Pusaka Warisan Part 3

Tepat jam 4 petang Mikael telah menunggu Aiza di tempat yang sama mereka berjumpa semalam. Dia telah mula jatuh hati pada Aiza.

Setelah 1jam menunggu, Aiza tiada tanda-tanda kemunculan di sana. Mikael mula rasa tak sedap hati, rasa ingin pergi kerumah agam milik Aiza tapi teragak-agak.

Mikael menunggu sehingga jam 7 petang disitu, Aiza tetap juga tidak munculkan diri. Mikael mula melangkah pulang dengan kecewa.

Esoknya Mikael masih menunggu di tempat dan waktu yang sama, tapi hampa. Aiza tetap tak munculkan diri. Setelah 3 hari berlalu Mikael nekad untuk pergi ke rumah agam Aiza untuk mencari dimana Aiza.

Dia merasakan ada sesuatu yang menimpa Aiza. Pada keesokkan hari kira-kira tepat jam 8 pagi Mikael sudah terpacak di depan pintu rumah agam tersebut. Hatinya berdegup kencang apabila dia melangkah masuk ke kawasan rumah agam itu.

Mikael dalam keadaan dilema selepas mendapati salah satu tingkap di rumah agam itu pecah. Tingkap yang berdekatan dengan pintu utama itu kelihatan pecah dan memudahkan sesiapa yang melalui kawasan itu untuk melihat.

Dalam ketika Mikael di fasa membuat keputusan untuk masuk sahaja atau cuma sekadar memanggil nama Aiza, Mikael mendengar suara seorang gadis meraung kesakitan dari dalam rumah agam itu.

“Aiza!”

Mikael mengecam suara itu dan tanpa berlengah dia meluru masuk ke dalam rumah agam itu dan sangkaan dia benar, Aiza meraung kesakitan sambil memegang dada nya yang penuh dengan d***h.

Mikael pergi kearah Aiza untuk membantu. Sambil mengangkat Aiza dengan perlahan dia bertanya apa yang berlaku.

“Awak tak patut datang Mikael” jawab Aiza sambil menahan kesakitan.

Mikael membersihkan luka pada badan Aiza dan terkejut bila Mikael nampak kesan cakaran besar di belakang badan Aiza serta kesan tembakkan pada dada sebelah depan Aiza.

Setelah luka Aiza dicuci, Mikael masak sesuatu untuk Aiza makan, Mikael percaya dalam keadaan Aiza seperti tu, dia belum makan apa-apa selama kira-kira 3 hari berlalu.

“Cuba jelaskan apa yang berlaku? Siapa yang buat bergini pada awak Aiza?” tanya Mikael sambil menyuap makanan ke mulut Aiza. Baik sungguh Mikael kepada Aiza.

Aiza mula menceritakan apa yang terjadi, Masa Aiza pulang dari berjumpa Mikael tempoh hari, dia telah diserang oleh 3 orang yang bersejantakan senapang di dalam rumah nya sendiri.

Dan yang paling mengejutkan Aiza, ada satu makhluk seakan serupa dengan diri nya bersama mereka yang menyerang nya. Satu pertempuan yang agak dahsyat antara dia dan mahkluk itu. Dia hampir menang dan hampir m******h makhluk itu, tetapi dia telah ditembak oleh salah seorang daripada mereka tepat di dada. Aiza bernasib baik,tembakan itu tesasar sedikit dari terkena tepat ke jantung.

Terlopong Mikael mendengar apa yang diceritakan oleh Aiza. Seakan tak percaya tapi dengan apa yang Mikael lihat sendiri keaadan Aiza sebegitu, nak tak nak dia memaksa diri untuk percaya juga.

Melihat Mikael kelihatan terkejut, Aiza faham kalau Mikael ingin menjauhkan dirinya dengan Aiza. Aiza menyuruh Mikael meninggalkannya kerana Aiza menyangka Mikael akan takut setelah mengetahui hal sebenar tentang dirinya ditambah dengan hal yang baru terjadi.

Mikael menolak dengan baik kata-kata Aiza yang menyuruhnya pergi. “Lepas makan ni awak masuk ke bilik berehat. Saya kemas apa yang berselarak dulu. Dah siap semua baru saya balik.malam nanti saya datang masak untuk awak.” Jelas Mikael.

Aiza kelihatan tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mikael, kerana dia tahu waktu malam dia akan berubah menjadi sesuatu yang menggerunkan. Tapi belum sempat Aiza besuara Mikael tambah dengan berkata

“Tak payah fikir terlalu banyak. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buat saja apa yang saya cakap.” Mikael berkata sambil bangun dan pergi kearah ruang tamu rumah itu.

Aiza mula menurut tanpa mempersoalkan apa-apa lagi.

Waktu yang hampir senja begini membuatkan hati Aiza tak senang. Dia tahu sekejap lagi dia akan bertukar. Macam mana pula dengan Mikael. Tidak kah dia takut akan Aiza.

Sudah kebiasaan, saat Aiza ingin berubah menjadi serigala jadian itu, tubuhnya akan berasa panas. Tapi anehnya malam itu badan Aiza tidak mengalami perubahan apa-apa. Pelik dengan keadaan itu tapi Aiza tetap mengikat dirinya dengan rantai besi di dalam bilik utamanya. Dia menyangka Mikael akan takut kepada dirinya. Sekurang-kurang nya bila Mikael nampak dia dalam keadaan begitu, Mikael akan berasa aman.

Pintu besar rumah agam itu dikuak dan muncul Mikael bersama ibunya. Apabila mereka masuk kedalam bilik Aiza berasa cemas melihat mereka.

“Tak perlu kamu cemas dan takut sayang. Kami akan menjaga kamu” lembut ibunya bersuara.

Terpinga-pinga Aiza disaat Mikael membuka ikatan besi ditangannya.

“Kenapa saya tak berubah?” soal Aiza

“Sebab makcik ada dekat dengan kamu” balas ibu Mikael.

Ibunya mulakan bicara di saat mereka makan bersama di ruang makan rumah itu. Aiza kelihatan agak senang kerana itulah kali pertama dia berasa normal di sepanjang hidupnya. Mikael hanya tersenyum melihat tingkah laku Aiza.

Ibunya menceritakan kenapa Aiza tak berubah disaat bersama dengan mereka.

“Sebenarnya..”

bersambung…

Penulis : Syamsyidee

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 23 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.