#RAHSIAAYAHANDA

#RAHSIAAYAHANDA
(RAMADHAN BULAN KEINSAFAN)

Assalammualaikum saya amat amat berterima kasih pada Admin atas kebenaran karya saya untuk tatapan umum . Terima kasih FS sangat sangat . kali ni saya akan ceritakan siapa ayah angkat aku didalam kisah #RAMADHAN BULAN KEINSAFAN . Aku didalam kisah ini adalah Ayah angkat (YU) kepada Ali , samseng yang telah kembali kepada Allah SWT . Bukan mudah apabila kita melihat perubahan seseorang dan terima lah kisah #RahsiaAyahanda

(Selepas Pemergian Ali Dalam Bulan Ramadhan Hari Ke 5)
Aku mengeluh kenapa Ali cepat berubah tidak kah dia sedar yang aku bersusah payah membesarkan nya saat mak ayah dia dah meninggal dunia . Aku mengajar dan memberikan segalanya termasuk mengajarnya ilmu kebal tapi dia tinggalkan kumpulan ini sesuka hati dia . Ini tak boleh jadi aku tak puas hati. Aku tak puas hati . Aku bingkas bangun menuju ke pintu masuk ‘bar’ .

“Alex , panggil semua budak budak kita . Aku nak Ali malam ini jugak ! . Hidup atau m**i aku nak malam ini jugak ! ” jerit Aku tegas pada anak buah Aku

Alex terus menghubungi konco konco yang lain menjaga di sekitar kuala lumpur untuk mencari Ali yang menghilangkan dir . Jadi malam itu , segerombolan geng Aku berjalan ke sebuah tempat tanpa di sedari, musuh kumpulan lain berada di sekitar Kuala Lumpur untuk menjatuhkan Aku

“Yu , Long time no see ” kata Kevin

“Kevin , apa kau buat kat sini ? . Ke tepi ini bukan urusan kau ” marah Aku

Wah sudah jadi abang besar banyak kurang ajar ” Kevin tersenyum

Aku tidak tahu menahu ramai anak buah Kevin bersembunyi untuk serang hendap dan menjatuhkan Aku dengan kadar segera. Kehilangan Ali sedikit sebanyak mengganggu kawasan yang sebelum ini Aku pegang . Kevin adalah salah satu orang yang ingin mengambil alih kawasan itu . Itu yang membuat Aku ingin memanggil Ali untuk sertai geng ini semula .

“Yu , rilek ma . Ali sudah tak ada , kasi serah diri lah sama geng wa la . Bagi wa pegang ini tempat , gerenti maju jaya ma ” Kata Kevin ketawa

“Yu tarak pandai mau jaga ini tempat lo . Orang cina saja pandai bikin wang ma . Melayu apa bikin ? . Cucuk saja pandai tapi tara hasil ” kata Kevin senyum

Aku rasa nak meletup masa Kevin cakap macam tu . Tiba tiba Kevin menjerit sambil pandang belakang

“Gongji ! ”

Kiri kanan aku parang dan pisau menghampiri . Aku cuba lepaskan diri, mengelak sedaya yang boleh kerana Aku tahu bertarung dengan Kevin bukan jalan terbaik sebab pengaruh Kevin besar. Selangor dia pegang tapi mungkin nasib aku tak baik . Aku berjaya di tangkap . Kevin meludah muka ku , memukul ku beramai ramai . Tangan kanan dan kaki kiri ku patah tapi aku cuba melawan sehinggalah pasukan polis datang. Kevin terlepas . Aku di masukkan ke Hospital dengan tusukan pisau di dada ku . Aku terimbas kembali kisah lama sewaktu kecil

“Yusof , Ingat kita buat baik kerana Allah SWT . Jangan sesekali kita buat jahat pada orang lain kerana Allah SWT tak suka ” kata ibuku sewaktu aku kecil .

“Ingat apabila kita di bawah selalu lah ingat pada Nya , samala juga apabila kita di atas . Solat tu jangan tinggal ” sambung ibu ku

Air mata ku perlahan menitik .

Aku jadi begini kerana aku ingin bebas dari segalanya. Aku lari dari rumah meninggalkan orang tuaku. Mereka meninggal aku sempat menjenguk dan sempat melihat ibu ku tersenyum gembira . Kini aku dapat rasakan kesakitan yang amat sangat dan bila bila aku boleh m**i . Benar kata orang apabila kita sakit baru lah kita ingat pada Tuhan kita , semasa sihat dan berjaya kita melupakannya seolah kita mengharap untuk kaya tapi bila dah kaya tiada langsung terima kasih. Kehilangan Ali terhadap perniagaan memang memberi kesan yang maha hebat. Aku terlelap selepas di berikan antibiotik dan ubat tidur.

