Cerita aku ni berlaku 7 tahun lepas iaitu tahun 2009. Lokasi Damansara Damai. Duduk di apartment memang meriah sebab dapat kumpul dengan kawan-kawan sekali sekala pada waktu malam. Bukan jauh pun, di hujung apartment blok rumah aku juga.
Malam tu kawan aku ajak keluar jauh sikit. Konon nak belanja makan. Sedar tak sedar, aku balik lewat sangat. Pukul 1.30 pagi!
Naik tangga apartment, rasa suram sangat sebab banyak lampu tak berfungsi. Bulu tengkuk memang meremang, tapi aku buat tak tahu. Pertama kali balik lewat macam tu, lain macam pula rasa.
Aku rasa macam ada ‘sesuatu’ yang masuk sekali tapi tak nampak.
Aku diberi kelebihan oleh-Nya dapat lihat benda-benda pelik tapi bukan sepanjang masa. Disebabkan tak nampak apa-apa, aku anggap cuma perasaan sendiri.
Aku tidur di sebelah anak lelaki yang berumur setahun lebih. Aku namakan dia sebagai Aris dalam cerita ni.
Malam tu aku gelisah sangat. Aku tidur menghadap pintu bilik yang jarak dengan tilam cuma semeter. Aku rasa panas sangat. Bukak je mata, aku terus melompat. Isteri bertanya kenapa. Aku cakap aku cuma mengigau. Padahal masa aku tidur dalam keadaan mengiring ke kiri, aku nampak ‘dia’ pun baring menghadap muka aku dalam jarak yang dekat. ‘Dia’ yang aku maksudkan ialah pontianak! Muka dia hitam legam, rambut mengerbang, sebiji macam cerita pocong Indonesia. Mata tajam tepat ke muka aku.!
Selepas aku lompat tadi, terus hilang. Aku tengok sekeliling. Nampak ‘dia’ tunggu di luar tingkap cermin nako. Aduhai! Macam mana ‘dia’ boleh ikut aku balik? Aku buat tak tahu, sambung tidur menghadap muka anak ke kanan.
Besoknya, anak aku menangis kuat sangat ketika di toilet. Aku tengok kelibat ‘dia’ di atas tangki air. Aku terus ambil alih mandikan anak. Isteri masih tak tahu perkara sebenar. M**i aku kalau dia tahu, mahu berkepit aje kerjanya nanti. Selepas hantar anak ke rumah pengasuh dan pergi kerja, aku telefon mak di kampung. Mak suruh tumbuk bawang putih dan letak sebelah Aris. Malam tu Aris tidur nyenyak tapi aku tak. Sebab aku nampak benda tu sentiasa di luar tingkap bilik dan kadang-kadang di luar tingkap sebelah dapur.
Selepas 2 minggu berentap dengan tangisan Aris dan lengannya penuh merah-merah, aku terus terang dengan isteri. Dia nampak takut sangat. Atas nasihat mentua, aku pulang ke kampung petang tu juga.
Pakcik kepada isteri aku minta aku selesaikan sendiri ‘benda’ tu tanpa kehadiran anak isteri. Dengan menggunakan garam dan ayat Kursi, aku ditugaskan halau pontianak. Malam tu juga aku balik. Sampai di kawasan perumahan, takde kedai yang jual garam kasar. Banyak kedai sudah tutup. Alamak! Ni semua disebabkan garam kasar yang dibekal mentua tertinggal. Aku terpaksa guna air sebagai pengganti garam. Tapi pakcik dah pesan, air pun boleh tapi cara ni agak kasar sikit.
Sampai rumah, aku cari semangkuk air. Sebelum aku mulakan ‘acara halau hantu’, aku cakap pada ‘benda’ tu. “Aku nak bersihkan rumah aku. Aku nak kau keluar sekarang sebelum aku mulakan”. Habis je aku pesan, aku mulakan arahan dari pakcik aku. Ya, senjata dia cuma air dan ayat kursi. Ini pertama kali aku buat sendiri ‘pembersihan rumah’.
Sebaik selesai, aku rasa lega sangat. Setiap penjuru aku renjiskan air dengan bacaan Kursi. Aku fikir, cara ni lebih mujarab berbanding guna garam sebab tak perlu bersihkan semula seperti taburan garam.
Malam tu aku tidur seorang, sementara nak ambil anak isteri di kampung keesokannya. Selepas beberapa lama tidur di luar bilik, aku terasa ada kain dilayarkan atas kaki aku. Yang pasti, aku sedar! Kali ke-2, dilayarkan lagi atas kaki sampai ke badan. Aku sedar tapi tak buka mata. Dan macam-macam bunyi bising yang ‘dia’ buat.
Keesokannya aku balik kampung dan cerita apa yang berlaku. Pakcik cakap, ‘benda’ tu marah sebab cara aku kasar. Aku guna air. Tapi kata pakcik, benda tu dah tinggalkan kau. Jangan risau.
Alhamdulillah, sejak dari itu Aris tak menangis takut lagi dan kelibat si pontianak sudah tiada. Cuma aku tak sangka, pontianak mukanya hitam legam bermata merah! Bukan muka putih berbedak-bedak macam cerita arahan Suhaimi Baba ?
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
HAHAAH TU LAHH …. JIMAT KOS MEKAP KANNN
jilake.sempat buat lawak lagi tu…hahaha
Cuma aku tak sangka, pontianak mukanya hitam legam bermata merah! Bukan muka putih berbedak-bedak macam cerita arahan Suhaimi Baba ?
hahahhaha,,, kelakar la kau nii 😀
hahaha…yg last tu win
Baru ku tahu rupenya bgitu..huhu
Win do cita ni
kenapa guna air (kasar) dia marah ?
guna karam x mara ke?
boleh terangkan tak…
Setan jin ni sume kan diciptakan kan oleh Allah swt drpd Api, maka musuh ketat kpd api adalah air, garam lak asal nye drpd air laut cume cara ni tak sekasar air, harap maklum
walawei bro! citer ko bro leh tahan seram nyer.. baru aku tau dalam berperang dan menghalau cik ponti ni, cara garam+ayatul kursi tak sekasar air+ayatul kursi.. i see
Pontianak ada due jenis:
1.kalau yang baik muke die akan warne putih atau muke yang tak jelas. Pontianak jenis ni biase nye tak kacau, dye cme pandang je
1.kalau yang muke hitam tu, pontianak jahat, yang ni yang selalu ikot balik rumah atau mengacau orang
Ten out of ten 🙂