#PopoSaya, 谁在你后面 ?

Selamat pagi, tengahari, petang dan malam saya ucapkan. Saya Chinese, so harap2 paham2 jek kalau tatabahasa tersilap langkah. Anda masih ingat saya lagi, bagus kalau anda masih ingat, kalau tak, boleh la cari kat fiksyen shasha, search (Thailand, ada 4 citer saya bkongsi bersama anda). Sebenar, kali nie saya tak beberapa ingat yang berlaku, tapi untuk peminat2 fiksyen, saya telah mengorek kisah nie sampai lubang hidung cacing demi anda. Walaupun saya Chinese, saya masih percaya kewujudan ‘benda-benda’ nie. Bila saya “bcakap siang pandang pandang, bcakap malam dengar dengar”. Jangan sesekali terpengaruh dengan bayangan seram nie, anggaplah nie sebagai citer untuk menghiburkan anda pada masa lapang. Kepada yang lemah semangat, ibu berbadan dua atau tiga, kanak2 bawah umur 15 tahun, pesakit2 di hospital and anda berseorangan, jangan sesekali membaca dalam keadaan gelap gelita.

Sebelum nak bagitau kisah nie, saya bagi cikit latar belakang. Masa itu saya umur saya 9, kakak saya umur 15 dan kitorang tinggal bersama neneknya di area di wangsa maju, rumah flat 5 tingkat duk tingkat paling atas sekali, kawasan penuh dengan kawan2 malay. Of course, saya berkawan dengan melayu. Banyak pengalaman pahit dilalui. Kitaorang dulu main sembunyi2, kejar2, baling selipar. Itulah sebab saya boleh berbahasa melayu. Kalau kita diberikan peluang berjumpa, confirm u x sangka I Chinese.

Balik kepada citer yg saya ingin beritau. Masa keadaan itu saya ingat paling jelas sekali, sebab masa itu tahun saya ambik PTS ( akhir tahun PTS ). Orang melayu kata, kalau kita bunuh cicak malam khamis, boleh dapat pahala, dan cina pulak, malam khamis jangan sesekali jemur baju putih stay overnight kalau tak, ‘benda’ pass by akan stay over dalam baju tersebut. Tambahan pula, ada jiran melayu kata, masa nak masuk solat maghrib, jangan main sorok soraok, kalau tak akan jumpa jumpa nanti. Sebaliknya, bagi kepercayaan cina, terutama lelaki jangan sesekali kencing merata-rata terutama di tepi jalan or tepi pokok tanpa memberitahu “sorry, ketepi ckit – in Chinese ” kalau tak, tidak sengaja terkencing pada ‘benda’ itu dan dia kata tutup mata dia, membuat kita berulang ulang dalam tempat yang sama.. Percaya atau tak, terpulang pada anda.

Kisah bermula di sini saya duk bersama nenek dan kakaknya. Siapa2 yg dibesarkan oleh nenek atau atuknya, confirm boleh terbayang2. Bila umur sudah meningkat, kawan2 pun berkurang, setakat 2 hingga 5 sudah mencukupi. Di kawasan wangsa maju, tak mengira malay, chinese mahupun india, kehidupan disana seperti air dicincang tidak akan putus. Budaya tolong menolong sentiasa dijadikan amalan kita. Di kawasan begitu, pasar pagi sentiasa dijadikan tempat dimana, mak cik2, suri rumah dan nenek berkumpul, berborak kosong/bgossip2. Bila kita dah mula rasa umur kita meningkat (tua), kita selalu berkata atau berpesan kepada anak2, jangan berbazir, kalau boleh digunakan, gunakah, jangan buang, masih elok, masih boleh dgunakan. Nenek selalu mengambil sama ada dia mengutip atau diberikan secara paksa yang mak cik2 di pasar dimana mereka tak mau atau buang barang2 biasa baju kanak2 ataupun pakaian yang cantik.

Tapi, biasa nenek saya bawak pulang ke rumah tetapi dia tidak bawa masuk ke dalam rumah, dia hanya letak di luar rumah. Bak kata pepatah cina, orang memberi, tak baik kita menolak. Walaupun barang itu elok ada yang masih boleh dipakai, tapi nenek tegas berpesan, jangan bawa sesekali bawa ke rumah. Saya tak bertanya kenapa, masa itu saya kecil lagi. So biasa baju yang cantik itu akan dijadikan kain buruk untuk lap meja sembahyang cina sekali sembahyang pada hari 1 dan 15 (lunar calendar). Kadang kala, kakak pun bising katanya membazir gila, sebab ada baju yang cantik mahupun saya pun berpikir macam itu sebab ada ultraman design, power ranger. Ada makcik yang bagi peralatan rumah seperti kerusi kecil, meja makan, tapi nenek biasa tak akan bawa masuk dalam rumah dan akan diletakkan di luar rumah sebelah pasu bunga pokok limau kasturi dan akan mbuang barang2 itu selepas 1 hari ke tong sampah bawa rumah.

Mengikut kepercayaan, pokok limau kasturi ada peralatan orang cina untuk menghalau ‘benda’ itu, kalau anda perasan, kebanyakan org cina suka teman pokok limau kasturi atau letak pokok limuau kasturi di sisi pintu rumahnya, sebab limau kasturi dalam cantonese dipanggil ( kat zai = cucuk anak ) dimana pokok itu boleh cucuk ‘benda2’ itu. ( u boleh tanya chinese kalau nk confirm )

Ada sekali itu, nenek bawa balik pengikat rambut/hairband yang cantik atau diberi orang, sebab sampai sekarang saya tak pasti. Mak kata dia kutip, jiran kata diberi oleh orang. Apa2 pun, I rasa nenek saya diberi oleh orang, sebab perangai nenek saya x mau kecewakan orang, so dia x akan tolak kalau org dah bagi kat dia. Apabila kakak saya ternampak pengikat rambut yang cantik, masa itu kakak terus ambik dah pakai, sebab dia kata masih elok, lagipun nenek bukan perasan hilang satu barang tambahan pulak, masa itu hairband plastik dia rosak. So dia bolehlah jimat RM 3 untuk belinya. Masa mula mula, dia pakai, buat macam biasa, sebab rambut kakak saya panjang. Perkara aneh nie bermula disini:-

Pada mulanya, kakak kata, masa around 1am, kakak saya lapar, so masa dia masak di dapur, dapur direct boleh nampak living room, tapi masa itu dia hanya buka lampu kat dapur. Pada mula2 kakak perasaan ada 1 org sedang tengok dia dari belakang, mula2 dia ingatkan saya dengan siap bertanya,(in cantonese) “nak makan tak adik bodoh, kalu nak, saya masak 2 bungkus”. Pastu, dia kata dia jelas dengar (Nak) dalam cantonese, so kakak masak 2 bungkus dan nanti saya bawa masuk bilik, nanti saya kejutkan bila dah siap, dia masuk bilik dan kejutkan saya dan kata, nah awak punya?

Dia kata saya tengah tidur dan kejutkan saya,” Woi, maggi awak dah siap. Tapi saya kata dalam cantonese, “maggi? saya tak nak makan, saya nak tidur,” dia kata saya yang kata nk maggi. Of course, saya tak mengaku sbb saya memang tak pesan dia. Tapi tak pasal pasal saya kena cubit dengan kakak, dia kata dengan nada marah, “U kata nk, baru dia masak dua”. I mati mati kata mana ada, pastu of course kena paksa makan la. Dia ingatkan saya mainkan dia.

