PULANGLAH

Tini menepuk lembut p******g bayinya yang menangis tanpa henti. Berdiri tegak di beranda rumah mendodoi bayinya sambil menunggu kepulangan suami tercinta. Begitulah rutin hariannya setiap malam, menangisi diri ditemani bayinya.

Tini masih mengharap Fuad pulang menemuinya .Mahu ditunjukkan bayinya yang belum pernah melihat wajah ayahnya. Pulanglah! Rintihan Tini tiada yang memahami ,malah, sejak dia melahirkan, ibu mertuanya juga sudah meninggalkan dia.

Apa salah diriku, mengapa kalian meninggalkan aku? Di mana sumpah janjimu mahu sehidup semati denganku?

Masih Tini ingat, saat perpisahan mereka, Fuad meminta agar dia bersabar .Setelah ekonominya stabil, dia akan pulang membawa Tini untuk tinggal bersamanya.

Jiran jiran juga memandang sepi akan dirinya, malah menjauhkan diri. Sudah lama Fuad pergi, sehingga saat dia disahkan hamil.

Berpucuk surat diutus ke tempat kerja Fuad, satu pun tidak berbalas. Tini tetap menanti Fuad ,ditepis perasaan jahat yang bersarang di hati .Dia yakin, Fuad akan pulang.

Suatu malam, dari beranda rumahnya, Tini ternampak sosok wajah yang amat dirinduinya. Berlari dia ke tingkat bawah mahu menyambut insan yang amat dirindui.

Bagai disayat sembilu, Fuad pulang membawa wanita lain .Sakit hati melihat wanita tersebut merangkul lengan Fuad penuh manja.

“Siapa wanita ini?soal wanita itu.

“Dia adalah masa silamku.”ujar Fuad.

Tergamaknya dikau Fuad. Sedikit pun Fuad tidak memandang wajahnya. Tini menangis semahunya.

Tidak, dia perlu bersemuka dengan Fuad .Marah menguasai diri melihat Fuad membawa masuk perempuan itu ke kamar mereka.

Diterjahnya pintu bilik. Melompat wanita itu melihat wajah bengis Tini. Disembam mukanya ke dada Fuad.

“Tini?”soal Fuad seolah olah baru nampak kewujudannya.

“Ini anak kita bang. Telah lama aku menunggu kepulanganmu. Mana janji setiamu, siapa wanita ini?”soal Tini dengan nada marah.

“Maafkan abang, sewaktu di Sarawak, abang telah dikhianati sahabat sehingga abang dipenjarakan. Saat bebas dari penjara, abang mendapat khabar bahawa sayang telah meninggal saat melahirkan .Bertahun abang menyendiri, sehingga abang bertemu dengan Wina, kami baru sahaja berkahwin .”ujar Fuad.

“Bukankah kau bersumpah akan sehidup semati denganku!”soal Tini..

“Maafkan abang, dunia kita berbeza, pulanglah bersemadi dengan aman.”pinta Fuad.

Tini menangisi nasib .Tangisan mendayu dayu itu menyentuh hati Fuad.

“Tidak, aku tidak akan pergi, di sini rumahku .Rumah yang kau bina untukku. Hidupku telah hancur, satu saja pintaku, jangan usir aku dari rumahku, kalian yang harus pergi, pulanglah.”rayu Tini .

Fuad terpaksa akur dengan permintaan Tini. Rumah itu ditinggalkan kosong. Sekali sekala Fuad akan pulang ke rumah itu seorang diri untuk membersihkannya .Biarlah rumah itu menjadi kenangannya. Mungkin dengan berbuat begitu, roh Tini akan aman.

PULANGLAH
#MUMMYLESONG

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 18 Average: 3.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.