Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Kisah ini berlaku semasa aku di PLKN dulu. Masa tu 2013. Nak dijadikan cerita, dekat PLKN aku tu selalu berlaku gangguan. Pelajar histeria, tak kira lelaki perempuan ada aje gangguan nya.
Yelah, kita kena faham tempat PLKN tu dalam hutan. Memang tempat makhluk Allah yang lain selain manusia.
Disebabkan banyak sangat gangguan minggu tu, ustaz kami minta selepas solat isyak jemaah., kami balik ke dorm masing-masing. Kami diminta baca yassin & al- Mulk dalam dorm secara berjemaah. Ada dua tiga orang yang letak air mineral kat tengah-tengah. Nak buat air yassin lah tu. Itu tak jadi masalah. Yang jadi masalahnya kejadian selepas itu.
Seorang kawan aku ni si A tiba-tiba lontarkan satu cadangan. Jom kita pagar dorm kita ni? Dan yang lain macam bersetuju sebulat suara. Dua orang dipilih untuk memagar dorm dan orang yang dipilih itu ialah aku dan seorang lagi kawan aku ni si B. Mungkin disebabkan kami yang agak eeerrrrr alim. Alim tang mana aku tak tahu.
Aku pun pagar je lah. Aku tak ada ilmu memagar ni sebenarnya. Tak pernah belajar. Tapi aku yakin. Yang akan memagarkan dorm itu bukanlah air atau bacaan yang aku baca. Tapi Allah semata-mata. Rasulullah pun pernah menyembuhkan penyakit dengan hanya surah Al-Fatihah, dengan izin Allah.
Aku ambik pintu depan,& si B ambil pintu belakang. Aku baca 3 Qul, ayat Qursi dan selawat. Adakah ini cara pagar yang betul pun aku tak tahu sebab memang aku tak pernah belajar. Selesai memagar. Si B yang pagar pintu belakang tu mengadu yang masa dia nak renjis air tu ada angin yang kuat lalu dekat dia. Kami tak fikir apa-apa yang pelik pun dan tidur macam biasa.
Esoknya,weekand. Kami akan dapat telefon bimbit masa Jumaat & Sabth ni. Ada kawan aku ceritakan dekat kami yang ada seorang kawan aku yang memang dikenali sebagai orang yang lemah semangat dalam dorm tu bangun pukul 3 pagi tadi. Dia pergi dekat tingkap yang terbuka cakap, “aku nak keluar..” tolong, aku nak keluar..”. Kawan yang lain yang terjaga tu buat-buat tidur jelah sebab takut. Lepas tu si A (yang cadangkan suruh pagar dorm tu) tiba-tiba mengaku juga. Budak yang lemah semangat tu duduk peluk lutut tepi katil dia masa dia bangun tidur pagi tadi. Sambil merenung dia tajam. Marah la tuu..
Aku tak terfikir apa-apa pula. Yelah, mana aku tahu menda-menda macam ni.
Waktu zuhur tu, sebelum solat kami kena beratur dulu. Si B (yang pagar pintu belakang dorm)&tenung aku dengan pandangan yang tajam. Dah kenapa pula? Aku sembang dengan orang lain pun dia masih tenung aku. Aku jadi tak sedap hati. Aku cuba cakap elok-elok dengan dia tanpa pandang mata dia sebab aku rasa takut tapi dia tetap macam tu. “Kalau tak ada ilmu tu janganlah memandai” Tiba-tiba dia cakap macam tu dekat aku. Aku sentap! Aku terus pandang mata dia. Biasalah kan, bila kita nak penjelasan kita akan pandang muka seseorang tu. Masa tulah aku pandang mata dia dan aku rasa badan aku panas dan semakin panas. Terutamanya dekat tengkuk belakang dan telinga. Bahagian tengkuk naik ke kepala aku meremang gila sampai aku dapat rasa peluh sejuk tu. First time aku rasa macam ni. Tapi mata aku tetap pandang mata dia. Aku lawan pandangan dia.
Bila masuk ke dalam surau, aku ditolak untuk menjadi imam solat zuhur. Lelaki solat Jumaat waktu tu. Tapi aku tolak sebab aku rasa sedih sangat. Tak tahu kenapa. Rasa nak menangis. Aku rasa si B tu marah aku. Aku tanya lagi dia aku ada salah ke dengan dia. Tapi ringkas dia jawab sambil sinis. “Semua orang ada salah tapi jangan memandai kalau tak ada ilmu” Aku jadi makin sedih. Apa salah aku?? Aku minta maaf dengan dia walaupun aku tak tahu apa salah aku.
Syukur, ada telefon bimbit di tangan. Aku call mak aku mengadu ada kawan aku marah aku. Aku mengadu sambil menangis. Mak aku risau takut aku kena buli di PLKN tu. Hahahaha.. Aku cuba buat kerja lain, basuh kain..jemur kain…lipat kain tapi aku tetap rasa macam tu. Aku call mak aku sekali lagi. Firasat ibu mungkin. Dia suruh aku lupakan dan kalau rasa sedih selawat banyak-banyak.
