Pusaka Warisan episod 2

20 tahun lalu…

Ray telah ditembak bertalu-talu oleh ejen-ejen perisik itu, akibat tak dapat menahan tembakan itu Ray rebah tidak bernyawa. Aiza hanya mampu melihat dari jauh,dia tak mampu untuk menolong abang nya itu.

Pelan-pelan Aiza menyusup keluar dari celah-celah belukar lari dari tempat itu untuk menyelamatkan diri. Aiza berlari selaju mungkin dengan airmata jatuh deras mengalir dari mata nya.

Dia tak sangka mereka sanggup mengkhianati Aiza dan yang lebih sedih, Aiza tak sangka mereka semua sanggup mengkhianati abangnya Ray. Ray banyak berkorban untuk mereka. Ray dan Aiza adalah sepasang adik beradik serigala jadian. Mereka normal pada siang hari dan mereka akan berubah apabila waktu malam sahaja.

Bagi Aiza, memang melampau untuk penduduk setempat untuk bertindak demikian kerana dia dan abangnya sudah menjaga kampung itu lebih dari nyawanya sendiri.

Beberapa purnama telah berganti, kini Aiza kembali untuk menuntut bela atas kematian abangnya Ray, setelah dia mempelajari dan meningkatkan tahap ilmunya. Dia tanpa belas kasihan m******h kesemua orang yang ada di kampung itu.

Tidak cukup sampai disitu, Aiza mengumpul semua mayat-mayat orang kampung di tempat abangnya d*****h lalu di bakar kesemua mayat tersebut.

Setelah semuanya selesai, Aiza mendirikan sebuah rumah agam yang sangat besar di atas tempat kejadian itu dan dia sendiri yang duduk didalam rumah itu. Setidaknya saat dia bertukar menjadi serigala dia tidak lagi perlu berlari ke hutan,cukup harus sembunyi di salah satu bilik rumahnya saja .

Hari demi hari telah berlalu, manusia pun dah semakin ramai berhijrah kesitu. Ramai orang tertarik dengan kampung itu sebab hanya seorang wanita cantik sahaja yang menjadi penduduk kampung itu.

Sejak dari itu kawasan yang dulunya sebuah kampung telah bertukar menjadi bandar. Segalanya berubah kecuali rumah agam itu. Tak ada sesiapa yang akan merobohkan rumah agam itu kerana semua orang menghormati bahawa Aiza ada penduduk asal disitu.

Aiza mula rasa bosan duduk berseorangan dalam rumah agam besar itu, pada waktu pagi dia akan keluar berjalan-jalan di pekan. Semakin ramai penduduk dan mereka sangat menghormati akan dirinya.

Sangat aman suasana pekan itu cuma sesekali pada waktu malam mereka akan mendengar suara serigala menyalak, pada awalnya mereka juga ketakutan tetapi bila kelamaan mereka semua tidak mengalami apa-apa malapetaka dan sekarang walaupun dengar suara itu pada waktu malam,mereka sudah biasa untuk tidak mengendahkannya.

Pada suatu hari, sedang asyik Aiza berjalan-jalan dipasar pagi,dia disapa oleh seorang penjual bunga “hai awak, ambillah bunga ni,hadiah untuk awak yang sungguh menawan”. Pipi Aiza kemerahan mengambil bunga dari jejaka tampan itu. Aiza cuma membalas dengan senyuman manisnya.

Mula dari itu, Aiza selalu dapat sejambak bunga bila dia melintasi gerai penjual bunga itu setiap pagi. Lama kelamaan Aiza memberanikan diri untuk menegur jejaka tampan itu.

“Awak tak rasa rugi ke setiap hari bagi bunga pada saya? Bukan sekuntum tapi sejambak pulak tu.”

Lelaki itu menjawab “Untuk wanita menawan dan yang paling penting untuk wanita yang lebih cantik daripada bunga-bunga ni apa salahnya “.

“Saya Mikael, cik siapa nama?” Tanya lelaki tampan itu.

“Aiza”

Ringkas jawapan Aiza sambil tersenyum dan berlalu sopan melintasi gerai itu. Mikael cuma pandang ke arah Aiza yang tertunduk malu sambil tersenyum manis itu. Sungguh mencairkan hatinya.

“Sopan sungguh perilakunya” detik hati Mikael.

“Apa yang kau termenung tu Mikael?” Tanya ibu Mikael yang bernama saodah.

“Tak ada apalah mak” balas Mikael sambil senyum. Dah macam kera sumbang lagaknya.

Hari demi hari berlalu, Aiza dan Mikael semakin rapat. Sesekali Mikael akan menemani Aiza berjalan dalam pasar pagi itu. Mikael masih tak berani untuk mengajak Aiza berbual lama, cuma sekadar menjadi teman berjalan sahaja.Tengah hari tu, Aiza mengajak Mikael untuk menemaninya ke taman pada waktu petang. Mikael terus setuju tanpa berfikir panjang. Aiza cuma tersenyum melihat gelagat Mikael yang lucu ketika itu.

Petang itu untuk pertama kalinya Mikael keluar berdua-duaan ke taman bunga seperti sepasang kekasih. Berbunga-bunga hati mikael.

Sampai saja di taman itu, Aiza yang sudah sampai terlebih dahulu melambaikan tangan kepada Mikael. Pada awalnya mereka tak banyak cakap, masing-masing gemuruh mungkin. Auza juga pertama kali menghadapi situasi sebegitu.

Aiza mula memecahkan kesunyian suasana dengan soalan “nak diam je ke wahai abang tampana sebelah saya ni”

Merah padam muka Mikael menahan malu dan kekok dalam situasi itu. Tergelak Aiza memandang Mikael. Melihat Aiza tergelak Mikael juga turut tergelak sama.

“Err maaf ye cik, saya tak biasa berada dalam situasi macam ni”. Jujur Mikael luahkan isi hatinya

“Ini juga kali pertama bagi saya, tak payah cik cik dengan saya. Panggil sahaja Aiza, kita kan dah kenal dan semakin rapat” jawab Aiza meredakan rasa kekok mereka berdua.

Banyak perkara dibualkan oleh mereka, sehingga hal-hal bunga pun diceritakan oleh Mikael kepada Aiza. Aiza sangat senang dengan Mikael. Nampaknya Aiza sudah mula jatuh hati.

Tak sedar akan masa telah menjelang gelap, Aiza tak senang duduk,jam ditangan delikerling menunjukkan waktu jam 6.55 malam, sekejap lagi Aiza akan berubah menjadi seekor serigala jadian.

Nampak cemas dimuka Aiza, segera dia berdiri dan berkata “maafkan saya, saya kena pergi. Jumpa disini esok jam 4petang ya.” Selepas Aiza mengucapkan kata-kata itu, Aiza berpaling dan terus berlari keluar dari kawan itu. Terpinga-pinga Mikael dibuatnya.

Mikael menyangka dia ada tersalah cakap dengan Aiza sehingga Aiza berlari sebegitu. Nak dikejar sudah jauh Aiza berlari. “Sungguh cepat wanita cantik itu lari” gumam Mikael sendirian.

Mikael balik dalam keadaan hampa yang jelas kelihatan di wajahnya.

Bersambung…

Penulis : Syamsyidee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 4.4]

1 thought on “Pusaka Warisan episod 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.