Realiti Atau Fantasi

Assalam dan selamat sejahtera buat semua pembaca dan admin Fiksyen Shasha sekalian. Nama aku Cheng. Kisah ini terjadi lebih kurang 7-8 tahun yang lepas. Masa tu aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Melintasi rumah jiran sebelah, memang feel sesangat sesusuk tubuh seperti melayang-layang terbang menghampiri aku. Hampir. Dan semakin hampir. Dah macam tu aku pon cabut lari masuk dalan rumah. Tak toleh belakang dah nak ambil tahu apa ke bendanya. Kot dah terbang2 dari jauh takkan nak tunggu sampai boleh cam muka pulak kan.

Malam tu, ada bunyi cakaran di dinding bilik aku yang berhadapan dengan halaman rumah. Susuk tubuh yang sama menjelma dan menghampiri aku sehampir mungkin. Aku dah gelabah dengan leher macam dah keras, terkumat kamit baca al-fatihah tapi tak jalan. Hantu tu terus dekat dan semakin dekat. Merecik peluh toksah cerita. Baca pulak yasin sampai ayat berapa entah, hantu macam tak hirau ja. Hantu tuh sergah2 aku, lenjun ketiak ha. Last2 aku baca ja maksud al-fatihah sampai habis. Lepas tu terus hantu tuh hilang. Ciss. Terus aku terjaga dari mimpi.

Relax dulu jangan marah ha. Aku sambung tido balik. Aku bermimpi lagi. Dalam mimpu tu, aku masuk mall lepas tu nak membuang pulak. Sampai kat tandas, tiba2 ada tape kuning polis macam kat crime scene tu. Tinjau punya tinjau ternampak ex senior sekolah dulu mati kena kelar dengan darah yang membasahi lantai tuh. Sebab terkejut sangat, aku pon tersedar dari mimpi lagi. Gile memang gile. Sakit2 tengkuk aku macam kejang time mimpi tuh.

Tegar lagi. Aku sambung tido sebab baru awal pagi lagi sebelum subuh. Aku termimpi pulak sedang menerjah gua bersama2 kawan aku, A ni. Pusing punya pusing meneroka gua, tetiba ada orang jahat cuba nak samun kitorang. Lawan punya lawan, menanglah sebab A ni memang belajar seni mempertahankan diri. Dijadikan cerita minggu aku bermimpi tu, aku terserempak ex senior sekolah aku tuh di bazar ramadan. Sehat, segar bugar dan ceria. Aku senyum je lah tak cerita yang aku mimpi dia mati kena bunuh. Dan hujung minggu tuh pulak kawan aku, A cakap rumah dia masuk perompak. Walhal dalam mimpi semuanya terbalik dengan realiti.

Ingatkan mimpi habis kat situ. Entah satu kali tu macam mana aku boleh menjelma di satu perkampungan yang sangat ceruk dan menjadi jurukamera. Aku terakam sebuah keluarga, seorang ibu dan 2 orang anak perempuannya di pangkin rumah. Si ibu berjalan sambil membawa sebatang cangkul. Tetiba2 dia dengan aksi mencobak, zapp!! Mata cangkul tertanam di kepala salah seorang anaknya. Aku tergamam dan menggigil2. Serius degup jantung aku sangat2 laju dan ibu tersebut terus ternampak aku.

Dan. Aku tersedar. Mimpi yang ni aku taktau apa maksudnya sampai sekarang. Sebenarnya banyak mimpi aku malam tu, dengan adegan mayat bawah katil aku tetiba merangkak keluar, sampai terkehel urat leher aku masa terjaga dari tido tuh. Cuma semuanya terbalik dengan realiti. Apapun yang aku dapat since mimpi tu, aku amalkan baca al-fatihah dan fahami maksudnya sekali setiap kali terjadinya sesuatu. InsyaAllah, hati tetiba jadi kuat, jiwa jadi kental.

Tak seram takpa, yang penting macam aku tulis, fahami maksud a-lfatihah baik2 ha muslimin muslimat. Wassalam.

Kalau tersiar, mokasih admin yo. Haha

Loading...

8 comments

  1. apa benda ni…nak cerita pasal mimpi bukan kat sini…nanti ada pulak g cerita dia kena terkam kucing la, masak tak jadi la, kena marah bos la..konon sebab takut….dah2,jangan cerita dah camni

    1. Diamlah langsat. Admin dah publish tu baca je lah. Aku perhati je kau ni. Condemn orang no 1. Tulisan skema lah itu lah ini lah..

      1. haha,lantak aku la…shahash? nicknam cam pondan jer…dah ada ruang komen…kalau admin taknak orang hentam, dia tak letak ruangan komen..apa ko ingat komen ni semua murni2 jer? kalau cerita best aku puji..berlambak dah aku puji cerita yg best..kalau takbest,takkan aku nak puji..cam nickname kau,sbb tu aku kutuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *