Assalammualaikum..hai semua..nak share lagi cerita dengan semua pembaca FS..cerita ni berlaku beberapa tahun yang lepas..
Cerita 1 :
Masa tu ayah dan ibu saya bekerja di sebuah pusat aktiviti kanak-kanak dan menetap di pusat tersebut..mereka kena menetap di situ sebab ada kanak-kanak yang bermasalah ditempatkan di situ sementara mencari tempat perlindungan yang sesuai untuk mereka..
Pusat tu banyak menerima sumbangan orang persendirian dan badan korporat..baju, buku, mainan, makanan, alat muzik dan macam-macam lagi..ada suatu hari ni, ada orang sumbang barangan tapi saya tak ingat apa..yang saya ingat sebuah piano lama..kami pun kemas dan susun barangan tersebut..piano kami tempatkan di tingkat pejabat (tingkat 2) sebab berat dan ruang tangga untuk angkat piano tersebut ke tempat aktiviti di tingkat 3 agak sempit..
Pagi esoknya dalam pukul 7 pagi ibu kejutkan saya..saya buka je mata, ibu suruh diam lepas tu dia ajak saya pergi ke tangga..dalam mamai tu saya pun ikutlah (untuk pengetahuan, kami tidur di tingkat 3)..ibu saya cakap dalam nada berbisik, “cuba dengar”..saya pun cuba la dengar..bunyi piano..saya pandang ibu, ibu pandang saya..kami yakin memang piano tu berbunyi sendiri sebab masa tu masih awal lagi dan belum ada staff lain yang datang..budak-budak pun belum datang lagi..masa tu piano tu masih berbunyi dan main note yang sama..untuk sedapkan hati, kami cakap mungkin pakcik saya dah sampai masa tu..
Dalam pukul 9 pagi macam tu, pakcik saya naik ke tingkat 3..ibu saya pun cakap la kat dia, “amboi Mi, kemain datang pagi-pagi main piano”..lepas tu pakcik saya jawab yang dia baru je sampai waktu tu..pagi ni dia terlewat sikit datang..saya dan ibu berpandangan..lepas tu ibu pun ceritalah pasal tu pada ayah dan pakcik saya..kami pun pergilah tengok piano tu kalau-kalau owner sebelum ni ada set timing ke apa..tapi cari-cari tak jumpa..lagipun itu piano lama..Kesudahannya, kami bagi piano tu pada tempat lain..heheh..kami tak nak diganggu dengan bunyi piano tu lagi..
Cerita 2:
Masih lagi cerita di pusat aktiviti ni..masa tu ayah dan ibu saya dah tak menetap di pusat ni lagi sebab dah ada staff untuk kerja malam..masa tu saya buat part time kat situ..
Malam-malam sebelum ni ok je masa saya jaga kanak-kanak ni..tapi ada satu malam ni saya rasa macam tak sedap hati je..masa tu ada sorang budak ni baru lepas memerut..lepas dh cuci sisa buangan, nak pakaikan la balik seluar kat budak ni..budak ni kategori OKU, masa tu umur dia dalam lingkungan 4 ke 5 tahun gitu la..masa tu budak ni baring atas katil..tengah-tengah pakaikan seluar tu tiba-tiba dia cakap, “nampak Nana tak ada kepala” (Nana tu pun budak yang tinggal kat situ juga).. masa tu dah cuak juga tapi buat bodoh je..boleh pula dia sambung cakap, “akak takut ye?” sambil tersengih-sengih..renungan mata dia tu..haihh..memang seram..saya diam je dan suruh mereka semua tidur..
Lepas dah pastikan semua budak-budak ni dah tidur, saya pun ambil tempat saya untuk tidur..saya baru je nak lena tiba-tiba terdengar macam bunyi loceng..banyak kali juga la..hati masa tu dah berdebar-debar..saya pun pejamkan mata dan cuba tidur..tiba-tiba saya rasa badan saya macam lumpuh, tak boleh nak bergerak..saya kena tindih! saya tak boleh nak buka mata pun..suara tak terkeluar..saya cuba untuk meronta..tengah-tengah dok cuba meronta tu, saya azan dalam hati..alhamdulillah, saya berjaya melepaskan diri..
Lepas dah berjaya melepaskan diri tu, baru saya dapat gerak dan buka mata..tapi nasib baik saya tak nampak apa-apa..masa tu saya rasa bernasib baik sangat sebab saya tidur dalam keadaan mengiring..kalau saya tidur dalam keadaan telentang, mungkin susah untuk saya melawan..sebelum tidur semula tu, saya baca surah Al-Fatihah dan ayat kursi..alhamdulillah, tiada gangguan lagi..
Mengikut cerita, pusat tu terletak di tingkat yang dah lama dibiarkan kosong..ketika pusat tu baru nak buka, ada panggil ustaz untuk bersihkan tempat ni..ustaz tu bagitahu, memang ada yang duduk kat situ..berkawan-kawan..huhu..ustaz pun terkejut sebab masa tengah bersihkan tu, benda tu tunjukkan diri depan dia..ustaz yang tengah azan pun terberhenti sekejap sebab terkejut..
Ada lagi kisah kena tindih tapi kali ni di rumah pula dan cerita-cerita lain kt rumah yang kami duduki tu..tunggu next entry ya..tq pada yang sudi baca
::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
just ok
tu la nasib baik tidur mengiring