Pokok asam besar

Hi FS reader! Aku nak kongsi cerita seram aku yang jadi kat kampung masa aku umur 7-8 tahun dulu. Masa ni aku duduk di kampung halaman aku di negeri utara yang paling kecik kat Malaysia. Kampung aku tu tenang permai je, kawasan sawah padi terbentang tepi bukit bukau. Seingat aku pernah la ade satu tahun tu dapat juara kampung tercantik dari kerajaan negeri. Sampai sekarang pun kampung aku tu tersangat la cantik walaupun cerita mistik tu tak kurang cantik jugak.

Aku dulu selalu tidur kat rumah tok aku walaupun rumah sendiri tak jauh mana pun, lebih kurang dalam kampung yang sama. Sebabnya ada gua air yang boleh bermandi manda dan orang kampung ambil air untuk minum, dekat je dengan rumah tok aku. Tiap-tiap pagi aku pi mandi kat gua ni, sejuk ya amat air dia. Kalau musim hujan lagi syok sebab air deras macam kat Gua Kelam (korang tau kan?). Sebelum jumpa gua ni, ada kawasan kubur tepi bukit. Aku rasa kawasan kubur ni dah lama tapi aku tak pasti sejak bila ada. Family aku pun ramai bersemadi kat sini, maybe aku pun sama nanti hehe.. Maybe sebab tu kawasan gua ni tak dibangunkan, jadilah rahsia orang kampung. Tempat pun tak tercemar lagi

Gua ni banyak jugak cerita mistik. Ada kata dalam gua tu ade buaya bujang senang, sekejap berubah jadi orang sekejap buaya. Warna putih. Kalau nak jumpa kena masuk ke dalam gua, jauhhhh ke dalam bukan setakat intai 40-50 langkah tapi ber km-km ke dalam gua. Ada cerita gua tu punya panjang tembus sampai ke dalam laut sebelah Penang nuh.. Ada yang kata ramai orang yang try masuk, pergi tak kembali lagi.. Aku sampai sekarang berani masuk dua tiga langkah je, tak berani sebab banyak lintah. Geli. Air memang kaw-kaw punya jernih.

Berbalik ke rumah tok aku, depan rumah tu ada pokok asam. Besar gila, maybe 4 ke 5 orang peluk baru boleh sentuh jari kot punya besar batang pokok asam tu. Korang paham ke? Bila musim asam berbuah memang penuh asam jatuh ke bawah. Tak tau siapa yang tanam or tumbuh sendiri ke and sejak bila tapi kampung ni dulu memang kaya dengan pokok asam. Dalam halaman rumah tok aku pun ada pokok asam. Tak besar sangat la, dalam 2 pemeluk gitu.

Satu hari, aku bertiga beradik bermalam rumah Tok. Siang tu kitorang terlebih masuk air, main tak ingat dunia. Aku tak ingat dah main ape, tapi sampai ke malam lepas bebudak lain balik rumah derang kitorang dok sambung lagi main dalam rumah tok. Berlari, bergelak, main sembunyi, main bayang bayang la apa bagai. Tok tegur suruh diam dan cepat masuk tidur tapi kitorang tak peduli. Masa dinner pun gelak-gelak, masuk bilik air main tampar sepak terajang, naik atas tilam pun dok terkekek gelak. Tok aku tak larat nak cubit suruh diam. Time ni Tok aku still tidur dengan kitorang lagi padahal kitorang bertiga. Saaaayang Tok. Tetiba………………………………

Kendian celah celah gelak kitorang tu terdengar suara orang bersiul. Memula perlahan je, macam malu malu gitu. Aku ingatkan budak budak tua dok melepak kat kedai yang bersiul. Kedai tu pun depan pokok asam tu je, kira seberang jalan dengan rumah Tok. Kalau diorang sembang kuat memang boleh dengar sampai dalam rumah. Tapi makin lama bunyi siul tu makin kuat. Pastu berubah macam bunyi orang gelak sekali nak nangis. Ohh maiii goshh

Aku tanya Tok aku kuat kuat, tu bunyi apa? Aku tak paham lagi pasal bende mistik sebab first time kena. Tok aku tampar bahu aku sedas, suruh aku diam. Adik aku pulak mengekek ekek gelakkan aku, pun kena tampar dua das. Padan muka. Tapi aku dah start seram, maybe sebab Tok aku masa tu muka serius gila. Lepas tampar kitorang dia diam terus tak cakap ape dah, mata pandang ke tingkap. Arah pokok asam. Memang bunyi tu macam dari arah situ. Pastu aku perasan bunyi tu hampir serupa macam bunyi gelak gelak kitorang tadi tapi macam mendayu sendu camtu. Makin lama makin kuat, macam dah masuk dalam rumah pun ada. Seram weihh! Padahal malam awal lagi kowt baru pukul sepuluh lagu tu. Belum tengah malam lagi

Aku rasa macam lama gila bunyi benda tu sekejap macam gelak, kejap macam bersiul, kejap macam dok nangis. Sepanjang tu aku rasa kampung aku tu sunyi je, satu bunyi ape pun takde. Padahal malam lain biasanya ramai orang dok melepak kat kedai tu sampai lepas tengah malam. Aku tau sebab makcik aku yang tinggal dengan Tok aku pernah sound diorang sebab kuat sangat bergurau. Makcik aku tu garang. Tapi masa bunyi siul takde la pulak dia sound ke apa. Maybe dia pun first time dengar kot, tak sure ape ke benda yang bunyi tuh.

Since satu kampung sunyi sepi, aku bertiga beradik pun sunyi sepi siap nak bergerak pun takut. Tok aku pun dah macam patung, tak bergerak gerak. Aku tak tau dia takut ke dia dok buat ape, yang pasti aku rasa seram semacam je. Kitorang tidur dalam kelambu kaler putih. Aku dok rasa macam ade bende je terbang atas kelambu tu and tunggu masa nak terkam masuk. Perasaan je la kot. Then tengah takut seram berpeluh tu, bunyi tu hilang tiba-tiba. Tut tutt hilang je, macam takde ape jadi. Aku tak pasti berapa lama bunyi tu, yang aku ingat lepas hilang bunyi tu dan seram kitorang, adik aku mengadu dia tak tahan nak kencing. Terpaksa pulak kitorang sekali Tok teman dia kencing. Bilik air pulak walaupun bersambung dengan rumah, tapi tang luar bilik air tu dinding dia boleh nampak ke luar. Memang nebes la masing masing menunggu, nasib baik tak nampak ape ape. Fuhhh!

Lepas kes ni, ade lagi dua kali jadi benda yang sama. Untuk kali kedua dan ketiga jadi tengah malam masa kitorang tengah tidur. Kiranya aku terjaga sebab bunyi siul tu kuat sangat. Masa jadi kali kedua dan ketiga ni jugak makcik aku buat gila. Dia pun join sekali gelakkan kitorang sebab sebelum tidur asyik main lagha tak ingat dunia. Siap ulang sebut “Haa dok main lagi malam malam buta. Aku kata dah satgi dia keluaq baru hampa tau. Haa ni dia mai dah, mai daaahhh!”. Gelak dia sama kuat dengan bunyi tu. Aku tau sebab esok aku pi kedai, pakcik kedai tu dok kata awat makcik aku dok gelak suka sangat semalam. Sakan aih, sama naik dengan cik atas pokok asam tu. Nasib baik makcik aku tak kena sampuk ke apa.

Yang ni cerita betul, pengalaman aku masa kecik. Sekarang ni pokok tu masih ada tapi tinggal batang je, yang ranting semua dah kena cantas. Aku dengar pokok tu payah sangat nak dibuang, tapi jangan risau kampung aku masih cantik permai lagi. Aku ada lagi dua tiga pengalaman zaman muda yang near-miss, kiranya ada ‘sesuatu’ tapi aku tak perasan. Orang lain yang perasan dan bagi tau aku. Bila aku besar, tak banyak dah pengalaman aku, ade beberapa je kat opis.

Thank you sudi baca!!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Rayka

2 thoughts on “Pokok asam besar”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.