Ratapan Terakhir

Hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Ana, trip ke air terjun bersama rakan-rakannya sudah lama dirancang dan dia sudah tidak sabar untuk ke sana. Beg pakaian sudah lama dikemas, enjin kereta dihidupkan dan sambil bernyanyi girang Ana memulakan pemanduan. Dia perlu mengambil Didi dan Akmar dahulu di stesen keretapi sebelum meneruskan perjalanan. ‘Ingat pesan mak ni, hati-hati memandu’ Ana teringat akan kata-kata ibunya sebelum dia keluar dari rumah.

Memandangkan Didi dan Akmar tidak mempunyai lesen memandu, maka hanya Ana seorang yang perlu memandu pergi dan balik.

2 jam perjalanan dan mereka tiba di kawasan air terjun, pengunjung boleh dikatakan ramai dan sukar untuk mereka mencari tempat. Selepas berjalan ke kawasan yang agak dalam, mereka memilih untuk duduk di atas batu rata yang agak luas permukaannya. Oleh kerana 3 gadis ini tidak mahir dengan BBQ maka mereka hanya membeli makanan yang sudah siap untuk dimakan. Selepas puas bermandi-manda, mereka bersiap untuk pulang. Hari sudah mula gelap dan jalan menjadi agak lengang.

Ana menghantar Didi dan Akmar ke stesen lalu terus memandu pulang kerana dia agak kepenatan, ajakan rakan-rakannya untuk lepak minum terpaksa ditolak. Tiba di rumah, gelap! Tiada siapa pun di rumahnya ketika itu. ‘Mana pulak semua orang ni, keluar tak bagitahu pun’ rungutnya dalam hati. Tidak mahu membuang masa, dia bersiap2 untuk tidur kerana sudah tidak tahan mengantuk.

Ana terjaga dari tidurnya. Terasa lama dia tidur hingga sakit badan. Ana terus menuju ke dapur untuk mencari ibunya. ‘Hmm, pergi mana semalam sampai dah malam pun tak balik lagi mak? Sunyi sepi rumah takde orang’ Senyap. Tiada jawapan dari ibu Ana. Ana garu kepala. ‘Mak, dengar tak Ana tanya ni, mak pergi mana semalam?’ Masih senyap. Ibu Ana bangun dari kerusi makan dan berlalu tanpa menghiraukan soalan Ana. ‘Eh kenapa mak ni, merajuk ke aku balik lambat semalam?’ Gumamnya dalam hati.

Ana bersiap untuk ke kuliah, beg pakaiannya untuk seminggu sudah dikemas dan tanpa berkata apa2 Ana keluar dari rumah. Perbualan dengan ibunya masih sepi. Entah apa yang berlaku tapi Ana malas untuk memikirkannya. Mungkin kerana dia pulang lambat membuatkan ibunya risau dan merajuk.
‘Haa eloklah tu, kat rumah mak merajuk, kat sini si dua ekor ni tak datang kelas pulak. Nak sambung cuti pun at least ajaklah aku’ Ana mula mengomel.

Ketiadaan Didi dan Akmar bermakna Ana harus tinggal seorang di kolej kerana selain satu kelas, mereka juga teman sebiliknya. Harapan untuk bertemu rakan-rakannya tidak kesampaian kerana seminggu itu memang batang hidung mereka tidak kelihatan. Terasa sunyi hidup Ana seolah-olah tiada seorang pun yang menemaninya sepanjang minggu itu.

Ana berangkat pulang ke rumah, seperti biasa menghabiskan hujung minggu bersama keluarganya tetapi kali ini hatinya agak berat untuk berhadapan dengan ibunya. Sepanjang minggu itu memang dia tidak berhubung langsung dengan ibunya, sedikit sebanyak dia berkecil hati dan hairan kenapa dia tidak diendahkan tanpa mengetahui sebabnya. Ana tiba di rumah jam 9 malam, kelihatan rumahnya terang benderang dan ramai orang. ‘Apa laa salah aku, buat kenduri pun tak bagitahu, ni kalau aku tak balik ni memang melepas makan sedap!’

