Pokok Buluh

Assalamualaikum pembaca FS. Pertama kali saya memperkenal kan diri saya sebagai Eyna. Mungkin cerita saya ini tidak seseram cerita yang dicerita kan oleh penulis laman FS nie. Tapi saya ingin mencuba nasib bercerita tentang pengalaman yang saya alami pada 7 tahun lepas ketika saya berusia 14 tahun..

Kisah nya bermula apabila saya berpindah dari Kampung Baru Batu Pahat Johor ke Tongkang pechah setelah bapa saya mengahwini rakan nya setelah kematian ibu saya.Ketika baru menetap disana, saya terperasan 1kawasan yg ditumbuhi dengan rimbunan pokok buluh berdekatan dengan rumah yg saya duduki . Pada ketika itu saya tidak merasa apa2 yang pelik dengan tumbuhan itu..

Saya ade bertanya pada ibu saya mengenai pokok itu, ibu bercerita tentang pokok itu kepada sya bahawa pokok buluh itu mempunyai kisah nya tersendiri yang mengata kan dulu pokok itu tempat sembahyang cina yg telah ditinggal kan dan ade ‘ penunggu ‘. Ketika itu saya buat endah tak endah dengan cerita ibu saya kerana menganggap itu hanya cerita.

Saya tidak mengatakan yg saya berani tapi saya cuma malas nak mempercayai perkara tersebut, sampai lah ibu saya berpesan jangan lalu dikawasan pokok buluh pada waktu maghrib ke atas.

‘Takut2 mase eyna lalu nanti ade yg menjengah tepi pokok buluh tu sebab abang mamat kau dulu pernah kena. seminggu demam tak kebah..’ Pesan ibu pada saya. Saya cume senyum malas mendengar kata2 ibu saya..

Nak dijadi kan cerita, pada suatu hari ibu berpesan pada saya untuk datang membantunya di warung tempat dia berniaga selepas waktu maghrib. Tapi dy berpesan supaya lalu jalan besar dan tidak menggunakan jalan pokok buluh itu sebab laluan itu gelap dan tiada orang yang melalui nya pada waktu malam. Kerana malas nak lalu jalan luar, saya nekad untuk melalui jalan pokok buluh tersebut kerana itu jalan singkat untuk ke warung ibu saya..

Selepas menunaikan solat maghrib saya bergegas siap untuk ke warung ibu saya. Setelah menghidup kan enjin motosikal, saya bergerak perlahan2 melalui jalan pokok buluh itu. Masa untuk sampai ke warung ibu saya jika menggunakan jalan singkat itu cume mengambil masa 10minit untuk sampai. Setiba nya saya di pokok buluh tersebut, saya merasa kan ada sesuatu yang tak kena dengan persekitaran kawasan tersebut.

Dengan rimbunan pokok buluh yang tinggi,dibawah nya terdapat 1tempat sembahyang cina yg telah lama ditinggal kan dengan persekitaran yang gelap cukup membuat saya meremang. Tibe2 motorsikal yang saya tunggangi menjadi berat seperti ada ‘ sesuatu ‘ yang menumpang.

Saya cuba memulas minyak motor namun masih dalam keadann yg sama , BERAT..

Setelah melepasi kawasan pokok buluh tersebut, dengan pandangan anak mata sahaja saya ternampak ada 1 wajah lembaga yang hanya tuhan saje yang tahu keadaan nya. Dengan mata yang berwarna merah terbeliak, bergigi taring panjang terawang disebelah saya. Masa tu dah tak pk ape2, cuma nak cepat sampai je dekat warung ibu saya.

Bayang kan lah perasaan saya mase tuh bile benda tuh terawang2 dekat sebelah saya sambil mata nya tajam melihat saya. Ketika tu saya dah taktahu nak bace ape sebab dah takut sangat. Setiba nya di warung ibu saya, benda tuh hilang.Masuk jee dalam warung, ibu menegur ‘ kan dah cakap jangan lalu situu. gatal sangat nak lalu jugak. Kan dah mendapat. Amacam cun tak ???’ Lalu dia ketawa melihat keadaan saya yang pucat lesi.

MORAL OF THE STORY : DENGAR CAKAP ORANG TUA..KALAU A A LAH JAWAB NYA..JANGAN DAH A KAU MELENCONG PERGI Z TERUS??

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

eyna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Pokok Buluh”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.