Aku cuba bertenang pergi mandi lama-lama. Sebab aku rasa panas dan serabut. Rasa lega sikit lepas mandi dan mengaji. Petang tu ada perjumpaan dengan kumpulan sebab kami nak berlakon untuk satu kelas ni. Ada seorang budak lelaki tu loyar buruk. Aku rasa nak marah sangat dekat dia dan aku tenung dia. Masa tu rasa nak jerkah aje dia sebab buat lawak tak kelakar. Tapi aku cepat-cepat beristighfar. Istighfar sungguh-sungguh mohon dekat Allah janganlah aku berkasar dengan orang.
Petang tu mak aku call aku. Dia tanya macam mana keadaan aku. Aku cakap alhamdulillah dah okay. Aku pun tak rasa sedih dan marah sangat dah. Mak aku suruh aku baca Mathurat, jangan tinggal. Sebelum ni memang aku baca Mathurat, tapi ada jugak hari aku malas nak baca. Al-Quran, InsyaAllah hari-hari baca walaupun sikit. Kata mak aku, aku kena gangguan daripada kawan aku si B tu. Ada benda masuk dalam badan dia dan berpindah ke aku pula. Aku tanya macam mana mak aku tahu? Mak aku cakap dia tak sedap hati jadi dia suruh kawannya yang pandai berubat scan aku dari jauh. Guna nama penuh berbintikan nama ibu. Mak aku juga buat solat hajat untuk aku. Dan benda tu Alhamdulillah nak keluar dari badan aku. Kalau tak, terpaksa bawa balik rumah berubat lagi.
Rupa-rupanya dia marahkan aku dan si B tu sebab pagar tempat diorang lalu, masuk keluar. Itu tempat diorang. Jadi bila kami pagar, ada yang sempat keluar dan ada yang terperangkap kat dalam tu.
Kawan aku yang lemah semangat tu masih lagi macam tu. Meracau-racau cakap nak bebas..nak keluar. Bila yang lain call ustaz, (kami tak beritahu pun ustaz PLKN) sama…seperti yang mak aku beritahu. Benda tu terperangkap kat dalam tu. Jenuh kami belajar cara untuk buka balik pagar tu. Tapi yang tu aku dah tak masuk campur dah. Serik. Yang aku ingat ada kena baca surah Al-Baqarah ayat 1-10 gitulah. Sampai ke hari ini, kalau ada perkara misteri berlaku dan ada yang minta pagarkan sesuatu tempat, aku akan membangkang.
Sampai sekarang, selepas peristiwa tu. Aku dapat rasakan kalau makhluk Allah tu ada disekeliling. Tengkuk aku automatik akan hantar signalnya. Pernah satu hari kawan aku balik dari bukit Broga, dia jadi tak sihat badan. Bila aku pergi jenguk dia dan pandang muka dia, signal aku on. Aku terus bisik dekat kawan aku yang dia sakit sebab lain. Ada yang menumpang balik. Bila bawa pergi klinik, tak sampai klinik lagi dia dah sihat macam biasa. Macam tak pernah sakit tadi. Dan beberapa lagi peristiwa-peristiwa sebegitu aku dapat rasakan atau terlibat sejak kes di PLKN dulu. Tahun ni juga, kawan sebilik aku dekat kolej pernah kena ganggu ada yang cuba nak masuk dalam badannya. Yang itu lain kalilah aku cerita.
Bagi aku semuanya ada hikmah. Hanya Allah yang mengetahui setiap kejadian. Kita sebagai manusia, jangan menduakan Allah. Jangan syirik kepada Allah. Jangan tinggalkan solat dan Al-Quran. Sebab kita istimewa, khalifah di bumi Allah.
Sekian, terima kasih sudi baca. Wallahualam
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Mcm pernah baca jer
Seelok-eloknya, bila nak ‘memagar’ sesuatu kawasan, dibersihkan kawasan tu dari makhluk-makhluk halus. Dikhuatiri bila kita ‘memagar’ kawasan tersebut tanpa mengeluarkan mereka, makhluk-makhluk halus yang terperangkap akan bertindak ganas dan memudaratkan mereka yang berada dalam kawasan tu. Saya pernah mendengar cerita tentang seorang perempuan yang cuba ‘memagar’ kawasan rumahnya sendiri akibat gangguan ghaib yang selalu dihadapi, tetapi selepas ‘pagar’ dibuat, gangguan menjadi lebih agressif asbab ada makhluk halus yang tidak dapat keluar dari rumah yang telah di’pagar’. Satu keluarga diganggu makhluk tersebut.
Lebih baik jika kita merujuk kepada yang arif tentang ilmu-ilmu ini dari kita melakukan sendiri ilmu-ilmu yang kononnya dipelajari melalui internet..
saya prnh cuba memagar kawasan rumah saya sbb x tahan kena ganggu..waktu tu saya darjah 4..Alhamdulillah lepas pagar tu xde ape2 dh..
Impressive ?
Jalan cerita yang mudah difahami …teruskan usaha
Impressive ?
Jalan cerita yang mudah difahami …teruskan usaha
Best best…
jalan cite senng nak paham…
4/5