Pusaka Warisan part 7

Penulis: syamsyidee

Berdekah-dekah Mikael ketawa bila tahu Haikal pengsan kerana terkejut Aiza mengandung dan dia akan menjadi atok tak lama lagi.

Semenjak dari itu, Aiza dijaga dengan sangat baik, tak ada satu pun kerja yang Aiza boleh buat. Mereka menyuruh Aiza berehat dan jangan buat apa kerja sekalipun.

Hari-hari seterusnya hanya Saodah yang akan meniaga nasi lemak di pondok depan simpang itu. Mikael dan Haikal mengerjakan ladang belakang rumah dengan lebih keras. Semua nya untuk ahli baru dalam keluarga itu.

Aiza tidaklah keseorangan dirumah, dia selalu ditemani oleh Hanum. Hanum menjaga Aiza seperti kakak kandungnya sendiri. Aiza seringkali mempelawa Hanum untuk duduk sekali bersama mereka di rumah agam itu. Tapi Hanum menolak, Dia merasakan tidak layak untuk duduk bersama keluarga yang sangat bahagia itu.

Ada satu petang, ketika Haikal berseorangan di ladang belakang rumah, dia didatangi oleh Balqis. Balqis tidak lagi bersembunyi, dia semakin berani munculkan diri dihadapan mereka. Dan sekarang Balqis menuju ke arah Haikal.

Haikal perasan Balqis menuju kearahnya, dengan pantas Haikal membuka langkah untuk mulakan serangan jika Balqis terus melangkah.

“Tujuan aku kesini bukan mencari lawan dengan kau! Kau tak setanding aku dan kau pun tahu hal itu kan?” Balqis mula berbicara sambil tersenyum sinis.

“Kau nak apa perempuan durjana? Aku belum membalas dendam terhadap apa yang kau lakukan pada aku dulu!” keras dan dalam kata-kata Haikal.

“Jangan takut, aku takkan m******h kau. Aku datang cuma nak bagitahu kau kalau anak itu lahir sahaja, kau akan kehilangan kuasa kau sepenuhnya. Kau jangan lupa aku tahu keadaan badan kau yang makin lemah, dan kau juga dapat rasakan bukan?” Balqis cuba menghasut Haikal untuk kembali berjuang untuknya.

Kali ini Rencana Balqis bukan untuk mengawal badan Haikal, tetapi untuk membuatkan Haikal berpihak kepadanya dengan menggunakan kesempatan yang ada. Balqis tahu jika dia nak melawan mereka sekeluarga, dia akan kalah dan akan m**i begitu sahaja. Balqis tak setanding dengan mereka jika mereka bersatu.

Haikal tidak mempedulikan apa yang Baqis katakan.Balqis diusirnya keluar dari kawasan itu, dan Dia juga melarang Balqis mendekati mana-mana ahli keluarganya yang lain. Dia tidak teragak-agak untuk terus m******h balqis jika Dia melanggar kata-katanya.

Malam itu selepas makan, Haikal menceritakan hal yang berlaku kepada Aiza,Mikael dan Saodah. Terkejut juga mereka mendengarnya. Tetapi ada sikit perasaan lega apabila mengetahui Balqis tidak berbuat apa-apa yang buruk.

Aiza juga menceritakan hal Hanum yang tidak mahu apabila diajak duduk bersama mereka, Haikal memberi cadangan untuk mereka bersama pergi kerumah Hanum esok pagi untuk membincangkan hal itu.

Bila mereka sampai dirumah Hanum yang hanya beberapa langkah sahaja dari rumah agam itu, Hanum berasa sangat senang dan juga dalam masa yang sama dia hairan kenapa mereka semua datang. bukan lah tak suka tapi cuma hairan sahaja, biasanya cuma dia yang akan kesana atau mereka akan berjumpa di pondok depan simpang itu sahaja.

Tanpa berlengah Saodah terus membuka mulut.

“Sebenarnya Mak Odah nak jodohkan kau dengan Haikal”

Bukan main terkejut Hanum mendengar, terus merah mukanya.

“Kenapa tiba-tiba macam ni mak Odah?” Soal Hanum

“Kau pun tahu kan keadaan kita semua macam mana sekarang. Lebih selamat kalau kita semua bersatiu.” kata Saodah

“Yela Hanum, lagipun saya sebenarnya dah lama juga pendam perasaan suka dan sayang pada awak.” tambah Haikal.

Memang betul Haikal ada perasaan pada Hanum dari mula lagi, cuma dia rasakan jarak usianya yang jauh lebih kurang 20 tahun itu yang menjadikan Haikal hanya memendam sahaja perasaan nya.

“Betul ke? Atau saja nak mainkan perasaan Hanum?” soal Hanum

“Tak lah, saya memang suka pada Hanum, cuma risau Hanum tolak sebab saya tua” jawab Haikal sambil menundukkan pandangan.

“Baiklah kalau begitu, tapi Hanum ada satu permintaan.”

“Apa dia Hanum?” Saodah dan Haikal serentak bertanya.

“Selepas berkahwin, Hanum kena duduk dengan kamu semua kan? Jadi permintaan hanum cuma satu, rumah ni jangan dirobohkan atau dibuat apa-apa. Ni sajalah kenangan Hanum dengan keluarga Hanum, mereka dah tak ada, setidaknya rumah ni akan jadi pengubat rindu Hanum pada mereka.”

Mereka setuju dengan permintaan itu,perkahwinan Haikal dan Hanum telah diadakan dengan sangat meriah sekali.

Itulah kali pertama mereka menjemput jiran-jiran yang berada dikawasan itu untuk datang kerumah agam itu.

Sangat ramai orang yang datang, kawasan itu sudah pun jadi satu pekan, dah tentu akan ramai penduduknya.

Mereka sangat senang dengan keramahan penduduk disitu, penduduk disitu juga masih sangat menghormati kerluarga Aiza, Mereka semua tahu Aiza dan keluarganya adalah penduduk asal disitu. Dan ada tanah dan rumah yang didiami oleh mereka mlik keluarga Aiza.

Aiza sahaja yang tak pernah ambil peduli dengan tanah-tanah nya itu. Baginya cukup semua orang dapat hidup aman damai serta harmoni disitu.

Dengan ada nya majlis seperti itu kini penduduk disekitar jadi lebih gembira, Aiza rasa bersyukur sangat kerana mereka semua menerima dia dan keluarganya, malah mereka merasakan seperti satu keluarga yang besar.

Penduduk lainnya selalu juga membawa hadiah seperti buah-buahan , hampir setiap hari ada sahaja barangan pemberian penduduk sekitar situ, Saodah membuat keputusan tidak lagi berjual nasi lemak disimpang sebaliknya hanya memberikan secara percuma sahaja. Makan serta minum mereka sekeluarga sentiasa cukup, hasil di ladang belakang pun telah membuahkan hasil dan ditambah dengan pemberian penduduk kampung yang lainnya.

Hasil dari ladang pun Aiza tidak menjual, cukup mennghantar bekalan itu ke pasar sahaja untuk kebajikan penduduk di situ. Bagi nya hasil-hasil itu harus dikongsi bersama, mereka pun akan berkongsi rezeki juga. Cuma bunga-bunga sahaja yang dijual di kedai bunga milik Aiza dan Saodah yang berada ditengah-tengah bandar itu.

Hari semakin berlalu,Balqis tidak pernah muncul melainkan pada Aiza hampir nak bersalin. Aiza mahu bersalin dirumah sahaja, disambut oleh beberapa doktor pakar yang sememangnya penduduk disitu juga. Jiran-jiran juga ada datang kesana untuk menyambut ahli baru dalam keluarga itu.

Keadaan menjadi sedikit huru-hara dengan kemunculan Balqis, ada yang melarikan diri dari situ, ada yang masih kekal disitu nak mempertahankan keluarga itu. Aiza amat terharu dengan mereka.

Haikal dan Mikael menerjah ke hadapan rumah. Kini dihadapan mereka adalah seorang ahli sihir yang kejam dan menunggu masa nak menyerang mereka.

Balqis memulakan bicara, “anak itu tidak boleh lahir di dunia ni!!” bergema suara Balqis dan sangat menyeramkan kepada sesiapa sahaja mendengar nya.

“Apa kau mahu setan!!” Laung Haikal.

“Aku dah cakap pada kau dulu, kalau anak itu lahir kau akan m**i!”

“Biarkan saja hal itu, kau jangan masuk campur urusan keluargaku!”

“Kau ingat aku tak tahu, kalau aku m**i, kau juga akan m**i!”

Tersentak Balqis mendengar kata-kata Haikal. Ya, Balqis juga akan m**i sekiranya Haikal m**i. Hal ini kerana semasa Balqis nak keluar dari badan Haikal dulu, Haikal sempat membaca satu mentera mengikat roh Balqis dan Haikal. Sekirang Haikal m**i,Balqis juga akan turut m**i. Jadi dengan itu Balqis tidak akan mengapa-apakan dia lagi.

Mikael hanya mampu mendengar sahaja perbualan mereka, tidak tahu nak berkata apa. Dia hanya mampu bersedia dalam langkah berjaga atas sebarang kemungkinan.

“Kau tak ada pilihan Balqis!” Jerit Haikal lagi.

“Kau tetap akan m**i sama ada kau membuka langkah menyerang atau kau membiarkan semua ni terjadi.”tambah Haikal lagi.

“Cuma sekarang kau ada pilihan, untuk m**i sebagai penjahat atau juga untuk m**i sebagai seorang yang telah bertaubat atas segala dosa silam nya” tegas Haikal lagi.

Balqis mula menangis, dia tidak mahu m**i begitu. Dia juga kesal tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Baginya umpama menunggu hukuman gantung yang telah diberikan oleh seorang hakim keatas pesalah, Dia tahu akan m**i sebentar lagi tapi tak boleh buat apa-apa.

Balqis menangis semakin kuat, suasana betukar menjadi sayu dan hiba. Mikael tercengang melihat semua itu. Dia mampu melihat Balqis yang terduduk di hadapan nya itu.

Mikael mula menyoal Haikal, “apa maksud kau akan m**i bila anak aku dan Aiza lahir?”

Balqis menyampuk “ Aiza adalah keturunan ketujuh dalam susur galur serigala jadian, bila dia melahirkan keturunan kelapan, semua dari golongan vampire, serigala jadian dan juga ahli sihir akan m**i disaat kelahiran itu.”

“Dan itulah yang menjadi sebab kenapa aku ingin m******h seluruh keluarga kali sebelum ini semua terjadi! Sekarang semuanya dah terlambat!” tambah Balqis lagi.

“Betul ke Haikal??” tanya Mikael mula rasa bersalah.

“Tidak! Aku tak percaya semua itu. Ajal maut ditangan Tuhan, tak ada kena mengena dengan kelahiran seseorang!” Tegas Haikal.

“Kau masih tak percaya lagi? Dengan kehilangan kuasa kau dan juga keadaan kesihatan kau semakin memburuk sekarang?” Tanya Balqis sayu.

Balqis cuma tidak mahu m**i dan kerana alasan itulah Balqis menjadi seorang yang sanggup m******h dan hasil daripada didikan raja sihir yang kejam itu, Balqis juga berubah menjadi kejam. Tapi sekarang dia tidak mampu melawan takdir.

Suasana memjadi hening, penduduk yang sememang nya tahu kisah keluarga Aiza menjadi sayu mendengar apa yang dikatakan Balqis. Semua keliru dan sedih. Masing-masing tak tahu apa yang patut dilakukan. Mereka datang untuk meraikan kelahiran dan kematian dalam masa yang sama.

Keadaan menjadi tegang apabila Hanum keluar memanggil Mikael dengan cemas. Kelam kabut Miakel masuk kedalam. Mereka semua menunggu dengan penuh debaran. Semuanya tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.

Balqis masih terduduk tidako mampu mengawal perasaan nya. Bergitu juga Haikal yang mengawasi Balqis, dalam masa yang sama Haikal juga menunggu semuanya dengan penuh debaran.

Masuk sahaja Mikael kedalam, dia diberitahu Aiza telah selamat melahirkan anaknya. Menitik air mata keluar dari kelopak Mikael. Gembira menjadi seroang ayah. Bila teringat hal yang jadi sebentar tadi, terus dia bertanya akan hal isterinya. Doktor yang ada disitu berkata semuanya telah selamat. “Janganlah tuan risau hal itu, semuanya selamat dan tuan masuklah kedalam untuk azankan anak tuan dan tengoklah keadaan isteri tuan. Tak ada pekara yang buruk berlaku” jelas doktor itu.

Masuk sahaja kedalam bilik, Aiza hanya tersenyum melihat Mikael. Mikael mendukung anak nya dan melaungkan iqamat untuk anaknya. Anaknya comel, mukanya putih kemerahan. Selesai sahaja iqamat, Mikael meletakkan kembali disebelah Aiza. wajahnya betukar kesedihan.

“Apa yang berlaku abang?” tanya Aiza kepada Mikael.

Mikael menceritakan kejadian tadi. Aiza hanya mendengar sambil tersenyum sahaja.

Aiza berkata “ Jangan risau tentang hal itu abang. Aiza telah membuang sumapahan itu pada hari kita bernikah. Selepas kita bernikah, saya ada meminta untuk masuk kebilik bawah tanah ni kan. Disitu lah saya membuang sumpahan itu. Itu pun sebenarnya secara kebetulan. Kebetulan Aiza tahu saat masuk kedalam bilik itu. Mak Odah yang temankan Aiza kesitu. Sebab itu juga lah Mak odah tak melarang Pakcik bernikah dengan Hanum.”

Terkejut juga Haikal mengetahui hal itu. “ Jadi tiada apa yang akan berlaku kepada Pakcik?” tanya Haikal.

“Ya bang. Termasuklah Balqis juga akan selamat daripada sumpahan itu. Cuma da satu saja syarat untuk menamatkan sumpahan itu”

“Apa syaratnya?” tanya Haikal mula bingung dan tak sedap hati.

“Syaratnya Aiza akan jadi serigala jadian setiap kali bulan mengambang, selain daripada itu tak ada apa-apa yang akan memudaratkan kita semua bang. Itu pun akan berlaku selepas anak kita berusia 7 tahun nanti.”

Lega hati Mikael dapat tahu tiada lagi yang harus terkorban.”Tapi..” kata-kata Aiza terhenti.

“Tapi apa sayang?” tanya Haikal.

“Esok lah sayang ceritakan lagi, bawa sekali Balqis ya abang”

“Baiklah, sayang berehat dulu ya, abang uruskan hal diluar”

Setelah mereka semua nampak Mikael keluar, mereka tumpukan pandangan kearah Mikael.

Sampai sahaja di hadapan Balqis dia berkata

“Tak perlu bersedih lagi. Tiada siapa yang akan m**i tapi kau harus datang kesini esok malam. Aiza ada sesuatau yang harus diperkatakan.”

Balqis dan Haikal bingung memikirkan kenapa mereka berdua masih hidup lagi.

“Mikael, adakah anak kau..” baru sahaja Haikal membuka mulut, Saodah menyampuk dari arah belakang.

“Jangan nak memandai-mandai, cucu aku elok lahir di dalam tu”

“Esok kau datang sini Balqis, ada hal yang lebih penting lagi” ujar Saodah lagi.

Dalam masa yang sama semua penduduk yang menyaksikan kejadian itu bersorak gembira. Mereka menyambutnya sehingga lupa akan Balqis yang satu ketika adalah jahat.

Balqis juga terpinga-pinga dengan kejadian itu. Haikal tahu Balqis tiada tempat tinggal, dia berbincang dengan Hanum untuk membiarkan Balqis tidur dirumah Hanum, Hanum bersetuju tanpa membantah.

Keadaan sekarang menjadi sangat baik dan itu semua tiada siapa yang rancang melainkan perancangan yang Maha Esa sahaja.

Setelah larut malam, penduduk sekitar juga beransur pulang kerumah masing-masing. Hanum dan Haikal menghantar Balqis balik kerumah Hanum.

Disaat Hanum dan Haikal nak beredar pulang, Haikal sempat berpesan pada Balqis “Hargai lah peluang kedua ini dan jangan sesekali terlintas untuk sia-siakannya kerana akan tiada lagi peluang ketiga akan diberikan” cukup ringkas dan dalam maknanya pesanan nya.

Keesokkan hari nya, Aiza telah bangun dan sedang membuat sarapan untuk mereka semua, terkejut sungguh mereka melihat Aiza di dapur.

Saodah mula nak membebel tapi belum sempat buka mulut Aiza berkata,

“Aiza dah sihat mak, korang semua janganlah lupa Aiza kan bukan manusia biasa, boleh sembuh dengan masa yang sangat cepat” kata Aiza sambil tersengih.

