Ratapan Sabrina

Assalamualaikum para pembaca FS sekalian , aku Syaf. Terima kasih pada yang baca cerita yang aku hantar sebelum ini. Ini adalah cerita yang aku janjikan dalam cerita RNR.
Pada yang nak baca, nah link
http://fiksyenshasha.com/pengorbanan/
http://fiksyenshasha.com/rnr/

Terima kasih admin jika cerita ini dipublishkan. Sorry kalau panjang hehee.
Cukup intro disini mari kita mulakan cerita tentang 2 sahabat baik ini. Maaf kalau tidak mencapai tahap keseraman dan maaf jika tertypo. Syaf penulis baru.

“Gedebuff!” Satu bunyi hentakan yang sangat kuat memecahi kesunyian malam. Syaf melihat keadaan sekelilingnya. Tangannya terasa sakit sekali. Syaf mengalihkan pandangannya ke arah sebelah kiri. Ara. Darah memenuhi bahagian hidung dan bibir kawan yang sangat disayanginya. Kemudian keadaan menjadi gelap gelita.

Syaf tersedar dari koma. Dia melihat keadaan sekililing dan badannya yang dipenuhi wayar. Syaf mencabut saluran oksigen dan kesemua wayar dibadannya kecuali wayar yang mengalirkan air masuk ke tubuhnya. Ketika dia bangun, tangan kirinya terasa sakit sekali. Tangan kirinya berbalut. Syaf berjalan lemah. Sehingga sampai di depan kaunter, seorang nurse meminta Syaf untuk balik ke katilnya semula.

“Jangan paksa saya, saya kata taknak, saya nak tengok kawan saya” Syaf cuba menahan amarah.
“Siapa nama kawan cik?”
“Ara”
“Err yang bersama cik masa kemalangan ya?”
“Ya…” kata Syaf mengangguk.
“Er Farah yer?”
“Ya nama dia farah, mana dia?”
“7B katil 1 ditingkat ini, hujung sekali”
“Terima kasih” katanya sambil berlalu pergi.

Sebaik sampai di katil Ara dalam keadaan kepala dan tangan masih berbalut, Syaf melihat Ara sedang tido. Kakinya berbalut.

“Maafkan aku, semua salah aku, kalau aku tak memandu laju la…” bicaranya terhenti disitu dengan linangan air mata, jarang sekali wanita itu menangis seperti itu. Syaf bingung memikirkan punca kemalangan itu. Adakah dia bawa pada kelajuan tidak sepatutnya? Adakah dia mabuk? Tidak mungkin dia mabuk. Pelbagai soalan mula menerpa minda Syaf. Tiba tiba dia berasakan ada ‘seseorang’ berdiri di belakangnya. Bulu romanya tegak. Apabila dia berpaling, maka terlihatlah sesusuk tubuh. Pocong. Ya itu pocong. Mukanya hitam seperti hangus, cengkung bagai tiada isi. Mata hitamnya kecil. Mata putihnya merah. Semuanya menjadi gelap semula. Ara tersedar dari tidur.

Jam sudah menunjukkan 5.30 minit pagi, semua lampu di hospital itu telah dibuka dan cukup menyilaukan matanya. Selang beberapa jam. Nurse bertugas menghantar makanan ke katil Ara. Ara makan sambil menahan kesakitan kakinya yang tertusuk besi waktu kemalangan berlaku. Tiba tiba Syaf datang. Mengusung kerusi roda. Ara tersenyum melihat tingkah laku sahabatnya itu dan menghabiskan sisa makananya itu. Tidak lama selepas mereka berborak, Ara memberitahu hasratnya ingin membuang air kecil, namun dia tidak dapat berjalan. Syaf memapah Ara ke kerusi roda dan mengusung kerusi roda itu dengan sebelah tangan. Selesai semuanya mereka pun pulang dan jalankan hari mereka dengan bersiar siar di kawasan hospital. Syaf sedikit pun tidak bercerita mengenai apa yang dilihatnya sebelum dia rebah semalam.

“Siapakah dia? , kenapa kacau aku?” Dan bermacam soalan menerjah fikirannya semula pada malam itu. Dia termenung sendirian. Lamunannya terhenti apabila bau kapur barus menusuk hidung. Dari bau kapur barus bertukar menjadi bau hanyir dan teramat busuk. Syaf menarik selimutnya ke atas tiba tiba. Satu suara wanita kedengaran sayup. “Aku benci kau”, bunyi itu mendebarkannya . Tiba tiba pula katilnya digoncang kuat berselang seli dengan bunyi tangisan yang sayu sekali. “Huuuu, huuuu, sakit Syaf” bunyi itu dan goncangan katil tiba tiba hilang serta merta. Datang seorang ‘nurse’ yang ditugaskan memberi ubat penenang apabila pesakit mula mengganas. (Akibat goncangan tersebut, ‘nurse’ menyangka Syaf mengamuk.)

Sebaik sahaja ‘nurse’ itu sampai di hadapan katil, ubat di tangannya terlepas apabila dia memandang ke sebelah katil Syaf. Syaf yang kehairanan berpaling ke arah sebelahnya yang kedengaran seperti dengusan yang marah sekali. Pocong itu. Kini jaraknya dengan muka Syaf hanya satu inchi. Pocong itu berdiri di sebelah katil Syaf dan membongkok mendekatkan mukanya ke arah Syaf. Bila dilihat dalam jarak yang dekat, ouh sungguh menyeramkan. Syaf pitam buat kali ketiga sejak kemalangan. Keadaannya yang lemah tidak mengizinkannya berinteraksi dengan makhluk tersebut.

Selepas beberapa minggu di hospital dan Syaf mengalami gangguan demi gangguan, maka mereka berdua pun mengambil keputusan pulang ke rumah mereka. Mereka menaiki teksi dan pulang ke rumah. Mujurlah Ara ada menyimpan kunci pendua di bawah pasu bunga rumah mereka. Ara meletakkan tongkatnya di tepi sofa sebaik sahaja merebahkan badannya diatas sofa. Syaf yang sedang baring di bilik pula hanya termenung memikirkan entiti yang mengganggunya selepas dia kemalangan. Punca kemalangan masih belum diketahui. Selepas 2 hari berada di rumah mereka pergi kerja seperti biasa. Menaiki sebuah motorsikal yang dipandu Syaf dan dibonceng Ara. Memandangkan tangannya hanya luka ringan di sebelah kiri Syaf lah yang membawa motorsikal tersebut. Semasa sibuk membelek ‘file’ kerjanya Ara ternampak sesusuk tubuh berbalut rapi dengan kain kafan berdiri di penjuru ofisnya. Dia menyiapkan kerjanya secepat mungkin dan berjalan secepat yang boleh kerana kakinya masih sakit. Dia pulang dengan Syaf yang menunggunya hampir setengah jam.

“Apa punca kita ‘accident’?” Ara memulakan bicaranya sambil menghirup air teh ais yang dibancuhnya sebentar tadi
“Kan sebab… , punca dia pasal…” Syaf bingung kerana dia seakan hilang ingatan. Mungkin akibat kepalanya yang terhantuk dalam kemalangan berberapa minggu lepas
“Kita baru balik dari mana masa tu bro?” Syaf.
“Camping dalam hutan? Tak ingat ke?” Ara mengerutkan dahinya
“Tak” syaf.

Ara memulakan ceritanya sambil berbaring di sebelah Syaf.

“Waktu tu kita kem 9 orang , 5 perempuan dan 4 lelaki. Aku, kau, Ila ,isha, Sabrina, Roy, Qiem, Khaiz, Rusy.” Belum sempat Ara menghabiskan bicaranya, Syaf menepis.
“Kejap , kejap Sabrina siapa?”
“Dey , kau ni kan amnesia ke?” Kata Ara sambil ketawa kecil.
“Kotlah, tapi aku macam pernah dengar nama ni.”
“Shut up and bagi aku sambung”

Syaf mengangguk dan Ara memulakan penceritaannya.

“Kita 9 orang plan nak camping dalam hutan buat barbeque bagai apa semua. Kita 5 orang perempuan satu kereta dan laki 4 orang satu kereta” Syaf menepis lagi.
“Weh , jap. Roy bf (boyfriend) kau, Khaiz bf Ila, Rusy bf isha dan qiem kawan aku kan?”
“Eh kera, kau boleh tak bagi aku habis cerita dulu? Ya betul semua yang kau cakap. Bagi aku sambung.”

Syaf mengangguk lagi sambil tersenyum. Ara menyambung ceritanya.

“Kita semua sampai dalam pukul 3 setengah petang dah makan , mandi manda semua kita tidur situ perempuan 2 kemah dan lelaki 2 kemah. Roy tidur ngan qiem , Rusy tidur ngan Khaiz. Aku, kau dengan Rina (Sabrina) satu khemah dan Ila and Isha satu khemah. Malam tu kau tidur tengah and kiri aku , kanan Sabrina. Aku dah lena time tu tetiba aku nampak kau keluar kemah duduk depan api. Aku biarkan jelah tapi tak perasan bila kau tolak tangan aku sebab aku tido peluk kau hahaha. Tak lama lepastu Sabrina keluar. Lama korang dua tak balik. Sampai aku terlena. Bila sedar dah pagi dan Sabrina hilang. Sampai harini Sabrina hilang. Lepastu kau gaduh dengan Ila, tapi kau tetap hantar dia sampai depan pintu rumah dia. Dan lepas hantar geng perempuan semua kita gerak balik. Dah malam masatu. Aku tak tahu apa jadi sampai kau hilang kawalan langgar besi penghadang dan tiang lampu” Ara termenung sejenak.

“Hm, Sabrina.” Syaf. Syaf bangun menuju peti ais dua tingkatnya. Dia membuka kedua dua atas dan bawah. Dia tunduk dan mengambil air botolnya di peti bawah dan bila dia hendak bangun , kepalanya terhantuk di pintu peti atas yang lupa ditutupnya. Ara ketawa namun ketawanya terhenti apabila melihat Syaf seperti hendak pitam. Ara memapah Syaf sehingga ke bilik dan menyuruhnya tidur. Ara mengambil bantal bantal yang berada diluar lalu merebahkan badannya di atas katil sebelah Syaf. Jam 4 pagi Ara tersedar. Dia melihat Syaf menangis sendirian dibucu katil. Ara yang hairan tadi datang dan duduk disebelah Syaf dan menyoalnya mengapa dia menangis.

“Sa..sa..sabrina” Syaf.
“Bagitau Ara kenapa” Ara.
“Sabrina kembali. Menuntut janji” Syaf.
“What? Janji apa ni!, dah dah esok esok lah cerita. Pukul 4 dah ni. Tido tido” Ara memarahi Syaf.

Syaf akur dan baring lalu melelapkan matanya. Keesokannya selepas pulang dari kerja dia hanya duduk dan terpaku melihat pocong. Pocong itu yang sebelum ini menganggunya dihospital. Yang sebelum jni selalu berada di tingkapnya. Kini dia tembus masuk!

“Aku akan menuntut bela!” Suara terakhir yang Syaf dengar sebelum dia dikejutkan oleh Ara.
“Hallo? Syaf! 5 kali aku panggil kau dah kenapa? ” Ara .
“Erk erk.. takde apa jom tido.”
“Btw kau masih tak ingat punca kemalangan?” Ara dengan hasrat hatinya yang ingin tahu.
“Pocong.” Itu lah satu satu perkataan yang keluar dari mulutnya.
“Apa? Cuba kau explain kau jangan buat aku keliru” Ara.
“Pocong tu, aku cuba elak dari langgar dia. Sebelum aku pengsan dia berdiri di pokok beberapa meter dari depan kereta kita.” Syaf.
“Macam mana rupa dia? Muka hitam cengkung? Mata hitam kecil?” Ara.
“Ya. Macamana kau tahu ?!” Syaf terkejut sekali.
“Dia ganggu aku kadang kadang” kata Ara teragak agak.
“Sejak bila?” Syaf.
“Lepas kemalangan.” Ara.
“Dahlah jom tido” Syaf menarik tangan Ara dan mengajaknya untuk tidur dengan alasan esok bekerja.

Keesokannya. Malam itu selepas pulang dari kerja, Syaf membuka cerita.
“Ma..maa..malam kem..” Syaf bersuara teragak agak selepas termenung sendirian.
“Cerita lah nak tahu gak ni kenapa keluar dari khemah malam tu” Ara.
“Malam tu, aku tahu kau peluk aku time tido, tapi aku rasa. Aku rasa ada tangan lain turut serta” Syaf menghentikan bicara.
“Sambung sampai habis please” Ara membuat muka yang ala ala kiut tapi bagi Syaf cuma seperti lembu.
“Sabrina. Tu tangan Sabrina. Aku rimas lah dah dua dua nak peluk. Aku keluar lah khemah. Aku duk depan api. Lagi pun tengah sejuk. Tengah aku nyanyi nyanyi lagu depan api tu, aku dengar suara tegur aku. “Kenapa tak tidur lagi nak Rina teman ke?” Tu suara Sabrina. Lepastu dia datang duduk sebelah aku. Dia kata, “apahal sebenarnya Syaf ni, Ara peluk boleh pulak?” Sabrina seakan menengking.
“Tak, tak apa masaalah kau? Nak libatkan Ara kenapa? Ara kawan aku kan? Kau pun kawan aku kan? Apa masaalahnya?” Aku tak meninggikan suara, takut akan ada orang lain yang terbangun.
“The problem is , bila Rina peluk Syaf je, terus Syaf lari keluar”
“Aku serabut lah dah semua nak peluk aku apa masaalah kau ni? Benda kecik je kan?” Darah aku dah menggelegak sebab marah.
“Sementara kita dalam hutan ni, taknak ke kau ‘hapuskan’ Ara tu?” Kata sabrina sambil senyum sinis kat aku. Apa lagi memang makan penampar lah dia. Lepastu Suhaila keluar dari khemah , tanya aku kenapa . Aku tak bagitau just kata takde apa then blah nak gi sungai kat sebelah basuh muka. Lepastu aku dah tak ingat apa jadi”, Syaf mengusap mukanya masih bingung dengan misteri kehilangan Sabrina.

