#RobotNaz – Dendam Yang Tertangguh

Kemunculan semula izati di dalam hidup farhana telah menyebabkan dendam lama yang seakan pudar kembali segar. Dulunya, mereka berdua ini rakan baik di bangku sekolah. Namun, siapa sangka, di sebalik keakraban dan kemesraan mereka tersimpan sebuah dendam yang menanti masa untuk dilunaskan.

Suatu tika dulu, Izati dan farhana keduanya merupakan pelajar top di sekolah. Bukan saja mereka ini bijak tetapi mereka berdua juga dikurniakan dengan rupa paras yang cantik. semua pelajar lelaki tergila-gilakan meereka berdua, para guru pula sering menyebut-nyebut dua nama ini kerana berbangga dengan pencapaian mereka selain sering mengharumkan nama sekolah.

Walau bagaimanapun, izati sikapnya sangat belainan dengan farhana. Izati lebih suka menyendiri dan tidak ambil kisah pada setiap orang yang cuba mendekatinya.
Farhana pula, dia memang sukakan publisiti, suka meraih pehatian dan kalau boleh semua orang yang cuba mendekati izati mesti mendekati dia juga.

Disebabkan sikap farhana yang terlalu dahagakan perhatian dan selalu mencipta ruang dan peluang agar dia lebih dipandang daripada izati, orang-orang di sekelilingnya mulai menyampah dan bosan. lama kelaman, mereka tidak lagi perduli tentangnya.

“apa lebihnya kau zati? aku tengok dari segi cantik, rasanya aku lebih cantik lagi. Cuma kau lebih bijak sedikit daripada aku itupun entah-entah cikgu sengaja bagi kau markah lebih.”
Apabila farhaana takdiperdulikan lagi, dia mula sedar tentang itu. dia membandingkan pula dirinya dengan izati.

“huh! Ini takboleh jadi. Kau jangan fikir aku akan duduk diam. Kau tunggu. aku ada sesuatu yang istimewa buat kau.” Farhana tidak puas hati. dia menepuk dahi sendiri dan kemudiannya tersenyumm.

“woi, kau buat apa tu? senang hati nammpak? Homework dah siap ke cikkak.” Jerkah izati yang sudah lama memerhatikan gelagat farhana dari luar kelas. namun, dia tidak mengesyaki apa-apa. fikir izati, mungkin farhana bercakap-cakap sendiri kerana memikirkan tentang bebelan cikgu fauziah pagi tadi.
“eh zati, kau takbalik lagi?. jomlah balik. Dah lewat ni. aku dah gerak tadi tapi ni terpaksa patah balik sebab ada barang tertinggal.” Farhana terkejut dengan pantas dia memberi alasan. Izati mengangguk dan terus berlalu daripada situ.

“senyap je minah ni, dia dengar kea apa yang aku cakap tadi. hmmmm, nasib engkaulah zati. siapa suruh cari pasal dengan aku.” farhana bermonolog kecil. Wajahnya sedikit resah, dia bimbang juga sebenarnya kalau-kalau izati mendapat tahu rancangannya.

……………………………….

Hari demi hari terus berlalu, izati dan farhana masih lagi akrab seperti kebiasaan. Minggu lepas, hampir-hampir saja izati menjadi mangsa perbuatan jahat farhana. Jika tidak kerana Daniel yang datang tepat pada masanya, sudah pasti izati akan difitnah melakukan perkara sumbang bersama haziq di dalam bilik klas selepas waktu sekolah.

Ketika itu, izati dan haziq masing-masing menerima nota kecil yang memaklumkan dia perlu ‘stay back’ selepas sesi sekolah. Kononya, cikgu fauziah ingin bertemu dengan mereka berdua. Langsung tidak terfikir yang bukan-bukan dan mereka pun menurut saja arahan tersebut. setelah dua jam menunggu, bayang cikgu fauziah langsung takkelihatan. Suasana ketika itu semakin sunyi kerana semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing. Kebetulan, tiada klas tambahan yang diadakan oleh mana-mana guru.

“eh, aku nak baliklah. Cikgu fauziah terlupa kot. Okaylah zati. gerak dulu.” Haziq berkira-kira untuk pergi dari situ. sedang dia melangkah keluar daripada klas, tiba-tiba dia tedengar bunyi derapan tapak kaki orang berjalan menghampiri klas mereka.

“hey Daniel, kau dari mana? aku baru nak balik ni. zati ada kat dalam tu. aku ajak balik dia taknak.” Haziq sedikit lega, kehadiran Daniel membantutkan semula hasratnya untuk meninggalkan izati sendirian.
“aku dari perpustakaan tadi. pinjam buku. Saja aku datang sini semula sebab nak ambil sikat rambut tertinggal.” Balas daniel. Dia memang, pantang rambut teralih sedikit terus jadi macam cacing kepanasan.

Izati! Haziq! Keluar kamu. saya tahu kamu berdua ada di kawasan ini. satu jeritan terdengar, jelas itu suara cikgu halim. Salah seorang guru disiplin yang paling digeruni di sekolah mereka.

“belum habis sekolah lagi dah pandai macam-macam ey? Keluar cepat!.” Bunyi suara itu semakin menghampiri klas mereka. tanpa berlengah, izati, haziq dan Daniel keluar daripada klas tersebut.

“maaf cikgu, saya Cuma mengikut arahan. Saya dan izati terima nota ini pagi tadi. lagipun, kami bukan berdua-duaan. Daniel pun ada ni. bukan kami bedua saja.” Tiba-tiba haziq mendapat kekuatan. Belumpun cikgu halim buka mulut untuk bertanyakan sesuatu, haziq terlebih dahulu sudah menjelaskan segalanya. Riak muka cikgu halim berubah serta merta. Nampak macam ada sesuatu yang tak kena.

Dari situ, dapatlah haziq, izati dan Daniel memahami apa yang sedang berlaku. Tanpa banyak soal, mereka dilepaskan tanpa sebarang hukuman. Sejak daripada itu, izati langsung taknak ‘stayback’ lepas waktu sekolah.

Satu persatu rancangan dibuat tapi semuanya gagal. Farhana bosan. Dia tidak mengalah begitu saja, sebaliknya dia terus berdendam dan dia berjanji nasib izati akan lebih teruk lagi jika mereka ditakdirkan berjumpa semula di alam universiti nanti.

Siapa sangka, tergamak farhana berbuat demikian kepada teman baiknya itu. izati anggap dia sebagai sahabat dunia akhirat tetapi farhana pula sentiasa kaya dengan muslihat.

………………………………………

Tiga tahun berlalu, mereka dieprtemukan semula di salah sebuah IPTA. Lebih memburukan lagi keadaan apabila mereka ditawarkan bidang yang sama.

“assalamu’alaikum doctor farhana, apa khabar?.” Tegur izati sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di sebelah farhana.
“wa’alaikumussalam.eh, kita pernah kenal ke? siapa nama awak?.” soalan izati tidak dijawab. Sebaliknya dia pula ditanya semula.

“aku izati. BF kau suatu tika dulu. Dah lupa ke?. sedihlah macam ni.” balas izati spontan.
“bf? Sorry. I’m not les ok. Maybe u salah orang.” Balas farhana semula. wajahnya masih serius, dia sedang cuba ingat siapakah gadis cantik di sebelahnya itu.

“sampai hati kau babe.. aku izati. Nurul izati farha, classmate kau waktu di sekolah dulu.” Kini izati pula serius. mula-mula tadi dia fikir farhana Cuma begurau tapi taksangka pula bekas teman akrabnya itu betul-betul tidak mengenalinya.
“oh, kau zati. okay. Selamat bertemu kembali.” Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali disusuli sekuntum senyuman penuh makna.

Menyedari farhana tidak seperti dulu, izati pilih untuk tidak terus mendekati gadis tersebut. izati cuba terima hakikat bahwa farhana yang dulu telahpun hilang dan mungkin telah lenyap dari muka bumi ini. izati sangat sedih, dia tak sangka persahabatan yang terjalin sekian lamanya berakhir begini. memang selama setahun mereka tidak berhubung sewaktu masing-masing melanjutkan pelajaran ke matrik tetapi tidaklah dia menyangka farhana berubah sebegini rupa.

…………………………

Berambos kau! Berambos! Kenapa mesti kau ada di mana-mana?. kenapa kau mesti ganggu hidup aku?. berambos kau zati. berambos!!!

Tiada hujan, tiada rebut, farhana tiba-tiba saja meracau pada suatu petang sewaktu menjelang masuknya waktu maghrib. Seluruh kolej M gempar ketika itu. macam-macam andaian dibuat, ada orang yang mengaitkan rasukan yang terjadi itu puncanya daripada izati. Ada juga yang berpendapat, farhana jadi begitu kerana dia stress sebab semua rakan sekelasnya lebih rapat dengan izati berbanding dengan dirinya.

Hampir tiga jam barulah farhana berjaya dipulihkan, itupun atas bantuan lima orang ustaz. Apabila ditanyakan kepada ustaz yang merawat kenapa farhana jadi begitu, ustaz-ustaz tersebut cuma senyum dan berkata “biarlah rahsia.”

kejadian serupa terus berulang, selang dua tiga minggu mesti berlaku kerasukan kepada farhana. Kadang-kadang, sewaktu dia dirasuk, dia akan menangis, mengilai dan lebih menyeramkan lagi apabila dia cuba mencederakan dirinya sendiri.

Nama izati juga takpernah lekang daripada mulutnya. Izati jjadi tumpuan seluruh warga universiti. Keadaan bertambah parah apabila ramai penghuni kolej ternampak kelibat izati akan mundar-mandir di sekitar kawasan bilik farhana setiapkali sebelum farhana kerasukan. Ironinya, ketika itu izati sedang berada di masjid bersama-sama rakan yang lain.

Bantuan dari ustaz terus ditagih. Tidak berpuas hati dengan hasil kerja beberapa ustaz terdahulu, pihak universiti cuba mendapatkan bantuan daripada lebih ramai lagi ustaz-ustaz yang dikatakan handal dalam hal-hal begini.

………………………………….

Setelah keadaan farhana nampak semakin pulih, ustaz lutfi cuba mendekati izati. Mereka betukar-tukar cerita dan soalan. Melihat izati terleka, ustaz lutfi terus menjalankan imbisan terhadap izati. Hasilnya, izati dipercayai mempunyai saka. Ustaz lutfi meneruskan tugasnya, beberapa ayat ruqyah dibacakan kepada izati dan berlakulah kerasukan.

“hey orang tua! Apa kau nak dari cucu aku ha?.” saka izati telahpun masuk ke dalam tubuhnya.
“aku nak kau keluar, tinggalkan tubuhnya. Kau takboleh bersama dia.” balas ustaz lutfi tenang.

“kau nak aku keluar? Boleh… boleh. Hahahaha, hahahaha hahahaha.” Balas saka itu lagi.
“siapa nama kau? Aapa agama engkau?.” Ustaz lutfi tidak mengendahkan ejekan saka tersebut. sebaliknya, dia terus berkomunikasi dengan makhluk itu.

“nama aku aurora qistina. Aku tiada agama.”
“kenapa kau ganggu izati? Apa salah dia pada engkau?.” Soal ustaz lutfi.

“dia taksalah. Aku penjaga keturunannya. Siapa yang berbuat khianat kepada dia, pasti akan binasa. Hahahaha.”
“takperlu menjaganya, cukup bagi dia ALLAH tuhan sekalian makhluk. Keluar kau dari tubuh ini atau aku akan menyiksa kau dengan ayat-ayat alquran.”
“hahaha,aku taknak. Aku taknak. Takfaham bahasa ke?.” saka itu tetap enggan. Saka itu terus mendiamkan diri dan izati pengsan tiba-tiba.

Menurut ustaz lutfi, mungkin saka tersebut ingin membalas dendam kepada farhana. Boleh jadi, farhana melakukan sesuatu yang menyebabkan saka itu tercabar. Ustaz lutfi juga berkata, saka yang ada di dalam tubuh izati itu sangat degil. Nampak gaya memang susah untuk pisahkan mereka. namun itu bukanlah suatu yang mustahil.

…………………………………..

Pada suatu petang…

“zati, maafkan aku zati. maakan aku. aku salah. Aku mengerah kalah zati.” akhirnya kata-kata itu tekeluar daripada mulut farhana. Dia tidak kerasukan tetapi dia nampak kelibat zati datang dan ingin membunuhnya.

“zati, please zati. jangan b***h aku. tolong! Tolong! !!!!Tolong zati nak b***h aku.” rayu farhana lagi. dia jadi seperti orang gila. Dia menepis-nepis ke kiri dan ke kanan seakan menepis sesuatu. Keadaannya menjadi lebih parah, dia nampak seakan zati mengejarnya. Segera dia keluar daripada bilik dan belari menaiki tangga. Dari satu tingkat ke satu tingkat. Farhaana mengerah seluruh kudratnya untuk naik ke tingkat yang paling atas dengan harapan jelmaan yang dia lihat itu tidak mampu mengejarnya.

Semua orang yang ada di situ panic, mereka taktahu nak buat apa. mereka cuba pegang farhana tetapi mereka takberdaya. Apalah sangat kudrat perempuan. melihat farhana semakin teruk, akhirnya izati yang sebenar pun datang setelah dipujuk oleh beberapa orang rakan.

“farhana, turun. Mari datang kepada aku. kau jangan takut dengan dia itu bukan aku.” jerit izati dari tingkat bawah. Dia simpati dengan keadaan farhana tapi dia jadi geram bila semua orang berkata dialah punca segalanya.
“kau tipu, kau hantu.. pergi kau dari sini. pergi..” balas farhana di tingkat paling atas. Izati terus membaca beberapa ayat alquran bagi membuktikan dia bukan syaitan kepada farhana tetapi keadadan bertambah gawat.

Farhana yang tadi tidak kerasukan, kini sudah mula betukar suara. Suara farhana bertukar halus dan sempat benda itu berkata. “terimalah balasan di atas segala perbuatan kau selama ini.” kata-kata makhluk yang merasuk itu menibulkan banyak persoalan. Puas izati bertanya apa yang dia buat tetapi makhluk itu hanya ketawa berdekah-dekah.

Tidak sempat izati meneruskan kata-katanya, tubuh farhana melayang dari tingkat lima belas. Mendarat saja tubuh itu, berkecai kepala farhana. D***h menyembur. Semua orang yang melhat kejadian itu kelu takterkata. Hanya air mata saja yang mampu menjelaskan segalanya.

Orang yang paling sedih adalah izati. Dia memang takpernah menyimpan apa-apa dendam kepada teman baiknya itu biarpun sudah ramai yang memberitahu farhana sebenarnya bukanlah ikhlas berkawan denganya tetapi demi membalas budi keluarga izati selaama ini dia terpaksalah belakin menjadi teman baik izati.

……………………….

Setelah siasatan dijalankan, mereka medapati farhana yang bersalah dalam isu ini. di dalam almari farhana, penuh dengan barang-barang pemujaan. Gambar izati juga banyak tersimpan rapi di dalam sebuah kotak. Setiap gambar itu ada yang dicucuk dengan jarum, ada juga anak-anak patung kecil yang sama juga dicucuk begitu. Jika dilihat pada sehelai kertas yang turut dijumpai, kertas itu menceritakan segalanya. Memang farhana berdendam dan kalau boleh dia ingin izati m**i.

Sebenarnya, sudah lama dia ingin melunaskan janjinya itu tetapi dia tidak mendapat kekuatan untuk melakukan semua itu sehinggalah dia melihat izati terus menerus mejadi pencabar dan pesaing dirinya di universiti. Namun, dia sekali lagi tersilap langkah, saka izati pula kali ini yang jadi penghalang. Akibatnya, nyawa sendiri yang menjadi korban.

-tamat-

PSS: KISAH INI CUMA SATU REKAAN. JANGAN PERCAYA SAKA MAMPU MEMBANTU MENANGKIS SIHIR YANG DIHANTAR. SAKA JUGA TAKBOLEH JDI PENJAGA KETURUNAN MALAH PEROSAK DAN PEMBINASA SELURUH KETURUNAN.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “#RobotNaz – Dendam Yang Tertangguh”

  1. Amendeler Farhana…
    Dah top tu bersyukurlah…
    Janganler tamak bebenor sume ko nk bolot…
    Kan dh jd mcm anjing dgn bayang2…
    Anjing jatuh dlm air, ko jatuh bangunan…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.