Assalamualaikum semua!
Aku pernah post kat sini pasal kisah ‘Busuk Hati’ bagi sesiapa yang dah baca tu mesti tahulah. Aku janji nak sambung bab PUTERI kan? Hehe. Tapi sebelum jumpa puteri tu, ada satu lagi cerita pasal jiran aku ni. Tapi yang ni jiran yang lain pulak.
Aku duduk kawasan kampung. Lorong rumah aku ni ada dalam 5 buah rumah macam tu lah. Lepas tu hujung jalan ada lagi 2 buah rumah macam tu ah. Rumah menghadap depan depan. Jiran yang aku maksudkan ni, jiran sebelum masuk lorong rumah aku. Rumah dia betul-betul depan tu.
Macam yang aku cerita sebelum ni, mak aku bisnes kuih macam tu lah kan. Alhamdulillah, kami dapat rezeki lebih, boleh buka kedai. Adalah buat solat hajat baca yassin kat kedai tu. Jemput lah jiran dekat dekat situ. So, jiran depan lorong ni tahula kami nak bukak kedai. Satu hari tu, dia datang. Pakcik tua dah jugak lah. Anak dia semua dah besar.
Dia datang then cakap macam ni, “kalau setakat nak bukak kedai, bukak then tutup. Baik xpayah. Macam gali lubang sendiri”. Entah hapa-hapa. Lepastu dia blah camtu je. Datang semata mata nak cakap macam tu. Haihhlaa manusia. Kami xstart lg pun dah ada yang ura ura xsuka. Kami abaikan jelah. Sampai satu hari ni, dia buat kenduri, rumah lain dia jemput. Tapi rumah kami xjemput. Semua jiran tanya xpergi ke? Sebab ajak pergi sekali. Pastu kitorang explain la tuan dia xjemput. So diorang senyap jelah.
Selang beberapa hari macam tu, dia sakit pukul 2-3 pagi cam tu ah. Sakit teruk. Anak dia tergesa gesa datang rumah mintak tolong. So, ayah aku ni masih ada hati perasaan pergi lah tolong settle. Sampai pukul 5 camtu. Xtido. Esok nak kerja lagi. Aku kesian jugak kadang xkira masa orang datang rumah. Lepas dia sihat balik.
Dia sombong lagi. Entah apa yang dengki sangat. Kat kedai aku macam-macam la jadi mula mula stat niaga tu. Orang main lempar batu atas atap. Ada satu ‘FAMILY’ tumpang kedai kami. Selalu guna dapur gas. Tengah buat kuih dengar bunyi dapur gas dan dapur tu panas! Haha. Masak apa tah ‘family’ tu. Ayah aku cakap ada tiga ekor. Anak,isteri,suami. Ayah aku suruh balik tempat dia. Pekerja mak aku datang kerja pengsan.
Nak amik wuduk air takda. Sekali orang lain pergi bukak ada. Gurau pulak. Haha. Pekerja aku ramai berhenti sebab jejak je pengsan. Hebat kan. Baru selangkah dah pengsan. So kami pun xnak tanggung jadi suh dia behenti jelah. Orang yang jaga solat betul betul je boleh kerja sini. Sebab dia punya syaitoonn kuat. Air bukak sendiri. Macam macam lagi lah. Lepas asyik ubat kedai aku ni, jiran aku sakit balik. Anak dia kol pukul 3 pagi camtu, suh ayah aku datang. Mak aku xbagi pergi. Bukan xnak tolong. Tapi esok jelah. Esok tu ayah aku pergi ah tengok. Tapi aku xtahu jadi apa lepas tu. Rasanya meracau macam tulah. Apa aku nak cakap, jangan sombong dengan jiran. Kau sakit,susah, jiran jugak tolong.
Lepas dari tu, kami pergi kelantan. Sebab serabut jugak dengan benda ni semua. Pergi jalan jalan jelah. Kami balik malam esoknya. Otw balik, kami cari masjid nak solat. Masa tu dalam pukul 10 lebih camtu, jumpa la satu masjid ni. Kat area dungun ke kemaman aku xpasti. Kiranya jamak ta’khir jelah masa ni.
So masa tu pagar dah tutup. So, kami parking kat tepi jalan je. Otw nak masuk perkarangan masjid, punyalah gelap. Satu je lampu kat hujung sekali je bukak. Tepi masjid tu semak samun + hutan. Ayah aku pesan macam ni, jangan bising. Ada yang ‘jaga’ ni. Hihihi. Aku pun seram jugak ah. Dah la gelap.
Aku ikut la mak aku pergi bahagian perempuan. Aku perasan la, masa aku tengah amik wuduk tu, dia perati je. Aku xnampak sangat. Tapi aku memang cepat feel. Kadang kadang je boleh nampak. Aku masuk cepat. ‘Dia’ tunggu kat luar je. Solat apa semua. Keluar lah. Ayah aku tutup balik pagar sambil bagi salam cakap terima kasih. Haha. Seriau meremang. Tapi tak kacau pun. Masa ni lah ‘puteri’ mai. Kami xperasan lagi lah.
Teruskan perjalanan. Lama lama, makin berat kereta. Puteri tu tumpang sekali. Hahahaha. Aku xnampak la puteri ni. Tapi ayah aku asyik tengok belakang. Aku duduk belakang sekali kereta mpv. Aku sorang je. Aku tidur jela. Last- last ayah aku stop minum air kat warung sebelum sambung perjalanan. Aku ngan mak aku xturun. Lama ah. Dalam 20 minit camtu minum air je pun. Ayah aku xcerita apa pun. Esoknya. Ayah aku cakap, puteri tu duduk tepi aku dalam kereta.
Hahahahahahhahahahaha. Meremang terus aku. Panjang rambut dia. Cantik sangat. Orang lain semua nampak. Aku je tak nampak. Sebab semua adik beradik aku belajar ilmu termasuk mak aku. Ayah aku berhenti kat situ sebab sambil suruh puteri tu keluar, balik kat tempat dia. Puteri tu tak nak balik. Sebab tu lama jugak ayah aku stop minum air tu. Pujuk puteri tu balik tempat dia. Degil betul puteri! Hihi. Puteri nak ikut kami balik. Berkenan kat sapa tah bunian ni. Patut aku sorang je mengantuk dalam kereta.
Yang lain segar je aku tengok. Lama tu baru dia balik. Nasib lah aku xnampak. Mau luruh jantung ni. Aku tak belajar ilmu tu sebab aku yang paling penakut dalam family aku. Hahaha. Sebab kena hafal banyak surah yang panjang. Nak hafal boleh. Tapi aku tak ready nak tengok. Kadang kadang nampak tu buat tak tahu jelah. Tapi konfem demam ah. Hahaha. Sekian saja. Nanti aku sambung lagi. (Aku taip ni kat kedai aku. Sesak nafas tadi cerita bab kedai. Aku rasa ‘dia’ baca aku taip ni. ‘Dia’ tekan jantung aku. Ni baru okey. Main sungguh)
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
mesti org melayu yg dengki kan..sian awk n family..semoga Allah sentiasa melindungi awak sekeluarga…
semoga dipermudahkan segala urusan awak sekeluarga, amin
apa kes semua benda kau nak salahkan benda tu…sampai benda tu baca kau taip la,tekan jantung la apa…benderrr la kau ni
Aku harap satu hari nnt jd bnda cm tu kat ko.. bru ko tau..
tau xpe.tggu ko disihir ke santau ke baru sedap laici .jgn sombong sgt
Terlalu bersahaja sehinggakan ada jalan cerita yang tidak boleh difahami. Takpa, boleh cuba lagi.. Kurangkan slang… Lebih baik bakukan supaya ramai lebih faham..
lepas baca nie..rasanya bukan sebab meniaga tp mungkin sbb ade yg nk menguji ilmu yg di pakai oleh ayah penulis ni…
Hahaha.. Jantung kena tekan dgn hantu pulak dahhh.. Jaga². Dia tekan benda lain menjerit la kau nanti huhu..
berbelit cerita awak ni hahaha