu dengan kak Mira. Aku teruskan cerita.

Kak Mira tanya lagi, “kenapa ikut balik?”.

Jawapan dia, “Syasya nak kawan dengan akak akak tu, tapi Syasya tak suka akak akak tu kawan dengan lelaki”.

Aku, Nor dan Rina memang biasa lepak mamak dengan kawan-kawan lelaki kiteorang. Pendekkan cerita, kak Mira call ustaz untuk tolong Pika. Lepas selesai semua dan dengan jaminan yang benda tu dah tak ada dan Pika is free to go kami semua bersyukur sebab tak ada apa-apa yang jadi dekat Pika. Alhamdulillah. Ada one time aku, Nor dan Rina decide nak tanya Pika tentang apa yang dah jadi tu.

Rupanya Pika ni diberi kelebihan yang tak semua orang nak. Dia boleh nampak benda-benda yang kita tak nampak dengan mata kasar. Pika cerita, malam yang kami balik lambat tu memang sungguh ada benda ikut dan esoknya Pika nampak dia cuba ajak budak sebelah bilik aku ni untuk berkawan. Pika tak sampai hati dan rela hati untuk dia berkawan dengan benda yang bernama Syasya tu. Malam-malam seterusnya yang aku, Nor dan Rina balik malam dan selisih dengan Pika dekat tangga yang kononnya dia tengah on the phone tu sebenarnya dia tengah berborak dengan benda tu la. Aku, Nor dan Rina memang dah seram sejuk. Mujur aku seorang yang kuat semangat sikit.

Seminggu berlalu dan alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku lagi. Seminggu tu jugak aku, Nor dan Rina balik awal. Pukul 10 confirm dah ada dalam bilik. Haha insaf la masa tu. Tapi sangkaan aku meleset. Aku ingat benda ni takkan jadi dan memang berharap takkan jadi dah sebenarnya. Tapi, hampeh. Benda yang sama jadi lagi. Kali ni Pika kena lebih teruk. Teriak apa semua aku dengar. Satu floor dengar. Aku, Nor dan Rina dah risau. Adakah berpunca dari kami lagi? Dan jawapannya adalah bukan. Kali ni bukan berpunca dari kami. Punca dari keluarga terdekat Pika sendiri yang nakkan Pika lesap dari dunia ni.

Kata kak Mira yang memang ada setiap detik cemas Pika dirasuk tu, benda yang rasuk Pika ni benda sama yang rasuk Pika haritu. Tapi haritu benda yang rasuk Pika katanya ikut aku, Nor dan Rina balik? MasyaAllah, taktahu lah nak kata apa lagi. Ditipu oleh benda yang tak nampak dimata kasar ni susah aku nak cakap. Kata kak Mira lagi, benda tu memang duduk dalam badan Pika. Tak boleh keluar dari badan Pika sejak hari pertama dia kena rasuk tu. Alasannya, badan Pika ni dah kena lock dengan bapak dia. Kira dikebalkan atau something yang related to benda takkan usik dia macam tu lah.

Tapi ustaz kata sebab Pika ni ada ilmu dan dia tak amalkan, tu yang benda tu boleh masuk dalam Pika tapi malangnya tak boleh keluar melainkan ayah Pika sendiri yang menjadi kunci kepada Pika. Maknanya waktu seminggu yang tiada apa yang jadi tu, benda tu memang duduk dalam Pika tanpa pengetahuan sesiapa. Ya Allah, Kesiannya dekat Pika. Ustaz pula ambik keputusan untuk tunggu ayah Pika datang dan selesaikan antara mereka. Malam esok tu ayah Pika datang dari Ipoh. Bermula lah sesi pengubatan Pika yang akhirnya Pika selamat. Alhamdulillah.

Ustaz sempat pagarkan satu hostel dan kami buat bacaan yassin beramai ramai. Pesan ustaz, banykkan solat, mengaji dan berzikir. Hostel ni nampak suram. Banyak benda berlaku lepas kes Pika ni. Seakan akan benda tu masih ada dan terperangkap di dalam hostel. Tapi nanti lah ada masa lagi boleh cerita. Aku sempat habiskan satu sem duduk dekat hostel. Sayang buat Pika yang terpaksa berhenti belajar kerana perbuatan ahli keluarga dia sendiri. Aku sejak dari Pika berhenti,
memang tak jumpa dia lansung. Contact number pun tak ada. Semoga kau baik-baik sahaja Pika. Sekian.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]

3 thoughts on “PIKA”

  1. kalau ikut cerita, dah empat tahun bnda ni berlaku. sian dekat pika jadi mangsa family. tergamak betul. moga dia selamat dunia akhirat. thanks sbab share citer ni! bestt

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.