Hi readers!
Terima kasih diucapkan sekiranya admin sudi publish-kan kisah aku ni.
Tadi aku ada terbaca satu post dekat Fiksyen Shasha tentang kisah seram yang berlaku dekat Politeknik Muadzam Shah. Aku terpanggil untuk ceritakan juga pengalaman aku selama tiga tahun belajar di sana.
Politeknik Muadzam Shah ni terletak di kawasan pedalaman. Kau orang takkan expect yang dekat situ ada satu IPT yang amatlah terasing dari pusat pendidikan lain. Lain-lain bangunan pendidikan semua terletak dekat bandar Muadzam Shah. Tapi Politeknik ni, di sebelah kirinya hutan sawit. Sebelah kanannya paya. Depannya pula hutan banad. Dapat bayangkan?
Nak dijadikan cerita, aku ni jenis tidur lambat bila tiba hujung minggu. Kononnya movie marathon seorang-seorang. Kisah ni terjadi semasa aku masih dalam semester dua. Tengah aku kusyhuk tengok movie pakai earphone, tiba tiba sayup-sayup aku terdengar ada orang panggil nama aku. Aku toleh ke arah roommate aku, tengok dia tengah sedap tidur. Aku pun teruskanlah aktiviti menonton movie. Selang beberapa minit kemudian, aku terdengar lagi panggilan tu. Berderau d***h aku. Lekas-lekas aku shut down laptop. Terpaku juga sejenak. Aku cuba tenangkan fikiran dan buat keputusan untuk cuci muka di tandas. Semasa di tandas tu, aku terdengar seakan-akan bunyi baldi jatuh terlangkup dekat bahagian sinki. Memang terkejut, tapi aku beranikan diri untuk periksa. Manalah tahu kalau-kalau ada kucing dalam tandas tu. Aku rasa korang pun boleh agak, memang tak ada kucing. Aku cuba sedapkan hati lagi. Mungkin sinki tu basah, baldi tu tergeincir terjatuh. Aku lalukan tangan aku atas sinki tu. kering. Saat tu, aku dah dapat hint.
Cepat-cepat aku buka air dan teruskan juga niat aku untuk cuci muka. Tengah sedap aku tenyeh muka, tiba-tiba aku terasa ada orang lalu belakang aku. Besar. Memang aku rasa besar! Bila aku toleh, there was nobody there. Aku pun melangkah selaju yang boleh dengan slipper licin tahap dewa. Sampai dalam bilik, tak sampai beberapa minit, tiba-tiba blackout! Aku dengar jiran sebelah dengan depan buka pintu bilik. Aku pun dengan terbodohnya pergi buka pintu dan berdiri depan pintu bilik. Kononnya nak melabun dengan jiran-jiran. Tapi bila aku suluh lampu handphone dekat pintu bilik orang lain, astaghfirullah, tak ada satu pintu pun yang terbuka! Serentak tu juga aku rasa satu hembusan angin sejuk menerpa ke arah aku. Bulu roma aku meremang.
Tak fikir panjang, aku hempas pintu bilik tu. Bersepah aku melangkah sambil dok panggil-panggil nama roommate aku dengan harapan dia terjaga. Sempat sekali dua aku panggil nama dia, tiba-tiba aku terdengar tingkap bilik aku tu dicakar dari luar. Aku terdiam. Mata aku tak putus tenung tingkap yang “dicakar” tu. Otak aku berputar ligat. Roommate aku masih tengah nyenyak tidur. Aku nak panggil nama dia lagi sekali, tapi tekak aku tak mampu nak bersuara.
Perlahan-lahan aku capai handphone aku, aku pasangkan surah yaasin dan aku halakan ke arah tingkap tu. Masih tetap ada bunyi cakaran tu. Tapi selang beberapa minit, bunyi tu beransur hilang. Keesokan harinya, aku pun ceritakan dekat roommate aku tentang bunyi cakaran pada tingkap tu. Dengan mudahnya dia jawab;
“Kucing kot.”
Kucing apanya? Bilik aku tu dekat tingkat tiga kot! Penyudahnya, aku buat keputusan untuk ceritakan pada ustaz. Jawapan ustaz lebih dapat aku terima. Kata ustaz, benda-benda tu suka menganggu orang-orang yang tidur lewat. Jadi, nasihat ustaz kepada aku adalah; jangan suka tidur lewat.
Sebenarnya ada lagi dua tiga cerita jugak aku nak share dekat readers tapi nanti lah bila aku rasa rajin nak menaip nanti aku post tu pun kalau di-publish. Nantikan yang seterusnya, ya! Terima kasih membaca cerita yang acah-acah seram. Mungkin korang yang membaca tak rasa seramnya. Tapi aku sendiri dah rasa. Seramnya, naudzubillah!
Muadzam tu kg sy
Seramnya main cakar2 pulak.
kononnya movie marathon seorang-seorang?
istilah ‘seorang-seorang’ takde. Yang ada ‘Seorang demi seorang’, atau ‘seorang diri’. Kelas BM jangan ponteng.
Yes! Aku student PMS sekarang.. banyak dah pengalaman aku kena macam ni tapi hanya mampu cerita dekat roommate sahaja yg paling seram masa pintu bilik terkunci dari pukul 2 lebih like that sampai pukul 6 pagi baru dapat masuk bilik 😭 masa tu sem2 now dah nak habis sem macam² yg aku pernah alami
aku ex student pms..grad 2014 mmg byk pglmn spjg bljr kt sne..brmcm kjdian yg aku llui,n blh dktakn stiap hri xkire siang atau mlm ad je kes histeria..smpaikn kteorg da lali ngn situasi tuh,n utk pgthuan jgk kteorg batch 1 yg bljr dkt ctu stay dkt ctu sblm ni senior kteorg mnumpang d ilp kt bndr muadzm