Politeknik

Assalamualaikum. Nama aku Nor. Aku pembaca setia FS ni. Terima kasi pada FS kalau cerita aku dipublishkan. Maaf na kalau bahasa campoq. Seronok dok baca kisah orang, takut tu memang ada. Kadang rasa dok baca tu, meremang ja rasa. Tapi still nak baca juga.. Haha..

Ok aku nak share kisah aku. Rasanya takdak la seram sangat. Tapi kalau dah terkena. Baru hang tau seram ka tak.. hihihi. Ok cerita dya macam ni.. Masa aku belajar di politeknik dulu. Aku duduk asrama.. Tingkat 4.. Bilik hujung sekali. Aku tak pernah la kena kacau teruk.. Setakat nampak kelibat sekali imbas macam tu, adala.. Malam tu, dalam pukul 3 lbih macam tu, aku terasa nak ke toilet.. So aku p la toilet sorang2.. Memang aku dah besa p sorang2.. Acah2 berani tapi penakut juga.. Haha..

Dari bilik aku nak ke toilet tu, kena lalu 3 bilik la kan.. So agak jauh juga.. Masa p tu takda apa lagi.. Bila nak keluar toilet ja, aku ternampak macam kelibat putih kat dinding toilet sebelah kanan aku (dinding sbelah kanan, pintu toilet sebelah kiri). Aku pun jalan trus walaupun rasa pelik.. Sebab dinding toilet tu warna biru, pehal tetiba nampak putih pulak..

So masa tengah jalan nak ke bilik tu, tiba2 aku dengar bunyi orang gelak kuat sangat, dan bunyi pintu ditutup.. Tapi kuat sangat macam dihempas.. Aku pun pusing la belakang, tengok kot2 AJK blok ka tak tidoq lagi, tp masa aku pusing, sunyi ja.. Mula terasa pelik dok mai. Aku terus jalan balik ke bilik, masuk bilik, alhamdulillah boleh tidoq sampai ke pagi tanpa ada masalah.. Esoknya, aku dapat taw, budak sebelah bilik aku, kawan aku juga, demam.. Dya cakap dya nampak benda tu masa p toilet.. And paling tekejut lagi, time dya p toilet tak lama lepas aku p.. Kira aku masuk bilik, dya baru p la kot.. Sebab dya tanya aku, masa p toilet semalam ok ka.. Aku ok kan ja..

Nasib baik Allah tutup hijab aku dari nampak.. Kalau tak, tak taw la aku jadi apa.. huhu..

Ok sekian terima kasih.. mf kalau tak seram.. 😊 😊 😊

 

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *