Assalamualaikum admin dan semua reader FS. Agak lama masa yang di ambil untuk share lagi real story yang berlaku.Terima kasih kepada yang membaca kisah Beting Beras Basah. Kali ni aku nak ceritakan kisah sepasang suami isteri yang aku kenal dan rapat.Aku berikan nama sang suami sebagai Adi dan sang isteri sebagai Ana ye.
Adi dan Ana sudah melayari bahtera perkahwinan hampir-hampir 10tahun.Di kurniakan beberapa orang anak. Kejadian ini berlaku sekitar penghujung tahun 2014. Ana mendapat berita yang sangat istimewa daripada doktor yang mengesahkan Ana mengandung lagi. Kali ini agak istimewa kerana di sahkan ada dua janin dalam kandungan. Kira kembar la. Siapa la yang tidak seronok kalau dapat anak kembarkan. Maka bergembira dan bersyukur la meraka sekeluarga. Tidak sabar menunggu kandungan membesar.
Pada kandungan usia 3 ke 4 bulan(aku tak berapa nak ingat. nak tanya pun fikir 10kali, kandungan hilang beb, siapa yang tak sedih) Ana melakukan imbasan ultrasound lagi sekali untuk melihat kandungannya. Terkejut besar bila doktor mengesahkan langsung tiada janin atau sisa-sisa janin dalam perut Ana. Luluh rasa hati seorang bapa dan ibu yang kehilangan bayi kembarnya. Agak kental jugak la jiwa mereka dan redha apa yang terjadi. Yang aku peliknya diorang macam betul-betul redha la, sampai takde rasa nak berubat ke. Sampai la kes keluarga diorang kena kacau dengan pendamping arwah tok diorang. So keluarga diorang buat keputusan nak berubat dekat sik, kedah. Syarat nak buang atau halau pendamping ni kena bawak seluruh keluarga dekat-dekat. Jadi secara tak langsungnya Adi dengan Ana kena join sekali la berubat tu.
Tarikh yang ditetapkan 1 keluarga besar berkumpul dan bergerak dari daerah perak tengah ke sik,kedah. Bertolak dari pagi lebih kurang pukul 9,sampai Sik dalam pukul 7 petang. Masa rawatan pukul 9 malam lepas isyak. So memang berkampung jela dekat rumah ustaz tu. Rawatan di mulakan dengan merawat siapa yang berisiko besar yang pendamping tu kacau. Lebih kurang 7 orang yang kena rawat. Sampai giliran Ana yang ke 8 wajib di rawat. Ustaz tu cakap yang Ana ni tak kena kacau pun dengan pendamping tu, tapi dia kena kacau dengan benda lain. Benda yang dah memang ada dengan dia selama lebih 10tahun. Benda tu di hantar orang yang ana kenal sebelum kahwin dengan Adi. So dah memang sebati dengan diri Ana dah benda tu. Patut la si Ana ni selalu pengsan dan kena rasuk. Hijab mata pulak memang dah terbuka lama dah. Memang selalu nampak la benda-benda alah ni.
Pernah sekali Ana pengsan dalam kebun sawit. Sedar-sedar je merangkak macam harimau, memang sebiji macam harimau la gaya tu. Adi yang cerita dekat aku. Nasib masa tu Adi ada, so lepas baca-baca sikit Ana jadi manusia balik. hihihi Ok, balik ke kes rawatan tu. Ustaz tu mula rawat Ana. Baru je baca potongan ayat Al-Quran Ana dah pengsan. Lepas beberapa minit sedar balik, tapi bukan Ana yang sedar tu. benda tu take over badan Ana. Ustaz bagi pilihan dekat Adi sama ada nak rawat dan buang terus ke nak bersembang dulu dengan syaitan tu. Adi memilih untuk bersembang. Sebab Adi nak tahu asal usul syaitan tu dan kenapa di kacau Ana selama ni. Adi tanya asal usul, siapa yang hantar, dah berapa lama kacau, dan apa motif kacau Ana. Syaitan tu jawap dia dihantar oleh seorang lelaki, bekas bf Ana masa bujang.
Dah lebih 10tahun berumah dalam badan Ana. Puncanya untuk balas dendam bila cinta di putuskan. Memang terkejut jugak la Adi sebab benda tu dah lama dalam badan Ana. Patut kerap je si Ana ni pengsan. Adi marah dekat syaitan tu sebab kacau Ana. syaitan tu marah Adi balik sebab rampas Ana dari tuan dia. Adi terkedu la, terus diam, tak tahu nak marah apa lagi dah. Terus ustaz sambung rawat balik. Ana pengsan lagi. Dekat setengah jam jugak la Ana pengsan.Ana sedar dan nampak normal, dalam masa yang sama ustaz masih merawat Ana.
Masa tu anak Ana yang bongsu, lebih kurang umo 3tahun, menangis sakan nak pergi dekat Ana. Yelah, budak tu risau dekat mak dia. Nak tak nak keluarga Ana ni bagi la budak tu dekat Ana. Terus diam budak tu. Lagi pun tak curiga apa-apa sebab tengok Ana nampak normal je. Budak tu duduk sebelah Ana, dan tangan Ana paut la anak tu. Makin lama makin rapat tangan Ana paut anak dia. Dah makin pelik, Adi perati je. Sekali menjerit menangis si anak tu bila tiba-tiba Ana paut rapat anak dia macam mencekik budak tu. Terus Adi lepaskan anak dia dari tangan Ana. Sahhhh!!!!! Syaitan tu masih kawal badan Ana. Yang nampak normal tadi memang tipu daya dia je. Betul-betul anak wayang syaitan ni. Berlakon memang pandai la. Sekali syaitan tu gelak dan jerit, “AKU NAK BNUH DIA!!!! ANAK DALAM PERUT BINI KAMU PUN AKU DAH BNUH!!!!AKU YANG MAKAN ANAK KAMU!!!! PADAN MUKA KORANG!!!!” 100% muka Adi berubah terkenang bayi dia yang hilang.
Tak sangka kena makan dengan syaitan tu. Adi ambil masa dekat 5minit jugak untuk normalkan balik perasaan dia. Adi jawap dekat syaitan, “TAKPE, AKU DAH REDHA, BUKAN REZEKI AKU. USTAZ, TOLONG BUANGKAN SYAITAN NI”. Terus ustaz sambung rawatan. Mengelupur kesakitan syaitan tu bila ustaz baca ayat Al-Quran. Lepas 20minit macam tu, rawatan selesai tapi Ana memang tak sedar la, sebab ustaz tu cakap Ana takkan sedar buat masa ni. Esok pagi baru dia sedar. Yes, memang esok masa subuh tu baru Ana sedar. Dan alhamdulillah lepas rawatan tu keluarga Adi dah tak di ganggu pendamping, dan Ana juga sihat sepenuhnya. Takde dah kes pengsan-pengsan dan rasuk sampai sekarang. Tapi hijab Ana masih terbuka. Ana takde masalah pun kalau hijab dia terbuka sebab dah biasa dah nampak benda-benda alah ni.
Maaf la kalau cerita tak menarik, ayat terabur, typo. Sebabnya aku push jugak tangan nak menaip. hihihi Mood tak berapa nak mari la, so mybe cerita tak seram. Peringatan untuk semua dan diri aku ni,cuba sedaya upaya untuk tak menyakiti hati orang lain.Dendam dan sakit hati ni jangan di buat main. Parah jadinya nanti.
Terima kasih admin sekiranya cerita ni di siarkan. Assalamualaikum semua
Follow Whatsapp FS KLIK SINI