RASA GERAK HATI PETANDA AWAL?

Assalammualaikum..salam sejahtera.
Terima kasih sebab sudi menghantar kisah seram saya sebelum ni. Sebenarnya sepanjang pengalaman hidup saya, saya tidak pernah lagi di usik secara extreme ( mintak di jauhkan lah) tetapi sekadar usikan-usikan manja sahaja.

Ok lah, sebenarnya kisah yang saya hendak kongsikan.. tidak lah seram mana, dan saya harap kisah ini sesuai untuk di kongsi di ruangan FS ini.

Dan maaf…. kisah yang saya nak kongsikan ini tidak ada kaitan sangat dengan hantu ya… tetapi hanya kisah “gerak hati yang sangat kuat”

Kisah ini bermula semasa saya berumur 14 tahun. Jadinya masa tu saya tingkatan 2 dan Saya bersekolah di sebuah sekolah asrama harian .

Seperti biasa, penghuni aspuri@puteri akan bangun awal pagi untuk mandi bagi persiapan sholat subuh berjemaah di surau. Saya juga tidak terkecuali. Mandi awal pun selesa sikit sebab tidak bersesak dengan penghuni yang lain.

Masa saya mandi pagi tu…. tiba-tiba saya dapat merasakan satu perasaan seolah-olah saya akan “mati” tidak lama lagi…
Subahanallah… takutnya saya ketika itu. Siapa yang tidak takut mati? sudahlah usia saya masih muda… banyak lagi yang saya nak kejar dalam hidup saya.

Perasaan hendak mati itu memang cukup membuat saya tertekan. saya tidak boleh fokus hendak belajar.Takut hendak menghadapi segala-galanya. Tkut hendak naik bas…sebab saya takut kemalangan sehingga saya kehilangan nyawa.

Macam-macam perkara terlintas difikiran saya. Semua sedia maklum kan… bahawa orang yang hendak menemui ajal akan tahu bahawa dia memang nak “pergi” kan? orang cakap 40 hari sebelum pergi Allah dah bagi tanda-tanda kan?

Begitu lah juga saya… saya akan menanda tarikh di kalendar hari demi hari. Menanti menjelang hari ke 40 saya banyak menangis. Menangis dalam sholat. Banyak yang saya doakan….Saya merayu agar Allah panjangkan usia saya kerana sesungguhnya saya benar-benar tidak bersedia untuk ke arah itu… saya nk banyakkan ibadah pada DIA.Saya tidak bersedia untuk berpisah dengan Ibu dah Ayah saya lagi 🙁

Masalah ini saya ceritakan pada kawan baik saya bernama Ida dan dia memberi cadangan agar saya berjumpa dengan warden asrama kami. Cikgu ….. (saya boleh terlupa pula nama dia… tapi cikgu saya ni dah meninggal 2 thn lepas ..AL-FATIHAH) Warden saya menasihati saya dan dia berkata

“ORANG YANG HENDAK MATI..DIA TIDAK AKAN MENCERITAKAN KEPADA ORANG LAIN”

OK..saya akui… hati saya sedikit terubat. Terasa lega bila mendengar kata-kata dari cikgu saya.
Dan saya cuba positive kan diri yang apa yang saya rasai itu hanya perasaan saya sahaja.

Tetapi kalender pengiraan 40 hari tetap saya teruskan… sebab perasaan itu datang ON OFF. Saya juga dah siap tulis surat terakhir untuk mak dan abah saya…

Seiring dengan waktu.. macam yang saya bagitau tadi..perasaan itu datang ON OFF. Bila waktu saya lupa… saya tidak lah tertekan sangat.

Tiba lah penghujung waktu persekolahan.Waktu itu sekolah saya ada membuat pertandingan sukan antara pengawas. Tetapi acaran akan berlangsung keesokkan paginya..

Malam itu saya dan rakan yang lain sibuk mengemas pakaian dan barangan keperluan yang lain sebab sudah hendak habis cuti.Saya ingat lagi… malam itu adalah hari jumaat. Sepatutnya saya sudah balik ke rumah…tetapi di tangguhkan kerana aktiviti sukan pada keesokkan harinya.

Dan malam itu juga hujan turun dengan lebat selebatnya…. sambil saya mengemas barang saya.. saya terjumpa pula foto adik perempuan saya… dia ni memang selalu jadi kawan gaduh saya walaupun umur kami berbeza 6 tahun.

Semasa melihat foto adik saya.. tiba-tiba dengan tidak sewenangnya…saya menangis sampai teresak-esak. Rasa sayu sangat,…tetapi saya pun tidak paham mengapa saya harus bersedih.

Keesokkan harinya… saya ada aktiviti sukan . tetapi antara acara yang dipertandingan adalah acara kutip gula-gula .. (yang lain saya tak ingat saya acara apa.)
Tetapi masa berlangsungnya aktiviti itu… saya sangat bersemangat mengumpul gula-gula sebab saya berniat nak bagi gula-gula tersebut kepada dua orang adik saya di rumah. Jadinya anda semua boleh rasai betapa gembiranya saya dapat mengumpul semua gula-gula dan tentulah perasaan tidak sabar hendak bertemu dengan keluarga saya.

Sudah habis aktiviti, saya pun pulang dengan menaiki bas kerana mak abah saya sibuk..kerana masa itu ada hari penamaan calon untuk mengundi dan mak abah saya terlibat dalam majlis tersebut.

jarak rumah dengan asrama saya tidak lah jauh mana. Sampai di rumah.. saya susah pelik kerana kebiasaannya rumah saya tidak ada orang kerana mak abah dan adik saya tinggal di kebun dusun durian.Tetapi hari itu ada emak sedara dan kakak saya.

saya tanya mereka…mana mak dan abah saya? mak balik kampung k?

Tetapi mereka berdua hanya membisu…. saya ulang sekali lagi soalan tadi…. dan tiba-tiba kakak saya cakap…

Ateh jatuh sungai…

pastu saya tanya… kenapa jatuh sungai…Ateh mana?

kakak sambung lagi..Ateh dah tak ada..dia dah MATI!!

Saya rasa macam nak marah sangat-sangat… saya tertengking…. CAKAP LA BETUL-BETUL..

saya tak percaya… memang saya ingat mereka main-main kan saya…
saya masuk dalam bilik sambil menangis…. dan tidak lama kemudian ada orang kampung datang bertanyakan hal ATEH saya…. dan masa itu baru la lagi kuat saya menangis,,,, masih tidak percaya dengan dugaan yang datang ini…

ok..petang itu kami terus ke tempat kejadian. mesti korang pelik kenapa sampai jatuh sungai kan?

Tadi ada saya terangkan yang mak abah dan dua adik saya yang tidur di dusun kebun tu kan.. untuk keseberang dusun itu …perlu seberang sungai kerana masa itu tiada lagi jambatan di bina… kalau ada pun jauh sgt untuk sampai ke dusun tu, jadi perahu langkah terbaik dan dekat untuk sampai.

ok sampai kat kat kebun tu.. saya terus cari emak saya… YA ALLAH.. muka mak saya tenang sangat.. masa tu.. mungkin dia dah redha… saya menangis-nangis sambil cakap yang Ateh tak mati lagi… dia mungkin jatuh je dalam sungai… lepas sy cakap… dah lah saya selalu gaduh dengan ATEH….

Mak saya tenangkan saya..dia cakap kalau dah jatuh dalam sungai.. mungkin ATEH dah lemas… saya cakap saya tak akan percaya selagi tak jumpa mayat ATEH…..

Dan ketika itu saya selalu berdoa agar ALLAH turun keajaiban supaya Ateh ditemui dalam keadaan selamat.TETAPI siapa lah kita untuk menolak segala ketentuan-Nya. Petang keesokkannya Ateh pun di jumpai… tetapi dia sudah tidak bernyawa.. jadilah dia anak syurga di sana 🙁

saya ceritakan macam mana kejadian berlaku ya… pagi itu mak,abah dan dua orang adik naik bot. dalam pertengahan perjalanan..bot kehabisan minyak.

Jadinya abah saya buat keputusan untuk patah balik… ke pondok dusun durian kami. dalam perjalanan itu.. tiba-tiba bot terbalik.. mak saya sudah hanyut kedepan. begitu juga dengan adik bongsu saya..dan mak saya juga tidak tahu berenang. dalam keadaan panik..mak saya dapat peluk adik bongsu saya dan mak saya berusaha untuk ke tepian sungai…

pada masa tersebut mak saya berkata dia berasa seolah-olah ada yang menampung tapak kaki dia sehingga dia selamat naik ke darat.

Situasi abah saya pula… abah saya memang pandai berenang.. masa kejadian itu.. memang abah saya dah pegang tangan ATEH, tetapi semasa hendak sampai ke darat bila abah saya hendak tarik ATEH saya.. baru lah abah saya tersedar yang ATEH dah trlepas dari genggaman tangan dia…. ABAH saya nampak ralat sangat.

2 minggu sebelum kejadian, saya ada balik dari asrama, dan minggu itulah kali terakhir saya dapat berjumpa dengan ATEH.
Saya ingat lagi masa abah saya hantar naik perahu untuk ke seberang sungai (kakak saya dah ready tunggu di sana) ATEH saya melambai-lambai pada saya sambil menjerit-jerit..

“BABAI DEE…BABAI…DEE…. BABAI DEE…”

saya langsung tak menoleh ke arah dia sebab baru lepas gaduh dengan dia… Subahanallah ATEH.. maaf kan lah Dee ATEH. maafkan DEE sebab ego sangat nak menoleh ke arah ATEH..DAN SUMPAH ATEH….MASIH TERDENGAR-DENGAR LAGI SUARA ATEH TU… SAMPAI KE SAAT INI…DEE RINDU SANGAT-SANGAT….. KAT ATEH 🙁

2-3 Selepas pemergian ATEH.. saya ada bermimpi bertemu dia… tetapi dalam mimpi itu..keadaan dia berbeza sangat-sangat.
Sebab masa hayat ATEH, dia ni kurus je… tetapi dalam mimpi..berisi juga badan dia…
macam-macam saya bertanyakan dia… tetapi dia hanya diam membisu sahaja… yang saya teringat..dalam mimpi itu… saya ada mintak maaf dengan dia… dan dia hanya tersenyum…

Berbalik kepada perasaan hendak “MATI” saya sebelum ini…. saya pun tidak tahu.. adakah itu sebagai tanda amaran dari ALLAH yang saya bakal kehilangan orang kesayangan…

tetapi yang saya perasaan….perubahan diri saya,. kalau ada kejadian buruk yang akan menimpa keluarga terdekat saya.. saya akan cepat terasa dulu…

tanda itu akan datang dr segi perasaan berdebar.. ( rasa tak sedap hati) Atau pun melalui mimpi.
selepas ATEH pergi… ada dua kejadian lagi Allah bagi saya petanda yang saya nk kehilangan orang yang saya sayang.

oklah itu sahaja kisah yang saya hendak kongsinya… kisah ni dh lama berlalu…tetapi perasaan rindu tu.. tak pernah hilang….

AL-FATIHAH BUAT NORHAJARATUL OTHMAN
lahirnya hari sabtu..jua menemui penciptanya hari sabtu juga
SEMUA RINDUKAN ATEH… POKOK YANG ABAH TANAM ATAS KUBUR ATEH DAH BESAR SANGAT-SANGAT
SAMPAI KUBUR ATEH JADI REDUP SANGAT…. SEMUA KUBUR YANG BERDEKATAN DENGAN ATEH PUN JADI REDUP DI SEBAB KAN POKOK YANG MEMBESAR SUBUR DI KUBUR ATEH.
MISS U ATEH…

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *