Pukau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera peminat Fiksyen Shasha. Cerita aku ni bukanlah kisah aku tetapi kisah sepupu aku Dian (bukan nama sebenar) dan boyfriend dia Lukman (bukan nama sebenar) yang dipukau. Lukman duduk Bangsar dan Dian ni kerja dekat KLCC. Memandangkan masing-masing jenis busy kerja tak suka 24 jam hadap handphone walaupun dekat so takdelah contact sangat cuma bila ada benda penting je dorang akan whatsapp. Selalunya bila rindu tu memang akan terus jumpa.

Nak jadi cerita, si Lukman ni nak pergi jumpa Dian dekat KLCC. Konon nak ambik Dian balik kerja. Dia pon drive singgah petrol pump dekat2 area rumah dia nak isi minyak. Tengah isi minyak, tengok duit dalam wallet tinggal berape je so dia pun pergi cucuk rm 1000 kat petrol pump tu. Baru nak masuk kereta ada orang tepuk bahu dia dan bermula dari situ dia tak ingat apa2 (ni dia cerita balik). Tiba2 yang dia sedar dia tak tau ada dekat mana tapi dia dalam kereta tepi jalan. Dia pon gelabah la cari2 wallet dia, pun dia tak jumpa padahal dalam seluar dia je. Bila dah seluk2 poket pon tak jumpe wallet, tengok yang ada duit singgit2 je.

Dia terus call CIMB block kad dia. Bila da tak ingat apa2 dia pun terus balik rumah, tak ingat langsung tujuan dia keluar tu kenapa. Bila dah balik (dia duduk dengan pakcik makcik dia tapi tu rumah dia), dia terus mengamuk halau pakcik makcik dia keluar. Time tu memang semua kata2 kesat keluar. Sampai pakcik makcik dia menangis2 bila kena halau tanpa sebab macam tu. Bila dia macam tersedar, dia mintak maaf balik merayu-rayu tak bagi pakcik makcik dia keluar siap cakap, “uncle nak pergi mana? Janganlah pergi. Lukman takde sape2 lagii”, sambil menangis(mak ayah dah meninggal).

Lepas tu terus call Dian. Beribu2 call Dian tak angkat. Memang tak angkat la sebab jenis bukan pegang hp lagi2 tengah kerja. Member Dian tegur, “woi hp ko ni memekak la si Lukman ni dari tadi tercall2. Ko pergi tengok”. Si Dian da pelik pastu dia cakap, “aik pahal pulak dia call aku, tak pernah2 pon nak call aku time kerja. Selalu whatsapp je. Nak bagitahu dah sampai ke? Awal nye”. Si Dian pon pergi la tengok, hp dia tengah berbunyi so dia angkat;

Dian: Hello, u kenapa?
Lukman: U, i nak bagitau u ni. I… I tak ingat apa2 u. I tak ingat apa2. I cuma ingat u je. I ingat u i sayang u.
Dian: U ni da kenapa. U kat mana ni? U jangan buat hal. Ko ambik ape ni? Tadi ko pergi jumpa kawan ko kan. Ko ambik barang yee???

Si Dian ni ingat si Lukman ni buat bende bukan2, tapi mati2 si Lukman cakap tak, takde sumpah sume bagai. Yang dia ulang “i tak ingat apa2”. Si Dian ni tengah kerja so tak boleh la cakap lama2 so dia letak. Yang si Lukman ni call lagi call lagi call lagi. So si Dian ni memang pelik nak mampos tak pernah2 si Lukman degil macam ni. So dia angkat balik dan ayat yang sama Lukman ulang, “u, i nak bagitau u ni. I tak ingat apa2 u. I cuma ingat u je tu I call u. I takot”. Si Dian dah tak tau nak cakap apa so dia call member Lukman(namanya Ayie) suroh tengokkan Lukman dekat rumah.

So bila Ayie sampai rumah Lukman, si Lukman boleh cakap, “ko sapee? Berambos dari rumah aku. Ko nak halang aku jumpa Dian kannn. Aku nak pegi jumpaaa dia”. Si Ayie tengok Lukman dah lain macam, dia call lagi member2 lain. Ramai2 lah datang rumah si Lukman ni. Bila dah datang pon ayat sama jugak diulangnya, “korang sapa?? Korang nak halang aku jumpa Diaan kan. Aku nak pergi jumpa dia”. Member2 yang lain semua tahan yelah takkan nak bagi dia pergi jumpa dengan rupe ituu. Disebabkan dihalang, kene beduk la dorang dengan si Lukman.

Yang peliknye 4 orang tumbang lah lawan si lukman tuu. Empat2 mc. Bila dah kelam kabot macam tu call ustaz(tak tau sapa yang call), start dari tu dia langsung tak ingat apa yang jadi. Bila dia sedar, semua orang tengah keliling dia and ada banyak al quran kat tepi dia. Bila dah okay dia tanya member2 dia kenapa dengan dia. So member pon citer la, “ko meracau tadi sampai pukol kitorang”. Lukman tanya, “kenapa ko tak melawan?”. Member dia jawab, “giler ko tak melawan?! Takkan aku nak jadi pokok pisang bila ko dha pukol aku. Aku balas tapi ko kuat sangat, da tumbang pun boleh bangun lagi. Pelik betol aku”.

Time semua tengah bacakan yasiin untuk Lukman, bayangkan si Lukman boleh ikot baca sekali sampai habis. Padahal time tu dia tak sedar. Bila dah okay, dia call Dian lagi. Time tu dia ulang lagi cakap, “u i nak bagitau u. U jangan panic k. I tak ingat apa2”. Si Dian pon cakap, “pale otak ko la. Ayat ni dha beribu kali ko bagitau aku”. “Ouh yeke i tak ingat la u. I nak jumpa u”, sambung Lukman. Mula2 memang semua tak bagi tapi bila dia cakap dia ok dia ok, so semua lepaskan dia keluar. Sepanjang dia drive, dia on call dengan si dian. Punyalah takot dia terlupa lagi. So memang dah terang lagi bersuluh lah punca dia macam tu sebab orang yang tepuk bahu dia tu pukau dia and mungkin orang yang tinggalkan barang tu kat dia memang lepaskan terus atau benda tu terlupa nak ikot tuan dia hehe. Tu terus meracau macam tu tapi lepas ustaz tu da buang dia ok da. Esoknya jumpa wallet dalam poket seluar.

Walaupun cerita nya tak seram tapi ni untuk pengajaran jugak pada semua pembaca. Hati2 bila kita sendirian. Lagi2 bila nak pergi cucuk duit. Yang pakai gelang emas smpai ke siku, rantai emas da macam rantai motor. Hati2 la ye, lelaki pun boleh kena inikan pulak perempuan. Aku cuma nak share korang tak payah nak kutuk2 aku. Ok abis dah bye.

Leave a Reply

3 Comments on "Pukau"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

Setan nyata pandai gune duit ni kdg2 lg menyeramkan dr setan haluuusss ni…

Karipap Kentang

Telan air liur segumpal baca citer ni. Seriau siot.

N

err..tertngl barang dkt org lain ke..huhuhu..naya mmg naya..

wpDiscuz