Perlahan lahan dalam tidur ku, Aku dapati tubuh ku di dalam kubur . Terlihat tanah kiri dan kanan menghimpit ku , aku merintih sakit sakit . Ular hitam menjalar perlahan di kaki ku dan terus membuka mulut , aku dapat rasakan keperitan yang amat sangat , kedengaran suara di segenap kubur ku . SIAPA TUHAN MU , APA AGAMA MU . Aku cuba menjawab tetapi tak dapat dan balasannya libasan sepanas panasnya yang ku rasakan . Yang aku tahu hanya Allah Allah Allah dalam hati ku , mulut umpama terkunci . Aku terjaga dari tidurku dan terus Aku teringat kembali yang mana aku mengenali ayah Ali iaitu Abdul Rahman , teresak esak aku menangis semahu mahu nya atas kesalahan ku yang amat amat berat .

Man menyelamatkan aku sewaktu aku dipukul samseng di tepi jalan . Man adalah insan yang baik tapi entah kenapa aku bertindak kejam pada nya . Man mempunyai seorang anak kecil berusia 6 bulan . Ketika aku di rawat di rumah nya , aku telah bertindak merogol isteri nya Ayu . Ayu memang cantik , menyebabkan aku sentiasa menginginkan nya . Oleh sebab aku tak dapat menahan gelora nafsu aku telah merogol Ayu . Kemudian aku membunuhnya menggunakan pisau di betis ku . Man pulak berada di luar rumah ketika itu , Man mendengar isteri nya menjerit lalu dengan pantas dia berlari masuk . Apabila man berada di depan pintu , aku segera membaling pisau tepat di jantungnya . Man dan Ayu meninggal di situ dan Ali aku menjaganya . Kisah mak dan ayah Ali meninggal aku reka , akibat kemalangan dan Ali percaya tanpa usul periksa . Dalam tidur ku , aku mengalirkan air mata . Rasa bersalah ku menebal dan kini aku kehilangan segala nya kepada Kevin . Aku perlu mencari Ali selepas ini dan memohon ampun daripadanya .

(Aku dalam kisah ini adalah Ali )
Alhamdulilah , Aku sekarang telah belajar apa yang patut aku belajar . Dan hari ini 1 syawal , hari yang di tunggu umat islam serata dunia . Aku duduk di rumah Imam Mahdi , bekerja dengannya sebagai AJK Surau . Mengajar budak budak mengaji Iqra’ , ketenangan yang ku rasa amat berlainan dan terlalu indah . Dan ini yang Allah janjikan pada hambanya , ketenangan . Aku duduk di rumah menenangkan fikiran selepas selesai membaca Al Quran . Rindu betul kat Ayah Angkat ku Yusof . Perlahan lahan dari bawah pokok aku ternampak sesusuk tubuh berjalan menghampiri ku . Ya Allah, Ayah ku Yusof datang tapi kali ni berkopiah . Satu kegembiraan yang tak dapat aku gambar kan . Aku menjemputnya masuk ke rumah tapi ku lihat Ayah ku diam membisu tidak seperti selalu. Aku memaksanya berlembut untuk menceritakan apa yang berlaku sepanjang pengunduran aku dari kumpulan . Tapi Ayah ku kata tiada apa apa dan kumpulan dibubarkan , aku tetap tak berpuas hati dan terus bertanya .

Perlahan lahan air mata Ayah ku mengalir dan dia mula menceritakan kisah rahsia itu . Aku perlahan lahan bangkit dan memeluknya

“Ayah , kisah lepas jangan di kenang . Ayah dah insaf satu rahmat besar bagi Ali . Hidayah Ayah dari Allah SWT di saat hampir m**i ” kata ku di iringi tangisan .

“Maafkan Ayah Ali ” peluk Ayah Yusof diiringi tangisan .

Tamat .

Segala kemungkinan mungkin terjadi yang baik menjadi jahat dan yang jahat menjadi baik, andai kata Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk membantu seseorang, hulurkanlah tangan membantu bukan mengeji . Kejar Akhirat disamping kita mengejar dunia .

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “#RAHSIAAYAHANDA”

  1. Dosa diatas perbuatan menganiaya org lain sehingga membunuhnya tidak mudah yg kita sangka utk Allah swt mengampunkannya.
    Memanglah kita tahu bahawa Allah swt maha pengampun tp layakkah kita diampun sekiranya kesalahan terhadap org yg d*****h itu membuatkan mereka m**i sebelum sempat bertaubat atas dosa2 mereka.
    Bukankah Allah swt itu maha adil? Oleh itu fikirlah sehabis2nya sebelum melakukan sesuatu yg diluar batas kemanusiaan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.