Pokok Setol

Assalamualaikum admin . First nak say thanks sebab sudi jugak publishkan kisah ni . Sebab selalu ikuti perkembangan FS ni , aku pon rasa nak jugak kongsi pengalaman. Kisah ni terjadi baru baru ni , aku ingat lagi tarikh 20.8.2016 . Waktu tu , aku ni baru balik dari membeli barang . Ohh lupa , aku ni budak pulau . Kampung aku pulak memang betul2 pulau . So aku ni duduk pulau dalam pulau . Maksudnya , pengangkutan utama untuk kekampung aku ialah bot. Pandai pandai la korang bayangkan yer. Hehehehe.

 

Masa aku balik beli barang tu, dah petang la. Dah nak magrib. Masa tu plak hujan renyai renyai ja. Kat rumah aku pon ada la jugak adik beradik aku sebab waktu tu, kitorang tengah sibuk dok bincang nak buat majlis kenduri kawen .Tiba tiba sepupu aku dengan anak dia , budak kecik umur 3 tahun sampai la rumah aku. Waktu tu baru lepas magrib dengan keadaan hujan masih renyai renyai . Dia sampai terus masuk toilet , basuh kaki tangan muka semua , termasuklah anak dia . Kitorang pon oke ja la. Tengah borak borak semua, tetiba dia ajak adik aku teman dia balik rumah . Aku terkejut lah, dah kenapa nak ajak teman sebab setahu aku, sepupu aku ni bukanlah seorang yang penakot. Lagipon rumah dia dengan rumah aku tak jauh mana, 5 minit pon tak sampai. So, dengan penuh musykil, adik aku pon hantar la dia balik. Waktu tu dah pkul 11 lebih macam tu lah . Lepas ja hantar sepupu aku balik, adik aku sampai rumah, terus masuk bilik n tido .
Keesokannya , sepupu aku datang lagi rumah aku . Aku pon tanya, kenapa dia ajak adik aku teman dia balik. So dia pon ceritalah . Masa mula mula perjalanan nak naik ke rumah aku. Dia pasang lampu moto tinggi, terus dia nampak ada satu lembaga dok bercangkung tepi jalan. Dengan baju putih + tompok2 macam tanah, dengan rambut panjang sampai ke tanah. Bercangkung menghadap ke hutan. FYI rumah aku ni atas bukit sikit, untuk sampai ke rumah aku, ada satu jalan kecik ja yang kiri kanannya hutan gelap gelita tanpa 1 lampu jalan pon. Dan penghujung nak sampai rumah aku, ada satu pokok SETOI yang sangat besarrrrr dan scary. Okey sambung cerita tadi, sepupu aku ni terus berhenti motor, fikir, nak terus kerumah aku ataupon nak pusing balik. Kalau terus memang kena lalu dan kena langgar rambut panjang tu. Kalau pusing balik macam takleyh . Tak taw kenapa .

 

Nak dijadikan cerita, sepupu aku terus gak ke rumah aku dan dia dapat rasa yang perjalanan tu mcm panjang sangattt n lama nk sampai rumah aku . Dia siap langgar rambut “benda” tu dan lalu jugak sebelah siap kaki dia boleh rasa rambut dia yang ada tepi tu . Mungkin Allah nak lindung anak dia, budak tu tak pandang pon depan, tapi dok pandang muka mak dia sambil dok gelak2 n cakap macam macam. Tu sebab sepupu aku ajak adik aku teman dia balik. Alhamdulillah anak dia takdak apa.┬áTengah sesedap borak, adik aku yang teman sepupu aku semalam tu bangun tido. Dia cakap kat aku yang bahu dia sebelah kanan sakit sangat. Tak boleh nak angkat tangan. Aku cakap mungkin sebab tersalah tidor. So dia pon ambik tuala nak pergi mandi. Masuk ja bilik air, dia gopoh2 keluar bilik air dan datang kat aku, suruh aku tengok dekat belakang bahu dia tu, ada kesan lebam yang sangat besar. Aku terkejut. Kebetulan masa tu ayah aku call suruh pergi jumpa dia dan ambil barang di jetty, so aku pon memang kena pergi dengan dia la. Sebab dia lelaki kan. Dipendekan cerita , dah siap semua aku dengan dia nk pergi ambil barang, dengan keadaan tangan dia sakit, aku yang kena bawak motor. Elok ja dia melangkah naik moto, aku terus rasa moto tu berat gila. Sampai gelong2 moto. Aku ingatkan tayar pancit. Aku berenti tengok tayar okey ja. Aku diamkan hal ni walaupon dalam hati berdebar gila dan gagah jugak pergi ambil barang dekat ayah aku. Masa sampai kat ayah aku tu , adik aku ni dah nangis cakap kat ayah aku bahu dia sakit sebelah, dan suruh ayah aku urut. Ayah aku pon urut dan urut dalam 10 minit mcm tu. Dah siap semua, ayah aku pesan kat adik aku, esok ajak jiran sebelah umah temankan pergi mengurut kat tumah sekian sekian. Aku pon tak kenal sangat .Ayah aku kena outstation. Tu yang dia suruh adik aku ajak jiran teman.
Kesokannya, adik aku pon pergi lah mengurut, then bila dia balik ja , dia terus cerita kat aku . Sebenarnya , bahu dia yang sakit tu bukannya saja saja . Tapi bersebab. Sebabnya , ” benda” yang sepupu aku jumpa malam tu , dah tumpang duduk atas bahu dia pulak . Gilalah , memang aku terkejut . Pastu aku tanya la , macam mana pulak benda tu boleh duduk kat atas bahu hang . So dia pon cerita , masa dalam perjalanan balik dari hantar sepupu aku tu , sampai ja dekat pokok SETOI yang besar n rendang tu , “benda” tu dok sedap munculkan diri dan bertenggek kat situ . Nak dijadikan cerita lagi , adik aku ni terkejut dan termaki hamun dia . Siap sumpah seranah sebab dia munculkan diri time tu dan dia sorang diri ja. So maybe benda tu marah la. Tu yang dia ikut ‘menumpang’ atas bahu adik aku . Sampai lebam lebam dan nangis . Haaaaa . Ambik kau . Korang bayangkan sampai dia tido dengan “benda” tu . Tak ke scary .

 

So , lepas 3 hari berturut turut berubat , dia pon dah okey n pakcik tu ada pesan , memang ada banyak “benda” tu kat area umah aku dan sangkarnya ialah pokok SETOI tu . Kebetulan memang sebelah pokok SETOI tu ada 2 biji rumah kosong yang lama dah ditinggalkan . So dia lagi suka la . Memang tak boleh nak buat apa dah , cuma pesannya lagi , kena sentiasa “beringat” setiap kali lalu di situ . Sebenarnya ramai yang dah kena , dengar mengilai la , ketawa la , bayang bayang la . Tapi masing masing diankan ja . Dan aku , Alhamdulillah sepanjang 25 tahun hidup , aku tak pernah jumpa lagi benda2 scary ni .
.
So pengajaran kat sini , “benda” tu memang wujud . Jangan suka suka celupar mulut cakap bukan bukan kalau ternampak “dia” . kalau kita tak kacau “dia” , xkn dia pon nak kacau kita kan?

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *