Sedar tak sedar, sampai pagi Mawar menceritakan perihal keluarganya kepada Ahmadi, lelaki yang dibantunya malam tadi.
Dia merasakan sedikit lega kerana pertama kali dia dapat meluahkan ceritanya kepada orang lain.
Bunyi ngauman telah tiada, keadaan rumah kembali tenang tidak seperti malam tadi. Mereka berdua pergi ke bilik tadi.
Ahmadi melangkah dengan teragak – agak takut dengan serigala besar yang dia jumpa malam tadi.
“Jangan kau takut Ahmadi, ibuku telah kembali ke rupa manusia biasa.” ringkas kata – kata Mawar kepada Ahmadi.
Masuk sahaja kedalam bilik itu, kelihatan Aiza dengan tangan dan kaki yang berikat, timbul perasaan simpati dalam diri Ahmadi.
Aiza hanya memandang sambil menguntumkan senyuman kelat dari dalam bilik. Selesai sahaja Mawar membuka rantai besi yang mengikat ibunya, mereka turun kebawah untuk menyediakan sarapan bersama sambil berborak, anak – Ahmadi masih lagi tidur, mungkin kerana terlalu selesa jika nak dibandingkan bawah jambatan sebelum ini.
“Kenapa pilih saya untuk duduk dirumah ini?” tanya Ahmad.
“Sejujurnya aku hanya menurut permintaan ibu ku sahaja, ibuku yang menyuruhku untuk menjemput kamu datang kerumah ini.” jelas Mawar.
Pandangan beralih ke Aiza.
“Sebenarnya kau dan aku adalah dari keturunan yang sama, kita adalah saudara Ahmadi.” serentak mereka berpandangan satu sama lain dan Ahmadi kelihatan sangat hairan memandang Aiza.
Ya, sememangnya apa yang dikatakan oleh Aiza itu adalah benar. Ahmadi adalah anak kepada Hanum dan juga Haikal.
Ada satu ketika mereka semua terpisah akibat mengikut haluan masing – masing untuk berdikari dengan keluarga masing – masing. Yang menyedihkan apabila Mikael dan juga Hanum mengalami kemalangan jalan raya yang agak dahsyat dan mereka terkorban di tempat kejadian dan Aiza tak boleh datang akibat jauh dan dia akan berubah bila malam menjelma.
“Mulai hari ini, kau duduklah disini dan sekolahkan anak – anak kau. Aku akan cari cara untuk membuang sumpahan aku ni dan kau jangan takut, sumpahan ini takkan beralih pada kau.”
Macam mimpi, sebelum ini Ahmadi menjadi gelandangan dan sekarang dia menjadi ahli keluarga yang sangat kaya raya.
Mawar adalah seseorang yang amat kaya di kota raya itu, ini kerana hasil kekayaan keluarganya dari dulu. Kebun di belakang rumah agam itu masih diteruskan dan kini menjadi sebuah kilang pembungkusan import dan eksport sayuran dan kebun bunga telah betukar menjadi pusat kebajikan untuk gelandangan di kota raya. Ini semua adalah idea daripada Mawar untuk menaikkan taraf ekonomi mereka disamping membantu penduduk kota yang kurang bernasib baik.
Urusan persekolahan Amin dan Amir menjadi sangat mudah kerana reputasi keluarga itu yang terhormat dan dikenali ramai. Kini mereka berdua tidak lagi tertinggal dalam pelajaran. Mereka juga amat senang dan bersyukur nasib mereka telah berubah.
Aiza bahagia keluarga mereka telah bersama semula, cuma ada satu hal yang merunsingkan. Hal sumpahan itu, sejak dari Mawar kecil sudah macam – macam cara dilakukan untuk membuang sumpahan itu tetapi hasilnya tetap sama.
Ahmadi bukanlah seseorang yang langsung tidak berguna, dia juga memiliki sedikit saki baki kuasa dari kekuatan Haikal dan kecerdikan Hanum, dalam masa yang sama dia juga mempelajari cara bagaimana untuk menghapuskan sumpahan Aiza.
Hampir setiap hari Ahmadi masuk dan berkurung dalam bilik bawah tanah sehingga ke petang kerana dalam bilik itu ibarat perpustakaan yang mempunyai banyak buku – buku lama. Dia banyak menghabiskan waktu membaca buku – buku itu.
Ada satu hari, waktu itu hujan lebat, Amin dan Amir berada di sekolah dan Ahmadi yang berada di bilik bawah tanah meluru keluar mendapatkan Aiza dan Mawar sambil membawa sebuah buku lama.
Aiza dan Mawar yang sedang berada sedang asyik memerhatikan pemandangan diluar terkejut apabila Ahmadi menjerit memanggil – manggil sejak dari tadi.
Sampai sahaja didepan mereka Ahmadi menunjukkan buku itu, “ dalam ni ada tulis macam mana kita nak membuang sumpahan tu”
Wajah Aiza berubah tertarik dengan apa yang dikatakan Ahmadi itu. Mereka bertiga membaca bersama.
Dalam buku itu tertulis jika nak menamatkan sumpahan itu, mereka haruslah pergi ke tempat asal usul serigala jadian itu. Menurut buku itu, serigala itu bukanlah sekadar kuasa sahaja, tetapi sebenarnya ianya adalah saka yang yang diwarisi oleh seorang pemilik asal dan dah menjadi keturunan untuk diwarisi.
Aiza yang baru tahu akan hal ini keliru, tak tahu sama ada perasaan mahu sedih, ataupun marah. Benda yang disangkakan kuasa kini baru lah dia tahu sebenarnya hanya saka dari keturunan terdahulu. Dan upacara yang Aiza buat dulu untuk menyedut kuasa dari Haikal dan yang lain itu sebenarnya adalah untuk menarik masuk saka terkutuk itu dalam badan Aiza.
Kini dalam badan Aiza ada 2 makhluk yang asalnya daripada 4 makluk tak guna itu. Dua darinya dengan sendiri telah keluar akibat taidak ada keinginan untuk menjadi saka kepada manusia tetapi dua lagi tertarik dengan Aiza kerana mampu mengawal tubuh badan Aiza.
“Kalau macam ni cerita keluarga kita, bagaimana kita nak pergi ketempat itu? Kita tak tahu punca asal semua ni” Aiza berkata dengan nada yang sayu.
“Tak apa, saya akan cari lagi maklumat lain yang ada dalam bilik bawah tanah. Banyak lagi yang belum saya baca, ini baru buku yang ke berapa puluh dari ribuan buku yang ada dibawah.” kata Ahmadi sambil tersenyum.
“Kalau begitu mari kita membantu Ahmadi di bawah” ajak Aiza kepada anaknya Mawar.
Sejak dari itu mereka bertiga banyak menghabiskan waktu di bilik bawah tanah, tetapi mereka hanya akan kesitu pada waktu Amin dan Amir tiada dirumah sahaja. Bila mereka ada dirumah, Aiza mahu fokus menjadikan hari mereka berjalan dengan baik. Aiza sangat menyayangi Amin dan Amir.
Ada satu hari Amir balik dengan keadaan pipi nya lebam dan Amin yang kelihatan terhincut – hincut. Aiza kelihatan cemas segera mendapatkan mereka. Mereka beritahu ada yang cuba membuli mereka, mereka melawan balik. Akibatnya mereka teruk dibelasah oleh mereka yang sentiasa ada melepak di satu lorong berdekatan sekolah. Mereka berdua memang akan menggunakan lorong itu setiap hari untuk pulang ke rumah.
Mendengar sahaja perkara itu, Aiza meluru keluar pergi ke lorong itu untuk membalas perbuatan mereka, habis teruk kumpulan itu dibelasah Aiza, Aiza tidak memberi peluang kepada mereka kerana usia mereka jauh lebih dewasa berbanding Amin dan Amir. ada yang patah kaki dan tangan akibat di belasah oleh Aiza.
Kini mereka tidak lagi berani melepak dikawasan itu malah jika terserempak dengan Amin dan Amir, mereka akan lari lintang pukang daripada mereka berdua.
Aiza sangat mementingkan keselamatan dan keselesaan cucu-cucu saudara nya itu, keadaan tubuh badan yang masih kuat itu adalah satu kelebihan bagi Aiza bebanding orang lain yang sama usia dengan nya. Mungkin kerana saka itu atau mungkin juga kerana tubuh badan nya yang semula jadi.
Pencarian masih lagi diteruskan untuk mencari dimana tempat asal usul pejanjian saka tu di buat, sementara tu tiada apa yang boleh Aiza lakukan cuma Aiza akan menghabiskan banyak masa bersama Amin dan Amir.
Mereka sehabis baik untuk membuat memori bersama, mereka juga menyayangi Aiza dengan sepenuh hati, mereka tidak dapat kasih sayang seorang ibu tetapi diganti dengan keluarga yang sangat menyayangi mereka.
Ada satu malam, Amir terjatuh dalam satu longkang yang besar, kerana keadaan licin atas jalan yang dilalui saat pulang dari sekolah, Aiza dengan cepat keluar menuju ke hospital kerana pihak hospital yang telah menelefon Aiza berkenaan Amir.
Sampai sahaja dihospital, kelihatan Amin sedang berbual dengan seorang wanita di luar lobi hospital, keadaan menjadi tegang selepas Amin menjerit “pergi” ke arah wanita itu, segera Aiza, Mawar dan Ahmadi ke arah Amin.
Ternyata dihadapan Amin ketika itu adalah ibunya Maria…
Bersambung…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit