#Ratna – Malira si Perempuan Iblis 2

Assalamualaikum. Aku Ratna, ingat lagi? Kali ini masih lagi tentang Malira.


Antara rumah dan tempat kerja, memang dekat. Aku cuma berjalan kaki. Setiap pagi aku akan nampak seorang perempuan memerhatikan aku dari rumah hingga aku tiba ke pejabat. Dia akan ada di sepanjang jalan cuma cara dia muncul buat aku yakin yang dia bukan manusia. Kejap ada, kejap tak ada.

Aku namakan dia Kesuma. Berbaju kurung putih, selendang putih dan tidak berkasut. Dia ada gaya tersendiri. Dia akan memegang selendangnya kiri dan kanan di bahagian leher. Faham tak gambarannya macam mana? Dia tidak pernah menegur aku sehinggalah satu hari.

“Awak, awak.” Aku jalan saja, buat tidak peduli. Aku bimbang kalau itu Malira.
“Awak!” Dia melambai lagi dan aku masih tidak peduli. Tapi dia ikut aku hingga ke meja kerja aku.
“Aku Kesuma. Aku anak penghulu perkampungan sebelah sana. Di situ ada dua kampung tapi kami tidak sepakat. Ada permusuhan yang diwarisi sejak dulu lagi.” Aku biarkan sahaja dia bercakap.
“Aku tahu kau mendengar. Aku tahu ada seorang perempuan mengekori kau setiap hari dan dia mengambil sesuatu dari kepala kau. Aku selalu nampak dia dan dia pernah memberi amaran kepada aku untuk tidak masuk campur. Aku tidak tahu apa yang aku boleh bantu tapi aku terpanggil untuk menemani kau setiap kali kau pergi dan pulang kerja.”
“Kau ada apa-apa kuasa yang boleh musnahkan dia? Aku rasa hidup aku hampir rosak dibuatnya.” Aku tanya dan dia menggeleng. Aku kecewa.

Aku teruskan saja kehidupan aku macam biasa dan Kesuma masih munculkan diri setiap pagi dan petang.

Mimpi pertama – Perkampungan bunian
Ada satu malam di mana aku bermimpi. Malira menyerang kampung Kesuma. Banyak dubuk-dubuk yang berkeliaran dan membaham siapa sahaja yang mereka nampak. Setelah hampir semua d*****h, kampung itu dibakar. Bunyi deraman dubuk dan suara lantang Malira masih terngiang-ngiang hingga sekarang.

Aku terjaga dek terkejut. Dalam kekacauan itu tiba-tiba Kesuma mendekatkan wajahnya dan menjerit. Ketika itu jam 4 pagi dan sedang ribut. Angin agak kencang. Aku pula terus sambung tidur.

Keesokan paginya, aku tergamam melihat Kesuma yang melecur di tangan kiri dan kanan. Wajahnya comot, bajunya ada kesan terbakar. Ketika itu baru aku nampak kawasan perkampungannya. Kebanyakan rumah di atas pokok. Kawasan itu kawasan hutan berbukit. Memang jelas kelihatan musnahnya perkampungan itu. Secara realitinya, banyak dahan pokok yang patah dek ribut malam tu. Aku terus melarikan diri. Entah kenapa aku pula yang rasa berdosa.

Aku duduk di meja kerja, gelisah. Tidak lama kemudian Kesuma muncul.

“Bapak dah m**i.” Aku diamkan saja.
“Malira jahat. Dua kampung yang tak sepakat terus tak sepakat. Kacau yang dia buat akhirnya berakhir dengan menyalahkan satu sama lain. Tinggal beberapa orang sahaja yang hidup. Itu pun cedera.” Kes yang ini, lama juga aku nak hadam sebab betul-betul macam fiksyen. Dan aku rasa macam, kuatnya Malira sampai dia boleh buat macam tu. Banyak kali juga aku tanya Adi, betul ke benda tu jadi? Betul ke itu bukan khayalan? Aku gila ke? Entah berapa lama, aku dah tak jumpa Kesuma. Aku tak tahu dia ke mana. Kawasan bukit tu pun dah ditarah untuk naikkan apartmen.

Aku dah mula tak dapat mengawal diri. Ada masa fikiran aku kosong. Ada masa nak memberontak tak tentu fasal dan aku rasa aku dah mula ikut Malira. Sebab seingat aku dia pernah cakap dengan aku;
“Kita dah boleh mulakan semuanya.” Ada dua mimpi yang aku tak pasti mimpi ini betul-betul mimpi atau bukan?

Mimpi kedua – Kuil/Candi.
Aku dibawa ke satu tempat. Dalam bangunan tu macam piramid. Ada beberapa tingkat, aku tak ingat. Setiap tingkat di setiap penjuru ada setanggi. Di tempat aku berdiri, aku dikelilingi 12 buah tempayan. Ada gayung dengan hulu panjang dan jenis kayu. Dia suruh aku minum satu cawan air dari setiap tempayan. Aku ingat, rasa setiap air tu. Ada manis, masin, payau, pahit, kelat. Ada air yang bila diminum terasa kesat di tekak. Ada beberapa lagi rasa yang aku tak reti nak gambarkan tapi aku ingat rasanya macam mana. Aku pasti ada lagi cerita di kuil ini tapi aku tak ingat. Memang tak ingat.

Mimpi ketiga – Sekolah agama.
Sekolah agama perempuan. Aku masa tu tengah peluk tafsir. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan jalan sebelah aku. Dengan muka yang sinis dia tegur aku.
“Kau tak rasa kejam ke baca Quran tanpa tartil?” Aku cuma pandang sahaja budak tu. Aku memerhati sekeliling. Kebanyakan budak perempuan memakai jubah dan tudung labuh berwarna hitam tapi aku ada ternampak seorang budak perempuan berjubah dan bertudung kuning. Dia sedang menangis. Aku ekori dia hingga tiba ke satu kawasan bukit yang kena panjat. Aku ikut dia panjat. Tiba-tiba dia toleh aku dan pijak tangan aku.
“Pergilah! Kau nak apa ikut aku? Kau ingat kalau kau dah masuk, kau boleh keluar ke? Bodohlah kau ni.” Aku tak menjawab tapi masih berusaha untuk panjat. Ada satu bangunan lain kat atas tu. Bila budak perempuan tu tak berjaya halang aku, dia biarkan saja aku naik.

Tempat itu dipenuhi colok. Ada sebuah bangku batu dan di bawahnya ada api. Bangku batu itu cukup panjang untuk memuatkan seorang setinggi aku untuk baring, ngam-ngam. Ada tiga orang perempuan membelakangkan aku. Seorang kelihatan dewasa dan dua orang lagi perempuan remaja. Entah macam mana aku dapat agak. Perempuan berbaju kuning tu diarahkan untuk berbaring. Dia buat tanpa bantahan. Mula-mula dia kelihatan selesa tapi lama-kelamaan dia sudah semakin resah kepanasan. Dia menggigil cuba menahan, namun tak pula dia bangun. Makin lama makin kuat gigilnya.

“Dia dah nak m**i ni.” Kedengaran salah seorang bersuara. Kemudian disahut dengan keluhan.
“Ramai dah yang tak mampu tahan. Macam mana nak sambung warisan?” Perempuan dewasa itu hanya menggeleng.
“Kita pun dah lama m**i.” Sahut yang lain pula.
“Ratna! Kau ada kat sini!?” Aku terkejut dan cuba melarikan diri namun terlebih dahulu ditangkap.
“Aku nak kau, tapi kenapa kau tak nak aku?” Dia memberikan isyarat kepada dua orang perempuan yang mungkin orang suruhannya, supaya melepaskan aku.
“Sini!” Aku berjalan menghampiri dia.
“Ikut aku!” Aku ikut hinggalah ke satu kawasan lain. Tempat yang ada colok ni tinggi. Tempat-tempat lain semuanya seperti lubang-lubang yang besar dan boleh menempatkan ramai orang.
“Ini sekolah ‘agama’ aku.” Aku memandang ke bawah. Beberapa orang lelaki berserban sedang mengelilingi seorang perempuan seksi yang kononnya kena buatan orang. History penyakit perempuan tu; setiap kali dia bangun tidur, ada sekeping kulit kayu kering sepanjang dua inci terikat pada ibu jari kaki kirinya manakala segumpal kapas akan terikat pada ibu jari kaki kanannya.
“Hantu pokok kapas berkenan dengan kau.” bisik Malira tapi cukup aku untuk aku dengar.
“Hantu pokok kapas berkenan dengan kau.” Salah seorang lelaki mengatakan benda yang sama.
“Kau kena pergi ke pokok kapas berhampiran rumah kau.” bisik Malira lagi.
“Kau kena pergi ke pokok kapas berhampiran rumah kau.” Lelaki yang sama mengulang bisik Malira.
“Berbogel, mandi dan bermalam di sana.” ujar Manira lagi.
“Berbogel, mandi dan bermalam di sana.” Lelaki tersebut mengulang.

Kemudian Malira ketawa berdekah-dekah. Aku memandang Malira. Apa yang hendak dia sampaikan?

“Kau faham?” Aku geleng.
“Bodoh benar dah rupanya kau ni.” dia memandang tepat ke mata aku.
“Mereka semua ikut cakap aku. Ini sekolah ‘agama’ aku kan! Kau sahaja yang bodoh.” Tiba-tiba aku terdengar bunyi berdengung. Malira terus menutup telinganya.
“Tutup telinga kau kalau kau tak mahu jadi pekak!” Aku turutkan. Aku tutup telinga namun bunyi berdengung makin kuat. Kelihatan Malira jatuh berguling seperti menahan kesakitan. Bunyi tersebut memang kuat namun tak menyakitkan aku.

“Ratna!!” Aku mencari suara yang memanggil aku.
“Ratna!!” Aku terasa seperti ditolak dan jatuh.


Rupanya kawan sebilik aku mengejutkan aku. Dia takut melihat aku meracau dalam tidur lalu dibukanya ayat-ayat Ruqyah sekuat-kuatnya. Selain itu, di hadapan aku juga, Kanda Sukma memandang aku dengan wajah berang. (Siapa yang pernah baca post aku sebelum ini pasti tahu siapa Kanda Sukma).

“Kuat sangatkah iblis tu sampai kau boleh turut kata dia?! Aku di sini menjerit separuh nyawa, tidak pula kau dengar!” Dia pun menghilangkan diri. Aku tak kisah pun kena marah, dia memang garang abadi gitu. Haha.

Mimpi ketiga agak panjang sebab aku ingat semuanya. Mimpi kedua juga, aku pasti ada cerita lain di sebalik kejadian di kuil itu tapi aku tak dapat ingat dengan baik.

Maaf kalau membosankan.
Salam ukhuwah.
Terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

41 thoughts on “#Ratna – Malira si Perempuan Iblis 2”

  1. Waalaikumsalam Ratna. Aku pulak Armyy, ingat lagi tak? Btw, first!!!!

    Cerita ni aku pening sikit dengan watak-wataknya. Tapi apa-apa pun masih sebuah cerita yang menarik. Syabas Ratna. Ni Ratnaku dalam lagu Roy tu ke?

    Reply
    • Kena baca daripada entry sebelum ni. Malira ni ada dua. Kerabat bunian ada 3. Kesuma tu watak baru. Sorry. Cerita caca marba kot.

      Reply
      • dah baca dah Ratna. takdalah, cerita still boleh faham. Cuma nak relate kan watak tu pening sikit mula2. Still a good story Ratna ??

        Reply
  2. Salam Ratna?
    awak ke yang tulis pasal berkawan dengan bunian, dan di bawa ke istana 7 tingkat tu?
    saya dah lost

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.