Aku memandang ke depan, computer milik syarikat tertancap di depan mata. Mata besarku terasa berat bagaikan bulu mata diperbuat dari emas. Aku sedang memasukkan data staff-staff di syarikat dengan penuh minat tapi hampa. Aku mengeluh lalu bangun dari tempat dudukku menuju ke tempat En Syed (rakan sekerja).
Aku memulakan perbualan dengan dia. Bermula dengan makhluk yang ada di pejabat aku. Berdekatan dengan stor dan bilik air belakang. Bilik stor yang sentiasa tidak ditutup pintunya malah lampu juga selalu tidak dipadam.
Aku: “Hai En Syed, busy ke buat keje? Maaf lah ganggu, saya bosanlah. Mengantuk buat keje”.
En Syed: “Eh farah, duduklah saya okay je busy tak busy la”.
Aku pun mula la bila orang dah respons baik punya , aku duduk situ berborak macam keje takde langsung. Padahal nak key in training program lagi, nak key in data staff lagi.
Okay okay start cerita. Aku pun bertanya kat En Syed tu, “En, sini takde cerita hantu ke?”. Saya dengar banyak cerita tapi takde siape pun yang nak cerita kat saya. Saya nak tulis cerita dalam Fiksyen Shasha ni.
En Syed: “Mana saya ade cerita hot pasal hantu ni Farah, saya tak minat sangat nanti terfikir sampai bawak balik rumah, susah saya, kalau awak nak dengar cerita hantu, pergi la kat Kak Zie ke atau orang-orang lama dalam HR ni.
Aku : “yela-yela taknak bagitau sudah la. Eh tapi kan En, saya ada story nak cerita kat En ni. Pasal kawan saya time sekolah dulu. Dia ni kan memang mistik sikit, pernah suatu hari tu time sukan sekolah……”.
“Eh, awak tak payah cerita kat saya, awak pergi tulis cerita tu lepastu dah siap bagitau, saya nak baca kat FS nanti”.
“Ek eleh Encik ni, saya baru nak cerita kat En, spoil mood ah”.
Lalu, bos kecik aku mulakan bicara seolah olah sengaja mahu mengenakan aku, “Eh Farah, awak dah siap keje ke? Dari tadi dengar dok gelak-gelak je”.
Dengan confident aku jawab, “eh tak kak, saya rehat kejap, 5 minit kak, penat buat keje tadi ehehehe”.
Aku harus gelak dulu untuk cover, tak pasal-pasal dia bising nanti aku lepak-lepak. Aku terus bla ke tempat duduk aku dan sambung keje ah ape lagi.
Kalau ikutkan, ini cerita benar aku yang keempat aku post kat FS. Aku cuba merangka sebuah cerita fiksyen tetapi tidak berjaya. Otakku tidak begitu ligat berjalan jika membabitkan sesuatu yang tidak benar. Thank you min min kerana selalu meluluskan cerita yang aku post.
Riana. Itu nama kawanku di sekolah menengah agama dahulu. Seorang yang suka bersendirian, berjalan sorang, makan pun sorang. Alah, semuanya soranglah. Riana ada seorang kakak di sekolah tu (kakak tiri) tapi kakak tiri dia periang, mulut bising, hidup pun meriah. Cuma adik dia ni je pelik sikit, scary oo gelak pun sorang-sorang.
Kalau aku, aku katakan gila je. Takut pun ada, sebab macam serba tak kena dengan Riana tu. Tapi sebagai kawan yang sama umur dan satu hostel, aku senyum pada dia. Dia respon balik dengan senyuman yang menggerunkan.
Dahulu kala kan, kalau kat hostel, selalunye budak perempuan akan basuh baju setiap hari lepastu gantung kat kipas dinding dalam bilik so cepat kering baju nanti. Tapi Riana? aku tak tau dia basuh baju ke tak.
Eh melalut abis dah ni. Mesti ade yang komen kang kata intro ape banyak sangat ni. Hmm suka hati aku lah cerita aku.
Tapi aku kene describe jugak Riana ni baru puas hati aku. Dia ni selalu kene marah dengan kakak tiri dia tu. Aku namakan kakak tiri dia tu Tina la ye. Tina ni selalu berkasar dengan Riana. Riana pun macam dah terbiasa jadinya dia pun akan kasar jugak, and Riana Cuma akan bercakap dengan orang yang dia dah biasa berkawan.
Salah satu dari kawan dia tu, aku. Walaupun 2 3 kali aku berfikir, aku tetap berkawan jugak. Kesian bila takde siapa nak berkawan dengan dia. Cara Riana ni lain, dia pandang orang pun pelik. Dia suka tenung orang dan tak akan senyum. Menjeling lagi adelah. Tu yang lagi ramai taknak kawan dengan dia. Sikap dia lain sangat.
Cukup sampai situ.
Okay sekarang aku akan sambung ayat aku di atas tadi. Kan aku ade tulis, “time sukan sekolah….” Sebenarnya,time sukan sekolah tu, baru rehearsal. Esoknye tu baru sukan sekolah yang sebenar. So memang meriah sangat. Semua orang bergelak ketawa tak ingat dunia sebab sukan sekolah sekali setahun.
Lepas habis sesi latihan untuk petang tu, semua orang berpusu-pusu balik hostel. Ada yang nak mandi, solat dan basuh baju semua ada.
“Riana, riana”. aku dengar orang menjerit panggil Riana. Dalam hati aku, “ah sudah Riana buat hal ke ape?” dah la yang menjerit tu dari bilik dorm sebelah je. Lagi kelam kabut semua pergi dorm budak tu.
Budak tu pun riak cemas semacam, “Riana takde, Riana takde”. Dia cakap macamtu tapi semua orang buat tau tak tau je sebab Riana tu dah biasa pergi mana-mana tak muncul. So diorang tak pelik sangat pun. Aku pun tak pelik dengan dia tu.
Hari beransur malam dan Riana masih tidak muncul lagi. Aku mula dilanda rasa takut dan cemas mula menghantui diri aku, mana Riana pergi agaknya. Tapi disebabkan rasa penat yang lebih menebal dari rasa takut, aku tertidur.
Keesokan hari, sukan sekolah bermula. Tiada lagi latihan. Hari ini adalah penentu segala rumah sukan akan mendapat nombor ke berapa. Sukan sekolah berjalan dengan lancar sehinggakan kami terlupa tentang Riana. Pada malam itu, kami tidak mahu memberitahu ustazah, bimbang ustazah akan memarahi kami. Tapi, memang perangai Riana selalu begitu.
Dalam tengahari macamtu, sukan sekolah pun tamat. Kitorang semua balik ke hostel untuk merehatkan diri. “Ah, sedapnya dapat katil”. Kataku bila sudah sampai di bilik. Aku terus terjun atas katil sambil menunggu angin sepoi-sepoi melintas ke muka aku. Ah nyaman sungguh duduk tingkat paling atas ni.
Selang 2 minit melelapkan mata, ade lagi orang menjerit. Biasa la asrama perempuan memang suka menjerit. Tapi kali ni, bukan jeritan biasa. Aku dengar nama yang dipanggil. “Riana”. sayup-sayup suara itu memanggil nama dia. Aku pandang dari mana arah itu datang. Rupenye dari belakang asrama berdekatan dengan Babylon (tempat pelupusan sampah).
Okay sedikit pencerahan, Babylon ni kat belakang asrama, tambah pulak belakang ni penuh dengan tumbuhan hijau dan sampah je. Tambah sikit, ade busut kat belakang sana.
Okay sambung.
Lepas aku dengar nama Riana, aku terus berlari ke Babylon dan cuba dapatkan Riana. dia macam blur je tak sedar ke ape aku pun tak tau. Tapi, paling pelik bila kitorang selamatkan dia, dia duduk di dalam busut yang aku mentioned tadi. Proses nak keluarkan dia dari busut tu agak susah sebab dari luar, busut tu kecil je tapi muat untuk Riana. Dengan berkaki ayam, comot dan separuh sedar, Riana Cuma mengikut langkah kami.
Kami bawa dia balik ke asrama, sesampainya di asrama, dia terus menangis. Baru sedar agaknya dari dunia halusinasi. Tak lama tu, ustazah datang dan sesi bersoal jawab bermula. Kami disoal oleh ustazah kerana tidak memberitahu berita kehilangan Riana. Ustazah cuba menenangkan Riana.
Ustazah: “kenapa awak pergi belakang sana Riana?”
Riana: “saya ikut orang, orang tu kata suruh ikut dia, saya ikut je. Saya nampak korang semua kat asrama, saya panggil tapi takde siapa yang dengar mahupun melihat”.
Waktu Riana dibawa ke asrama, badan dia penuh dengan luka. Tangan dan kaki dia sampai berdarah sebab terkena ranting kayu yang tajam, muka dia comot sangat ibaratkan dah seminggu dia duduk dalam busut tu. Riana masih diam, mungkin terkejut dengan apa yang berlaku. Aku masih tertanya sebenarnya apa yang berlaku pada dia tapi biar lah, benda dah berlaku.
Seminggu selepas kejadian dia hilang, Riana pindah sekolah. Lepastu aku tak tau apa jadi kat dia.
Motif: Disebalik kejadian ini, kita haruslah berkawan dengan orang lain (kawan-kawan) kerana makhluk lain akan berminat untuk menemani kita kelak. Maaf kerana cerita ini tidak seram tetapi bagi pengalaman aku sebagai kawan Riana, dia mistik.
Sekian assalammualaikum wbt.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
BEST! 😀
Teruskan berkarya!
TO:NUR FARHANIM KAMARUDIN
Cerita yang menarik!Walaupun cerita kali ini agak pendek ,tetapi dalam setiap rangkap diceritakan dengan penuh teliti.Ini akan membuatkan pembaca mudah memahami jalan cerita farha!Selain itu,unsur jenaka serta pengajaran dan nasihat juga ada diselitkan dalam cerita yang ditulis.Tahniah!Jikalau ada kelapangan,kongsilah cerita lagi ya?
Waalaikumussalam
Ahaa terima kasih di atas sokongan cik “hanya insan biasa”. Moga bertambah ilham farah ye utk menulis. 😬😬
Sama-sama,Farah!InShaaAllah..Teruskan usaha!Chaiyok!😬
🙂
thanks. doakan farah dpt idea yg lagi bernas ya.
.
Intro panjang berjela, sekali masuk cerita hat tu je?
Kemungkinan intro tu untuk memanjangkan lagi cerita sebab jikalau penulis tidak sertakan intro sekali,cerita mungkin lagi pendek daripada yang dijangkakan.Bukankah begitu?☝️😄
.
Ok best! Biasalah mcm CN pernah cakap sebelom ni cite benar tu mmg kadang2 kurang seramnya sbb ko menulis berdasarkan fakta. Jadi pendeklah cerita tu… Tpi cukup segala maklumat dalam tu. Apa pon CN tunggu next setori ya👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Sedang tunggu cerita CN.
Copek lah publish *fangirling 🐣
Sama! 😀
Itu la pasal. Nak buat mcm mane, kalau takde jalan penceritaan, tak faham nnti. Thank you CN 🌸
Not bad.
Nice
Masih lagi suam-suam kuku. Btw thanks Cik Aurora
👍
menarik & ringkas ~ lain kali hantar story lagi
thanks kranberizstore support. hrp2 ade lagi cerita dalam kepala saya ni. 🙂
Idea tu okay cuma pada pendapat aku, ko maybe boleh perbaiki lagi cara penceritaan tu.. Hehehe..
thanks koi. nanti aku cuba ubah cara aku. 🙂
.
cerita best walaupun pendek je..cara penulisan & penyampaian cerita bagus..senang paham..intro memang panjang..tp okey sebab writer just nak explain detail pasal riana..kalo x explain nnt pembaca x paham pulokk..
aku bagi 7/10..teruskan berkarya..
thanks sebab faham kenapa saya intro panjang2.
best2..walaupon intro panjang berjela…tp senang paham
Best