PopoSaya#2 第七天 (Hari Ke-Tujuh)

Sekali lagi, saya kembali di sisi anda, selamat pagi, tengahari, petang dan malam saya ucapkah, tak kira masa, anda berada dimana anda baca, anda dinasihati jangan membaca seorg2 terutama ibu yg berbadan dua, yang lemah semangat, kanak2 bawah umur 15 tahun dan masa anda berseorangan di bilik gelap mahupun seorang di rumah. Seperti biasa, saya Chinese, kesalahan tatabahasa harap dapat dimaafkan.

Di dunia kepercayaan cina, kepercayaan aneh mahupun pelik sentiasa dibincangkah. Masa dulu2, nenek selalu berkata, kalau bulan penuh (full moon) jangan berbohong atau tunjuk bulan guna jari, nanti suara suara hilang sementara atau sakit tekak. Selain itu, jikalau ingin beli rumah second hand atau kereta, kita dinasihatkan bawa anjing bersama kerana anjing boleh merasaikan, tapi kadang kala, ada yang membawa bayi juga. Jika bayi menangis, maknanya benda itu wujud disisinya anda.

Ada yang bertanya, kenapa cina tidak suka no.4 dan sukakan no.8. Betul, no.4 dalam Cantonese bawak maksud m**i, tetapi, sebenarnya no yang paling malang iaitu no.7 bukan 4. Kalau zaman sekarang, tak tahu, kalau zaman nenek, no.7 ialah paling tak ONG dikatakanya. Kalau anda perasaan, Hungry Ghost Festival jatuh pada lunar calendar bulan 7, kepada Chinese Hakka, pada lunar calendar, hari ke-7 selepas tahun baru cina, hari itu paling malang sekali. Ditambah pula, kalau you all perasaan, kebanyakan orang pass away, hari ke -7 adalah hari kepulangan rohnya. Ada orang meninggal dunia, sebab sakit tua ataupun ajal dah tiba, kalau ada org yang d*****h, m**i dalam kemalangan, dirogol, citernya lain pulak. Lebih seram kalau dia berpakaian merah. Kalau tak percaya, tanya org Chinese yang boleh Bahasa Cantonese, tanya apa maksud 67 (I don’t know how to wrote in BM, is like cucuk diri sendiri), 97 ( bad words = x tau explain ), 47 ( die faster ).

Di dalam agama Islam, dimana saya tak pasti, setiap kematian akan ditaman ke alam kubur, selepas itu, tiupan sangkakala/hari kiamat, hari bangkitan, padang mahsyar, syafaat, hisab, penyerahan catatan amal, mizan, telaga Rasulullah, shirat dan ditentukan ke surga atau neraka. Tetapi, kepercayaan Cina, orang cina percaya bahawa hidup selepas kematian dimana, apabila kita dah meninggal dunia, kita boleh diberi 7 hari untuk melaksanakan apa yang belum dilakukan. Selepas hasratnya ditunai, rohnya akan dibawa disisi penjaga lembu dan kuda (dewa) untuk buat lawatan terakhir untuk keluarganya. Kalau kita dibuat baik, kita akan dilahirkan semula menjadi manusia atau dewa, kalau kita berbuat jahat, kita akan dihukum menjadi hantu berkeliaran di dunia tersebut, ada kemungkinan akan dilahirkan semula menjadi haiwan.

Dalam kepercayaan cina, kalau anda perasan, Chinese tidak suka orang tepuk bahunya, ketuk kepalanya. Sebab cina percaya bahu kiri kanan dan kepala ada 3 api. Apinya tidak nampak secara mata kasar tetapi bila umur meningkat api akan kecil. Ia seperti lilin, digunakan untuk terangi nasib kita. Kalau api terpadam, nasib malang atau ‘benda’ itu boleh dekati anda. Biasa, masa itu, jangan tepuk batu, kalau tau kalah teruk nanti. Apa kaitannya dengan citer hari ini.