Kali kedua berlaku, kakak saya suka mandi sebelum tidor, so kalau dia tidor pukol 2am, dia mandi jam 1.30am. Perkara nie berlaku semasa dia mandi, dia terdengar ada orang ketuk papan pintu tandas, pastu dia sambut dan kata dalam cantonese, “ SABAR la, saya mandi, kalau nak kencing, kencing kat sink dapur”. Tapi dia tak dengar jawapan, so dia pun rasa lain macam, bila dah abis mandi, dia keluar dan kejutkan saya, dan tanya samada tadi saya ada ketuk pintu tak ? Saya kata tiada. Biliknya katil double decker, so saya tidor di atas, dia pun kata dah 2 kali. Pastu dia citer kat saya, masa itu saya x tahu betul ke tau, mungkin dia nak takutkan saya. Masa itu saya tak mengambil tahu pun.

Apabila kali ke-tiga, kakak saya bagitau lagi seram. Macam biasa, kakak saya pun macam perempuan biasa, setiap bulan, ada sekali Encik Bulan dapat mencarinya. Macam biasa, bila dah datang, dia pun rasa penat, so biasa dia tidur awal. Dia kata, malam itu dia tidur, dia rasa katil double decker diatas macam ada orang melompat2. Dia pun kata, adik jangan melompat. Alang terperanjat, dengan rasa seram. Masa itu saya dah pergi kem pengawas sekolah, so biliknya hanya dia seorang, nenek tidor di bilik sebelah. Terus dia jerit “Popo”, terus nenek bangun dan tengok nape? Pastu dia citer kat nenek apa yang belaku, mula2 kakak ingat saya nk bmain2 dengan dia. Lama kelamaan nenek perasaan, dia pun kata kat kakak saya ( translate from Cantonese to malay )

Nenek : Awak ada ambil benda kat luar ?
Kakak : Tiada
Nenek : Betul, jangan tipu.
Kakak : errrrrr, ada, pengikat rambut nie.
Nenek : Itu la, kah nenek dah pesan jangan bawa masuk rumah
Kakak : Pastu nape nenek bawak balik
Nenek : Orang bg, susah nk reject. Sebab orang bagi, dia buat ambik sbb kalau x ambik nanti orang kecewa pulak, tapi nenek buat2 bawak balik, esoknya baru buang.

Kemudian, kakak saya tanggalkah dan. Bila pengikat rambut itu dibuang dan dibakar dalam tong yang bakar ‘joss paper’ semasa sembahyang dan nenek saya sembah dan bkata (in Cantonese) “budak kecil tak mengenali dunia lagi, berbesar hati, maafkan dia”. Semasa bakar itu, saya ternampak ada bayangan putih berbentuk macam asap di belakang kakak dan saya tanya kat nenek saya ( dalam Bahasa cantonese ) siapa di belakang kakak itu ?. Nenek kata jangan tanya, jangan tunjuk, masuk dalam rumah, jangan keluar. Kakak ingatlah perkara nie dah berakhir. Tapi benar atau tidak, kakak kata selepas itu, dia mula mengalami tidur, tidur macam biasa tapi ada kadang-kalanya dia hanya boleh buka mata, badan tidak dapat bergerak katanya ‘sleep paralysis’ atau lebih jelas dikatakan di himpit oleh ‘benda’ itu. Apa yang berlaku, macamana berlaku.. Ikuti sambungan ke PopoSaya #2

Disini, sebagai pengajaran mungkin anda percaya atau tidak, disebabkan setiap barang yang dibagi oleh orang (second hand) secara rela atau dipaksa. Ada kemungkinan barang itu bukannya second hand, kemungkinan third hand atau fourth hand dan asal usul tak diketahui. So sampai hari nie, keluarga saya pantang gila, bila orang bagi secondhand atau beli barang second. Disebabkan itu, saya hanya beli yg first hand, bukan nak kata tunjuk kaya, just worry terbawa ‘benda’ balik. Nenek kata, contohnya pakaian yang dipakai orang A itu nasib tak baik, apabila pakaian orang A diberi kepada org B, nasib tak baik orang A akan lekat di baju itu, secara tidak langsung nasib tak baik A akan bertambah ke orang B, bila orang B pakai, nasib tak baik dia akan bertambah, kalau orang B dah pakai, dia pulak bagi kat orang C, orang C itu akan dapat nasib tak baik orang A dan B.

Kalau lebih malang, pakaian kemungkinan orang sudah meninggal dunia. Bukan jek baju, kasut, bag, atau barang barang dibuang oleh orang. Bila org buang, confirm ada reason disebaliknya.. Apa apa benda pun ada nasib dia sama ada baik atau tak baik. Kalau anda perasaan, kadang kala kita ada yang terdengar bunyi2 kerusi, almari, kipas membuat bunyi pelik seperti ada orang cuba membetulkan tulang mereka ‘crack crack’. Adakah anda masih nak barang second hand lagi ?

PS : Maksud tajuknya – 谁在你后面 ? ( Siapa di belakang )

Loading...

21 comments

  1. Macam biasa, kakak saya pun macam perempuan biasa, setiap bulan, ada sekali Encik Bulan dapat mencarinya.

    hahahaha…terbaik!

  2. kalau Malay, kita korek sampai lubang cacing je. Chinese lagi hebat, sampai ke LUBANG HIDUNG CACING die korek..hahahahaha.. Comel la awk ni!

  3. Mak aku pon percaya .. Selain ayat Al Quran , Antara cara nak elak benda tu masuk rumah, tanam pokok berduri disekitar rumah..so benda tu takut nak masuk sebab banyak duri..

  4. “nak makan tak adik bodoh, kalu nak, saya masak 2 bungkus”
    Ayat ni sumpah lawak!! Hahahaha

    Part tanam pokok limau kasturi tu, my mom pun tanam juga pokok limau sebelah pintu. Sbb dia pernah cakap rumah kami ni ada banyak ‘benda’ cuba nak kacau since my dad belajar jauh masa kami kecik2. Penanggal la, hantu galah la, kak ponti la semua tu my mom pernah nampak dekat area rumah kami.

    Now, bila pokok tu dah kena tebang (i’m not sure why, maybe sbb rosak kot), I selalu dengar bunyi kak ponti mengilai at 3-4 am. Hahahaha.

    1. Hi Sunburn;

      Pernah tanya soalan yg sama pada Nursery Owner yg jual pokok time CNY. Bukan limau kasturi je.. Beberapa jenis limau semua meranum lebat. Geram!

      Then i tanya; ni kalau beli.. Bole ke buat makan? Dia jawab “Yang ni dah letak baja ubat bagi banyak buah, dah lepas gugur, nanti dah naik yg baru… Baru boleh makan”

      So kiranya, yg ditaruk baja penggalak tu tak boleh dimakan. Tapi kalau nak beli pokoknya , lain kali dah berbuah.. Safe je utk dimakan

  5. Salah sorang kawan I suka sangat antique furniture, rumah dah mcm museum! Antique as in ratusan tahun.. Bukan newly produced utk nampak mcm antik tu ye.

    Then dia duduk condo; rumah atas sekali. Asyik je lah dengar org seret kerusi meja, main guli.
    Betapa positif nya dia.. Sanggup je stay walaupun tahu ada penunggu di alam lain. Dia mmg pikir yg rmhdia bermasalah. Sekali ada kawan dia; sorang Ustaz ni dtg rmh and bgtau yg kerusi antik Victorian kesayangan dia tu ada ‘owner’. Dia duk gurau; sebab dia bujang.. Ade ler teman. Dia masih je simpan kerusi tu smp skrg, dan bunyi tu masih je ada ?

    Patut pun Arwah Abah larang keras beli brg 2nd hand dari Pasar Karat.

    1. Apabila kali ke-tiga, kakak saya bagitau lagi seram. Macam biasa, kakak saya pun macam perempuan biasa, setiap bulan, ada sekali Encik Bulan dapat mencarinya….hahahahah…. i baca u punya cerita dalam nada/slang yg org2 chinese…macam johan laa pulakkk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *