Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat admin FS dan semua peminat setia FS. Terima kasih sekiranya kisah kenalanku disiarkan. Namaku Reen ( bukan nama sebenar ). Kisah ini berlaku pada kenalanku, aku namakan sebagai Aariz ( juga bukan nama sebenar ). Kisah ini merupakan kisah benar dan bukan rekaan. Berlaku dalam 2 atau 3 tahun yang lalu ketika perjalanan Aariz dari utara ke KL.
Aariz memulakan perjalanan dari Penang kira-kira jam 12:00 tengah malam. Aariz memandu kereta seorang diri. Sepanjang perjalanan, Aariz memasang lagu Jepun. Aariz sememangnya sangat meminati siri anime, jadi lagu-lagu Jepun kebanyakannya Aariz suka. Untuk mengelakkan daripada mengantuk, Aariz memasang kuat-kuat volume suara lagu-lagu tersebut. Aariz pula, tidak cukup tidur hari itu kerana menguruskan beberapa hal di Penang dan terpaksa juga balik ke KL malam itu juga. Aariz menggunakan highway PLUS. Sepanjang perjalanan dari Penang, Aariz menyinggah beberapa hentian rehat untuk berehat seketika dan ada juga di hentian rehat itu, Aariz tidur. Dan sebelum sampai ke R&R Jejantas Sungai Buloh lewat malam itu, tiada sebarang gangguan berlaku. Kenderaan juga tidak banyak di lebuhraya, tambahan pula bukan musim perayaan dan bukan cuti umum.
Perjalanan Aariz ke KL, agak lama juga disebabkan kerap berhenti berehat dan tidur.
Kira-kira jam 05:15 pagi, Aariz sampai hentian rehat, R&R Jejantas Sungai Buloh. Aariz menghentikan keretanya dan memarkirkan di ruangan parking bahagian bawah yang agak tersorok dan gelap. Ini kerana bahagian parking yang cerah di hentian itu hampir penuh. Hairan juga dia kerana waktu-waktu begitu, hampir penuh pula parking di tempat cerah tersebut. Aariz mahu melelapkan matanya seketika sementara menunggu azan Subuh. “Elok juga aku memilih tempat gelap ini, senang aku hendak lelapkan mata”, Aariz bermonolog di dalam hati. Tiba-tiba, belum sampai pun 15 minit Aariz tidur, Aariz dikejutkan oleh ketukan di pintu keretanya. Matanya agak mamai kerana dikejutkan secara tiba-tiba begitu.
Aariz lihat, ada kanak-kanak perempuan yang berumur kira-kira 4 atau 5 tahun berbaju lusuh putih dan muka yang pucat, mengetuk pintu kereta di bahagian tempat duduk di sebelah pemandu. Sementara itu, pada masa yang sama juga, terdapat ketukan juga di pintu kereta Aariz di bahagian belakang sebelah pemandu. Perempuan itu ibu kepada kanak-kanak tersebut. Aariz kaget. Dari pengamatan Aariz, kedua-dua beranak itu orang Jepun bila melihat rupanya persis orang negara matahari terbit. Kedua-dua beranak itu masih mengetuk-ngetuk pintu kereta.
Makin lama, makin laju dan kereta Aariz dan seakan bergoncang. Aariz seperti hilang punca dan pintu kereta dipastikan berkunci. Di dalam hati Aariz, terdetik juga, manalah tahu, kedua-dua beranak itu menyelinap masuk walaupun pintu berkunci dan tingkap ditutup rapi (ketika ini, fikiran Aariz seperti tidak dapat membezakan antara manusia dengan jelmaan). Seawal dua beranak itu sampai, Aariz cepat-cepat menaikkan cermin tingkap kereta dan kereta sememangnya dikunci dari awal lagi selepas memulakan perjalanan dari hentian sebelum hentian di Sungai Buloh ini.
Wajah kedua-dua beranak itu sangat-sangatlah tidak puashati dan bengis dengan Aariz kerana Aariz tidak mahu membuka pintu. Aariz semakin takut dan tidak terbaca langsung ayat-ayat suci Al-Quran kerana segera mahu melepaskan diri dari kemelut dua beranak Jepun itu. Aariz juga tidak terfikir untuk menghidupkan enjin kereta dan pergi dari situ kerana terlalu takut. Tiba-tiba terbit penyesalan yang tidak sudah kerana memasang lagu-lagu Jepun dengan kuat sepanjang perjalanan tadi. Kereta Aariz masih lagi bergegar dengan ketukan dan gegaran daripada kedua-dua beranak itu. Dengan mukanya yang tersangat pucat dan mata merenung tajam, mereka dua beranak itu masih lagi berusaha untuk memasuki ke dalam kereta Aariz.
Jantung Aariz semakin berdegup kencang. Kanak-kanak perempuan itu telahpun berjaya memasuki ke dalam kereta Aariz di bahagian sebelah pemandu. Mukanya menyeringai. Sangat seram sehingga sukar digambarkan dengan kata-kata. Peluh memercik dek ketakutan yang melampau dan kanak-kanak tersebut semakin menghampiri Aariz seakan mahu mencekik Aariz. Serentak dengan itu, azan Subuh berkumandang, memecah keheningan pagi itu Bayangan dua beranak Jepun itu hilang serta-merta. Aariz mengucap dan bersyukur kepada Allah. Hilang segala rasa mengantuk setelah bergelut dengan ketakutan sebentar tadi.
Aariz bertenang seketika. Kemudian terus ke surau R& R tersebut untuk menunaikan solat Subuh. Usai solat, Aariz meneruskan perjalanan ke rumah keluarganya di Subang Jaya dengan aman dan tenteram. Kejadian sebentar tadi benar-benar menguji keberanian Aariz yang belum pernah diganggu sedemikian rupa. Perjalanan Aariz itu mengajar supaya lebih peka dengan segala apa yang dia lakukan agar tidak berulang kembali.
Terima kasih kerana membaca secebis kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Perbaiki kesilapan yang telah dibuat dan kalau boleh, jangan dilulangi kembali. Kita semua bakal dijemputNya. Semoga berkesudahan yang baik-baik. Aamiin.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
alaa bongeknyee..blah jela start enjin
gagah dduk situ jgk
haha.. lama x guna word bongek
Tifoooo
Zzzzz
Tah² ada antra lagu jepun yg di pasang mksd pelik² kot. Jadi mengundang benda tu. Dah kita x faham mksd kab