Pocong Lepak

Assalamualaikum fiksyen shasha, Hai pembaca .. Fiksyen shasha terima kasih sebab keluarkan cerita yang saya dah buat sebelum nie untuk para pembaca..

Nama saya maimunah, saya nk kongsikan cerita yg pernah terjadi kepada saya.. Aku berkerja di kuala lumpur sebagai penyambut tetamu disebuah syarikat terkemuka.Seperti biasa pada hari minggu aku pasti akan balik ke kampung untuk menjenguk ibu bapa aku. Disebab kan keadaan persekitaran kuala lumpur sesak dengan kenderaan aku bercadang untuk menaiki motosikal bersama teman sekerja aku yg sama kampung..

Jumaat malam itu, aku telah berjanji dengan kawan aku untuk balik ke kampung bersama2 .pada pkol 10 kami telah gerak berdua menunggang motorsikal.. kami agak letih kerana perjalanan sangt jauh dari kl ke sungai besar ,selangor.setibanya di kampung,seingat saya masa itu jam ditangan pukol 1 pagi aku mengajak kawan aku tidur saja dirumah aku kerana kami sampai kg agak lewat..semasa tengh berborak2 sambil membawa moto agak perlahan ..kami masok ke satu lorong ke rumah aku yg ditepinya ad sebuah kedai..aku melihat ad sekumpulan budak 2 melepak. alangkah terkejot nya aku dibawah samar2 lampu jalan itu ditepi budak2 melepak ad 1 lembaga berdiri tegak iaitu pocong.kemasan nya membaluti seperti mayat tapi tiada muka,aku tergetar2 diatas motor sambil tak mengalihkn pandangan sedikit pon kepada sekumpulan budak melepak itu..masa itu aku rasakan kawan aku jugak mengeletar.Mungkin jugak dia perasan apa yang aku nampak.aku dah tak keruan.kawan aku cuba pecut tapi motor nya terasa perlahan .

Setibanya dirumah aku,aku dan kawan aku (Tipah) basuh kaki..Tengah syok basuh kaki tiba2 ad satu lembaga berkaki sahaja seperti bayang2 lari ditepi semak2 rumah aku ( mak ai meremang pulak time menaip nie). Apa lagi kami pon lari tak cukup tanah pergi dekat pintu teros bukak kunci masok umh..mujur aku ad kunci rumah..kalo tunggu mak aku buka pintu mau kami pengsan kene sergah dengan benda tu..

Gangguan tu tak habis macam tu je.Malam tu masa aku dah mndi smue nak tidur ,kawan aku pon dah bersih2 kan bilik aku nk tidur ,bilik aku tu ad 2 tingkap langsir aku tu jarang sikit jd nampkla bayang2 kalau ad orang lalu.. tengah syok nak lelap layan mata..satu cakaran hinggap kat tingkap aku,melompat aku ngn kawan aku terkejot pnye pasal ..kami berpandangan. tiba2 …

Katil aku bergoyang. aku bukak radio surah2 yasin dekat meja aku tu ad radio tak lama tu smue dah reda.. jadi aku ngn kawan aku pon tarik nafas lega sebab tenang..aku pon bukak pintu bilik aku sebb aku takot pape jadi..Kami pon cube la tidor sampai ke pagi.. . the end..nanti ada lagi kisah menarik aku cerita ye.. Tq semua

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Maimunah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4]

3 thoughts on “Pocong Lepak”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.