Pintu Bilik Diketuk Sepanjang Malam

Assalamualaikum fiskyen shasha,
Saya ain dari selatan tanah air. kisah ini terjadi ketika umur saya 19 tahun, 9 tahun yang lepas dimana ketika itu saya sedang menuntut di sebuah pusat pengajian di utara tanah air. Sewaktu kejadian saya berada di semester ke 2.

Sebelum pendaftaran asrama, saya mendapat berita bahawa roomate tidak boleh ditetapkan oleh pelajar dan roomate bagi semua bilik asrama ditentukan oleh pihak pengurusan asrama. (Ketika itu, wajib semua pelajar tinggal di asrama sehingga akhir semester). Oleh yang demikian saya mendapat roomate yang tidak dikenali dan daripada course yang berlainan.
Saya pun terima dan berkenalan dgn roomate baru tersebut. Namun, hubungan kami biasa2 sahaja memandangkan kami tidak mengenali. saya namakan nya nana..

Nana seorang yang sgt peramah dan baik tetapi dia selalu keluar berjumpa dgn kawan2 sekelasnya di bilik yang lain dan kadang2 meninggalkan saya sendirian di bilik hingga larut malam atau pun sehingga subuh. Saya pula jenis tidak kisah dan lebih suka duduk bersendirian kerana boleh study dengan tenang,bergayut or bermain sms (ketika itu, hanya sms sahaja yang paling popular)..

Pada suatu malam, saya baring-baring sambil bermain sms dan bercadang untuk tidur. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Saya pula macam terlalu mengantuk, dan ketika itu saya mendengar ketukan dari luar, saya mendiamkan diri kerana ketukan bertalu-talu dan membuatkan saya sangat takut. Namun, saya beranikan diri untuk melihat di bawah pintu tetapi tiada siapa2 diluar.

Saya terlalu panik dan takut. Saya nekad bangun buka lampu dan mengambil yassin di atas meja study.
Saya pegang yassin dan peluk sambil berselubung menggigil ketakutan sehingga lencun akibat berpeluh..ketika itu, ketukan masih berlaku bertalu2..setiap kali saya terlelap ketukan makin bertalu2 dan menyedarkan saya.

Saya dapat rasakan “benda” itu tidak mahu saya tidur.. saya sempat sms kawan saya yang selalu berjaga untuk naik bilik saya namun tiada respon. Saya hanya membaca ayat kursi sebanyak mungkin itupon kelam kabut namun ketukan itu masih ada sehinggalah ke subuh.

Ketukan masih terjadi dan tiba2 pintu dibuka..saya lihat kawan saya pulang..dan ketika itu saya bertanya ada sesiapa di luar x, dia kata xde..sebab, ketika ketukan tersebut roomate saya sedang memasukkan kunci ke lubang kunci..so saya yakin “benda” tersebut mmg hendak mengganggu saya. sungguh saya sampai menangis menceritakan kejadian yang menakutkan itu. saya tidak sangka saya dikacau sebegitu kerana sebelum ini saya tidak pernah dikacau oleh makhluk tersebut.

Saya jugak menceritakan kepada kawan yang saya sms itu, bertanya kenapa xreply msj saya..dia mengatakan malam itu dia mengantuk dan tidur awal. seorang kawan saya yang selalu tidur awal pula yang tidur lambat..dia juga mengalami kejadian dimana die terasa ade sesuatu menjenguk bilik mereka.

Saya membayangkan jika saya membuka pintu tersebut apalah yang terjadi pada saya. Sejak itu, roomate dan saya akrab dan sentiasa bersama. dia tidak lagi keluar ke bilik kawan2 nya kerana tidak mahu saya keseorangn.

Sampai sekarang, masih tertanya-tanya siapalah yang mengetuk pintu bilik saya itu.

terima kasih kerana membaca 🙂

submit kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 4.4]
Ain Zulaikha

13 thoughts on “Pintu Bilik Diketuk Sepanjang Malam”

  1. Owh MakLang pun pernah kena camni.. Pintu kena ketuk slow je. Pkl 3pagi..xde bg salam.. bila tgk bwh pintu xde bayang2 org..roomate xde time tu balik kg.. budak bilik dpn plak call2 xangkat2..
    Esoknya tanya satu level ade x yg mengetuk pintu..sorang pun xngaku.. tanya bdk bilik dpn npe xangkat call.. die plak ckp die tdo menghadap dinding sebelah kiri je..phone die letak sebelah kanan..die xberani nk menoleh or angkat sbb ada sesuatu kat sebelah kanan tgh tenung die tdo..macam xbg die angkat call maklang tu.. humm seram x cite ni? Nak anta pendek sgt nanti kena kecam ???
    #MakLang

    Reply
  2. Sy pun pernah kena.. bilik ujung skali dpn tandas.. tepi tndas tgga blakang unt naik@turun. Masa tu cuti semester. Sy x blik sbb esoknya kn pg kem wataniah unt rekrut. Jd smua yg akan rekrut kn stay 1 mlm kt hostel sblm berangkat esok pg. Ader mmber offer ajk tdo bilik diaorg. Tp sy jnis x suka tdo bilik org. Lps maghrib smua turun jap makan. Lps mkn blik bilik pg tndas cuci muka.. nmpk ader kucing kt ujung tepi tgga. Kt blok tu x pnh ader kucing. Pelik.. Bt x tau je. Msuk bilik.. belek2 buku Jap.. pah tu duk leka bls msg mmber. Tetiba ader yg ketuk.. x der Salam.. x der pggil ke aper.. ketuk bertalu2. Sy intai bwh pintu x der org.. jd x buka la.. lama2 makin kuat.. dh tau bnda tu. Jd ambik yassin duk pgang. Baca kursi ulang2.. skali kemuncaknya. Dia ketuk dr bwh pintu smpai ats pntu. Secara menaik.. yg paling kuat belah ats pintu. Mcm kn tendang pun ader. Tp ats pintu.. bergegar pintu dibuatnya.. huhuhu bc kursi smpai tertidur..

    Reply
  3. Mgkin nk test kestabilan pintu tu kut….atau nk tumpang menginap…syaitan ni xkan pernah puas nak mengganggu kite…hanya orang2 yang terpilih jer akan terkena gangguan2….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.