Cepat2 Ana berjalan menuju masuk rumahnya untuk mendapatkan mungkin ayah, ibu atau keluarganya. Jiran terdekat yang berada di perkarangan rumahnya tidak diendahkan. ‘Ayah, kenduri apa malam2 ni? Ada nak sambut apa2 ke? Mak mana?’ Ayah Ana diam, ada linangan airmata dipipinya. Hati Ana tidak keruan. Kali ini dia lihat sekeliling dengan lebih teliti, semuanya seperti sedang bersedih dan meratapi sesuatu. Terus hati kecilnya berbisik, ‘Mak? Mana mak? Apa yang terjadi?? Apa berlaku pada mak?’ Ana seperti hilang arah tuju, terasa seperti sesuatu yang buruk telah terjadi.

Setelah diamati, kenduri tersebut adalah kenduri doa tahlil untuk arwah! ‘Makkk mana makkk, Ana nak makkk, Ana mintak maaf…’ Ana mula panik dan memanggil-manggil ibunya di tengah-tengah keramaian orang, peliknya tiada siapa yang cuba menenangkannya.

Mata Ana tertancap pada satu wajah, wajah yang dia rindu, wajah yang dia ingin sekali jumpa. Entah kenapa hatinya sayu melihat ibunya seperti sudah bertahun tidak berjumpa.Ibu Ana muncul dari ruang dapur dengan sepiring kuih, mungkin untuk diagihkan kepada tetamu. Ana menangis. Dia tidak peduli akan mata-mata yang memandang asalkan dia dapat melepaskan perasaan yang ditahan sejak dari tadi. Syukur dan lega rasanya apabila melihat wajah ibunya tetapi seperti ayahnya, ibunya juga berwajah sugul.

‘Ibu masih merajukkah, dan kenduri apa yang diorang buat ni? Ahh yang penting bukan macam apa yang aku fikir, aku ingat ada orang meninggal tadi…’Ibu: ‘Abang, orang kat luar semua dah dapat makanan?’
Ayah: ‘Dah Nab, insyaAllah cukup semua’
Ibu: ‘Kawan2 Ana?’
Ayah: ‘Ada kat luar tu, tengah tunggu kawan lain kot’
Ana: ‘Eh, kawan aku ada kat luar? Kenapa aku tak perasan tadi? Ayah ibu, ada kenduri apa ni, dari tadi Ana tanya takde siapa pun jawab’
Ibu: ‘Abang… Nab rindu pada Ana…’
Ayah: ‘Sabarlah Nab, ni semua suratan takdir’

Ana terkedu, di sebelahnya terlihat sebuah surat khabar bertarikh seminggu lepas. ‘3 SAHABAT MAUT BERTEMBUNG LORI SIMEN’ – Kuala Lumpur – Perjalanan 3 sahabat ketika pulang dari aktiviti hujung minggu berakhir tragedi apabila kereta dipandu salah seorang mangsa, Ana Dahlia, 20, hilang kawalan lalu……….

Ana

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

12 Comments on "Ratapan Terakhir"

avatar
Skeptik

kahkahkah…..masuk kat part si Ana ni x jumpe membe dia kat kolej aku dh agk ni mesti ciplak ala-ala citer “6th sense”(BruceWillis)/”the Others”(Nicole Kidman). pasai org mati tapi tak tau dia dah mati.

Kamal

Aku buka FS ni nk baca kisah benar je..hurmmmm

silent reader

sama la..hurmm..

Potato

Kn dia dh mati pastu sapa penulis citer ni.hahahah

ai.ai

hahaha. ini kelakar

MerahBiru

Please bggau kalai cerita korg cerita fiksyen n kalu ye pon jgn lh pendek sgt. Bg lh ad konflik n klimaks yg menarik..Bole diupgrade lg penulisannya. Good luck..

MerahBiru

Habis typo..huhu..

apid

marah betol tu sampai typo

Miss V

Fs ni bkn ke utk kongsi pengalaman seram? Tp skrg ni kebykkan suka kopipes dari cerita lain kemudian buat tajuk sendiri. Kalo xde idea atau takde cerita utk dikongsikan…x perlu la semakkan page fs dgn cerita kopipes..

majestic

mcm cerita reka2 je ni..jalan cerita cliche sgt..hmm

mozai

cam hanat

Penulis

Yg post cite ni nak kan perhatian ke?.dh xde cite benar xpyh la teringin nak posy duduk diam n baca sahaja.
Xbest lgsg..

wpDiscuz