Setiap nyawa manusia di dunia akan berakhir sama ada sakit tua ataupun ditimpal malang.
Kisahnya bermula disini, sudah hidup 80 tahun di dunia sebenar, akhir nenek sudah meninggalkan anak2 dan cucunya. Cucu kesayangan nenek biasa yang duk bersama nenek iaitu saya dan kakak saya. Teringat masa dulu, nenek sayang sangat kat kitorang. Tidak pernah pukul ataupun marah kita. Masa nenek sakit, nenek dimasukan di hospital berdekatan Cheras, sebab kakaknya belajar di Universiti Kampung Malaysia (bukan nama sebenar) sebab hospital ada discount untuk family terdekat.

Seperti biasa, keluarga taklah berada, kami tiada orang yang berbesar hati untuk derma RM 2.6… So hospital setakat mampu sangat. Zaman nenek dulu, anak2 ramai, ada 10 orgnya tetapi kebanyakkan pendidikan terhad sahaja, kerja tidak mampu cover costnya. Sebelum nenek meninggal kita, pak cik2 saya nie kaki judi, beli no ekor. Masa itu saya tak paham, tapi sekarang saya dah boleh paham mengapa, Kalau korang perasan, ada kala orang jumpa accident, dapat number kereta dan beli TOTO, tidak kurang yg dimasuk ke dalam hospital, dapatkan katil ke berapa, tingkat ke berapa.

Nie disebabkan tidak mampu utk membuat pengembumian terutama Chinese, pengembumian Chinese mahal gila, budget mulai RM 10k. Actually secara tidak langsung, kalau orang kemalangan, no.kereta diambil dan dibeli toto, boleh dikatakan nasib kereta yg ONG itu akan dicuri oleh orang lain, tak lain juga di hospital, kalau pesakit itu ada nasib ONG dia akan berkurang, jikalau orang WIN the toto, tapi biasanya ada terjadi kepada keluarga terdekat sahaja.

Sebenar perkara nie, sampai sekarang saya dan kakak saya tidak pernah bgtau sesiapa pun.
Masa nenek sakit tenat, walaupun kita tahu masa itu akan datang, sebagai cucu kesayangan, saya dan ibu saya sentiasa temani neneknya dan kakak di university kerana ada final exam. Ok, di part saya dulu, masa di hospital, hospital dibenarkan 2 orang untuk stay over. Masa itu, mak saya tidor akibat penat, saya pulak membuat kerja sekolah. Masa berlalu dengan cepat, kalau tak silap, waktu 2.30am, masa dulu tiada FB, Ipad lagi (zaman 2008)

Masa saya tengah buat kerja sekolah, math, tiba tiba ada bunyi orang lalu, ingatkan nurse, tiba tiba nenek berkata kata saya, “ (nama saya), cepat panggil auntie J and Uncle K ”. Saya terkejut, saya tanya nenek, mana ada orang, nenek kata ada la, di situ tengah senyum, diorang datang melawat. Alang terperanjat saya, terus saya kejutkan mak saya.. Mak saya kata “Apa” ? Saya beritahu maknya in mandirin, “ mak mak, nenek kata ada org datang, auntie J dan Uncle K. Mak secara tiba tiba terus tampar saya. Terkejut saya dibuatnya.

Mak saya terus ke katil nenek, kata dalam Bahasa hokkien, “Diorang just pass by, jangan ikut diorang, mak”. Saya hanya terdiam jek, secara tiba tiba ada angin sejuk dan terbunyi tolakan pintu secara pelahan2. Tapi malangnya, sejam kemudian, neneknya sudah meninggal kitorang. Selepas itu, hari keesokan, saya bertanya kat mak, sape auntie dan uncle tersebut, katanya maknya, itu kawan baik nenek tapi sudah meninggal dunia 10 tahun lepas.

Seperti biasa, upacara funeral cina untuk nenek diadakah, dalam upacara seperti biasa, tapi sesuatu pelik berlaku. Kalau biasa anda perasan biasa kerusi baris pertama tak dibenarkan duduk termasuk keluarga. Kawasan funeral nenek berhampir hang tuah area, kawasan bandar, tapi yang peliknya di kerusi baris pertama, terdapat banyak serangga (belalang, kupu-kupu) letak di kerusi tanpa bergerak. Maknya kata, serangga begini, adalah kawan kawan nenek yang telah meninggal dunia. Sampai sekarang, kalau anda perasaaan nape baris kerusi pertama dikosongkan.

Itu baru permulaan, yang lebih seram walaupun keluarga terdekat. Experience nie berlaku bila hari ke-7 selepas nenek meninggal dunia, perkara nie berlaku pada masa yang sama, hari yang sama. Kemungkinan benar atau tidak, ia terpulang pada anda.

Experience pertama berlaku kepada pak cik (anak ke-3) saya dimana rumah didatangi kupu kupu yang sangat besar. Lebih menyeramkan bila, pak cik bertanya kalau mak dah balik, terbang ke atas kerusi nie. Lepas itu, kupu kupu terbang ke kerusinya..

Experience kedua, di mana berlaku di rumah nenek. Saya dan mak di dalam bilik tidur, tiba tiba masa 1am, terdengar bunyi seperti ada orang memasak, memotong di dapur dan memcuci baju selepas itu.

Experience ketiga di mana berlaku kepada pak cik (anak pertama), dia mana sebagai anak sulong, dimana dia bertanggungjawab untuk sembahyang, dimana keluarganya dapat merasakah kehadiran ‘nenek’ dengan ‘2 benda’ datang melewat ke rumahnya. Di samping itu, pak ciknya meletakkan bedak putih di putih belakang, dan akhirnya ada kesan tapak kaki kuda dan lembu pijak.

Experience terakhir dimana kakak saya terkena dan peristiwa menjadi history tanya2 di universitinya. Kakak saya study di univerisiti dekat Bangi, dan masa itu exam period, dia terpaksa belajar di hostelnya, hostelnya nama kolej xxxxxxddin xxxmi dimana bilik tingkap boleh nampak jalan simpang tiga. For Chinese, jalan simpang tiga adalah most ‘bad’ all the time, kebanyakkan orang tidak beli rumah, kedai bertentang dengan jalan simpang tiga. Seperti pelajar last minute, dia ulang kaji pada waktu malam. Masa itu, kakak saya tengah ulangkaji untuk tiba tiba terdengar macam ada orang buka pintu. Kakak ingatkan roommate baru nak balik atau bilik sebelah (sbb dulu UKM 1 bilik 3 orang).

Bunyi buka pintu lama sekali, roommate kakak ( Syazwani – bukan nama sebenar) ingat macam ada orang cuba pecahkah bilik, dia pun pergi membuka pintu. Syazwani pun berjalan ke arah pintu, tiba tiba jalan ke arah pintu, dia ternampak susuk yang berpakaian putih yang bergantung di depan pokok, pastu dia pun kata “ Ya Allah ya Tuhanku” dia jerit “ Alice Alice, come over here, u see what I see” bila kakak terus ke arah pintu, dia tidak nampak apa2 pun. Kakak saya berkata, u dah penat, jangan pikir bukan2, gi tidur. Masa diorang pusing balik, mengarah tingkap, alang terkejut kedua2 mereka, kakak nampak nenek sendiri and dinasihati pergi tidor tapi Syazwani pulak nampak nenek yang jual karipap di kampungnya (sudah meninggal dunia 4 tahun yang lalu), katanya dah lewat nie nak, gi tidor.

Mengapa karipap, sebab Syazwani selalu beli karipap dengan nenek itu. Kedua2 terkejut, apabila terpikir, bilik tingkap 3, bagaimana nenek tersebut berada di luar tingkap. Malam itu, diorang cepat cepat pergi tidor dengan perasaan takut. Tapi lebih seram, apabila, kakak saya dan Syazwani gi tidor, kedua2 mereka mengalami tidur paralysis, tidur macam biasa tapi, kakak saya hanya boleh buka mata, badan tidak dapat bergerak katanya ‘sleep paralysis’ atau lebih jelas dikatakan di himpit oleh ‘benda’ itu pada malam itu.

Kakak saya kata, bila dia tidor, dan buka mata, ternampak ‘benda’ itu hanya berdiri di sebelahnya dengan memandang ke arah dia, sebenar memang tiada rupa asal, hanya bayangan hitam tak lah hitam nak kata putih, tak la putih, katanya macam shadow transparent tapi agak menakutkan apabila ‘benda’ itu pandang ke arah mata kakak dengan perasaan ngeri, lama kelama, rupa berubah bentuk seperti nenek. Kemungkinan akibat rindu sangat kepada neneknya. Tapi Syazwani pulak kata, dia nampak ‘hantu kangkang’ tengah tidur di sebelahnya, dan dia deman sehingga 1 minggu. Dah stories nie dikatakan menjadi tanda soal di universitinya dan sehingga kini dijadikan bualan junior, benar atau tidak, anda menilaikan.

Kesimpulan, kemungkinan besar kaum Chinese tidak boleh dapat tengok hantu melayu dan melayu tidak boleh tengok hantu cina. Anda percaya? Tambahan pula, hari ke-7 kepulangan nenek hanya melawat kita untuk kali terakhir tapi kenapa hari ke-7 dan bunyi2 yang dilakukan adakah disengaja nk memberitahu kewujudan dia ataupun dia hanya pulang rumah untuk kali terakhir melakukan benda yang biasa dilakukan? Bagaimanapun, anda pasti ada jawapannya. Jangan tanya saya benar atau tidak, saya hanya memberitahu anda apa yang pernah kami alami, percaya atau tidak, ia terpulang kepada anda. Sekian, terima kasih

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

26 thoughts on “PopoSaya#2 第七天 (Hari Ke-Tujuh)”

  1. writer ni die punya cara bercerita macam budak kecil yang baru pandai bercakap. comel je 😉 btw, hakak kasi 5 bintanggg! keep it up dude!

    Reply
  2. Saya peminat you chinese. Harap lepas ni you share lagi dengan lebih mendalam tentang agama you, budaya you, adat you dan berbagai bagai lagi yang berkaitan dengan chinese hehe

    Reply
  3. Universiti Kampung Malaysia (bukan nama sebenar)…walaupun u da tukar nama university tu, i tetap tahu…kelkar laa u nie…haha…i baca dengan nada girls chinese yg biasanya kawan i bercerita…

    Reply
  4. hahaha UKM… uni kampung malaysia… naseb baik dlu aku pegi lepak kat aminuddin baki je… ni aminuddin apa aku taktau… sbb ada 5 huruf haha… kalau **ki mcm ni mau seriau gak kejap

    Reply
  5. Cina tak boleh tengok hantu melayu, melayu tak dapat tengok hantu cina… Comel la u cina…

    Simple je, hantu2 ni kan jin je. Jin boleh menyerupai apa saja. So in terms of hantu, jin boleh menyerupai any jenis hantu yg dipercayai sesuatu kaum tersebut.. Tujuan memang nak menakutkan n menyesatkan kita je.

    Macam kat negara omputih, hantu die xsmua jenis macam jerangkung, banyak yg siap bermekap, smart je pakaian, hensem2 cantik2.. Hantu melayu, cantik sekejap, bila berubah wajah, terus tak selera.. Hahahahaha

    Reply
  6. Seriously aku tak rasa macam ko chinese bila baca stories ko ni. Harap ko boleh kongsi lagi cerita seram dlm msyrkt chinese.

    Reply
  7. i hope that you can share horror story from chinese community. i always read about malay horror story but not chinese. so this is first time to know about chinese ghost. as i am 1/3 chinese and 3/4 malay, i hope to know about chinese story more. thank you

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.