Pintu Kayu Usang

Salam kepada semua pembaca setia FIKSYEN SYASYA. Nama aku Fizayu dan aku adalah seorang perempuan ya. Dah banyak cerita-cerita yang tak terbayang dek akal, yang aku dah baca dalam FIKSYEN SYASYA ni. So, harini aku pulak nak bukak satu cerita yang sentiasa menjadi tanda tanya kepada aku sewaktu kecil dulu. Perkara ni terjadi sekitar 7 tahun lepas. Ayah aku suka bawa kami balik kampung bila ada je waktu cuti. Peliknya bukan kampung nenek tapi kampung pakcik aku ‘pokngoh’ kat Kelantan. Tiap kali nak ajak kami balik mesti dia guna helah kata tidur kat hotel. Kita budak-budak bila dengar hotel memang ingat nak berswimming pool je. Ingatkan macam percutian seronok-seronok tapi tak pun. Bila dah sampai tanya mana hotelnya, dengan bangga ayah aku jawab ‘ni lah hotel kita. HOTEL BIRI-BIRI’ waktu tu memang kami adik beradik dah redha kena tipu.

Kita orang bukn tak suka pergi rumah pokngoh tapi keadaan sekeliling dan rumah tu sendiri menakutkan kami adik beradik. Nak masuk lorong rumah pokngoh mesti jumpa kubur dulu, lepastu jumpa rumah-rumah lama yang macam takda orang duduk, sunyi pulak tu. Tapi disebabkan ayah aku ni suka sangat pergi Kelantan, dia sanggup hadapi semuanya.

Rumah pokngoh aku ni, rumah papan ya. Dari luar rumah ni nampak besar tau, kat luar rumah ni bau dia tak menyenangkan sikit sebab orang tepi rumah bela biri-biri. Ha thats why ayah aku gelar ‘HOTEL BIRI-BIRI’. Back to the story, kalau masuk ikut pintu dpn rumah pokngoh aku, kau akan jumpa ruang tamu yang kau sendiri akan pelik. Kerusi kayu yang tak tersusun, tingkap ada yang pecah, kusyen kerusi tercampak sana sini, sarang labah-labah yang banyak, meja penuh dengan abu rokok tembakau dan mesin jahit lama dengan sekelilingnya ada kain-kain perca lama.

Parents aku memang larang kami adik beradik main atau pergi ruang tamu ni. Jadi kami adik beradik okay jelah kan. Pastu sebelah kiri ruang tamu ada laluan macam nak kebahagian belakang rumah, so lalu situ kau akan bertembung dengan satu pintu kayu usang yang bagi aku menarik, sebelah bawah pintu ada satu tempayan kecil lama. Kita orang kena lalu situ dulu then jumpa satu lagi ruang tamu sebenar rumah pokngoh aku. Ruang dia lagi kecil sikitlah dari yang tadi, tapi apa yang aku rasa sebenarnya ruang tu sebenarnya ruang dapur sebab dia terus sambung dapur. Aku selalu tertanya kenapa ruang tamu depan tu tak dikemas, pintu kayu usang tu tak digunakan? Aku pernah cuba tnya ayah, tapi dia buat tak tahu. Dia kata jangan pernah dekati tempat tu. Dia kata bahaya. So, tutup cerita nak tanya-tanya ni.

Apabila malam menjelma, mulalah kita orang adik beradik gaduh siapa yang akan tidur tepi sekali. Aku ada 5 orang adik beradik. Adik kembar aku memang selamatlah bawah ketiak parents aku. So, tinggal kami bertiga, nak harapkan abang long aku dia sendiri penakut, kak ngah aku lagilah penakut, asyik suruh aku je. Jadi akulah yg selalu dapat tidur tepi, bukan apa tapi tidur tepi kau akan nampak laluan ke ruang tamu depan. Tu yang gaduh-gaduh.

Aku ni jenis yang kental dari adik beradik aku sendiri. Malam tu aku akan pastikan aku lena dulu sebelum lampu ditutp. Tapi malam tu aku terjaga dari tidur sebab dengar bunyi orang berjalan (biasalah rumah papan) dan bunyi pintu dihempas dengan kuat. Waktu tu aku dah takut tapi keep steady. Aku anggap tu pokngoh aku so aku nak bangun tengok taapi tiba-tiba ada satu tangan pegang tangan aku tarik jangan bangun.

Sumpah aku ingat benda apa yang pegang aku, rupanya abang long aku. Dia tarik peluk aku kata tidur, dia kata jangan bukak mata. So aku pun apalagi tanyalah kenapa, dia tutup mulut aku. Kata ‘nanti dia dengar. Shhh…’ waktu tu lagi kuat bunyi orang berjalan macam hentak-hentak. Aku memang sumpah tak boleh lupa benda ni.

Dah lama-lama tu akhirnya lena balik aku sebab apa sebab ada didalam pelukan abglong kesayangan. Esok pagi tu terjaga sebab dengar ayah mak aku sembang dengan pokngoh mokngoh. Rupa-rupanya aku sorang je belum bangun, abanglong dengan kakngah ikut dengar kat tepi apa yang disembangkan. Malam tu rupa-rupanya memang semua orang dengar bunyi tu cuma masing-masing buat bodoh. Dan malam tu aku dapat mimpi pasal bilik pintu kayu usang tu, aku bukak sendiri bilik tu dan dalam bilik tu memang cantik jugaklah tapi suram je.

Lepastu ada sorang atok pegang aku dan sapa aku. Tu jelah yang aku ingat sampai sekarang. So pagi tu, semua org dewasa keluar pergi pasar. Tinggal lah kami adik beradik, pokngoh aku dah pesan jangan pergi ruang depan sana. Lepas diorang dah pergi, aku bincang dengan abg long kak ngah aku. Ajak diorang siasat pasal bilik tu. Kecik-kecik dah pandai nak siasat. Waktu tu yang setuju cuma kakngah aku jer, so kita dua orang gerak tapi bukan ke pintu kayu tapi ke ruang tamu pelik tu dulu. ‘ruang tamu ni kalau kemas mesti lawakan?’ ‘itulah,mungkin mokngoh busy nak kemas kut’ ‘jum kita tolong kemas angah’ so aku gerak angkat kusyen yang sepah-sepah tu letak tempat dia. Aku try duduk situ. Kakngah marah-marah tiba-tiba ad bunyi benda jatuh atas bumbung. Lari kakngah dengan aku.

Sifat ingin tahu aku ni terpaksa jugak aku buatkan, aku panggil budak kembar tu teman aku. Diorang mana tahu apa sangat, lagi senang ajak. Aku tekapkan telinga aku kat pintu tu, aku dengar bunyi kipas. Maksudnya dalam bilik ni ada oranglahkan. Lepastu aku tekap balik telinga aku pastu dengar orang berdehem, sah-sah ada org kat dalam. Aku pun lari panggil abglong dengan kakngah, diorang terkejut dengan apa yang aku bagitahu. Jadi kitaorang gerak berlima pergi depan pintu bilik tu, abang dengan angah cuba dengar betul ke apa yang aku cakap. Diorang kasi tahu takda bunyi pun. Waktu tu aku terus ketuk pintu bilik, punyalah marah abang long aku. Masing-masing lari takut muncul pocong ke apakan.

Lama sikit tu kakngah panggil aku buat something, dia suruh aku pulas tombol pintu kayu usang tu. Aku pun terus je pergi dan aku pulas tombol tu. Then, ……….

‘tak boleh bukak pun, berkuncilah angah’ kakngah aku punya lega. Lepastu aku teringat dalam drama-drama melayu dulu letak kunci bawah tempayan and guest what. …..
Memang ada satu kunci lama kat situ. Kunci dia ada ukiran yang agak pelik tapi memang antik habis. Kakngah aku suruh aku letak kunci tu balik, muka dia dah risau gila. Waktu tu abang long datsang tarik aku dengan kakngah sebab orang dewasa dah balik. Aku masukkan kunci dalam seluar aku. Aku memang dah ada niat nak bukk pintu bilik tu nak tengok sama tak dengan gambaran mimpi aku.

Tengahari lepas dah habis makan, aku cakap aku nak main kat luar dengan kembar. Pokngoh aku teman kita orang main, waktu tu aku datang kat pokngoh tanya bilik tu bilik siapa? Pokngoh cakap bilik tu takda orang. Satu kembar datang pastu ckp ‘eh, adalah pokngoh.’ Pokngoh aku tanya kenapa jawab macam tu. Adik aku kata dia nampak ada orang masuk bilik tu malam semalam. Pokngoh terkejut, aku lagilah terkejut sebab kenapa tak bagitahu tadi. Pokngoh aku menidakkan apa yang adik aku cakap. Lagi membara perasaan aku nak bukak pintu bilik tu. Kunci pun ada kat aku. So dah petang-petang tu pokngoh mokngoh keluar, parents tidur, inilah peluang keemasan nak bukak pintu tu. Aku gerak sorang tapi kakngah nampak. Dia pun follow belakang.

Waktu tu dah depan pintu dengan kakngah kat tepi, aku masukkan kunci dalam lubang tombol,
Klikkkkk…………!!! kakngah aku tarik aku, dia ambik kunci dia campak kat ruang tamu. Aku jadi kaku, ada orang kat dalam pulas tombol pintu. Pintu dah terbukak sikit. Kakngah aku jerit panggil ayah aku.

Waktu tu aku jadi blurr. Aku dengar ayah aku marah-marah dan kakngah aku menangis. Aku tak tahu ap jadi sebenarnya waktu tu. Tapi apa yg aku ingat, aku masuk bilik tu tapi kakngah takda kat sebelah yang ada seorang atok yang pernah aku nampk dalam mimpi. Dia senyum dan bawak aku masuk bilik tu. Atok tu pesan macam ‘lepas cucu dah tengok, jangan datang lagi’ aku angguk je. Bilik tu nampak terang sebab cahaya luar masuk. Aku pusing tengok keadaan rumah lain sangat. Ruang tamu yang bersepah tu, nampak kemas.

Lepastu aku nampak ada seorang nenek tengah menjahit apa entah. Dia pandang dan senyum kat aku. Aku pun senyumlah balik. Aku tanya atok, mana kakngah ayah semua. Dia senyum je. Dia kata macam ‘mu tengoklah puas-puas’ aku bergerak kebahagian belakang nak cari ayah dan mak tapi tak jumpa. Aku jadi takut sebab tak jumpa diorang.

Aku ingat aku masuk lari pergi bilik pintu kayu usang tu balik dan aku menangis mintak nak balik. Aku jadi lagi takut sebab pintu terhempas dan keadaan bilik jadi gelap. Aku dengar bunyi orang ketuk-ketuk pintu bilik tu dengan kuat. Lepastu aku nampak ada cahaya masuk dibalik pintu dan aku nampak pokngoh. Penglihatan aku waktu tu jadi kabur dah. ………mungkin pengsan, mungkin ya.

Aku sedar waktu azan subuh, aku tengok ayah aku ada kat sebelah. Semua tengah tidur nyenyak lagi kecuali pokngoh. Aku nampak dia siap-siap atas sejadah nak solat. Aku bangun gerak kat dia, aku tunggu dia habis solat. Dia terkejut tengok aku kat sebelah, dia usap kepala aku then senyum. Aku tanya macam mana boleh aku tertidur semalam. Pokngoh tnya ‘ dah puas tengok? ‘ aku pun angguk jelah, ‘ lain kali jangan pergi lagi, risau semua orang terutama sekali kakngah ‘

Rupanya semalam jasad aku rebah tapi roh aku merayau sebab aku nak tahu sangat pasal bilik tu. Atok dengan nenek tu rupanya penghuni rumah pokngoh sebelum ni. Katanya diorang meninggal dalam rumah ni sebab sakit tua. Bilik tu bilik diorang sebenarnya. Pokngoh aku hanya menyewa saja disitu sebab harga murah. Orang yang sewakan rumah tu ada buat syarat jangan kemas ruang tamu depan tu and masuk bilik tu. Sebab katanya bila kemas nanti dia akan sepah balik macam dulu. Rumah tu pun dah lama kosong. Biasalah syaitan buat sarang. Lagipun bilik tu takda siapa masuk lpas atok nenek meninggal. So, syaitan ni cuba nak sesatkan kita balik dengan apa yang kita bayangkan dan takutkan.

Pagi tu dah siap-siap mandi packing barang semua, gerak keluar rumah. Pokngoh mokngoh aku pun dah dapat rumah baru nak duduk. Kau tahu bila aku lalu ruang tamu tu aku tengok kusyen yang aku letak kat tempat dia dah berterabur balik. Aku punya seram lari terus masuk kereta balik. Waktu kereta dh gerak keluar aku pusing belakang nampk atok nenek lambai aku. Aku lambai balik. Kecoh kakngah aku sebab tengok aku pelik.

‘Pokngoh dah masuk rumah, kau lambai siapa?’ dia yang nangis bukan aku.

Kau yang baca ni mungkin fikir cerita aku ni rekaan ke apa, tapi ini lah benda yg tak masuk diakal aku kena. Aku tak kesah kau percaya atau tidak. Cukuplah aku sorang yg percaya. Sbb ap, sbb aku yg lalui bukan kau!!! maaf salah silap dan curi masa kau baca cerita ni. Aku tahu panjang, tapi biasalah. Dah kata cerita, memang kena nak pnjang.

FIZAYU_

FIZAYU
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 comments

  1. Eiii kesiannye korg anak2 kena tipu camtu kaannn…
    Tak baik tau menipu dan memainkan perasaan anak2/bebudak…
    Bebudak ni lurus, hatinya mudah mengharap dan kecewa…
    Rasulullah mengecam org yg mempermainkan, menipu, memungkiri janji dgn bebudak…

    Tapi cerita ko ni same mcm kwn akk citer mse kecik2 dlu…
    Psl bilik dan ruangtamu yg x boleh diusik…
    Dedlu ingtkan die memain, imaginasi kekanak kan…
    Rupenye mmg wujud situasi tu…
    Lame gak ko pengsan tu kan, tp rileekkk jer semua org leh tdo xde risau pape…
    Heheheheheh…
    Pokngoh pon steady jer tnye soalan…
    Msti dh sllu berlaku camtu ekk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.