PONDOK POS 4

Pertama kali aku ingin mengucapkan terima kasih pada FS kerana sudi menyiarkan cerita aku ini,cerita aku tak sehebat cerita orang lain,dan terima kasih juga pada pembaca yang sudi membaca cerita aku. Selamat berpuasa

Seperti senja-senja lain,aku bersama teman-teman ku akan mula melapor diri di sebuah pondok pos yang agak usang.Bertambah nampak keusangannya apabila mengunakan pelita sebagai teman kegelapan,tetapi itu semua bukan alasan untuk aku dan sahabat aku untuk menjalankan tugas.

“hei..wan kau bawa minyak tanah tak.?”-tanya ku khuatir sahabat ku itu lupa
“bawa la,kalau tidak bergelap la kita.heheh”-jawab wan sepruh berseloroh
“bagus-bagus,kalau tak aku nak pergi cari kayu api,hahaha”-jawab ku bergurau sambil berlalu mengemas barang-barang didalam pos kawalan yang serba usang itu.

Setelah hampir setengah jam kami bersiap kemas pos kawalan.Kami menghempaskan p******g kami ke kerusi sofa yang diletakkan di satu sudut luar pos, sofa ini masih lembut walaupun sudah terdapat beberapa lubang kesan dari hakisan panas dan tempias hujan, sofa pun ambil dari buangan orang.

“Eh kayu api cukup tak?’-tegur ku memecah kesunyian senja yang semakin mengelap.
“Cukup sampai esok,nanti esok cari lain”-jawab wan ringkas,sambil bangkit dari tempat duduknya dan pergi menyusun kayu api yang sedia untuk dibakar,
“Ok lah tu,kalau tak memang gembira la nyamuk malam ni”-kata ku berseloroh smbil tersnyum kecil.
“gembira x pe,jangan kita yang kering d***h kene sedut.hehe”
Sementara wan menyusun kayu-kayu itu,aku mencapai buku laporan serta buku keluar masuk kenderaan,khuatir kalau-kalau ada kenderaan yang masih belum keluar atau ada masalah lain.

Satu persatu laporan dibuku itu aku teliti,mata aku terhenti di beberapa baris.Jelas disitu menunjukkan ada beberapa buah kenderaan masih belum keluar.Aku capai kunci motor dan menuju kearah motor sambil berpesan kepada wan.

” Wei aku pergi ronda nak tengok kenderaan yang tak keluar lagi”-kata ku pada wan separuh jerit.
“ok, “-jawabnya ringkas,sibuk dengan kayu nya.
Tanpa berlengah aku berlalu meninggalkan wan dengan kayu-kayunya.
“ish depan ni nak lalu jalan puaka,adeii”-bisik hatiku sendri setelah hati merasa kurang enak.

Tetapi aku terpaksa juga meneruskan rondaanku walaupun hati sudah terasa lain, semakin lama semakin jauh aku dari pos kawalan dan akhirnya hilang dari pandangan mata.

“Arghh ni semua hanya perasaan,abaikan sahaja”-bisik hatiku sendiri sambil melayan perasaan yang serba tidak kena,mata aku liar melihat sekeliling ku,jelas kelihatan disebalik pokok-pokok dan semak yang ada ditepi-tepi bibir jalan gelap tiada apa-apa. Menunjukkan malam semakin hampir menutup tirai siang. Tiba-tiba hidungku terhidu sesuatu yang agak ganjil,bau ini sangat sinonim digunakan pada hari kematian.

“Ya Allah lindungilah aku dari gangguan Iblis dan Syaitan”-doaku didalam hati
Tanpa berlengah aku memulas trotle minyak motor ku agar cepat melepasi kawasan hitam yang selalu disebut-sebutkan pekerja disini.

Setelah aku memastikan semua kenderaan sudah keluar dan tiada di kawasan larangan itu,aku mula melihat jam yang sentiasa menjadi peneman ditangan ku.

“alamak dah pkul 8:21pm” bisik hati ku separuh mengeluh.

Tanpa berlengah aku terus menuju ke Pos kawalan,dibenak hati ku hanya memikirkan hari yang sudah gelap bertambah keadaan jalan berlubang dan berliku,motor ku laju membelah angin malam dengan keadaan takut dan lapar,aku gagahkan juga. Sesampai sahaja di pos kawalan aku memangil wan lalu menceritakan pengalaman yang aku lalui tadi dengan teruja seperti seorang kanak-kanak menceritakan kehebatan dia mampu memanjat tangga pada ibunya.

“Perasaan kau je kot”-jawab wan ringkas selepas aku berhempas pulas menceritakan apa terjadi
“tak la..aku yakin sangat bukan perasaan..sebab deria bau aku masih elok”-kata ku lagi separuh bergurau

“ok kalau macam tu pkul 10:00pm karang kita ronda sama-sama”-jawab wan separuh bersemngat ingin menunjukkan bahawa apa aku alami tadi hanya sekadar perasaan aku.
“ok”-jawab ku ringkas penuh yakin.

* * * * * * * * *
Jarum jam pantas bergerak,seolah-olah sedang berlumba untuk menamatkan larian pada jam 10;00pm.Aku duduk disofa usang sambil mnghadap lngit yang hanya kelihatan kerlipan bintang.

“indah betol suasana malam”-bisik hatiku sendri
“woi dah jom g ronda-ronda”-jerit wan sengaja membuat bising
“hahaha tak sabar betol ko nk jumpa benda tu ye”
“yela,pengalaman kita ni,ko ingat senang ke”

Maklumlah sebelum ni kami hanya sekdar duduk di post kawalan 3 yang terletak hanya ditepi jalan dan rasa tidak mencabar, bila kami usulkan hendak duduk di pos 4 iaitu pos belakang diluluskan maka teramatlah gembira kami,bagi kami di situ penuh cabaran kerana macam-macam yang kami dengar dari perbualan-perbualan mulut orang-orang tua yang pernah menjaga pos 4.

Dengan jelas kedengaran deruman enjin motor kami, wan macam biasa dia yang akan bawa motor manakala aku membonceng dibelakang.Dengan perlahan trotle motor dipulas manakala hatiku pula semakin kencang berdegup,mungkin kerana ketakutan tadi masih terasa. Sampai sahaja tempat yang ku katakan tadi bulu roma ku mula berdiri seperti dikejutkan dari tidur ditambah bauan setangi jelas bermain dihidung-hidungku.Aku memberanikan diri melihat kebelakang mengunakan anak mata.

“Ya Allah itu terpacul dari sudut hati ku ini”-hati ku berkata separuh terperanjat
“wan kau ad bau tak.? cuba tngok side mirror”-aku membisik kepada wan yang dari tadi diam membisu.

Apa yang aku nampak melalui anak mata adalah lembaga putih yang sedang terbang dibelakang aku dan aku tidak pasti adakah wan juga melihatnya.kemudian aku melihat tangan wan dengan pantas memusingkan side mirror keatas, motor pun dipandu semakin laju, hati aku jelas memikir benar lah apa yang aku lihat tadi.

Aku lihat wan sekadar diam dan keadaan seperti terkejut..aku hanya mendiamkan diri kerana masih juga terkejut dengan apa yang aku lihat. Aku ingatkan gangguan hanya terhenti disitu rupanya tidak jauh dihadapan kelihatan sebungkus kain putih sedang berdiri disisi jalan,bersuluhkan lampu motor yang agak tinggi waktu itu jelas aku dan wan melihat lembaga itu kain nya dipenuhi dengan lumpur dan mempunyai mata tersembul keluar.kerana kejadian itu aku dan wan telah terjatuh dan pengsan atau mungkin pengsan kemudian jatuh, kami ditemui oleh pekerja Indonesia yang melalui jalan itu untuk pulang selepas kerja malam.

Pengalaman yang kami lalui, kami simpan dan jadikan sebagai kenangan manis. Jika ditanya adakah kami takut iya memang kami takot dan masih terbayang-bayang peristiwa malam itu.Inilah salam perkenalan hari pertama kami bertugas di pos 4.

Peristiwa pahit yang kami lalui malam itu kini sudah berlalu hampir satu bulan berlalu aku dan wan pun sudah mula menerima keadaan pos 4 ,dan malam ini malam jumaat.Macam biasa kami melakukan tugas-tugas kami dahulu sebelum duduk bersembang.

Walaupun ditimpa peristiwa pahit itu, kami masih bekerja di pos yang sama cuma kami tidak akan meronda setelah jam pukul 10pm-3am,

“hei wan”tegur ku memecah kan bunyi riang-riang yang sibuk menyanyi.
“apa,kau jangan cakap benda bukan-bukan” jawab wan sambil memberi amaran,khuatir aku membuka cerita seram.
“sebenarnya kan,aku dari awal kerja pos 4 ni nak tanya kau,kau ada tak dengar macam orang mandi dekat parit besar depan tu” tanyaku meabaikan amaran wan.
“haa kau pon dengar ea, aku ingat aku je.tapi abaikan jela.binatang kot”-jawab wan menyedapkan hati.
“hurmm”-balas ku ringkas dan penuh tanda tanya.

Aku ni jenis memang tak akan puas hati selagi tak mengetahui cerita sebenar atau melihat dengan mata kasar aku sendiri,mungkin juga apa yang wan fikirkan betol mungkin itu adalah binatang kerana pos 4 ini terletak dijauh pendalam dan pos ini tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik,kerana itu setiap malam kami akan membakar kayu api dan pelita ayam. Namun aku masih tertanya-tanya adakah benar binatang yang bermain air disetiap jam 2-4 pagi itu.

Topeng Mimpi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “PONDOK POS 4”

    • Tu la. Tertanye2 jugak aku. mule2 aku ingat MP (military police) tapi lame2 aku bace, rasenye diorg ni pengawal keselamatan kat ladang2 kot

      Reply
  1. Mengikut pembacaan ak,penulis dgn wan ni jaga.sbb penulis ad ckp ttg pos.biasa jaga/bhgian kawalan keselamatan je yg ad pos2 ni(ak dlu jaga jg).lps tu penulis ad tulis mengikut cakap2 org yg jaga pos 4.then dlu jaga pos kawalan 3.biasa jaga je kwsn bsr2 je yg ad bnyk pos kawalan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.