Mereka juga baru teringat akan hal itu. Hari itu merupakan hari yang biasa sahaja apabila menjelang malam, Balqis datang kerumah agam itu,

Kali pertama Balqis menjejakkan kaki kedalam rumah itu, satu ketenangan yang belum pernah dirasainya sepanjang hidupnya.

Mereka menyambut kedatangan Balqis dengan ramah sekali. Seakan Balqis juga adalah sebahagian daripada keluarga mereka.

Bila semua telah duduk di ruang tamu, Aiza mula menceritakan apa yang berlaku dihari pernikahannya dahulu.

Masa Aiza masuk dalam bilik bawah tanah itu, ada satu aura negatif yang sangat kuat menyelubungi tempat itu. Aiza membangunkan rumah agam itu diatas tapak asal rumah orang tuanya dahulu, jadi dia sendiri tahu akan kewujudan beberapa bilik tersebut.

Diajaknya Saodah sebagai peneman, tak tahu tujuan menngapa dia masuk kebilik bawah tanah itu, Aiza cuma dapat rasakan ada sesuatu yang memanggil dia untuk kesitu. Disitu juga lah satu peristiwa pelik berlaku, keadaan bertukar seperti ribut kencang, Saodah dan Aiza hampir sahaja melarikan diri keatas dan tiba-tiba ada lembaga besar muncul dihadapan mereka.

Lembaga itu merupakan seekor serigala jadian yang sangat besar. Lebih besar dari pakciknya Haikal. Mereka berundur beberapa langkah ke belakang.

“Jangan kau takut wahai cucu ku, Aku adalah daripada leluhur mu juga. D***h yang mengalir dalam badan kau adalah d***h yang sama mengalir ditubuhku.” kata lambaga itu.

Lembaga itu adalah atok moyang Aiza tapi ianya hanyalah munculkan diri tanpa jasad yang nyata.

Lembaga itu menceritakan hal sebenar tentang keturunan mereka. Dan dia juga menceritakan bagaimana keturunan raja sihir ingin menghapuskan mereka semua. Dan disitu juga lah Aiza diberitahu tentang perjanjian ataupun sumpahan yang mereka buat satu ketika dahulu. Lahir sahaja anak dari keturunan ketujuh, mereka yang mempunyai kuasa hebat akan m**i semuanya sekiranya ada kuasa yang masih tersiksa dalam diri mereka.

Dengan itu Aiza meminta cara untuk menghapuskan sumpahan itu demi melindungi keluarga nya serta menamatkan permusuhan ahli sihir keatas keluarga mereka.

Aiza juga memikirkan apa yang akan terjadi kepada mereka yang duduk di sekitar situ, kalau keluarga itu musnah, ahli sihir akan kembali berkuasa dan akan menindas semua orang sama macam dulu.

Sumpahan boleh dibatalkan daengan cara Aiza menyerap semua kuasa yang tersisa daripada mereka termasuklah Balqis. Hari demi hari Aiza menyerap kuasa mere sidikit demi sedikit, rancangan Aiza jadi mudah apabila tahu Balqis kembali kesitu untuk membalas dendam.

Setelah menyerap kuasa itu semua, Aiza hanya seorang sahaja yang mempunyai kuasa itu, mereka dapat merasakan kuasa mereka telah hilang, dan Balqis merasakannya dan menganggap dia perlu menghapuskan aiza dan anak ya untuk menyelamatkan nyawanya sendiri.

Mulia sungguh hati Aiza kerana ada akibat keatas keputusan nya itu.

Aiza akan berubah menjadi seekor serigala jadian yang sangat ganas apabila anak nya berusia 7 tahun. Tidak lah lama tempoh Aiza bertukar, hanya waktu malam sahaja. Tapi masalahnya, dia tidak akan mengingat siapa lagi dirinya dan orang disekelilingnya pada waktu dia bertukar itu.

Balqis mendengar dengan teliti dan membuat keputusan untuk berkhidmat sebagai panjaga untuk keluarga itu.

Sejak dari itu dia telah berpindah duduk dirumah agam itu dan mula membuat satu bilik khas untuk Aiza gunakan apabila datang waktunya nanti.

Keadaan semakin baik sejak dari peristiwa itu. Anak Aiza yang diberi nama Mawar…

Bersambung…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Jemput follow saya di page saya ya.
terima kasih kepada yang support

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.