“Hm, takyah la fikir fikir lagi” Syaf dan Ara kemudiannya masuk ke dalam bilik tidur mereka. Syaf ke tandas yang berada di bilik mereka untuk mencuci muka. Ketika dia mengangkat mukanya ke cermin yang berada di singki itu, dia terlihat sesusuk tubuh. Ya itu lah pocong yang kerap mengganggunya. Syaf seakan tidak menghiraukan kehadirannya lalu berlalu pergi. Dia menganggap itu hanya ilusinya. Bila Syaf keluar bilik air, dia ternampak pocong yang tadi berada di sebalik cermin , berada di bawah katilnya memandangnya. Kerana terkejut, melompat lah Syaf naik ke atas katil. Soalan Ara yang menanyqkan kelakuan pelik Syaf yang melompat itu, masih tiada jawapan.

Hari demi hari berlalu. Hampir setiap malam dia terdengar bunyi tangisan meminta tolong. Sehingga kan Syaf membuat cubaan membunuh diri. Namun sempat diselamatkan oleh Ara. Keadaan syaf kini semakin teruk. Badannya mula susut, dan tidak terurus sehingga menjadi buah mulut di ofisnya. “Takut.. takut ” itulah perkataan yang selalu didengari Ara sepanjang Syaf sakit. “Dia tidur sebelah Syaf, Syaf takut huuu tolong” Syaf berkata sambil bergelinangan air matanya. Ara sudah bingung dan akhirnya mengambil jalan memanggil ustaz memandangkan Syaf tidak mahu keluar dari rumah.

Keadaannya semakin pulih. Semakin baik. Namun seakan menyimpan sesuatu. Pada suatu petang , Syaf membuka cerita.

“Ara, aku ada something nak bagitau”
“Apa?” Dengan nada teruja
“Malam kem.”
“Teruskan sampai habis”
“Malam kem tu, aku cerita kat kau, lepas Suhaila keluar khemah dia, dia sapa aku:

“Weh, sejuk lah. Aku rasa tak sedap hati ni”
“Takde apa , perasaan je kot. Pergilah masuk” Habis kat situ je perbualan kitorang. Lepastu Sabrina peluk aku tiba tiba, dia cakap “Teman aku, nak kencing” aku pun iya kan jelah. Aku tunggu dia lepas hajat sambil ketik kuku. Lepas dah siap tu dia suruh aku pegang tangan dia masa jalan balik kemah. Aku dah mula tak selesa. Sampai kat satu pokok ni jauh sikit dari khemah, dia mula peluk peluk. Aku bengang aku marah la dia “kau ni kenapa!” Aku tengking dia.
“Hm jangan lah marah marah” dia buat suara acah manja.
Aku tolak dia sampai jatuh lepastu dia tarik aku kitorang gaduh teruk.” Syaf menghela nafas panjang.
“Lepastu apa jadi?” Ara menyoal.
“Tak ingat”
“Aku rasa punca kemalangan lah kau jadi amnesia macam ni” katanya sambil tersengih. Syaf cuma diam. Dia merebahkan kepala atas peha Ara. Termenung sendirian. Dia perasan semasa berubat, ustaz seperti menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang penting. Dia tertidur. Namun tidurnya tidak lena kerana gangguan pocong mata merah itu masih belum berhenti…

“Mayat seorang wanita berumur dalam lingkungan 19 tahun dijumpai di dalam hutan. Dipercayai dibunuh dan diseret sejauh seratus meter. Polis masih jalankan siasatan untuk mengenalpasti mangsa” Ruang tamu dipenuhi dengan bunyi suara pemberita dari televisyen yang berada di ruang tamu rumah Ara dan Syaf. Sabrina. Itulah perkataan pertama yang terlintas di fikran Syaf. Mereka saling berpandangan.

“Sabrina” Syaf menyuarakan apa yang bermain difikirannya.
“Ya , aku pun rasa tu Sabrina.”

Pukul 1 tengahari itu mereka yang berada di kem malam yang sama Sabrina hilang berkumpul bersama. Kecuali Rusy dan Isha. Mereka pun berborak dan berbincang. Syaf berkeras mencari kebenaran. Namun hampa. Setelah menjalankan siasatan, identiti mangsa telahpun dikenal pasti. Sabrina. Itu memang Sabrina. Siapakah pembunuh yang tidak berhati perut itu? Soalan ini bermain di minda Syaf. Malam selepas mereka berjumpa. Syaf. Dia diganggu seperti biasa namun kali ini pocong itu bersuara.

“Kenapa kau buat aku macamni?, apa salah aku? Aku benci kau!”
“Aku buat apa kat kau? Kau siapa?” Syaf bersuara marah.
“Aku SABRINA”.

Sebaik sahaja perkataan itu diucapkan oleh pocong tersebut. Bayang pocong itu hilang. Syaf kian tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Kenapa Sabrina ganggu aku? Soalan yang ditunggu jawapannya kian terjawab setelah sekian lama berlaku. Ingatan Syaf kian pulih selepas menjalani rawatan psikologi. Ara mendakap syaf yang menangis teresak esak secara tiba tiba. Didepan ke tujuh tujuh rakannya, dia bercerita.

“Roy, Qiem, Rusy, Khaiz, Ara, Isha.. dengar cerita aku ni and let me explain. Malam tu. Aku dengan Rina gaduh. Bergelut punya bergelut. “Ssup!” Bahagian tajam kepit kuku tertusuk kat kepala dia. Aku tak sengaja. Sumpah aku tak sengaja. Aku tak tahu nak buat apa. Aku takut. Aku ambik selimut dia dan kafankan guna selimut dia. Memandangkan takde tali kain kafan, aku gantikan dengan akar pokok yang tak rapuh, panjang dan kuat. Aku kafankan dia. Aku seret dia jauh sikit dari tempat camping. Perkataan terakhir aku dengar sebelum dia pergi selamanya ialah, “Aku berjanji akan ganggu kau sampai kau mampus”.
Sebelum balik khemah aku cuci tangan kat sungai. Baru aku masuk khemah tidur.”

Ara mengusap air mata Syaf yang tidak berhenti mengalir.

“Jadi sekarang camne?” Ila bersuara lalu menghela nafas panjang. Semua diam. Rusy meminta diri. Begitu juga dengan yang lain.

*Beberapa hari selepas itu*
“Aku rasa tak sedap hati lah” kata Ara dengan nada perlahan.
“Tawakkal je la. Nak buat camne ?”

Mereka memulakan perjalanan mereka. Setelah 2 jam memandu TIBA TIBA “GEDDEBUFFF!” bunyi hentakan yang kuat. Kereta bertembung lori simen. Syaf meninggal dunia di tempat kejadian manakala Ara terselamat. Ara tahu punca kemalangan, pocong itu tiba tiba muncul di cermin hadapan bahagian pemandu. Perkataan terakhir yang Syaf dengar sebelum menghembus nafas terakhir ialah.. “Aku Sabrina hanya ingin menuntut bela”.

-Tamat-

Haaaaa macam mana cerita ni okay tak? Lama masa yang diambil untuk membuat cerita ni. Tinggalkan komen korang dan Insyaallah Syaf balas satu satu. Kalau ada yang tersalah dan tersilap berikan tunjuk ajar. Thank you pembaca dan admin yang sudi publish cerita ni. Assalamualaikum.
Hati hati kalau nak bukak peti ais takut ada yang tunggu belakang pintu peti ais.

Syaf
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. Crerita yg menarik. .but ? Syaf niee lelaki kea prempuan ? And kalau dye prempuan. . dye les kea ? Huhu sory bnyak tnye ???

    1. memang gaya shaf ni cam les sket. dari masa citer 1st lagi dah macam tu. tu yang orang ramai tertanya dia ni laki ke pompuan.

  2. Cerita ni rekaan ..fiksyen je… Jenuh la hidup penuh dgn kehantuan…misteri sunggh hidup ampa, smoga Allah memberkati hidup ampa kalu betoi terjadi…jauhilah benda2, ni semua… Ampunilah dosaku,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.